Resort Menyeramkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fiksyen shasha. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku yang mungkin seram dan mungkin tak. Kisah ni terjadi pada tahun 2013. Selepas beberapa bulan berkahwin, rezeki aku dan suami bakal dikurniakan cahaya mata yang pertama. Awal-awal kehamilan aku agak teruk dengan alahan, mabuk muntah-muntah tak berhenti.

Nak dijadikan cerita, konon suami nak beri kejutan pada aku dengan booking resort dan tiket kapal terbang ke Langkawi sebagai hadiah “baby moon” kami. Pada awalnya aku agak keberatan nak pergi memandangkan usia kandungan aku baru mencecah 4 bulan ditambah pula dengan alahan yang masih teruk. Tapi demi menjaga hati suami yang mungkin seronok dengan kehamilan aku ni, aku turutkan sahaja walaupun hakikatnya aku memang sentiasa lemah dan penat.

Untuk pengetahuan korang semua, aku dan suami ke Langkawi bersama dengan dua pasangan suami isteri iaitu Fuad&Nor dan A’an&Diela yang mana mereka adalah kawan-kawan suami aku. Isteri masing-masing masa itu sedang hamil seperti aku tetapi keadaan mereka yang sihat dan ceria jauh beza dengan aku. Yelah lain orang kan lain alahannya. So, kami bertolak dari KL menaiki flight jam 8.30 malam dan sampai ke Langkawi lebih kurang jam 9.30 malam. Sampai je kami di sana memang terus sewa kereta dan menuju ke resort yang suami dah booking.

Kami sampai agak lewat kerana kami sesat memandangkan jalan waktu malam yang kami sendiri kurang faham dan mahir sekitar Langkawi. Aku seperti biasa dengan keadaan yang kurang sihat hanya terfikirkan mahu tidur dan rehat. Hamipr sejam pusing mencari resort siap bertanyakan pada orang akhirnya kami sampai juga pada hampir jam 11 malam. Untuk pengetahuan korang, resort ni pada aku cantik unik kerana berkonsepkan ala-ala kampung tapi agak pelik sebab suasana suram.

Aku mulanya macam tak sedap hati juga bila tengok keadaan sekeliling yang dikelilingi hutan yang sunyi dan lampu yang sayup-sayup sahaja pencahayaannya, tapi untuk sedapkan hati aku fikir mungkin sebab dah lewat malam kan jadinya masing-masing dah berehat tidur. Selesai daftar untuk ambil kunci bilik, kami dibawa oleh salah seorang pekerja resort tersebut untuk ke bilik masing-masing kerana agak jauh juga jarak antara kaunter dan bilik kami.

Pekerja tersebut menunggang motosikal manakala kami menaiki mpv mengekori pekerja tersebut sehingga sampai ke bilik. Laluan untuk ke bilik pada aku menyeramkan sebab lampu jalan yang agak malap dan keliling hanya ada pokok-pokok yang tinggi dan besar. Sampai je ke bilik, hati aku rasa lega sangat bila tengok ada beberapa bilik lain yang masih terang benderang. Maknanya masih ada pelancong yang datang menginap di sini. Kami masing-masing menginap di bilik yang berhampiran sebelah menyebelah.

Masa aku dan suami nak masuk ke bilik aku perasan ada seorang perempuan sedang duduk di bilik berhadapan dengan bilik aku. Entah kenapa aku boleh pula nak senyum kat perempuan tu tapi senyuman aku tak dibalas malah perempuan tu terus berlalu masuk ke bilik dia. Dalam hati aku berlagaknya la kau, orang senyum pun tak nak balas. Masuk je ke resort aku cepat-cepat bersihkan diri untuk tidur memandangkan badan aku dah cukup letih. Tiba-tiba kawan-kawan suami ajak untuk sama-sama cari makan diluar memandangkan kami semua memang tak makan lagi. Aku yang kepenatan ni turutkan sahaja tak akan nak tinggal sorang-sorang kat resort macam ni, memang tak lah kan.

Kami pusing di kawasan sekitar untuk mencari kedai makan yang berdekatan memandangkan dah hampir pukul 12 malam. Kami bernasib baik kerana masih ada kedai yang buka dan sesampai je di meja makan seperti biasa kami buat pesanan. Bila makanan sampai aku ke sinki untuk basuh tangan dan kebetulan ada sorang akak ni tegur aku,

“Berapa bulan dah ni?”, sambil senyum-senyum pada aku.

“Baru 4 bulan kak, kecil lagi”, aku membalas senyum akak tu.

“Orang luar ya? Baru sampai langkawi?”, tanya akak tu.

“Aah kak. Baru sampai tadi terus ke resort, ni sebab lapar sangat tu yang tengah malam keluar mencari makan”, jawabku.

“Oh. Duduk resort mana?”, akak tu sambung.

“Resort @#*&^%$# kak”, jelasku.

“Oh. Hati-hati ya dik, kandungan tu baru lagi”, tegur akak tu sambil berlalu pergi.

Yang aku perasan muka akak tu macam kelat-kelat je bila aku cakap aku stay kat resort tu. Tapi aku tak fikir panjang terus basuh tangan dan makan. Bila dah habis makan, si A’an ni pula ajak kami semua pusing-pusing sekitar Langkawi. Dah lewat malam kot ikutkan hati aku nak je bantah tapi disebabkan aku tak nak ganggu mood happy dorang, so aku ikutkan je walaupun masa aku tengok suami aku tu memang jelingan maut aku bagi tanda aku bengang, hahaha. Lepas pusing-pusing kami balik semula ke resort lebih kurang jam 2 pagi.

Masa aku nak masuk bilik, aku perasan bilik depan aku ni (bilik perempuan tadi) masih terang benderang dan siap ada bunyi radio lagu mat saleh lama-lama. Agak kuat dia pasang tapi sebab aku dah letih sangat aku buat tak tau sambil berlalu masuk bilik. Masa nak siap-siap tidur aku cakap kat suami aku,

“seram la bang resort ni. Kenapa tak booking hotel je”.

Suami aku balas, “masa booking resort ni tengah ada promo murah, lagi pun macam bestnya resort ni sebab unik sikit, ala-ala kampung”.

Kalau korang nak tau resort tempat aku menginap ni memang unik sikit. Hiasan dalaman pun lebih pada kayu-kayu. Bilik aku agak besar sebab sekali dengan ruang tamu dan tingkap pula jenis macam tingkap rumah kampung. Malam pertama bermalam aku dah mula diganggu dengan bunyi macam orang baling batu kecil kat tingkap, berkali-kali pula tu. Aku ni jenis tidur mudah terjaga berbanding suami aku. Tapi malam tu aku memang rasa seram so aku abaikan bunyi tu dan terus selubung. Esoknya aku memang tak cerita apa-apa kat suami aku, aku ingat dah balik KL nanti baru aku cerita sebab kalau boleh aku tak nak ganggu percutian ni dengan cerita-cerita seram yang mungkin pada dorang hanya ilusi aku je, so better aku diamkan.

Malam kedua di resort tu gangguan masih ada lagi, kali ni macam lagi seram. Malam tu lepas keluar berjalan kami balik ke resort awal dalam jam 9 malam. Mungkin sebab siangnya masing-masing dah kepenatan so malam tu kami lepak-lepak di bilik Fuad. Sambil lepak kami berborak pekena jajan-jajan dan makanan yang kami beli siang tadi. Aku masa tu tengah ralit main phone tiba-tiba bateri phone aku habis. So aku cakap kat suami aku nak balik bilik kejap untuk cas phone. Suami tanya nak teman atau tak tapi aku kata aku boleh pergi sorang memandangkan bilik aku selang satu bilik je dari bilik Fuad.

Sampai je kat pintu bilik, aku tengok perempuan bilik depan aku tu tengah berdiri depan pintu bilik dia. Kali ni aku dah malas nak senyum-senyum so aku buat tak tau je. Lepas je aku masuk bilik aku dengar bunyi orang hempas pintu kuat gila. Memang terkejut la kan sampai aku boleh melatah sebab punyalah kuat bunyi tu. Aku masih lagi buat tak tau dan terus cari charger untuk charge phone. Tiba-tiba pintu bilik aku di ketuk, aku buka pintu tengok si Diela wife A’an datang. Aku suruh dia masuk dan aku pergi semula ke tempat aku charge phone. Sambil tu aku tanya la si Diela ni ada apa-apa yang dia perlukan ke sampai datang bilik aku. Tapi pertanyaan aku tadi tak dijawab dan aku toleh tengok si Diela ni dah tak ada. Aku masa tu masih tak fikir apa-apa lepas charge aku terus ke bilik Fuad tadi tempat dorang berkumpul lepak. Aku nampak si Diela ni tengah main phone lepas tu depan-depan dorang aku tanya si Diela ni,

“kau kenapa datang bilik aku tadi? Aku tanya lepastu tengok kau dah tak ada”.

Si Diela ni buat muka pelik dan membalas, “bila aku datang bilik kau? Aku dari tadi kat sini la”.

“Jangan main-main Diela”, sambungku.

Masa ni si Diela terus diam dan masa tu juga suami aku tarik aku dan tanya sama ada aku ni ok ke tak. Aku beritahu suami aku yang memang Diela ni ada datang bilik kita tadi, suami aku menenangkan aku dengan menganggap aku ni keletihan. Tiba-tiba sekali lagi bunyi hempasan pintu yang cukup kuat buat kami semua terkejut. Aku masa ni dah cuak sangat hampir menangis, Diela dan Nor masing-masing dah peluk suami. A’an dan Fuad terus pergi tinjau ke luar bilik tengok apa yang dah berlaku.

Bila tinjau ke luar suasana memang sunyi dan gelap. A’an dan Fuad beranggapan mungkin bunyi tadi datang dari bilik lain. Aku masa ni dah tak sedap hati cepat-cepat cakap kat suami nak balik bilik rehat. Suami turutkan dan kami semua balik ke bilik masing-masing. Dalam jam 2 pagi si A‘an ni call suami aku beritahu yang wife dia tiba-tiba demam panas menggigil. Dia kata nak keluar cari klinik berdekatan tapi suami aku kata lebih baik tunggu sampai esok pagi. A’an bersetuju dan masa ni juga gangguan makin luar biasa berlaku.

Dalam jam 3 pagi aku tersedar sebab terdengar phone aku berbunyi, disebabkan aku cas phone agak jauh dari katil, dengan rasa malas yang teramat aku gagahkan juga bangun capai phone dan tiba-tiba memang real ada sesuatu terpacak betul-betul depan muka aku. Apa yang dapat aku huraikan rupa dia tak berape clear sebab tertutup dengan rambut tapi baju dia kotor macam orang baru lepas main lumpur. Aku dah kaku kat situ nak jerit kejutkan suami pun macam tak ada kekuatan dan kat situ jugalah aku pengsan sampailah aku tersedar bila tengok aku di kelilingi oleh suami dan kawan-kawan yang lain. Suami aku tersedar masa nak bangun subuh bila tengok aku tak ada kat sebelah. Bila suami aku cari tengok-tengok aku dan terbaring kat ruang tamu.

Pagi tu kami ke klinik secara berjemaah sebab badan aku memang panas dan suami aku juga risaukan kandungan aku ditambah pula Diela yang masih demam menggigil. Lepas balik dari klinik aku menceritakan apa yang terjadi pada aku malam tadi dan Diela pun mula buka cerita dengan apa yang dah jadi pada dia. Malam masa baru sampai resort Diela ada ternampak seorang perempuan berdiri tepi jalan semasa kami otw nak ke bilik ketika follow staff resort. Si Diela ni pula boleh menegur, “perempuan ni buat apa tengah malam tercegat tepi jalan, tak takut ke?”. Sejak dari tu Diela selalu dibayangi perempuan tu.

Pernah sekali masa malam lepak-lepak kat bilik si Fuad, Diela terasa bahang sangat dan konon nak keluar jap ambil angin malam, tiba-tiba ada sesuatu macam menolak si Diela ni dan hampir tersungkur. Bila Diela toleh, memang depan mata Diela ni ada “benda” terbang sambil renung tajam si Diela. Diela yang dah menggigil takut terus masuk bilik semula dan masa tu la juga aku masuk bilik tanya Diela ni kenapa datang bilik aku.

Lepas balik klinik memang kami decide nak checkout terus resort tu walaupun kalau ikutkan pakej ada satu malam lagi untuk kami stay sana. Kami decide untuk cari hotel lain sahaja sebab kalau nak terus balik KL, tiket flight malam esok pula. Nak tak nak memang kena stay satu malam lagi kat Langkawi ni. Balik bilik masing-masing kemas barang dan masa aku dan suami nak keluar dari bilik, sekali lagi bunyi hempas pintu kuat dan kali ni pintu bilik depan aku ni tiba-tiba terbuka lepas tu tertutup. Benda tu berulang dalam 3-4 kali tak silap aku. Suami suruh aku cepat-cepat masuk ke kereta tanpa lihat apa-apa. Aku memang kecut perut sangat masa tu sambil berdoa janganlah benda tu ikut aku balik.

Sampai di kaunter pemulangan kunci, kami semua sekali sama-sama keluar sebab masing-masing dah ketakutan nak tunggu dalam kereta. Sambil pulang kunci suami aku boleh pula tanya macam-macam soalan kat staff resort tu. Antara yang paling aku tak boleh terima bila suami aku tanya,

“ramai ke guest minggu ni? Saya tengok siang macam tak ada orang. Tapi malam macam meriah pula sebab bilik banyak terang”.

“So far untuk 2-3 hari ni tak ramai orang sangat. Yang ada pun encik dan kawan-kawan & 3 pasangan mat saleh tapi dorang duduk block lain”, jelas staff tu.
“Eh yeke? Saya tengok bilik depan bilik saya waktu malam terang je? Kiri kanan bilik macam meriah sebab kadang dengar dorang borak”, suamiku sambung penjelasan.

Staff tu terdiam, dan berkata, “Encik, bilik depan bilik encik tu tak ada orang sebab under maintenance. Dah sebulan lebih kami kosongkan sebab nak dibaiki. Kalau ikutkan list guest memang bilik lain pun kosong tak ada orang”.

Suami aku dengar memang tak cakap apa-apa then terus blah macam tu je lepas pulangkan kunci. Masuk kereta memang kitaorang langsung tak buka cerita. Aku memang dah cuak tahap nak menangis. Dalam hati aku memang rasa nak cepat keluar dari resort ni. Itulah pengalaman yang pada aku seram. Bila teringat balik muka perempuan tu aku boleh jadi takut sendiri. Lepas ni kalau ke Langkawi memang tak la aku nak stay resort tu, bagi free menginap pun tak apalah aku tak mahu.

– Mak dua anak-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.8]

42 thoughts on “Resort Menyeramkan”

  1. Dek non, kabo ler resort tu kat mana. At least kami ni tak ler terkena gak dengan keadaan mcm tu. Bagi pembayang je pon ok. Boleh tanya kawan yang mmg pemastautin kat sana. Mmg seram sangat-sangat ni.

    Reply
  2. hint lah skt apa yg dkt ngn resort tu..kang satg kak, kami semua terjebak secara tidak langsung stay dkt resort tu..haru bak hangg..

    Reply
    • Dlu g langkawi nak booking tok senik sbb murah sgt utk tmpat mcm tu…cantik…tepikir gak nape murah sgt…ty pakcik google…skali rupenye byk momok…hahahaha

      Reply
      • Betul tu..sebab penah kena.resort tok nenek tu,pergi dengan kawan berdua nak lepaskan stress.malam tu lepas jalan sume balik resort terus baring sebab kepenatan,kawan plak kata nak mandi.ok lah,sy pun layan tv.tiba2 nampak dengan pkai tuala dok cegat sebelah tv.cakap dalam hati,kata nak mandi tapi xmandi2 lagik..xlama lepas tu member pun keluar dari bilik air lepas mandi..tergagam gak lah,mcm2 dok fikir.resor memang cantik tenang,lebih pada suasana kg.cuma penghuninya buka sekadar kita.ada penghuni lain yang turut sama menumpang.

        Reply
        • Ohh? Resort tu masih beroperasi lagi ke. Masa saya pi Langkawi tahun 1998 tersangat suka dengan suasana kat situ; sempat makan kat restoran resort tu je. Ingatkan nak tinggal sana on next visit tapi sampai sekarang takde peluang pi Langkawi.

          Reply
          • masih beroperasi memang suasana kampung betul. sy pernah bekerja di langkawi dulu just tengok kawasan sekeliling resort tu je. kalau sy mmg x kot nk bermalam kt sana myb sbb suasana sunyi tu.

      • masih beroperasi memang suasana kampung betul. sy pernah bekerja di langkawi dulu just tengok kawasan sekeliling resort tu je. kalau sy mmg x kot nk bermalam kt sana myb sbb suasana sunyi tu.

        Reply
  3. penulis tkleh tulis nama resort..dapat tahu kat owner karang kena saman lak owner FS ni,jatuhkan perniagaan orang…

    anyway,cerita best..kalau nak g bercuti, bermalam kat mana2 rajin2 la godek cerita di sebalik hotel/resort tu….nak elakkan kejadian camni..

    tapi elok gak korang kena kejadian camni,kalau tak, takde lak cerita baru kat FS ni.. keh keh

    Reply
      • Kak den x raso kali ni ada smbungan tap mungkin pengalaman lain plak kot…apa pun klw langsat dah gelak tu dia suka la kat cite ni… pada penulis klw ada kisah lagi boleh lah share seram plak malm ni hehe

        *ayat ko kan kak mmg kejam kan

        Reply
        • Bukanlah…
          Mksd den tu episod duo tigo ompek limo tu dr urang lain yg TERpoie tompek tu…
          Ekau ni suke salah tafsir mksd den kan…
          Den ni kdg2 baik gak orgnye…
          Kadang2…
          Heheheheheh…

          Langsat bkn setakat suko yoo tapi siap back up penulis lg koo…
          Mmg suke banget lhooo…

          Reply
    • Baru balik dari situ…. Bercuti dengan 2 org anak je…. niii baru sampai umah. Scary gila tempat tu. Kita org sampai situ dlm 8 lbh dr Airport guna waze. Tak susah nk cari… 15minit dah sampai. Bila sampai… Anak Pompuan ckp… Mama biar betul ambil tempat nii… Mcm rumah hantu dlm TV. Reception nya saja bentuk rumah berkonsepkan rumah lama. Receptionist tuuu cuma bg plan direction utk ke bilik kita org. Lps check on terus kuar nk cari mkn, balik dah kol 10lbh. Tersalah jalan, silap ambil simpang…nk pusing balik x tau jln ke mana lg… Naik atas bukit, so saya pun terpaksa reverse kereta dengan jln yg sempit Dan cerun yg tinggi. Kaki tangan saya menggiggil masa tukar gear n pusing staring kereta. Alhamdulillah…. X ada benda yg mengerikan. Sampai bilik… Mandi, solat terus terlena…. Saya sedar 5.30pg. Nak tunggu hari akhir… Memang scary… 5ptg tadi checkout dari sana. Sekarang dah sampai rumah.

      Reply
  4. Rajin rajinlah google sesuatu tempat tu kalau nak pergi bercuti. Tambah je perkataan “seram” atau “berhantu” kat hujung serach engine tu. Contohnya “Resort To Senik berhantu” atau “Resort Tok Senik seram”.. Ehhh..ermmmm contoh je…hahaha

    Reply
  5. Rasa-rasanya aku mcm tahu resort apa, dlm kawasan hutan bangunan style rumah kpg. Sebab saudara aku pun kena mcm cara yg lebih kurang sama masa pergi langkawi. Masa diaorg samp dekat resort tu time tu nk dekat maghrib rasanya makcik aku dah perasan ada perempuan rambut pjg tgh perati sambil tersengih kat depn resort diaorg. Dia dah rasa something so dia balik dgn saudara yg stay dekat langkawi. Yg lain2 memang taknak ikut sebab nk rasa suasana kpg mlm tu memang kena kacaula.

    Reply
  6. Pernah duduk rsort tok senik.. Alhamdulillah, syukur sgt xde kne pape..huhu.. yg seramnye, terambil pakej snorkeling yg mahal gila..waa…!!???

    Reply
  7. Tak masuk akal ceta ni…
    Mule2 ceta…
    Aku masa tu masih tak fikir apa-apa lepas charge aku terus ke bilik Fuad tadi tempat dorang berkumpul lepak. Aku nampak si Diela ni tengah main phone(tenang) lepas tu depan-depan dorang aku tanya si Diela ni…

    Kemudian ceta…(flashback)
    Diela yang dah MENGGIGIL takut terus masuk bilik semula dan masa tu la juga aku masuk bilik tanya Diela ni kenapa datang bilik aku.
    Ko tipu eh…

    Reply
  8. Ouh saya rasa saya tau resort kat mana kts kan.
    Sebab saya mengalaminya jugak tapi dgn anak2 lagi. Kita stay semlm sahaja. Sebab tak sanggup nak stay 3mlm

    Reply
  9. Cerita tipu ni ….saya menginap di hotel ini 2 mlm…tak ada ape berlaku pun…alhamdulillah…support lah hotel orang melayu kita…jgn buat cerita yg mengarut2…dapat dosa fitnah free ja

    Reply
      • blk2 org yg sama ja crta dia nmpk antu..kat opis nmpk antu, g brcuti ada antu kat resort, mnd laut nmpk antu…seumur hdup aku xpnh nmpk hantu..leh tlg x sapa2 yg leh bg nmpk?? seminit pon jd laa..plsss..

        Reply
  10. sy pun rasa “TSR” tu… mak sy dulu ada belikan honeymoon pakej utk cousin saya 3d2n – pegi reramai tapi yg honeymooners je dok situ – yg reramai lain tu stay kat hotel aseania.. kunun nak bagi special utk newlyweds privacy la dr lepak dgn kitaorg yg riuh rendah nih…
    sbb honeymooners kan diaorg diletakkan di chalet hujung sket. cousin sy citer nak menunggu siang malam pertama tu pun Ya Allahhh punyalah takut… macam macam bunyi ada, ketuk dinding, cakar tingkap, tarik atap dan hilai tawa semuaa ada….
    mmg tak tidur katanya malam tu… dah terang sikitt jer diaorg dah kelam kabut check out lari ke aseania… berhimpit pun rela… ahaahaha

    Reply
  11. Berjaya resort ni. 3 kali dah aku pi duk situ lepas pkp. First time sampai mmg rasa seram, dapat bilik paling ujung plk tu. Seram sbb x biasa ngan hutan n mmg x ramai org pi duk situ masa aku pi. Alhamdulillahh x da kna kacau apa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.