ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera aku ucapkan buat para admin dan pembaca FS sekalian. Nama aku Nonet (bukan nama sebenar). Kisah ni berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri. Pengalaman yang xkan aku lupakan sampai bila-bila dalam hidup aku. Pertama sekali aku nak mintak maaf sekiranya kisah ni panjang sebab aku xtau macam mana nk pendekkan ekoran semuanya memang terjadi dalam hidup aku ni. Semoga pengalaman ini dijadikan iktibar buat kita semua yang hanya menumpang di bumi Allah ni.
Kisahnya bermula apabila aku dan suami baru berpindah ke rumah sewa kami yang terletak di Puncak Alam. Dekat kawasan mana biarlah aku rahsiakan. Sebelum ini, selepas berkahwin aku dan suami duduk bersama mak mertua untuk beberapa bulan, kemudian menyewa di rumah flat di kawasan Taman Medan. Genap setahun berkahwin aku disahkan hamil anak sulung. Kehidupan berjalan seperti biasa sehinggalah suami mendapat tawaran bekerja di Puncak Alam. Disebabkan dari Taman Medan nak ke Puncak Alam memang memakan masa yang lama untuk pergi dan balik kerja, maka aku dan suami sepakat untuk berpindah ke sana.
Maka bermulalah proses mencari rumah dan berpindah. Proses mencari dilakukan oleh suami sendiri melalui mudahdotcom dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, suami pun dapat rumah sewa yang boleh dikatakan murah untuk kami yang baru memulakan kehidupan rumah tangga ni. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumah tu tiada perasaan atau firasat yang pelik pada aku dan suami. Rumah sewa kami tu rumah apartment dan berada di tingkat paling bawah sekali (basement). Rumah pun bersih dan baru sahaja dicat baru berwarna putih. Memang suami aku yang nak rumah paling bawah sekali sebab katanya senang untuk aku keluar rumah xperlu turun naik tangga bila aku dah sarat nanti.
Sampai di rumah tu, kami berjumpa dengan tuan rumah (lelaki) untuk proses serah kunci, sign argreement dan sebagainya. Dalam seminggu kami duduk dirumah tu, satu persatu perkara yang jadi. Kejadian pertama, apabila munculnya anai-anai yang banyak dan menggelikan bagi aku. Habis semua perabut kayu rosak dimakan anai-anai. Yang peliknya anai-anai ni jenis halus dan kecil tapi memang banyak. Hampir setiap hari dan setiap minggu aku dan suami membersihkan satu rumah tapi anai-anai tetap ada.
Hanya beberapa hari sahaja keadaan aman kemudian rumah tu didatangi kulat hijau berlumut yang melekat di dinding-dinding rumah dan syiling. Merebaknya terlalu cepat. Sampailah kami buat keputusan untuk buang semua perabot kayu dalam rumah kami tu. Aman sekejap tentang anai-anai dan kulat. Walaupun kulat tu masih ada saki baki selepas bersungguh2 aku dan suami membersih semua kawasan dalam rumah. Duit jangan katalah, banyak yang habis untuk beli racun anai2 dengan perabot kayu habis semua dibuang.
Perkara ni kami khabarkan pada tuan rumah, tuan rumah hanya cakap kos untuk beli racun anai2 atau apa2 yang berkaitan dengan tu boleh tolak duit sewa rumah. Beberapa minggu aku dirumah tu, aku mengalami keguguran yang tak disangka2. Pada mulanya hanya keluar darah yang sedikit-sedikit. Hati bukan kepalang risau sehinggalah aku dan suami pergi berjumpa doctor dan disahkan aku mengalami threaten abortion. Aku disuruh berehat tanpa melakukan apa-apa kerja yang berat. Segala pesan doktor aku turutkan sehinggakn satu kerja rumah aku xbuat.
Semuanya hanya suami yang lakukan. Sehinggalah pada satu malam, perut aku terasa sakit yang teramat sangat sampailah jam 3 pagi waktu di bilik air zuriat yang ku kandung selama ni keluar dengan sendirinya. Sempat aku sambut sekujur tubuh yang dah lengkap anggota tubuhnya walaupun hanya beberapa bulan dengan linangan air mata yang teresak-esak. Suami yang setia menanti dipintu bilik air juga melihat dengan mata berkaca sambil memujuk aku supaya bertenang dan menyambut zuriat dari tangan aku dan dibalut dengan kain dan plastik. Malam tu aku tidur dalam tangisan untuk menanti esok pagi untuk pergi ke hospital. Setelah semuanya selesai, aku berpantang di rumah emak di Perak.
Habis berpantang…
Aku dan suami meneruskn kehidupan seperti biasa. Sehingga satu hari tu, lepas aku dan suami solat isyak berjemaah kami pun bersiap-siap untuk masuk tidur. Sementara suami sedang kemas2 kan katil aku kebilik air untuk gosok gigi, cuci muka dan sebagainya. Sebaik je aku nk keluar dari bilik air, aku seakan terlihat satu kepala dengan mata yang terjegil menjengah dari pintu melihat aku dan sepantas kilat ianya hilang. Bukan kepalang aku terkejut rasa nak luruh jantung. Spontan aku menjerit dan suamiku berlari mendapatkan aku sambil bertanya kenapa. Setelah aku ceritakan pada dia, dia beritahu bahawa dia juga pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini. Tapi yang peliknya suami hanya diamkan dan maklumkan pada aku mungkin bayangan kami sahaja. Aku yang tidak mahu memanjangkan cerita ni, mengiakan sahaja kata-katanya.
Setelah beberapa bulan, aku disahkan hamil lagi. Kali ni aku bertekad untuk menjaga kandungan ni sebaik mungkin disebabkan aku merasakan kegagalan sebelum ini mungkin disebabkan kecuaian aku sendiri. Memang dari awal kandungan aku tak buat kerja yang berat sampaikan memasak dan mengemas rumah suami yang buat. Sampai satu hari tu selepas asar, sementara menunggu suami balik dari kerja aku baring di sofa di ruang tamu rumah dan terlelap. Xsemena2, aku dapat rasa ada sesuatu dihujung kaki sedang memegang kakiku dan tiba2 terasa cecair panas mengalir dan turun kekaki. Lantas aku terjaga dan terlihat DARAH!!!!! Bila aku bangun dari tidur, sesuatu yang aku rasa berada dihujung kaki tadi tiada.
Terkocoh-kocoh aku berlari ke bilik air untuk membersihkan apa yang patut sambil menangis. Suami yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah baru sahaja balik dari kerja terus bertanya apa yang membuatkn aku menangis. Disebabkan aku terlalu risau akan kandungan, aku hanya menceritakan tentang darah yang mengalir dan terlupa tentang ‘sesuatu’ itu. Suami menenangkan aku dan kami membuat keputusan untuk ke hospital pada hari esok disebabkan darah yang keluar mulai berhenti dan tidak banyak dan kebetulan memang ada appointment aku dengan doctor di hospital.
Esoknya setelah berjumpa doctor, kami pulang dengan perasaan yang sugul dan hampa. Keputusan yang aku terima dari doctor memang mengecewakan. Doktor mengesahkan bahawa kandungan aku tidak dapat diselamatkan ekoran janin tiada yang ada hanyalah kantung yang telah membesar. Ya Allah beratnya dugaan ini. Suami yang tidak putus2 memberikan kata2 semangat walaupn aku tahu bagaimana perasaan dia waktu tu, maka bermulalah proses appointment untuk mencuci rahim sehinggalah habis berpantang.
Apa yang peliknya tidak terlintas lansung dalam kepala kami untuk memikirkan semua yang terjadi ini disebabkan perkara yang misteri seperti terkena ganggguan atau sebagainya sehinggalah mak mertua ku menyuarakan pendapatnya untuk berubat dengan rawatan islam. Suami yang ketika itu masih runsing dengan keadaan aku hanya menjawab untuk menunggu sehingga aku benar-benar sihat. Sehinggalah beberapa bulan selepas kejadian itu, aku disahkan hamil lagi untuk kali ketiga. Hanya kesyukuran aku panjatkan ke hadarat Ilahi atas kurniaan yang ditunggu-tungu ini. Kejadian yang sama berulang lagi. Lagi seminggu untuk kandungan mencapai ke 3 bulan, aku mengalami pendarahan lagi. Suami yang tiba2 tersedar segera mencari pusat rawatan islam yang terdekat dan membawa aku kesana.
Setibanya disana, ustaz menanyakan butir2 diri aku dan suami. Sewaktu sesi rawatan aku mula menangis sehingga sukar untuk berhenti sampailah sesi rawatan tamat. Ustaz memegang bahagian kepala aku dan bahagian tengkuk. Apa yang pelik ustaz hanya diam seolah-olah memikirkan sesuatu dan apabila suami bertanyakan apa yang telah terjadi pada aku sama ada terkena gangguan atau sebaliknya, ustaz hanya menjawab kita ikhtiar dulu apa yang patut tanpa menidakkan atau mengiakan.
Sebelum balik, aku dibekalkan dengan daun bidara dan air yang telah dibaca ayat2 suci al-quran. Dan beberapa hari selepas itu setelah selesai appointment dengan doctor yang merawat aku sejak dari kandungan ku yang pertama lagi, jawapan yang aku terima juga masih sama. Janin telah tiada dan yang tinggal hanyalah kantung. Kepada Allah aku berserah. Dialah sebaik-baik Pencipta dan sebaik-baik Kejadian.
Suami tekad untuk bawa aku berubat lagi setelah aku habis berpantang. Bermulalah sesi rawatan aku dengan ustaz yang kedua. Ustaz ni mak aku yang kenalkan sebab dekat dengan kawasan perumahan mak dan dia selalu merubat orang di rumahnya. Segalanya2 nya terungkai sewaktu di sana. Ustaz kata ada makhluk jin yang menganggu aku sepanjang aku mengandung. Dia bukan belaan tapi liar tidak bertuan.
Dan datang nya dia adalah dari rumah yang aku menyewa pada waktu tu. Hanya seekor dan suka bila keadaan aku lemah waktu mengandung. Baru aku sedar sewaktu mengandung, aku terlalu malas untuk solat sehinggakn bila mula untuk berdiri kaki aku akan terasa lemah longlai sehingga terpaksa solat dalam keadaan duduk. Dan waktu mengandung juga aku jadi jarang mengaji dan selalu melewatkan solat.
Suami juga begitu, sepanjang berada di rumah itu, selalu rasa diperhatikan terutamanya ketika solat dan bila solat mesti tiba-tiba terasa panas dan berpeluh2. Jujur aku katakan, sepanjang setahun menyewa di rumah itu, hubungan aku dan suami selalu dingin sehinggakan perkara yang kecil boleh jadi gaduh besar sehingga terjerit2 dan pukul memukul. Kami jadi benci antara satu sama lain apabila ada sesuatu yang tidak kena pada pandangan mata kami. Rupanya2 ada yang menghasut dalam diam!!!
Setelah balik dari berubat, aku dan suami membuat keputusan untuk berpindah disebabkan rumah itu adalah tempat dia setelah sekian lama. Untuk beberapa minggu kami perlu duduk dirumah tersebut sementara menunggu jika dapat rumah yang lebih sesuai maklumlah kami tidak ingin pisang berbuah dua kali. Beberapa hari sebelum berpindah keluar sewaktu aku dan suami bersiap-siap untuk tidur sewaktu sedang bersembang-sembang kosong kami dikejutkan dengan bunyi cakaran di dinding di hujung kepala. Waktu tu kami baring menghadap pintu dan hujung kepala adalah tingkap. Aku yang mendengar bunyi tersebut segera mencuit suami yang waktu itu berada disebelah. Dengan segera suami terus membaca ayat kursi dan surah-surah lain dengan kuat.
Tiba2 bunyi seakan-akan cakaran itu menghilang dan tidak kedengaran lagi. Bunyinya memang kuat seolah-olah marah. Suami mengagak mungkin dia marah apabila tahu kami pergi berjumpa ustaz dan ingin berpindah. Semua perkara yang terjadi ini tidak kami maklumkan pada tuan rumah kerana kami dia mahu dia menuduh kami mereka2 cerita. Kami diamkan sahaja sehinggalah beberapa bulan kami menyewa di rumah baru (sekarang).
Tiba-tiba tuan rumah tersebut menghubungi suami menanyakan sama ada sewaktu kami tinggal disitu adakah mengalami perkara yang pelik seperti diganggu atau sebagainya. Suami yang pada mulanya merahsiakan terus menceritakan apa yang berlaku. Tujuan tuan rumah tersebut bertanya adalah kerana dia bercadang untuk menjual rumah tersebut kepada pembeli baru tetapi setiap kali pembeli datang melihat rumah dan seakan-akan berminat untuk membeli, di akhirnya tidak jadi dan beberapa pembeli yang datang kerumah tersebut mengatakan rumah tersebut ada sesuatu yang menghuni.
Setelah suami bercerita, tuan rumah tersebut terkejut dan memohon maaf kepada kami dan kemudian menceritakan pada suami yang sebenarnya kami adalah orang yang pertama menyewa di rumah tersebut selepas dia membelinya dari seorang pemuda bujang yang selalu bekerja di laut dan jarang tinggal di rumah tersebut. Dan dia hanya akan balik sekejap-sekejap sahaja apabila ada cuti yang panjang. Lagi sekali suami terkejut kerana sewaktu mula-mula ingin menyewa di situ, suami ada bertanya siapa yang duduk menyewa sebelum kami tetapi tuan rumah mengatakan ada beberapa orang yang pernah menyewa sebelum ini. Tahulah kami bahawa tuan rumah tersebut tidak jujur pada kami sewaktu mula-mula lagi kami menyewa.
Dan sekarang, aku dan suami telah berpindah ke rumah sewa yang lain dan kawasan perumahan yang lain tetapi masih di kawasan puncak alam. Keadaan kesihatan aku kini kembali pulih dan sedang menunggu laporan ujian darah yang telah aku jalani dan keputusannya pada bulan hadapan. Doakan aku dan suami beroleh zuriat dan cahaya mata yang telah lama dinanti-nanti satu hari nanti. Maafkan aku sekiranya kisah yang aku ceritakan ini terlalu panjang untuk dibaca khas untuk pembaca FS sekalian. Masih ada beberapa lagi kisah yang pernah aku alami sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke alam universiti. Sekiranya ada kesempatan waktu akan aku kongsikan denga pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.
ASSALAMUALAIKUM.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Amin Ya Rabbal’alamin.. moga memperolehi zuriat yang ditunggu2..
Rumah bawah tanah ke ?
Hurmm…saya tau apartment yang mana satu.
Design rumah tu mmg ada terletak seolah-olah di bahagian basement.
Bukan rumah bawah tanah Suweett.
Kalau level basement, cantik juga, boleh cucuk tanam kat tepi tu. Tapi tu lah…….agak redup, sejuk dan suram kalau kedudukan rumah di aras tu.
Eloklah dah pindah, kat situ keadaan agak suram….especially malam…
Bole share Pd sy x? Sbb sy baru kawen mcm cter akk td tu.. dlu sy sewa kat apartment kasuarina.. skg tgh nk sewa Kat apartment jentayu GF..
Ya sedihnya…sabar ya kak. Huuuuu… Sya doakan kak cepat dpt zuriat soleh lagi …heee
suburnye..
apartment kat fasa 3 kan?