Rumah Mak

Salam para pembaca FS. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih pada admin2 FS kalau post ni tersiar. Ni aku nak cerita pasal rumah mak aku kat KL. Family aku asalnya duduk kat pantai timur, tapi mak aku memang ada beli rumah dua tingkat kat area KL. Sebelum ni rumah tu mak aku sewakan, tapi mak aku tiba-tiba di tukarkan untuk bekerja dekat area Lembah Klang tu. Jadi mak aku la pulak yang duduk situ.

Kebetulan tak lama lepas mak aku duduk situ, aku pulak dapat kerja kat KL. Jadi berdua la kitorang duduk rumah tu. Mak aku duduk bilik bawah, aku duduk bilik atas. Mula2 duduk rileks la lagi. Lepas tu lama-kelamaan aku mula kena gangguan. Tapi gangguan manja2 je la mulanya; contohnya bunyi perabot kena tolak, bunyi guli, terasa macam ada orang perhati kat area tangga tu. (Pintu bilik aku bertentangan dgn penjuru depan tangga). Lepas tu, tiap kali aku naik bilik, kucing aku akan bunyi panggil aku suruh turun. Kucing aku jenis x banyak bunyi, tapi kalau aku naik atas mesti dia tunggu kat anak tangga paling bawah and berbunyi kuat-kuat seolah2 panggil aku turun. Kucing sekor lagi mesti akan ikut aku naik, sampai satu hari tu, tengah aku dukung kucing aku, dia macam tengah nak gaduh dengan sesuatu kat belakang aku. Memang lepas tu aku terus pack barang and tumpang rumah kawan. Masa ni mak aku pergi mana aku tak ingat,tapi aku memang sorang kat rumah.

Tak lama lepas tu, mak aku dapat pindah balik pantai timur dan adik aku pulak stay dengan aku. Dia keluar dari asrama and stay rumah tu dengan aku. Time ni aku selalu dengar macam orang bukak gril, tapi xde siapa pun yang keluar atau masuk. And one time tu, aku dengar adik aku panggil aku, sebab aku tengah solat, aku tak jawab la. Lepas abes solat, aku turun cari adik aku sebab nak tanya kenapa panggil. Dia masa tu dalam toilet, dia kata memang dia takde panggil aku pun. Masa ni aku rasa macam aishhh, makin berani benda ni kacau aku.

Tak lama lepas tu aku kahwin, tapi laki aku duduk kat Sabah, aku still kat KL la. Then aku mengandung, and gangguan masih berjalan seperti biasa, tengah mandi pintu kena tendang terbukak, grill bunyi macam orang bukak. Tapi buat tak tau je la masa tu. So, lepas beranak tu aku berpantang di rumah parents aku kat pantai timur. Adik aku pulak ada kursus sampai 2 bulan and penginapan di sediakan. Dia balik rumah tu sekali-sekala je. So, 2 bulan rumah kosong, memang bermaharajalela la dia.

Bila anak aku umur 40 hari, parents aku, aku, laki aku n anak aku balik la rumah tu semula. Tapi singgah untuk bermalam je sebab esok paginya nak balik kampung, ada kenduri. Malam tu anak aku menangis non stop and macam sakit orang pukul2 dia. Dari malam sampai ke pagi nak gerak dia nangis ok. Aku dah rasa tak best dah masa tu. Tapi takde orang percaya aku. Balik kampung, anak aku relaks tidur takde hal langsung even orang bising2. Balik dari kampung, bermulalah kisah aku duduk KL berdua dengan anak aku. Parents aku balik dah, laki aku balik Sabah, adik aku masih berkursus. Ha, time ni gangguan dah takde manja-manja ok. Dia agresif gila dah.

Anak aku memang akan menangis macam kena tampar kena cubit, especially waktu maghrib , then tengah malam. Pastu makin aku pasang ayat2 quran, makin aku rasa tak selesa kat rumah tu. Anak aku kerap pandang kat satu arah kat dinding. Ada sekali tu aku sampai tak boleh nak tenangkan anak aku langsung, aku sampai telefon jiran mintak tolong. Diorang cuba nak tenangkan anak aku, bila pakcik tu azan je anak aku diam, tapi dia macam pandang pakcik tu dengan perasaan marah. End up malam tu aku tidur rumah jiran aku tu.

Pastu setiap kali aku keluar rumah, masa nak kunci pintu, aku terasa macam dia dekat sangat. Korang tau tak perasaan macam ada orang tengah tenung ko betul2 depan muka ko dengan perasaan marah? Macam tu la aku rasa setiap kali aku keluar rumah. Bila aku tengah undur kereta, aku akan nampak macam bayangan duduk kat beranda bilik aku, masih macam kena tenung. Bila balik , nak buka pintu pun macam tu. Macam dia tunggu depan pintu. Satu malam tu, tengah aku tidur, aku rasa macam ada tangan merayap kat peha aku. Nasib masa tu laki aku ada. Sebab kerap sangat anak aku nangis, aku pulak makin kerap kena kacau, laki aku suruh aku berhenti kerja. Kebetulan time tu dia dapat tukar semenanjung. So aku berhenti kerja and ikut dia.

Kat ofis baru, laki aku kenal dengan sorang ustaz yang kira pandai la nak setelkan gangguan macam aku kena. So laki aku ajak la dia g KL tengok rumah. Dia kata memang ada, and tempat dia memang kat area tangga tu. Pastu ustaz tu kata masa dia masuk rumah tu, menda tu dah tunggu depan pintu nak sergah dia. Ustaz tu pun mintaklah segayung air. Masa dia tengah baca-baca ayat quran kat air tu, baju laki aku kena tarik dengan menda tu. Terus laki aku lari masuk bilik, hehehe. Lepas ustaz dah renjis air kat keliling rumah, Alhamdulillah sekarang bila pergi KL, anak aku yang no 2 x pernah lagi menangis macam kakak dia dulu.

Macam tu la serba sedikit pengalaman aku. Kalau tak seseram yang korang harapkan, aku mintak maaf. Terima kasih sebab sudi baca.

Loading...

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *