RnR Misteri

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Saya terpanggil untuk bercerita tentang kisah saya yang terjadi kira-kira 5 tahun lepas.

Waktu itu saya masih lagi houseman di HTAA. Saya berasal dari Johor jadi nak ke Kuantan perlu lalu highway Mersing dan tembus ke Muadzam dan Pekan sebelum tiba di Kuantan.

Nak dijadikan cerita, saya pilih untuk memandu sahaja memandangkan barang nak dibawa sangat banyak. Saya bertolak dari JB kira-kira pukul lepas zohor dalam pukul 2 petang. Dalam perjalanan ke Mersing tiada masalah walaupun jalan kampung dan bersimpang siur. Saya memandu dengan berhati-hati. Nak drive malam agak takut sebab suasana gelap dan keadaan jalan agak bahaya.

Bila sampai simpang nak ke Muadzam saya belok kanan. Penuh lori jenuh jugak saya nak potong. Saya taknak laa sampai malam kena lalu jalan tu. Jadi bila agak-agak dah pukul 6 lebih saya masih berada di Muadzam-Pekan. Saya pun berhenti laa sebab nak solat asar. Tapi hati macam tak sedap sebab RnR kat situ nampak usang tak macam RnR di highway PLUS.

Sampai sana saya tengok ade dua kereta satu proton saga lama dan satu lagi kereta model lama. Nampak seorang makcik tua tengok sahaja saya. Saya pun senyum lah tapi die terus pandang saya. Di kereta proton saga nampak seorang lelaki 30an dressing agak-agak style 70an. Tengah baca surat khabar sambil sandar di kereta. Langsung x pandang saya.

Di depan RnR ada kedai makan tapi macam dah tutup lama, penuh daun kering je dan papan tanda dah kabur dan hampir patah.

Saya terus mencari surau dan terjumpa surau agak usang. Saya ambil wudhuk buka paip air berkarat. Try kumur nak termuntah rasa macam kumur air darah. Haha.

Selepas berwuduk saya pun ke ruang solat. Penuh nyamuk. Tiba-tiba bulu roma meremang. Saya capai rak telekung memang nampak usang dan tidak berbasuh. Nak patah balik ke kereta malas pula nak bukak beg semua. Jadi saya ambil apa yang ade.

Masa solat tidak berapa khusyuk sebab rasa ada yang memerhati di samping bunyi nyamuk yang bising di telinga. Tapi saya teruskan solat hingga ke akhir.

Seusai solat dan berdoa saya pun buat tinjauan kat dalam surau. Tiba-tiba saya nampak ada calendar tahun 1974!!!!!!

Hati saya berdebar. Atas meja ada buku diari. Saya buka buku rupanya jadual ceramah ustaz di surau ni. Tarikh paling akhir jadual tu turut bertarikh september 1974.

Dalam hati adakah surau ni ditutup pada tahun 1974? Apa terjadi pada surau ini? Tidak ada sesiapa datang ke sinI selepas tarikh tersebut?

Saya terus keluar sebab tak sedap hati memandangkan hari dah nak maghrib. Bila saya keluar kereta saya sahaja yang ada. Baru nak sapa makcik yang pandang saya tadi.

Balik tu saya rasa tak sedap hati. Rnr apa yang saya pegi. Mungkin saya balik time bukan peak hours tu yang sunyi sepi tak ada org.

Nak dijadikan cerita, hari kemudian saya drive dari jb ke kuantan, and guess what! Saya dah tak jumpa rnr tu. Balik lg sekali pun tak jumpa dan seterusnya..

Kisah ni masih menjadi misteri dan saya memang yakin saya tak bermimpi..
Aneh bukan?
Tapi saya syukur mujur saya tidak nampak hantu atau dua org yg saya nampak tu bukan manusia?

.

Puan A
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. Mungkin dah niat awak nak cari tempat untuk solat asar, jadi dia ‘tunjukkan’ lah RnR lama tu. Rancangan Allah swt. Alhamdulillah tak terjadi apa2 kat awak.

  2. aku pelik dengan dia punyer route jer…
    kalau JB – Kuantan route dia biasanyer JB-Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan…
    kalau johor sebelah Batu Pahat atau Muar biasanyer Segamat-Muadzam-Gambang-Kuantan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.