Rumah “Khaty Rose”

Assalamualaikum dan salam sejahtera FS. Cerita aku ni berlaku 8 tahun yang lepas, di mana sewaktu itu aku berumur 19 tahun dan melanjutkan pelajaran di Terengganu. Kisahnya bermula apabila keluargaku berpindah ke rumah baru, ayahku telah membeli rumah di sekitar Kuantan, Pahang. Setelah berpindah, aku dari Terengganu bergegas untuk pulang ke Kuantan ingin melihat rumah baruku itu. Setelah sampai di rumah baru itu, aku rasa kagum wah! “Banglo”, bisik hatiku.

Aku meneliti seluruh kawasan rumah 2 tingkat itu, sampai lah aku tertumpu satu bilik di tingkat atas tertutup rapat, tangan gatalku ni sibuk mahu membuka pintu tu. Masa tanganku sedang pulas ke tombol tu, mama aku menyapa aku dan sambil memegang bahuku, luruh rasa jantung akibat sapaan mama itu. Niatku ingin menyelongkar bilik itu terpaksa ditangguhkan. Mama menyuruhku mengemas baju-baju dibilikku. Bilik yang tertutup itu, sebelah bilikku.

Baiklah, kejadian yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila berlaku malam keesokan harinya. Selepas menunaikan solat maghrib, aku naik ke bilik untuk mengambil handphone ku, tetapi puas aku cari handphone aku tak ada. Aku turun ke bawah semula, dan cuba bertanya kepada adikku, dia bagitau yang dia tidak naik ke atas, aku juga cuba bertanya kepada kakak dan abangku, mereka pun tidak tahu. Aku dengan perasaan tidak puas hati, naik ke bilik dan alangkah terkejutnya aku, handphone aku elok je terletak atas meja tu dan keluargaku yang lain berada di bawah.

Aku menceritakan kepada keluargaku yang lain, tapi mereka menyakatku sambil berkata hantu menyorok handphoneku itu. Aku cuba fikir positif. Jam dah menunjukkan hampir pukul 11 malam, semua masuk ke bilik masing-masing. Aku pun turut masuk bilik aku juga. Aku baring ke atas katil dan menarik selimut dan cuba lelapkan mata. Dalam 15 minit aku cuba untuk tidur, aku dengar bunyi bising di bilik sebelah yang aku ingin menyelongkar itu. Bunyi teramat bising seperti orang membaling barang dan bunyi orang bergaduh! Siapakah yang bergaduh?

Aku terdengar suara perempuan dan lelaki, dan kedengaran suara perempuan menangis. Aku bergegas mengetuk bilik kakakku. Dia bertanya kepadaku kenapa, dan aku cuba tanya kepada kakakku yang ada terdengar apa-apa tak bunyi bising dalam bilik sebelah bilik aku itu, dan kakak aku menggeleng kepala. Aku mencerita kepadanya, dan dia mengajak aku untuk melihat bilik tu. Aku dan kakakku beranikan diri untuk membuka pintu tu. Selepas pintu dibuka, bulu romaku secara automatik menegak dan aku berasa seram sejuk, ada gambar kahwin sepasang suami isteri betul-betul depan pintu, buka je pintu terus nampak gambar tu.

Barang tersusun kemas tidak bersepah, seperti yang aku duga sebab bunyi barang dibaling. Aku semakin takut merenung ke gambar itu, seolah-olah merenung tajam kepadaku. Aku mengajak kakakku keluar. Bila kami berdua nak melangkah ke pintu, tiba-tiba pintu tertutup rapat, aku terkurung dalam pintu tu! Aku cuba buka, tapi tak boleh. Aku menangis kerana ketakutan, aku menyuruh kakakku buka pintu tu, tapi aku tak dapat dengar suara kakakku. Aku menoleh ke arah gambar tu sambil menangis. Nak gugur jantungku apabila aku lihat gambar tu kosong, hanya ada gambar kerusi, tapi pengantin lelaki dan perempuan tu hilang.

Bila aku pandang ke depan pintu, ada perempuan rambut panjang mata merah merenung tajam kepada ku dan menyatakan rumah ini rumah dia dan tidak ada siapa-siapa yang boleh memilikinya. Aku menutup mataku, sambil membaca ayat-ayat suci al-quran, bila aku membuka mataku, alhamdulillah perempuan tu dah tak ada, dan gambar tu kembali seperti biasa, dan aku membuka pintu, tak berkunci? Syukur alhamdulillah.

Aku mencari kakakku dan yang lain tetapi tak ada, bila aku turun ke bawah aku nampak mereka dalam kedudukan seperti aku turun mencari handphone ku tadi, aku bertanya kepada kakakku, dan dia beritahu, baru sekarang aku turun selepas selesai solat maghrib. Ya Ahlah, apa dah jadi kepadaku dan dengan siapa aku masuk ke bilik tu? Aku menceritakan kepada keluargaku, mama aku kurang percaya cerita aku itu, keesokan harinya mama aku cuba bertanya kepada jiran selang sebaris rumahku itu, kerana rumah sebelah rumah aku itu homestay dan tak ada siapa-siapa yang tinggal.

Menurut cerita jiranku itu, kami sekeluarga adalah keluarga keenam yang berpindah ke situ. Dan keluarga yang tinggal di rumah itu ,akan berpindah keluar tidak sampai seminggu tinggal disitu. Menurut jiranku itu, pada tahun 1994 rumah banglo itu baru siap dan sepasang suami isteri membeli rumah itu dan tidak ada anak. Menurut jiranku isteri pemilik rumah itu orang sarawak dan berketurunan kristian yang bernama Khaty Rose. Dan memeluk agama islam setelah berkahwin dengan Mustafa. 2 tahun tinggal di situ mereka sering bergaduh kerana Khaty Rose curang.

Khaty Rose merancang membunuh suaminya dan membuat kematian Mustafa itu seperti kemalangan jalan raya. Selepas kematian suaminya, jiran-jiran terdekat sering nampak Khaty Rose membawa masuk lelaki ke rumah itu. Jiran-jiran cuba menegur, tetapi dibalas dengan sombong dan riak. Pada tahun 1999, jiran-jiran dikejutkan dengan bunyi tembakan di rumah Khaty Rose, dan mendapati Khaty Rose mati dalam keadaan tergantung dan ditembak. Sampai sekarang pembunuh Khaty Rose iaitu teman lelakinya tidak dapat ditangkap.

Selepas kejadian itu, keluarga Mustafa membersihkan rumah itu dan menjualnya. Tetapi sampai sekarang, hanya tahan 5 hari orang yang dapat menghuni rumah itu, dan berpindah keluar. Selepas mama mendengar cerita jiran itu, mama sampaikan kepada ayah, dan kami berpindah ke rumah datuk. Selepas siap proses menjual rumah, ayah telah beli rumah yang baru. Kata ayah, seorang ustaz baru berkahwin telah membeli rumah itu dan alhamdulillah, sampai sekarang dia tinggal di situ.

Ayah ada juga menelefon bekas tuan rumah itu, dan dia juga menceritakan perkara yang sama apa yang terjadi kepadaku sekeluarga. Ayah ada juga lah rasa sedikit marah kerana bekas pemilik rumah itu tidak menceritakan kejadian yang berlaku. Sebelum aku tinggal disitu, rumah itu telah kosong selama 5 tahun, dan sebelum itu 5 lagi keluarga senasib denganku. Tahun 2011, ayahku menghadap ilahi, kerana heart attack. Al- fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih FS jika menyiarkan ceritaku dan ini adalah pengalamanku yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Loading...

5 comments

    1. tahu tak cerita cerita rekaan tu pon hasil dr cerita sebenar cuma dilakonkan balik . sy tak rasa penulis mereka cerita . hanya org yg mengalami shj boleh fhm cmna perasaan tu ..

  1. mmg penah dengar rumah2 berhantu ni bila ada ustad2/org kuat agama duduk jin setan lari dari rumah tu…tu sebab rumah2 kena sentiasa ada orang..mengaji setiap hari dan solat…dan tiada muzik2 dipasang….baru malaikat masuk rumah..bukannya setan jin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *