Rumah D13A : Licik

Sebuah kereta hitam meluncur membelah senja di Jalan Bangi Lama.Sesekali kereta hitam itu tampak seakan hilang kawalan.Azan maghrib masih belum berlangsung.Tekanan makin terasa buat penghuni kereta hitam itu.Terasa jauh benar jarak dari lokasi untuk sampai ke Kg.Jenderam..

Amacam intro dari akak?
Power tak?
Lama tak berkongsi cerita dengan korang.Banyak tanggungjawab kebelakangan ni.Kali ni sebab cuti panjang,akak nak kongsi beberapa pengalaman yang masih belum berakhir.

Malam tu,30 Disember 2016.
Aku dan husband ada tugas menghantar gubahan hantaran ke Jenderam.Bff kepada husband aku dah nak kahwin.Majlis nikahnya esok,pukul 9pagi.Kira-kira 20minit sebelum masuk waktu maghrib,kami mula angkat kaki dari Restoran Suraya.Perut dah kenyang,nanti singgah solat kat rumah Hakim jer.Tadi dah call Hakim sebelum kami gerak.Parents Hakim ada menunggu kami bersama dulang hantaran.Waktu aku nak menyeberang jalan untuk ke kereta,tiba-tiba telinga ni berdesing dengan kuat.Macam hilang sementara bunyi kereta,suara-suara manusia dan segala bunyi yang wujud sekitar tu.Aku berhenti kat tengah-tengah jalan.Kepala rasa serabut.Dada rasa sesak.Masuk je ke perut kereta,terasa bingit dengan suara anak sendiri yang tengah sibuk berceloteh dengan adiknya.Aku jerit minta anak aku yang sulung tu diam.Hudband suruh aku istighfar.Jangan jerit-jerit.Aku pandang tajam ke husband.Tapi sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku pandang dia macam tu.Cepat-cepat aku alih pandangan ke sisi.Kereta mula bergerak meninggalkan Restoran Suraya.
Husband mula rasa tak sedap hati since dari traffic light depan UKM.Dia pegang tangan aku,tapi ditepis!Dia pegang lagi sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Qursi dan 3 Qul.Kata husband,aku start mendengus.Aku rentap tangan yang disentuh husband tapi tak berjaya.Husband tak berani nak berkasar sebab anak yang bongsu sedang aku pangku.Waktu tiba di Bangi Lama,aku mula meronta bilamana husband makin rancak bacaannya.Anak dalam pangku hampir aku campak untuk ugut husband hentikan bacaan.Sepantas kilat,husband sambar anak yang mula aku angkat dan sedia aku campak ke belakang sambil sebelah tangan dia cuba mengawal stereng.Sadiskan?Belum cukup sadis.Waktu melalui selekoh,aku mula buka pintu tu kereta dan sedia untuk terjun.Sambil mulut aku mengilai-ilai saling tak tumpah seperti syaitan kata husband.Anak-anak dalam kereta dah berteriak.Sebelah kaki aku dah menjulur keluar.Bayangkan macamana husband aku arrange anak kat atas peha,tangan kanan kawal stereng dan tangan kiri sedang tarik tangan aku supaya tak jatuh.Paling bernasib baik,pintu kereta tu tak tercabut!Husband aku pun tak sedar macamana dia drive,tapi yang dia tahu,Allah dah tolong dia and entah macamana,sampai disatu selekoh lain,saat dia berusaha untuk pastikan kami semua selamat,pintu kereta tu berjaya ditutup.Tapi ‘gila’ aku tak habis kat situ.Jarak dari Bangi Lama ke Jenderam terasa bagai dari KL ke Putrajaya.

Tiba di depan rumah Hakim,husband dengan pantas keluarkan anak-anak untuk dibawa masuk ke dalam rumah Hakim.Dia biarkan aku sedang mencangkung di tempat duduk sebelah.Dari mula dia tarik handbreak ,anjing tak henti bersahutan.Tak tahu dari mana datangnya padahal kawasan tu takde anjing.Papa Hakim pun hairan dengan suara-suara anjing yang galak melolong bagaikan berada betul-betul disebelah kami.Sejurus tinggalkan anak-anak bersama mama Hakim,husband aku kembali ke kereta bersama papa Hakim,bantuan sokongan kata husband aku.Papa Hakim hampiri aku yang sedang bercangkung di kereta sambil menggigit jari dengan mulut terkumat-kamit dengan bacaan ayat suci.Sebaik dia menjenguk ke kereta,dia berikan salam pada aku yang sedang terbuntang mata macam nak telan papa Hakim.

PH: Assalamualaikum.How are you?(Papa Hakim cuba sapa aku macam ‘normal day’ kami berjumpa)
Aku:Diamlah kau orang tu.Dasar orang tua nak mampus!Ni bukan urusan kau la sial!

PH:Oh!U call me ‘orang tua’?What do you want from my daughter?Kamu mahu apa?

Aku:Kau diam la bodoh.Syuhh!Syuhh!Pergi jauh-jauh.Aku memang nak malukan dia.Padan muka.Bajet bagus.Esok aku nak rosakkan majlis anak kau pulak melalui dia.Biar takde orang nak berkawan dengan perempuan celaka ni.

Papa Hakim pass tugas kat husband aku.Dia takleh buat.Husband yang dari tadi memang dah standby dengan macam-macam bacaan,datang rapat ke arah aku sebelum dia tiup tepat ke muka aku.
Dengan spontan juga aku bertempik macam orang sedang kesakitan yang amat.Lolongan anjing masih lagi berlangsung bersama dengan tangisan sekali hoccay!Anjing menyalak melolong sambil menangis.Dorang kata seram gila.Macam tak sanggup nak dengar lama-lama.Aku tak tahu macamana aku pulih tapi waktu aku dah sedar,sayup-sayup masih terdengar suara anjing macam yang didengar oleh papa Hakim dan husband aku.Yang aku pasti,ada suara datang berbisik pada aku,minta aku turut bacaan beliau sejurus sebelum aku tersedar.Bila dah sedar,dalam kereta aku berbau air liur.Masam dan busuk.Husband tarik aku keluar.Mama Hakim dah standby air zamzam kat dalam rumah.Tak banyak yang kami borak malam tu.Badan rasa sakit sangat.Rasa penat.Kira-kira pukul 1130 malam,kami berangkat pulang.And bau tadi dah hilang kat dalam kereta.

31 Disember 2016.
Alhamdulillah majlis perkahwinan dan persandingan Hakim berjalan dengan lancar.Tapi waktu bangun pagi tadi,muka aku kusam dan badan aku bloated.Terasa sendat baju yang aku pakai padahal baju baru.Tapi takpelah.Dah takde masa nak gosok baju lain.Lagipun parents Hakim dah banyak kali call tanya condition aku.Parents Hakim tak putus-putus ingatkan aku untuk baca ayat-ayat pendinding diri.Terharu!

Lepas kejadian malam tu, Alhamdulillah Tahun Baru aku berjalan lancar.Tapi aku dengar anak-anak Azy sakit.Bergilir-gilir masuk hospital. Sorang Pneumonia,sorang Pnemucoccal,sorang lagi tertelan syiling..sekali dengan Mukhlis pun terheret masuk hospital.Tapi Azy, standing still.Tak goyah.Mesti korang fikir aku dah buat sesuatu kan?Memang.Bila kau sedih,bila kau rasa hopeless,balik pada Allah SWT.Caranya?
3x Maghrib,3x Subuh baca Manzil dan Doa Abu Darda.Niat kena betul.Dan mintalah agar kejahatan dipulangkan kepada pengirimnya.Lagi,Tahajud dan solat hajat kena buat secara konsisten.Tak semestinya harini kau doa,esok Tuhan makbulkan .Tapi harinya akan datang.One fine day..

Beberapa minggu selepas tu,hidup kami sekeluarga agak tenang.Azy pun aku dah lama tak jumpa.Last aku jumpa pun masa aku maki dia dengan bibik pasal ceroboh bilik tidur kami kat Bangi.Mesti juga korang boleh agak kenapa beria dia merasuk aku sebelum majlis Hakim kan?Sorry,I am patient with stupidity but not with those who are proud of it.Tak maki pun kena ganggu.Baik aku maki.Walaupun takde lah aku cakap berbaloi.Tapi ketenangan tu cuma sementara.Pepatah pun dah cakap,air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Kisah seterusnya terjadi waktu majlis tahlil di rumah mertua aku.Waktu majlis ni berlangsung,Mukhlis tak ada di lokasi kejadian.Jadi di Azy dah macam tak betah kat rumah mertua aku.Dikurungnya anak-anak dalam bilik bersama diri dia.Polisi aku tahun 2017,takda sesi bagi muka or jaga hati.Lagipun rasanya seluruh umat keluarga kami tahu kami tak sebulu.Cuma aku tak buka mulut kejahatan dia.Sebab FIL aku pesan supaya keluarga jangan berpecah.Deep inside aku tahu,FIL ada usahakan agar keadaan terkawal.Aku dan husband ambil pendekatan lawan dan bertahan.Tapi kau usik anak aku,kau siap!Hahaha.Cuma ada juga terpalit kasihan pada anak-anak dia bilamana tiap kali aku pulangkan ,mesti anak dia sakit.Nak buat camana,bahagian masing-masing.

Usai majlis,dan rata-rata tetamu dah berkurang,aku mula tolong berkemas.Oh,lupa bagitahu.Hubungan aku dengan Hana dah ada perubahan.Dah tak tegang macam dulu lagi.Boleh bertegur walaupun tak lah mesra laga-laga pipi.Husband aku cakap ilmu dia dah kurang menjadi agaknya.Balik pada cerita tadi,waktu aku limpas di ruang tamu,aku nampak Azy sedang duduk di sofa bersama anak-anaknya.Ketika aku betul-betul limpas sebelah dia,tiba-tiba dia panggil nama aku!Damn.Aku tak menoleh.Aku jalan je macam biasa.Pura-pura tak dengar. Dia panggil lagi.Kali ketiga,aku seakan nak menoleh tapi ada suara menegah aku untuk terus pandang ke depan.Suara tu cakap macam ni “Jale,jange paling.Dio nok hantar bare ko mek tuh.Dio habih cari doh nok wat Kijo”..suara tu kecek Kelate la pulok.Aku pun patuh je la.Sampai kat sliding door depan tu,nasib baik husband aku ada situ.Aku tanya husband,ada apa-apa benda pelik ke kat belakang saya.Kot-kotlah ada period stained ke,kain koyak ke,..tapi hsuabnd aku cakap semua ok.Waktu susun lauk-lauk kenduri tadi,aku ada juga curi-curi pandang Azy.Memang mata dia Mengekor pergerakan aku sambil kadang-kadang mulut tersenyum sinis.Haih.Mesti ada hal la pulak lepas ni.Aku nampak dia balik dari majlis dalam pukul 5 gitu.Malamnya,waktu kami semua pergi dinner kat Ana Ikan Bakar Petai,pun dia tak tunjuk muka.Lepas tahlil tu,aku langsung berjaga-jaga.Maklumlah,tinggal berapa hari lagi kami nak pindah rumah.Kalau boleh taknak ada gangguan.

Dua minggu lepas tahlil tu,aku dan husband bersama anak-anak keluar dinner.Elok jer dah nak sampai neighbourhood Kami,aku mula mencetuskan pergaduhan.Isu pun dah tak ingat tapi kata husband aku mengamuk tak ingat dunia.Makin hebat bila husband aku terlebih gatal mulut anda dia provoke ‘aku’panggil sampai akhirnya..Daabushh!Wide-screen kereta pecah.Tinggal tak berderai jer.Aku,tinggi cuma 151cm.Duduk bersandar pada kerusi waktu dirasuk.Tapi,entah daya Fizik mana ‘aku’ apply waktu tu,boleh sampai pulak ke wide screen dengan sekali hayun.Bila dah pecah,aku gelak dan bangga.Katanya ‘aku’ senang bila husband aku mencabar.Banyak lagi ‘aku’panggil boleh buat bila ‘aku’panggil dicabar.Bila dah macam tu,husband aku mula kendur.Sampai di kawasan parking,kami mula bergelut.Puas husband aku azan tapi tak jalan.Anak-anak menangis ketakutan sampai tertidur.Kesian anak-anak.Janganlah nanti diorang trauma dengan aku.

Pukul 1.40 pagi,husband aku dah habis usaha.Dah habis ikhtiar.CD ayat quran dah tak tahu kemana.Handphone dah kena baling tak tahu kemana.Sampailah husband aku Cuma mampu berdoa jer.Tiba-tiba ‘aku’ kat sebelah dah terperosok ke kerusi.Tangan pegang leher dengan mulut tercungap-cungap gaya dicekik.Kepala dah melekat pada kerusi langsung tak boleh bergerak.Kata husband,gaya aku tak ubah macam sedang disembelih.Aku meraung dan mendengus sebelum perlahan-lahan kepala aku terkulai.Dramatik kan?Tu baru bahagian pertama.Aku pun tak tahu siapa yang bantu aku bun#h jin bernama Marisa tu.Agamanya Majusi dan merupakan jin yang penuh dengan mantera dan simbol.Mungkin Ijam ada Muaz,tapi aku tak tahu tu siapa.Tak pernah aku jumpa tuan punya badan.Mulanya aku takut nak bagitahu sesiapa tentang suara-suara yang aku dengar tentang bacaan yang patut aku baca pada waktu tertentu.Dan mulanya langsung aku tak ikut bacaan tu sampailah aku semak bacaan tu pada tafsir Al-Quran.Kita lupakan kes tu dulu sebab aku takde clue dan tak nak korang pening fikir banyak-banyak.

Berbalik pada cerita tadi,lama juga aku pengsan.Dan bila aku sedar,dalam pukul 3 camtu,barulah kami naik.Badan aku sakit-sakit dan lebam.Mungkin kesan bergelut.Tumit aku pula sakit.Macam kena hiris.Ironi kisah malam tu,tumit aku masih sakit sampai waktu aku tengah menulis kisah ni.Dah puas berurut,takde perubahan.Cuma sakitnya kadang ada,kadang takde.Bermula dengan kejadian malam tu (lagi sekali),gangguan pada rumah lama kami kembali.Pernah waktu aku dan husband menonton TV,tiba-tiba tombol pada pintu tandas depan berbunyi dan dipusing-pusing seperti ada seseorang kat dalam tandas cuba untuk buka.Baru je husband aku hampiri pintu tandas tu,bunyi seperti benda besar dan berat terjatuh di dapur.Aku bangun berlari ke dapur.Seakan menduga,makin rancak bunyi tombol kat tandas.Husband aku berdiri tegak depan pintu seraya bagi amaran supaya benda yang menggangu tu tinggalkan rumah kami.Serta merta gangguan tu berhenti.Macam hebatkan?Mesti korang fikir patuh betulkan benda tu dengan arahan husband aku kan?Simpan dulu kagum korang.Episod seterusnya belum bermula.

Entah bila aku terlelap ketika temankan husband aku menonton tv.Bila aku sedar,jam kat decoder Astro tu rasanya dalam pukul 230 pagi.Aku nampak husband still belum tidur.Dia meniarap khusyuk menghadap game kat iPad.Aku melangkah ke tandas yang ‘diganggu’ tadi.Bila mamai,kisah sebelum tidur dah tak ingat.Bila aku baring semula lepas selesai urusan kat tandas,(kami tidur di ruang tamu),aku nampak husband aku dah ambil mood nak tidur.Lengan dia dah silang ke dahi.Aku tak tegurlah.Karang susah pulak nak lena.

Pukul 340 pagi,sekali lagi aku tersedar.Aku nampak husband tengah mundar mandir di ruang tamu.Aku angkat kepala,and dia tanya aku OK tak?Aku jawab OK.Then aku tanya dia balik samada dia OK atau tidak.Dia angkat ibu jari sambil berkata ..”Eh!OK.Tidurlah”.Alang-alang orang dah pelawa,why not?!Aku sambung tidur.

Esoknya,waktu breakfast,husband aku tak sabar-sabar nak bercerita dengan aku.Dia suruh aku teka apa jadi kat dia semalam.Mulanya aku kaitkan dengan tombol pintu tandas.Tapi dia geleng sambil telan air liur.More than that sayang,more than that kata husband.Ceritanya begini..

“I dah terlelap then tiba-tiba light pen Aryan (anak pertama kami) berbunyi lagu Jack and the Neverland Pirates.Tak henti-henti sampai sakit telinga.So I cari lah bunyi benda tu kat dalam toy basket budak-budak ni.Takde.Bayangkan tengah malam selongkar bakul mainan.Bila tak jumpa aku geledah pula dalam kotak buku-buku anak.Still tak jumpa.Macam bingit pula bunyi mainan tu tak berhenti-henti.I dah give up dah sampailah I toleh kat kabinet buku,benda tu elok jer kat situ tapi amsih berbunyi.Macamana boleh berbunyi sedangkan dia kat atas tu.Takde sape pun yang tekan.I dah curious.I capai benda tu then dia stop berbunyi.Ok.I pun letak balik dia kat tempat asal.Baru jer I pusing belakang nak sambung tidur kat sofa bed,Sekali lagi dia bunyi sayang!Bila I toleh and dekati benda tu,dia stop.Lama I tenung dia bunyi lagi.Sebiji macam cerita Insidious.Bezanya tu walker yang berbunyi.Kali ni benda tu bunyi selang seli dengan bunyi orang berlari kat hallway rumah kita.I pun cuba la gertak tapi kali ni tak jalan.Boleh pulak benda tu kejap bunyi kejap berhenti.End up,sebab terlampau geram,saya azan kat tengah-tengah rumah ni.Barulah semua berhenti.3x jugak lah azan.Kalau jiran kita dengar,jangan dia fikir tu azan Subuh dah la”.Tu cerita husband aku.Jarang dia kena ganggu.Tapi kali ni dia jadi mangsa.

Hari Jumaat,hujung bulan April.
Kami dah keluarkan barang-barang untuk pindah.Tinggal tunggu lori sampai.Abang ni kerja Harvey Norman.Memandangkan dia nak hantar meja makan kami ,kami upah dia untuk pindahkan barang-barang sekali.Tak banyak pun barang sebab kami sewakan rumah tu fully furnished.Dari pukul 1230 tengahari sampailah menjejak ke pukul 5 petang,tak juga sampai.Bila call asyik on the way.Pukul 5 petang,baru nak mengaku yang dia dah sesat.Awalnya aku bengang tapi datang terfikir macamana boleh sesat.Sedangkan tu kawasan dia berkawan.And atau the first place dia sanggup sebab dia tahu lokasi kediaman kami.Dia janji nak uruskan kami pindah esok pagi.Dia tak habis-habis minta maaf.Katanya dah puas dia pusing kat area situ tapi dia tak nampak jalan yang husband aku cakap.Waze lagi takleh pakai.Sampai ke Sri Gombak la,sampai ke Jalan Ipoh la,sampai ke Bulatan Pahang la.Memang ceritanya rumah aku macam takde dalam peta la pulak.Sabar jer la.

Bila dah pindah,husband aku azankan dan pagar rumah macam biasa.Lagi 4 hari dia nak out station.Tinggal aku dengan adik perempuan aku yang aku import khas dari kampung.Pada semua kaum kerabat keluarga husband,aku cuma bagitahu aku tinggal dengan anak-anak.Malam pertama selepas husband aku berlepas,ada sedikit bau tak menyenangkan tapi keadaan terkawal.Tapi aku kurang berani lagi nak stay sorang sebab krii kanan rumah masih banyak yang kosong.Sampailah husband aku balik, Alhamdulillah semua baik-baik sahaja.

Hinggalah suatu hari,aku diusik.
Masih ingat dengan bunyi lagu Jack and The Neverland Pirates?Kali ni siang-siang buta aku diusik.Kisahnya anak-anak tidur lepas makan tengahari.Husband aku pula kat office la kan.Bilik mainan anak aku ni betul-betul sebelah dapur.Waktu tu aku baru lepas berkemas di dapur,entah macamana telinga ni menangkap bunyi lagi torchlight pen tu.Aku mula mencari sampailah aku jumpa dia bersama timbunan mainan lain.Aku ambil dengan menganggap maybe mainan tu tertindih dengan mainan lain sampai keluarkan bunyi.Malangnya tidak.Bila aku letak kat atas island di dapur,eh..eh..dia bunyi lagi.Terlampau geram,aku ambil screwdriver then Aku cabut bateri yang melekat kat badan mainan tu.Aku buang battery tu jauh-jauh luar pagar taman.Dalam hati aku berdoa jangan lah benda tu still berbunyi bila aku dah cabut battery ni.Tak fikir panjang,aku campak dengan mainan tu sekali.Tak simpan pun takpe lah.

Kuasa Allah,ada saudara husband datang ke KL.Dia tahu banyak bab-bab agama dan pagar memagar ni.Kami jemput ke rumah untuk pagar kan rumah kami.Dalam masa yang sama,FIL minta saudara dorang tu pergi rumah Mukhlis.Kat sinilah bermula Azy jatuh sakit.Dia mula demam sampai tak bangun.Anak-anak dia pula sekali lagi ditahan di wad.Ibaratnya tahun ni dah macam tahun melawat hospital untuk dorang.Bila FIL tanyakan saudara dorang tu macamana rumah Mukhlis,katanya ada benda menumpang kat pokok depan rumah dorang.Tapi dia akan usahakan dan di sambut dengan anggukan dari FIL aku.Bermula saat tu,Azy akan mengelak mana-mana majlis yang ada kami.Dia punya tahap mengelak tu sampaikan dia sanggup patah balik kalau nampak kereta kami ada kat dalam pagar rumah Bangi or rumah sesiapa pun.

Menjelang minggu terakhir berpuasa,kesihatan aku tak elok sangat.Aku dirasuk buat kali pertama di rumah baru pada hari SIL aku datang ke rumah.Rupanya,SIL aku bawa ‘benda’ tu datang .Dia pakai kaedah tumpangan kata Haji Zul.Tapi bukan tu persoalannya.Aku kerap pengsan.Jangan ingat bulan puasa semua hantu setan diikat.Selalunya kalau tak meracau,aku pengsan then lembik tak kira tempat.Takdir Allah,maybe sebab kami selesa sangat sampai alpa.Dalam 2-3 hari aku asyik terganggu tu,satu hari husband aku berbuka dengan colleagues kat luar.Tinggallah Aku dan anak-anak.Selesai berbuka,aku ajak anak-anak menonton TV kat bilik kerja tingkat atas.Aku biarkan anak-anak kat bilik tu,sementara aku solat Maghrib.Waktu aku solat,entah kenapa aku rasa bilik tidur kami macam berkabus or sebenarnya macam ada asap.Aku angkat takbir kuat-kuat.Sebenarnya lebih kepada nak hilangkan rasa takut.Waktu aku solat,macam ada ribut kat luar rumah.Usai solat,aku berdoa dengan suara yang sengaja aku kuatkan.Aku baca doa yang Ustaz Harun Din tulis dalam buku Ruqyah dan Perubatan Islam.Sebenarnya aku dapat waktu majlis perkahwinan anak bongsu arwah.Alhamdulillah,berguna buku tu sebagai rujukan sampai ke harini.Aku bacakan juga doa menghentikan gangguan iblis serta minta dipulangkan kejahatan dan kezaliman yang telah dihantar.Kuasa Allah,selesai berdoa,takde lagi bunyi ribut kat luar rumah.Anak-anak pula dah terlelap.Ingatkan dah selesai.Malam tu sekali lagi aku terganggu tapi mujurlah sekejap sahaja.Sempat husband aku sedar.Esoknya,ada majlis berbuka puasa dengan family.Pagi tu aku muntah-muntah.Tulang belakang aku sakit.Aku gagahkan juga lipat baju yang dah bertimbun.Nak raya dah kott.Waktu aku sorang-sorang kat bilik atas,aku perasan tiba-tiba bilik tu gelap.Macam ada sesuatu yang dah tutup cahaya dari tembus ke dalam.Sudahnya aku rasa loya,gelap!Rupanya sekali lagi aku tak sedarkan diri.Aku pengsan.Husband dan anak-anak jumpa aku kat bilik baju sambil tertonggeng tak sedarkan diri.Bila aku sedar,jam dah pukul 4.Zuhur belum solat lagi.Tapi waktu tu anak-anak sedang mandi kat tandas dengan husband.Aku biarkan dulu sementara aku boleh berwuduk dari tandas lain.Baru aku nak bangun,’Praaaaang’.Aku tergamam.Anak sulung aku dah menjerit nyaring.Husband aku dah menjerit panggil nama aku.Aku berlari masuk ke bilik.Korang rasa apa dah jadi?

Mulanya aku fikir cermin dinding IKEA yang pecah.Tapi..

Aku angkat anak aku yang berlumuran d***h.Lantai tandas penuh bertakung dengan d***h.Anak aku berat 20kg,tapi bila dah terkejut,aku angkat dia pindah ke tandas bilik sebelah macam tak terasa beratnya (Lepas tu baru sakit pinggang).Aku panik.Husband pun panik.Kami berdua takut d***h.Aku cabut satu persatu serpihan kaca yang tercucuk di badan anak aku.Mungkin sebab gatal,boleh pulak dia tenyeh and garu kaca tu.End up dia sendiri yang menjerit.Aku ambil towel besar,aku bungkus anak aku,then husband aku usung ke kereta.Nasib baik ada Guard baik hati tolong tutupkan.And waktu aku bagitahu anak aku dihempap BATHROOM’s SLIDING DOOR ,semua ternganga .Maka berkampungla kami kat Hospital Putrajaya petang tu.Hasilnya,anak aku kena jahit kat celah jari kaki.Tangan kaki berbalut.Nasib lah doktor berjaya cuci kaca yang melekat kat rambut dan kepala.Aku dan husband bersangka baik.Mungkin ni defect dari pemaju.Kami tak kaitkan pada apa-apa unsur mistik pun.Balik dari hospital,aku bersihkan d***h dan kaca.Kaca yang bersepah,kami tak usik.Esok management datang tengok.Anak aku trauma kejap dengan tandas tu.Aku mandi kat bilik sebelah.Tapi entahlah kenapa,terasa macam diintai.Aku biarkan rasa tu.Abaikan.

Malam tu,bila aku pejamkan mata,aku nampak wajah perempuan datang meluru pada aku dengan muka bengis.Baru nak terlelap aku buka mata sebab terkejut.Husband aku pula sampai ke Subuh tak dapat lena.Macam-macam bunyi berbunyi kat telinga dia.Dalam lena,aku mimpi ada perempuan tua muka bengis kejar aku dengan laju walaupun sebenarnya dia bongkok.Berkali-kali dia jerit dia benci aku,dia nak aku mampus.Tapi aku berjaya elak.Tiba-tiba aku nampak satu asap hitam laju meluru ke tandas dan menghentam pintu kaca tadi.Pintu tu pecah berderai dan menimpa aku yang sedang mandi kat dalam tu.Perempuan tua tadi lekapkan muka dia pandang pintu kaca tu sambil berkata “SEPATUTNYA KAU YANG KENA”.Aku menjerit sampai husband aku datang peluk aku.Aku meronta sampai aku tersedar tu mimpi.Aku check badan aku sebab rasanya macam real d***h meleleh seluruh badan.Seram sampai aku tak boleh tidur.Sudahnya aku bangun solat Tahajud dan buat solat hajat tolak bala.Menangis-nangis aku berdoa sebab sedih dengan keadaan anak aku.Sampai ke pagi aku tak tidur.Geram dan sakit hati pun ada.Aku minta tolong Ustaz Rahim.7 malam kami sembahyang hajat akhirnya dia dapat bahagian dia.Tapi dia ni licik.Pantang ada peluang,dia akan cuba kenakan aku.Tapi sebab dia pandai play victim selalunya aku tak serang depan semua orang Aku buat kat belakang tapi kasi dia panas duduk sebumbung dengan aku.Tapi tu lah.Dalam beringat pun aku terkena.Hahaha.Kuasa Allah.Dah rezeki aku.

Macam baru-baru ni,aku termakan.Husband aku lah yang memandai suap ikan bakar cicah kicap.Dipendekkan cerita,aku memang terkena teruk tapi berjaya dibuang.Bila buang tu la Yang aku tahu datangnya dari ikan bakar dan kuah kicap.2 minggu lepas makan benda tu keluar melalui muntah 3 plastik.Tapi dengar cerita dia rancak sebarkan yang dia sakit sebab ada orang sihirkan dia.Family-family juga katanya.Orang dekat.Hurm..dia baling batu sembunyi tangan pula.Tapi tu lah, never to wrestle with a pig. You get dirty, and besides, the pig likes it.

Alhamdulillah,keadaan bertambah baik walaupun gangguan belum berakhir.Insyaallah.
Bagi sesiapa yang senasib dengan aku,jangan penat and Jangan berhenti melawan.Allah tu satu.Dia Maha Mengetahui dan Maha Adil.Kami Cuma mampu berusaha dan berikhtiar.

Tapi apa korang rasa bilamana suatu hari,lepas balik berubat,aku singgah ke tandas di Shell in Kajang area.Anak aku yang sulung sibuk nak ikut masuk.Takkan nak tinggal kat luar.Aku bawa dia masuk sekali ke dalam.Waktu aku dah selesai urusan,dia boleh toleh kat aku sambil tunjuk ke belakang aku dan berkata “Eh,aunty!Hi Aunty”..then Mata dia bergerak naik ke atap tandas.Kelaur jer aku dari tandas,aku tanyakan pada anak aku siapa dia nampak.Dia jawab “Aunty lah”.Bila aku tanya mana Aunty,dia jawab “aunty fly”.FYI,anak aku panggil “aunty” cuma pada Family husband aku..kbai!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

45 thoughts on “Rumah D13A : Licik”

  1. Assalam….
    Huhuhu she’s back!!!
    Gila r.. gigih btl dia xhbs2 lg ngn sihir2 dia ek huhu… tp ALLAH ada… semoga si azi ni btaubat cpt sblm lg byk malapetaka menimpa dia.. sian ank2 yg slalu jd mangsa… itu pn xsdr2 lg ke…

    Sis, jgnla lama2 sgt kiv citer ni… jenuh nk nunggu… xpn sila buat page n masukkn seme link citer sis kt dlm page tu… leh gk kitorg selak2 bl time rindu kt sis hehehe

    Ijam n si muaz pn msuk gk ek hahahahha.. glamer btl ijam skg…

    Keep it up sis… cnt wait 4 d next episode.. semoga sis sentiasa dilindungi ALLAH SWT… n dberi kekuatan utk trus melawan sihir2 tu seme…

    Reply
  2. Baru2 teringatkan akak D13A. Finally, ada jgk buah tangga dari akak. Hope everything will be okay. Moga si pelaku akan dapat balasan dan hidayah secepat mungkin supaya akak dan family dpt hidup aman dan tenang. Moga akan akan sentiasa kuat dan tabah nak harung semua ni.

    Reply
  3. Kak anje baca part Jenderam je, sbb itu kg kak anje, dan Jalan Bangi lama tu mmg terkenal angker sejak 40 tahun dulu. Yg lain kak anje x dpt nk catch up.. Sorry dear

    Reply
  4. wow…cerita ni mcm apa yg saya alami….sama adik beradik suami jugak sbb dengki dgn suami…dorg nk suami merana…pdhal kitorg bkn org senang..tp dengki tgk kitorg happy, org keliling sayang, ramai kenal org…sihir ni mmg tkkn abes..org tu tkkn berhenti…saya smpi skrg tk bertegur dgn org2 tu..pandang muka saya pun tk berani..klu kita semayang ke baca yasin pun dia dh panas bontot kt luar…tp tetap tkkn berhenti..bila hati perut dh bersatu dgn syaitan..kdg2 rs give up pun ada rs fed up dgn semua ni..ank2 kena tempias dgn sakit2 dan sampai tahap nk saya dgn ank2 accident…rezeki suami disekat…tp Allah selalu ada…Alhamdulillah Allah sentiasa tunjukkan jln…sabar dan redha paling utama…klu tk mmg blh jd gila…

    Reply
  5. MasyaaAllah…
    Lame menyepi rupenye ujian masih blom berkesudahan…
    Semoga Allah memberikan kesudahan yang terbaik buat kalian semua termasuk si pelaku…
    Aamiin…

    Reply
  6. Adoiii pening baca kot…bnyaq sngt bhsa ingglis oiii lepaih 2 x pham sngt mcm mna nak hbaq x taw tulisan 2 jngn bnyaq kta singkt lepaih 2 nth laaa mg kurng pham dan peninh kot

    Reply
    • azi ni kan berangin sebab akak ni kawen dengan kembar suami dia… suami diorang ni kembar… dulu zaman belajar, azi n bestfriend dia bercinta dengan kembar ni. tp kawan dia putus di tengah jalan xsampai ke jinjang pelamin la. tu yang pakat bdendam ke apa aku xtau la … dah bukan jodoh.

      Reply
  7. Boleh tak buat link ka apa ka untuk penulis yang hantar cerita berperingkat2.
    Saya mai melawat site ni sebulan sekali. Kadang2 jenuh nak cari cerita berkaitan sebelum sebelum ni.
    Tak pun kalau boleh identify dengan nama penulis/ nombor kod ka.
    – cadangan limaposen saya-

    Reply
  8. Thanks la akak buat come back! Hahaha. Saya kipas susah m**i akak tau. Semoga Allah sentiasa lindungi akak dan family akak. Amin. Eeeee curious tau nak tau siapa Azy ni in reality. Tak sangka dah zaman moden pun masi ada lg org mcm Azy ni. Semoga cepat la dapat balasan Tuhan. Be strong kak. Allah tak tidur. DIA akan sentiasa jaga akak. Pls cerita lg. Dah lama saya tunggu tau hehe.

    Reply
  9. Takut nak komen… Takut terkena tempias.. sebab nama sama :'( Azy juga…
    Nama mungkin sama tapi orang lain2..

    Please, Azy stop buat jenayah…kau mencederakan orang yang tak bersalah. Kau boleh disabitkan kesalahan cubaan m******h dengan niat. Kau kejam!

    Reply
  10. I ikut cerita you dari tulisan pertama, I can tell you’re such a strong person.
    Hati keringnya si Azy tu utk babitkan anak2 dia dalam hal ni.. jangan sampai makan diri dah lah. Takkan dah ada ahli keluarga dia sendiri terkorban baru nak tersungkur.

    Dah tahun 2017 oih Azy, orang dah start prototype kereta terbang, yang kau duk rely on sihir lagi.. so not classy and backwards!
    Btw, i knew someone yg kerabat dan kaki mandrem juga, luaran bukan main Chanel, Dior, branded! Tapi…bila kenal dalaman.. Hmmm.
    Semoga sempat bertaubat.

    Dan thank you for sharing your stories, tauladan utk kita semua.

    Reply
  11. beberapa hari ni baca cerita akak dr 1st sampai yg ni. makcik akak dah tak ganggu lg ke?
    semoga akak dan keluarga akak sentiasa dilindungi Allah.

    Reply
  12. akak doakan semoga adik penulis cerita ni akhirnya dikurniakan kebahagiaan bersama suami dan anak-anak. kuat betul adik. kalau akak, tak tua cemana, hehe… betullah Allah dah bagitau, ujian yang diturunkan tu sesuai dengan keupayaan masing-masing untuk menghadapinya. dna semoga kita yang membaca ni dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku pada adik sekeluarga.

    satu lagi dik, please la buat profile ke hashtag ke supaya kami-kami yang sentiasa tertunggu-tunggu kisah sambungan (bukan la kami mintak supaya adik kena ‘ganggu’, na’uzubillah) adik dapat google kisah-kisah adik dengan lebih mudah. contohnya, buat hashtag #sistabah ke, #siskuat ke, #sissabar ke, etc etc…

    bila dok cerita area jenderam, bangi, langat catering, semua say aagak familiar, hahaha… menyampah tau! menyampah sebab saya tau jalan bangi lama tu memang keras sikit. menyampah jugak sebab saya tau langat catering tu sedap la jugak (opis saya selalu je order kat langat ni untuk kursus apa-apa). las menyampah sebab saya tak suka jalan area jenderam yang berliku-liku dan gelap gila waktu malam 😀

    Reply
  13. Allah x tahu nak cakap apa..sbb family aku pun kena sihir ni dr dulu…mcmni pun rs berat..apa lagi mcm citer ni x habis habis…Sis mng kuat.Allah menguji sebab sis mampu..in sya allah..pd pompuan tu..pd sesiapa sahaja yg mengamalkan sihir..ingatlah…akan sampai masa ilmu tu makan diri..segalanya akan berbalas.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.