Rumah Batu-Batuan Taiping V2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera yew semua. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kat admin sebab post cerita aku sebelum ni yang bertajuk Rumah Batu-Batuan Taiping http://fiksyenshasha.com/rumah-batu-batuan-taiping-1/ Maaf la sebelum ni cerita separuh jalan. Sebab waktu tengah rush nak balik kampung.

Okay, sambung balik cerita kat rumah sewa bapak aku tu yew. Gangguan demi gangguan bapak aku dengan isteri dia kena hadapi tapi disebabkan poket kosong terpaksa la juga menetapkan situ. Dalam masa seminggu yang pertama tu, bapak aku pon buat bacaan Yassin dan mohon air Yassin untuk langkah keselamatan. Selepas seminggu, dia pon bawak la anak-anak dia menetap sekali dengan dia sebab dia rasa makhluk-makhluk ni dah takde.

Tapi apabila anak-anak dia menetap kat rumah tu, mulalah ada pengalaman baru yang diceritakan. So pengalaman dalam rumah tu yang aku dengar, selepas anak dia duduk sekali, bapak aku nampak satu makhluk bertenggek kat atas almari dalam bilik anak-anak dia. (FYI: Bilik-bilik diowang takde pintu) Makhluk ni berwarna hitam, berambut panjang. Tapi rambut dia serabut. Dari cerita bapak aku tu, makhluk ni tak berpakaian tapi tidak menampakkan tubuh badan.

Waktu bapak aku perasan, makhluk ni tengah tengok anak-anak bapak aku. Bapak aku yang baru bangun tido nak ke tandas tu agak terperanjat melihat makhluk tu. Makhluk tu hanya melihat tapi takde la pulak buat apa-apa. Mujur, air Yassin ada di dapur. Bapak aku terus pergi dapur ambil air Yassin dengan niat nak renjis dekat makhluk tu. Sampai je ke bilik tu, makhluk dah takde kat almari tu. So bapak aku ni pon cari la makhluk tu kat dalam bilik. On lampu bilik, tengok bawah katil anak-anak dia, bukak almari, check pon takde.

So off lampu, dia pon nak keluar bilik, lalu sebelah cermin, bukan almari cermin, tapi hanya cermin, alangkah terkejutnya bila makhluk tu tengah duduk atas belakang dia bila dia tengok melalui cermin. Allahu rabbi. Bapak aku pon lari keluar bilik tu sebab terkejut, berjalan pantas ke bilik dia. Sampai kat bilik depan, dia kejutkan isteri dia, isteri yang masih mamai (separuh sedar) lihat la suami dia tapi makhluk tu dah tak kelihatan. So mak besar ni pon, pergi lah melihat bilik ke bilik kot-kot terjumpa dengan makhluk tu, tapi alhamdulillah, tak jumpa. So diowang pon sambung la tido.

Around 4 ke 5 minggu camtu, sepupu aku yang berusia around 12 tahun ni terjaga around 2 pagi. Dia terjaga sebab anjing menyalak and dia nak buang air. Selepas dah melepaskan hajat dia, dia ni pon keluar lah tandas. Waktu tengah jalan nak ke bilik dia, ada orang berjalan and langgar dia. Selepas makhluk tu langgar dia, makhluk tu jatuh, waktu makhluk tu jatuh, sepupu aku ni cuba la nak tolong, dia sangka mungkin ayah dia tapi bila dia tolong nak angkat, tengok makhluk ni takde kepala.

Terkejut dengan makhluk ni punya anggota, dia terus lepaskan makhluk ni sambil undur ke belakang. Lepas tu dia tanya dalam keadaan nada yang yang agak kuat, “Hang sapa?” Makhluk tadi mengesot dengan laju masuk ke arah bilik bapak and mak besar aku. Lepas tu apa lagi, sepupu aku ni menjerit la sampai mengejutkan bapak and mak besar aku. Bingkas bangun tido dan pergi ke anak diowang, diowang tanya kenapa, dia pon cakap ada perompak takde kepala masuk rumah kita. So mak besar kata tu imaginasi dan suruh anak dia pergi tido semula.

Malam keesokan harinya, family aku pergi la melawat rumah abang ayah aku ni. Sambil borak, aku terdengar la pasal cerita ni, aku pon pergi tanya direct kat my cousin, dia pon bagitau la fizikal makhluk ni. Makhluk ni pakai baju melayu berwarna hitam, ada samping kain pelikat warna coklat gelap. Kat leher dia ada parang yang terpacak tapi takde darah. Lepas balik dari rumah sepupu aku tu, malam tu aku tak boleh tido sebab macam takut dengan gambaran yang diberikan (sebab aku kanak-kanak lagi waktu ni). So after that event, ayah aku dah tak bagi bukak cerita hantu depan aku. So setakat tu je la yang aku boleh kongsikan.

Yang aku tahu selepas, 13 tahun bapak aku menetap di situ, dia dihalau oleh tuan rumah disebabkan tuan rumah yakin rumah tu dah takde dah hantu. Bapak aku bagitau makhluk tu still ada dalam rumah tu Cuma dia dah tak mengaggu keluarga bapak aku. Malam tu, tuan rumah masih tak percaya yang kata-kata bapak aku tu pergi menetap kat rumah tu nak membuktikan yang makhluk tu dah takde tapi mati kena serangan jantung. Aku tak la cakap dia mati sebab makhluk tu, sebab ajal maut di tangan tuhan. Lepas kejadian tu anak tuan rumah tu take over and buat taman perumahan baru. Yang jadi tanda tanya, walaupun taman tu ada 10 buah rumah, tapi takde satu penghuni pon yang menetap, semua buat homestay. Sampai sekarang. Tapi rumah tu habis dijual. Cuma pembeli buat homestay that’s all.

-Kak Sinah-

Kak Sinah

Leave a Reply

6 Comments on "Rumah Batu-Batuan Taiping V2"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Darm

mak besar hehe

Kak Yulie

Kuang ajooorrr tuan umah tu…
Geram…!!!

Karipap Kentang

Kita bakor umah deme tu jom Kak Yulie, kita bakor!!!

Kak Yulie

Kah kah kah…
Kite bakor…kite bakoorrr…!!!!
Tgn tu jgn lupe kasi pusing2 sket…
Hahahahahha…
Idokler…geram btol teman dibuatnye…
Mse umah berhantu, duduk pree pn xper…
Udoh bersih, dihaloo nye oghang tu…
Mmg kite bakooorrr….

Karipap Kentang

Wah wah wah wahhhh ko Kak Sinah, mmg gempak citer ni. Keme nak rekki kat mana ke homestay ni dimaksudkan. Payah gak kadang nak deal dengan orang yang tak percaya, takmo dengor kate, yang rasa dia lagi bagus daripada orang lain, especially orang susah mcm bapak Kak Sinah. Kesian bapak. Tapi takpelah. Bapak pon dah tak dok situ lagi. Gamoknye, ndak ke idak si anak arwah tuan rumah caya tapak tu puaka ke idok ye? Ermmm…..

Penyibuk

aku rasa macam tau je tempat ni kat mana? tapi kat kawasan perumahan tu dah ada orang mnetap tapi satu family je kak sinah oi..hehe

wpDiscuz