Rumah Arwah Nenek

Hai. Firstly, aku nak ucapkan terima kasih pada FS team sebab sudi siarkan cerita aku. Cerita ni adalah berdasarkan pengalaman aku and family aku sendiri. Ianya berlaku kat kampung aku iaitu di Ipoh. Nama panggilan aku Shai. Okay jom mula.

Kejadian pertama berlaku masa malam raya. Of course lah tengah happy happy sebab esok nak raya kan? Then malam tu semua adik beradik aku pakat tidur kat ruang tamu. By the way, aku dah lama tak jejak kat rumah arwah nenek aku tu sebab dah takde siapa duduk situ lepas arwah nenek aku meninggal tahun lepas. Balik pada cerita tadi, semua dah tidur. Lampu tertutup. So, gelap je lah. Hanya lampu luar rumah je yang pasang. So, ada lah sikit cahaya masuk dalam. Dalam pukul 2 or 3 pagi camtu, aku terjaga. Aku light sleeper. Bunyi sikit je, aku akan bangun. Aku terbangun sebab aku terdengar bunyi buaian kat luar. Macam ada orang hayun. Kat rumah arwah nenek aku ni ada 2 buaian. Dulu arwah makcik aku, dia OKU suka duduk main buaian tu. “Krek krek krek” bunyi buaian karat hayun. Siapa pulak main pagi pagi buta kan? Pintu and pagar semua terkunci. Aku syak benda tu ah. Tapi aku selamba je, then tidur balik. Esok tu aku cerita kat parents aku, diorang pun dengar jugak. Tapi tak berani masing masing nak tengok luar.

Kejadian kedua, masa ni tengahari, hujan lebat. Aku duduk dalam bilik arwah nenek aku dengan mak and abang aku. Then tiba tiba guruh kuat sampai suis terpadam. Then gelap lah jadinya tapi ada ah gak cahaya sikit sikit dari luar sebab tingkap terbukak. Abang sulung aku and kakak ipar aku (isteri dia) nak keluar jalan jalan kat bandar Ipoh. Masa kakak ipar aku berdiri, dia terpandang ke bahagian belakang (dekat dengan dapur), and dia ternampak ada benda hitam and besar menghadap dia. Tapi tak sure ‘benda’ tu tengah pandang apa. Then kakak ipar aku diam je, sampai dalam kereta, baru dia cerita kat abang aku.

Kejadian ketiga, ni aku alami sendiri and sampai sekarang aku ingat. Masa ni pukul 12 lebih malam, aku tengah baring tengok TV kat ruang tamu. Parents aku dah tidur dalam bilik dengan arwah nenek aku. Aku tidur depan TV dengan abang aku. Masatu, abang aku ni, Bam (bukan nama sebenar), dia lapar. So dia pergi ah kat meja makan. Tempat meja makan tu bersambung dengan ruang tamu. Kalau nak pergi ruang tamu dari meja makan tu, kena turun 2 anak tangga. Camtu lah. Then aku tengah syok tengok TV and abang aku tengah syok ambik makanan, tiba tiba aku terdengar “HAAAAHHH” kuat gila and macam suara perempuan tengah jerit. Aku ingat aku sorang je dengar then aku buat dek je lah. Aku tak kisah bunyi bunyi ni. Asalkan dia tak tunjuk diri dia. Then abang aku datang kat depan aku sambil tutup telinga dia. Dia gerakkan mulut dia tapi tak keluar suara cakap “adik”. Aku tahu dia dengar jugak. Sebab dia paling dekat ngan tempat yang bunyi tu. Then aku cakap kat dia “tidur je lah. Esok je makan.” Aku tutup TV then terus tidur. Esoknya, Bam cerita dia dengar dari belah kanan dia. Masa dia tengah ambik makanan, dia menghadap TV. Belah kanan dia toilet and tepi toilet tu bilik arwah nenek aku. Bunyi tu datang dari di antara bilik and toilet tu.

Kejadian keempat, masa ni makcik aku nak cari something kat bilik arwah pakcik aku. Arwah pakcik aku ni pun OKU. Dulu dia duduk bilik tu. Tapi lepas dia meninggal, bilik dia dijadikan sebagai stor. Bilik ni sebelah dapur je. Masa tu makcik aku baru bukak pintu, tiba tiba angin kuat tiup dari dalam bilik. Mak aku pun ada situ. Diorang terus meremang masa kena angin tu. Tingkap semua tertutup, bilik pun berkunci sebelum diorang bukak. Dah habis amik barang semua, makcik aku baru je keluar bilik tu, terus pintu tu tertutup sendiri. Tak jadi kunci, mak and makcik aku terus pergi.

Kejadian kelima, ni bibik (yang jaga arwah nenek aku) ceritakan sendiri. Dia kata setiap malam dia akan dengar bunyi ada ‘orang’ nak cuba bukak pintu kat belakang toilet. Toilet ni dekat sebelah bilik arwah pakcik aku tadi. And belakang toilet tu, dapur yang dah lama tak guna. Biasalah rumah orang dulu dulu, ada 2 dapur. Dah berapa tahun tak masuk dapur tu. Sentiasa berkunci. Selama 22 tahun aku hidup, tak pernah sekali pun aku jejak or tengok dapur tu. Family aku pun tak pernah nak bukak. Hahaha. Then bibik tu cakap kat mak aku, “kak, sini banyak hantu eh? Banyak dah bunyi selalu malam malam”. Mak aku senyum je. Dalam toilet tu, ada tingkap. Kalau jenguk tingkap tu, nampak dapur tu. Tapi, memang tak lah aku nak jenguk situ. Dibuatnya ada benda jenguk aku balik, habis. Setiap kali mak aku suruh aku ambik vacuum or penyapu, mesti aku tak nak. Sebab benda tu ada dalam stor kat tepi dapur lama tu. Kena lalu depan dapur lama tu, baru ada stor tu. And pernah sekali tu, aku dah rasa lain macam, aku pasang lah ayat ayat suci Al Quran dari ipad ayah aku, pastu aku letak kat meja depan dapur lama tu, once terpasang je, terus meremang bulu roma aku. Terus aku lari kat parents aku kat ruang tamu.

Kejadian keenam (akhir sekali), masa ni arwah makcik aku yang OKU tu hidup lagi. Masa ni dia tengah sakit. Then banyak kali dia cerita kat arwah nenek aku yang dia selalu nampak arwah atuk aku jalan jalan dalam rumah tu and panggil dia suruh ikut. Arwah atuk aku ni dah lama meninggal. Aku tak pernah jumpa pun dia. Dia meninggal sebelum aku lahir lagi. Arwah nenek aku layankan je arwah makcik aku tu. Then selang beberapa hari, masa ni family aku kat KL sebab aku memang duduk KL, bibik tu call mak aku kata arwah makcik aku meninggal. Masa ni bulan puasa. Dia meninggal pada bulan yang mulia. Alhamdulillah. Then mak aku cakap, kiranya betul lah kot yang dia nampak arwah atuk aku panggil dia suruh ikut. Rupanya ajal dia dah dekat.

Tu je cerita dari aku. Sorry kalau tak seram mana pun or boring. Ni semua dari pengalaman aku sendiri. Terima kasih kerana membaca sampai habis.

Shai
FOLLOW FB KAMI.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.