Rumah Batu-Batuan Taiping

Terlebih dahulu aku nak cakap cerita yang aku nak cerita ni tak semestinya korang wajib percaya. Tapi aku saksi cerita ni walaupun bukan keseluruhan la. Mungkin aku akan tambah sikit sebab ada detail yang aku tak ingat. Cerita ni berkenaan dengan rumah paklong aku. Aku panggil paklong aku ni bapak sebab memang panggilan yang anak saudara dia panggil.

Bapak aku ni orang yang kurang harta. Boleh la ketegorikan as miskin tegar sebab dia bekerja ikut masa, kalau hari tu nasib dia baik, so dapat la rezeki. Halal tau bukan judi ke ekor. Oleh kerana dia ni susah, bapak aku ni pon menetap la kat satu rumah ni somewhere in Taiping. Aku tak nak mention tempat tu bersebab. Cerita ni jadi tahun 90-an la.

Bapak aku sewalah satu rumah ni. Sewa rumah ni sangat la murah mengalahkan rumah sewa Shah Alam 50 hinggit tu. During that time, I think around RM10 per month. So memang affordable la kan untuk orang susah ni. And kekadang, tak bayar pun tuan rumah tak kisah. Hmm kenapa ya? Tak pelik ka? Okay sini la bermulanya perjalanan bapak aku yang jadi penghuni selama 13 tahun dirumah batu-batuan.

Kenapa aku cakap rumah batu-batuan, sebab rumah ni memang dibuat dengan batu yang disemen tanpa bata. Interesting right? Waktu 90an ni paklong aku berusia antara awal 50-an. Rumah ni memang agak pelik sebab kalau nak diikutkan rumah ni memang strategik sangat sebab depan dengan jalan utama Taiping. Siap ada padang bola untuk perlawanan bola sepak bawah 15 tahun. Maksud aku halaman rumah ni agak luas.

Hari pertama bapak aku masuk menetap dirumah ni, bersama-sama isterinya. Sewaktu masuk ke rumah ni, banyak gila sawang-sawang (sarang labah-labah) dalam rumah ni, so aku boleh bajet rumah ni dah hampir 5 hingga 10 tahun tanpa penghuni. Sebab terlalu berhabuk and terlalu semak. Semak kepala aku tengok nyer.

Bapak aku bawa peralatan basic ja macam pakaian, peralatan bilik mandi dan makanan basah. Ayah aku dan abang-abang dia ni tolong la bapak aku kemaskan sikit rumah ni. So hari pertama dah abis dan masuk lah ke malam pertama (bukan malam pertama yang itu yew). Malam pertama menginap dirumah tu tidak ada sebarang gangguan. So bapak dengan mak besar (maklong aku) tidur la dengan nyenyak. Untuk minggu pertama ni, bapak aku tak bawak anak dia tinggal sekali. So bangun la tidur keesokan harinya.

Tapi alangkah terkejutnya apabila bapak aku dengan mak besar terjaga dihadapan halaman rumah tersebut bersama-sama dengan segala kelengkapan yang dia bawak semalam. Bapak aku cuba pergi buka pintu rumah tapi berkunci dari dalam. Nasib baik lah tuan rumah ni ada kunci pendua.

Dah dapat kunci pendua ni, bapak pon pergi la ke kedai untuk buat kunci baru untuk serahkan kembali kunci kat tuan rumah. Bukak je pintu rumah tadi, alangkah terperanjatnya bila rumah yang dikemas tadi dah berselerak macam memula bapak aku masuk rumah ni. Lagi sekali bapak terpaksa kemaskan semula rumah ni.

Bapak yang rasa sangat hairan dengan keadaan ni, pergi la bertanya dekat nyonya di sebelah rumah. Memang bunyi sebelah, tapi kalau nak pergi rumah nyonya ni kena lalu ikut jalan besar didepan rumah sebab nyonya ni dah pagarkan rumah dia dengan rumah sewa bapak aku lepastu sengaja membiak hutan simpan kekal pulak. Alasan aku akan bagitahu nanti.

Bapak aku pon pergi la ke rumah nyonya tu. Lepas tu bagitau lah si nyonya tu kata bapak aku ni jiran baru dan terus bapak aku tanya pasal rumah tu. Panjang lebarlah cerita nyonya tu. Menurut cerita nyonya tu, rumah tu dahulunya pernah diduduki oleh orang melayu Indonesia yang datang ke sini jadi dukun. Katanya dukun ni dibunuh disebabkan salah satu jampi (rawatan) tak menjadi, lalu keesokan harinya, pelanggan tersebut datang dengan mengamok dan bunuh semua orang yang dalam rumah tu.

Lepas tu, pelanggan tersebut bunuh diri. Aku tak pasti sama ada cerita ni betul atau nyonya ni banyak tengok cerita hantu. Yang aku pasti rumah tu memang “berpenghuni”. Setelah dengar cerita mengenai rumah sewa tu, bapak aku pon tanya kenapa membiak hutan. Nyonya ni pun bagitau yang benda dalam rumah tu selalu memerhati dia siang dan malam. Sampai takut nak keluar rumah. Jadi dia mintak la orang buat pagar bertutup dan biak hutan simpan tu. Maghrib dah dekat, Bapak pon cakap terima kasih untuk menandakan tamat perjumpaan dia dengan nyonya tadi.

Malam tu bapak nekad dengan mak besar takmo tidor. Dia nak tengok apa yang akan jadi untuk malam kedua. Sebelum tu, nak bagitau mak besar aku ni orang jawa yang ada la sedikit sebanyak ilmu nya yew. So malam kedua ni malam yang aku anggap agak dahsyat sebab ‘dia’ (penghuni) dah buat something. Tunggu malam berlabuh bukan senang, tambahan pula bapak aku mana ada TV or ipad nak kill time.

Pukul satu pagi still takde apa-apa yang mencurigakan. Pukul dua pagi hanya dengar anjing menyalak. For me, normal la kot sebab area Taiping banyak jugak la anjing. Pukul 3 pagi ni, maybe time untuk penunggu ni melihat rumah sewa tu. Dia pun munculkan diri dia. Alangkah terkejutnya bapak aku bila nampak orang yang takde kepala berlegar dalam bilik air rumah sewa tu. Makhluk tu hanya berlegar-legar je disekitar bilik mandi macam mencari something.

Bapak aku yang kaya dengan pengalaman ni tegur makhluk tu sampai mak besar yang tadinya di atas katil dalam bilik datang ke suami dia. Melihat kejadian tu, mak besar pon mulalah keluar loghat jawa dia dengan memohon agar makhluk tu pergi. Macam cerita hantu yang lain, makhluk tu hilang tapi persoalannya makhluk tu akan datang balik ke keesokan harinya dan macam mana bapak nak bawak anak-anak dia tinggal dengan dia sedangkan anak dia baru berusia 7 hingga 12 tahun.

Kak Sinah

Leave a Reply

15 Comments on "Rumah Batu-Batuan Taiping"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Nino

Pastu apa jd….knp x smbung je bg pnjng2…biar mata pembaca cramp bca story kau ni…mhon smbung scepat mngkin

Goblin's bride

Uuu

sis nini

kenape separuh je ? dh khusyuk bace dh tdi

Langsat

cerita tak habis ni….hang terlupa atau terpotong lagi setengah ka

Nurul

Cerita hang tergantung weyy. Dah syok baca tetiba habis camtu. Memang ending dia camtu ka?

King of Kong

Aku syak kita semua digesa utk menggunakan kaedah telahan nujum utk mengetahui nasib anak2 bapak dan emak besar..

Darm

asal half je.potong stim la

Kak Yulie

Kejaaaammmm…
Kejam ko dik…
Isk isk isk…

z

Ni strategy nih.. Kan….

CariDotMai

Teringat aku kisah rumah banglo berhantu kat taiping tu..

wawa

eh eh eh sajo je nk ptg stim baca huhu

Penulis

Aku nasihatkn xpyh buat cerita lagi klo jnis bsambung2 demi mndptkn publisiti murahan

N

wehh..sambung ler teros -.- kecewa betol ak dgn ko nihh….tengah feeling2 baca siap tongkat kepala lagi hng buleh potong pulak..

Kak Senah

Apakah? ada sambungan lagi ke nie?

Karipap Kentang

Wow! Gempak nih. Nak gi ke sambungan dia jap.

wpDiscuz