Rumah Sewa Langat Murni

Tahun 2009, aku dapat kerja sebagai customer service assistant kat company Malaysia Airlines. Aku dan batch mate yang lain akan start training selama 3 bulan dan bulan ke 4 tu dah start kerja. Minggu ke 2 aku training, aku berkenalan dengan Asrul. Asrul ni bukan batch mate aku, dia memang staff MAS dan dah kerja 2 tahun. Asrul bagitau aku yang shift paling awal ialah 3 am. Aku pulak duduk kat Wangsa Maju so kalau aku kerja pukul 3 am aku kena bangun seawal jam 12 am untuk bersiap pergi kerja. Aku mula terfikir tentang transport. Sekarang time training ok lagi sebab office hours, nanti dah start shift nak pergi kerja macam mana? Mana ada train pukul 2 am. Nak naik bas pun leceh sebab kena pergi KL sentral dulu. Jauh tu aku nak kesana sini. So Asrul bagi cadangan supaya aku pindah area KLIA jugak. Nak dekat 2 bulan aku cari rumah tapi tak ada yang kosong. Last sekali, Asrul cakap kawan dia punya girlfriend tengah mencari house mate. Duduk 2 orang je rumah apartment rendah. Aku pulak terdesak so aku ikutkan je.

Rumah yang aku bakal sewa ni kat Langat Murni. Oh tidak lah semurni yang disangka. Kawasan perumahan ni, mak oiiii buruk sangat. Cat kat bangunan dia berlumut, kiri kanan kelapa sawit, semak samun tinggi tebal dan paling “best” rumah ni berdepan dengan kubur Islam. Tapi sebab dekat dengan KLIA, aku pertimbangkan jugak nak pindah masuk rumah ni. Asrul bawak aku naik atas dan ketuk pintu sambil bagi salam. Mata aku melilau kiri kanan tengok keadaan sekeliling. Blok tu ada 4 tingkat, setiap tingkat tu ada 2 rumah dan pintu rumah menghadap sesama sendiri. Disebabkan rumah tu tingkat 2, jadi nombor rumah ialah 3A dan 3B. Lepas Asrul bagi salam, aku macam terdengar rumah 3B jawab salam tapi suara dia sayup2 je macam jauh dalam rumah. Aku pandang Asrul nak tanya dia silap rumah ke? Tiba2 pintu rumah 3A terbukak dan disambut oleh Imran. Aku dah pelik eh kenapa pulak ada lelaki dalam rumah ni? Tapi aku diam je ikut Asrul masuk rumah. Masuk2 je rumah tu aku dah rasa tak best sebabnya bau kucing kuat gila. Masam! Aku suka kucing tapi aku rasa macam tak sesuai je bela kucing dalam rumah apartment sebab kalau tak jaga elok memang berbau lah rumah. Dalam hati aku, banyak benda aku complaint. Rumah ni macam suram, padahal langsir terbukak luas tapi rumah masih macam gelap. Dapur pulak bersepah dengan pasir kucing berterabur atas lantai. Atas meja makan penuh dengan baju, makeup, file. Rak kasut ada, tapi kasut bersepah depan pintu masuk.

Dalam sibuk duk mengutuk tu datang seekor kucing mengendeng kat kaki aku, aku pun usap2 lah sikit pastu Ika keluar dari bilik dan sapa aku “Wah nasib baik U suka kucing! I risau sangat kalau house mate baru I tak suka kucing.” Ika meluru datang kat aku dan peluk cium aku. Wow! Seksi gila minah ni. Ingatkan orang putih mana tadi dengan rambut perang dia, kulit pun putih gebu! Selamba je pakai singlet ketat sampai nampak lurah pastu pakai seluar pendek paras peha. Aku rasa marah pun ada sebab berpakaian macam tu depan boyfriend aku. Terus aku pandang Asrul nak tengok dia terliur tak dengan Ika. Tapi Asrul masih rancak sembang dengan Imran.

Ika tarik tangan aku suruh duduk sebelah dia atas sofa tapi yang buat aku geram lagi sekali, Ika duduk sebelah Asrul! Confirm bergetar lutut Asrul. Aku perhati je si Asrul nak tengok dia ada tak curi2 pandang Ika. Syabas! Tak toleh langsung. Slow2 sembang dengan Ika, aku tengok dia ni manis orangnya dan peramah sama macam Imran padahal baru pertama kali jumpa aku tapi dah layan macam kawan lama.

“Comel kucing you ni. Hitam legam, mata kuning menyala. Comel,” aku sekadar nak mulakan perbualan dengan Ika.

“Oh ya ni nama dia Midnight. Jap ye i panggilkan Fluffy dan Oreo untuk U.”

WHAT? Dia ada 3 ekor kucing? Patut lah rumah berbau! Lepas sembang2 dengan diorang, Imran tanya, “so macam mana Amy? Ok tak rumah ni?”

Aku serba salah nak cakap aku tak suka takut diorang kecik hati tapi aku pun terdesak. Asrul mencelah, “kalau U ok, i transfer duit deposit kat Ika sekarang.”

Wahhhh ada orang nak sponsor! Aku terus angguklah! Bila dah capai kata sepakat, Asrul bawak aku pergi Banting untuk beli perabot bilik aku sebab aku malas nak angkut barang dari Wangsa Maju. Lagipun Asrul nak sponsor so kita iye kan je lah kan. Barang free babe!

Penat gila aku rasa hari tu sebab lepas beli perabot, pergi Wangsa Maju kemas barang aku pastu patah balik Langat Murni sebab orang perabot dah sampai. Lepas dah setel pasang katil almari semua, patah balik Wangsa Maju sambung kemas barang. Sampai kat Langat Murni dalam pukul 10 pm.

Aku bukak grill dan pintu, sebelum aku langkah masuk aku bagi salam dulu. Pastu aku dengar ada orang sahut salam aku tapi suara macam dari rumah 3B. Aku toleh belakang aku tengok dari bawah pintu rumah tu terang menyala pastu aku terdengar bunyi TV terpasang dari dalam rumah dia. Masa ni aku tak fikir apa langsung, aku terus angkat barang2 aku semua dan bawak masuk bilik. Sebelum nak ke bilik aku, akan lalu depan bilik Ika. Bilik Ika ni bilik master, aku pulak duduk bilik ke 2 dan toilet aku kat luar. Tapi sebelah bilik aku je. Kalau aku bukak pintu bilik aku, depa tangan ke kanan dah boleh pulas dah tombol pintu toilet tu.

Masa lalu depan bilik Ika, aku tengok bilik dia terbukak. Tak lah bukak luas tapi muat lah kepala kau nak jenguk ke dalam. Ika punya perangai ni kalau dia ada kat rumah, dia akan tutup pintu bilik dia. Tapi kalau dia keluar, dia akan biar pintu bilik dia terbukak. Tak tau kenapa, aku tak pernah tanya.

Aku letak barang-barang atas carpet pastu aku pergi turun balik kereta nak amik barang lagi. Asrul ada offer nak tolong aku angkat barang tapi aku suruh dia rehat je dalam kereta. Kesian dia kepenatan tolong aku. Lagipun brader dah berhabis duit kat aku, takkan nak susahkan brader lagi?

Masa aku keluar rumah, aku dapat bau something yang wangi. Bau macam orang lepas mandi. Aku syak orang depan ni lah kot baru keluar rumah agaknya. Lepas dah ambik semua barang aku, aku mula kemas apa yang patut. Rasa sunyi pulak duduk sorang ni so aku pegi on radio kat astro. Aku bukak kuat sikit sebab aku kan nak duduk dalam bilik, takut bukak perlahan kang tak dengar pulak.

Tengah duk ralit mengemas, aku dengar macam grill tu digoncang. Maybe Ika dah balik kot. Tapi bunyi tu nak dekat 1 minit berbunyi. Eh takkan dia tak reti bukak grill? Aku pun bangunlah ingat nak tolong bukak kan pintu, tapi bunyi tu hilang. Aku masih lagi tak fikir apa-apa, so aku pergi sambung kemas.

Masuk je bilik aku tengok kucing2 Ika sedap baring atas katil aku, baju aku, siap dah rasmi mencakar carpet aku! Tapi aku layankan je. Aku setel kemas barang semua nak dekat pukul 5 am. Masa dah habis kemas, baru rasa lenguh lapar nak kencing mengantuk semua ada. Tapi aku pilih nak pergi toilet dulu.

Elok aku keluar bilik, baru aku perasan yang radio aku pasang tu dah tutup. Dari tadi dalam bilik duk ngemas tu, aku lupa yang aku ada pasang radio. Pastu aku pun terfikir macam mana boleh off sendiri? Maybe dia ada auto timer kot. Lepas dah buang hajat, aku dengar grill bergoncang selang dengan bunyi kunci. Oh, Ika dah balik. Tersenyum-senyum dia sapa aku. Katanya baru balik clubbing. Tiba-tiba Imran pun masuk. Terkejut gila aku. Dahlah aku pakai baju tidur je masa tu. Aku terus menyorok sikit sebalik dinding, tapi Imran tak pandang aku langsung. Muka dia macam zombie dah.

Ika kata Imran nak tumpang tidur sebab tak larat nak drive. Aku tak kata apa, aku angguk je. Ingatkan Imran tidur kat ruang tamu, rupanya dalam bilik dengan Ika! Ya Allah, apa benda ni? Aku cuak gila malam tu takut gila kena tangkap basah ke tak pun Imran curi2 masuk bilik aku ke. Aku masuk bilik dan tertidur tapi aku terjaga sebab aku dapat rasa ada perubahan dalam bilik aku. Bilik aku ni, menghadap laluan utama keluar masuk kawasan situ. So ada lampu jalan dan cahaya lampu tu akan tembus masuk bilik aku. Tadi aku tutup lampu bilik, masih terang sikit sebab ada lampu luar tu. Tiba2 bilik aku gelap pulak kenapa? Seriously, aku terjaga sebab aku memang dapat rasa sesuatu. Gelap sangat!

Aku kibar-kibar tangan aku pun aku tak nampak apa. Cuak gila masa ni, aku terus bangun dari katil dan pergi duduk kat sofa ruang tamu. Ruang tamu tu gelap jugak tapi ada cahaya dari dapur so aku pun bukak lampu ruang tamu. Masa ni ingat nak call Asrul tapi phone dalam bilik pulak, memang tak lah aku nak patah balik. Aku rasa mengantuk tapi aku tak nak tutup mata sebab aku takut. Tapi entah macam mana, aku tertidur jugak.

Aku terjaga dalam tengahari pastu aku lari masuk bilik sebab aku kan pakai baju tidur, malu aku kalau Imran tengok aku macam tu. Lepas aku dah bersiap-siap, aku lepak kat ruang tamu sementara tunggu Asrul datang ambik. Masa Ika keluar bilik dia gelakkan aku sebab aku tidur terbongkang depan TV pagi tadi. Aku tanya dia mana dia tau? Dia cakap pagi tadi masa Imran nak balik, diorang nampak aku atas sofa. Ika kata dengan TV terpasang, dengan aku terbongkang.

What? TV terpasang? Mustahil sebab aku tak pasang pun TV. Tapi aku diam je masa Ika cerita. Lepas Asrul sampai, aku pun turun lah. Urmmphh, ada bau masakan. Mesti jiran 3B ni masak. Sedap sangat bau dia sampai berkriukkk perut aku time tu.

Aku masuk kereta terus aku cerita pasal Imran. Asrul cerita sebenarnya Asrul, Imran dan Ika dulu duduk 1 rumah tapi lepas kes Imran dan Ika kena tangkap basah dengan AJK surau (nasib baik Asrul tak ada), Imran dan Asrul pindah keluar dari rumah tu. Ika tak berani tinggal sorang sebab tu dia cari orang sewa dengan dia. Asrul dah kenal Ika dan Imran lama dah sebab diorang 1 batch. Kiranya Ika dan Imran ni BFF Asrul. Ooh patut lah dia tak terliur tengok Ika yang seksi maut tu. Sebab dah biasa tengok sampai kering air liur dia.

Asrul cakap, dia tak cadangkan aku untuk duduk dengan Ika ni awal2 dulu sebab dia tau mesti aku tak selesa. Tapi disebabkan dah terdesak, so dia pun terpaksa pindahkan aku ke rumah Ika. Ok. Sekarang aku dah tau kenapa Asrul offer nak sponsor deposit rumah dan beli perabot. Sebab nak ambik hati akulah kot kalau cerita macam ni terungkit. Kalau aku marah pun mesti fikir 2-3 kali sebab dah dia bayar semua. Bijak Asrul ni.

Balik dari makan, aku masuk rumah. Macam biasa, sambil langkah kaki kanan sambil bagi salam. Tapi tak ada orang sahut padahal Ika depan aku ni dia senyum je tak sahut pun salam aku. Ika ajak aku borak kejap so aku pun join lepak dengan dia kat ruang tamu. Time ni, 2 ekor kucing dia je ada. Lagi sekor entah mana.

Tengah syok2 sembang, kitorang dengar bunyi kecoh2 kat bawah. Ika pergi intai dari tingkap dapur, pastu Ika jerit. Ika kata kucing dia Oreo jatuh. Aku pun terkejut gila terus kitorang lari turun bawah nak tengok Oreo. Malangnya, Oreo mati. Yelah jatuh dari tingkat 2 kot. Tinggi tu. Masa ni Imran datang dan tolong tanam bangkai Oreo kat tepi2 rumah tu. Mata Ika dah bengkak sebab menangis je. Dia MC selama 2 hari sebab dia sedih sangat.

Seminggu tu Ika langsung tak bercakap dengan aku, dia diam je duduk dalam bilik sampaikan aku pulak kena uruskan kucing2 dia bagi makan tukar pasir semua. Lepas dah tukar pasir kucing dia, aku turun bawah nak buang sampah. Masa aku naik balik, pintu kayu rumah aku berkunci. Eh pelik! Tadi aku tak kunci pun aku tutup je. Eh macam mana ni? Ok tak apa relax kita ketuk pintu panggil Ika.

“Assalamualaikum Ika.” Aku bagi salam sambil ketuk2 pintu. Masa ni aku dengar macam ada orang mengomel selang ketawa disebalik pintu. Mula2 perlahan je makin lama makin kuat. Aku confuse sangat masa ni sebab suara tu kuat tapi tak jelas so aku pun tak pasti suara tu datang dari arah mana. Last sekali aku dengar suara tu gelak pastu ada bunyi tepuk tangan tapi sekali je. Bunyi dia PAP! So aku cuba pulas tombol pintu, eh boleh bukak pulak! Suara2 tu semua hilang. Aku masuk rumah tengok Ika tak ada. Masih dalam bilik. Malam tu bermulalah episode aku kena ganggu. Bermula dengan tindih.

Sepanjang aku duduk situ, aku selalu kena tindih tak kira malam ke siang ke mesti kena tindih. Kekerapan aku kena tindih tu boleh dikatakan SELALU sampai masa aku kena tindih tu aku siap boleh cakap dalam hati “alamak kena tindih lagi.”

Aku dah hilang rasa cuak dan takut, cara aku relax kan diri ialah fikirkan pasal bunga dan pantai, dalam seminit dua, aku sedarlah balik. Mak aku suruh letak Yassin bawah bantal. Aku pun ikut lah cakap mak aku. Tapi tak ada perubahan pun. Setakat kena tindih, bunyi guli atas rumah, kucing termenung tengok atas kepala aku, TV on off sendiri tu normal sangat. Tapi sabar ada limit. Kejadian yang aku nak cerita kat korang ni adalah punca kenapa aku keluar rumah.

Aku dan Ika memang house mate, tapi kitorang tak rapat. Kitorang cuma berkomunikasi bila perlu. Kalau BBM pun jarang sangat2 lah dan cakap benda penting je. Aku dengan Ika lain2 department so aku tak pernah kerja dengan Ika, aku tak pernah bertembung dengan Ika kat tempat kerja. Petang tu aku baru balik kerja (Ika cuti time ni dan esoknya aku pulakcuti) aku tengok pintu bilik Ika tertutup. Yes! Adalah peneman aku untuk makan coklat2 yang Asrul belikan dari duty free. (Kawan Asrul kerja duty free so Asrul dapat beli dengan harga kawan2) pastu aku nak ajak Ika tengok DVD yang aku baru beli. So aku masuk bilik mandi2 dulu pastu aku lepak depan TV tunggu Ika. Aku tak terfikir pun nak ketuk pintu bilik Ika ajak dia lepak kat ruang tamu sebab aku fikir dia tengah relax.

Aku dengar bunyi Ika mandi, bunyi dia bukak almari baju dia, dengar macam dia nyanyi2. Lama aku tunggu Ika. Tiba2 aku rasa nak buang hajat so aku pergi toilet kejap. Elok aku keluar toilet, aku tengok pintu bilik Ika terbukak. Tapi, Ika langsung tak ada dalam rumah. Hurmm dia dah keluar ke? Tapi tak ada bunyi keluar rumah pun tadi?

Aku BBM Ika, “baru ingat nak ajak U makan coklat. I tunggu U balik pastu kita makan sama2 ok?”

Lama lepas tu baru Ika reply, “OMG babe penat gila kupas bawang dari semalam. So sweet U belikan i coklat. Ok nanti i balik kita makan coklat sama2.”

Aku tak faham dia kata kopek bawang. So aku tanya kopek bawang untuk apa? Dia reply, “oh lusa adik kahwin so i kena tolong orang kampung rewang.”

Time ni aku bingkas bangun dan keluar rumah wei! Menggeletar tangan aku, lembik lutut aku, laju jantung aku. Kenapa? Sebab aku sangat sure ada entiti jahat dalam rumah aku time tu. Aku 100% yakin yang ada “orang” dalam rumah aku. Aku betul2 ingat Ika ada, tapi Ika kat kampung, kampung dia kat Pahang!

So siapa yang ada dalam rumah aku tu? Masa aku keluar rumah, aku dapat dengar jiran aku mengamuk. Bunyi macam dia baling pinggan mangkuk, kerusi dan bunyi teresak-esak menangis. Time ni aku tunggu Asrul dekat bawah rumah. Lantaklah aku pakai kaftan pun biarlah! Asrul dah otw pergi kerja jadi Asrul patah balik dan suruh aku hantar dia pergi KLIA. Dia mintak aku stay rumah dia. Tapi lepas aku dah kena kacau macam tu memang tak lah aku nak duduk rumah sorang-sorang kan? No way man! Aku drive pergi McDonald’s kat Nilai. Time ni aku lepak dalam kereta dan aku mula karang cerita kat Ika. Aku bagitau dia yang aku nak pindah keluar sebab aku kena kacau teruk. Ika tak reply BBM aku, dia baca je. Malam tu aku tumpang tidur rumah kawan aku kat area tu jugak dan esok pagi dalam subuh2 tu aku ambik Asrul balik kerja. Tengahari tu, aku mintak Asrul teman aku pergi rumah aku ambik barang2 aku. Asrul tunggu depan rumah, so aku berani lah sikit kalau apa2 jadi aku jerit jelah.

Aku kemas baju, makeup, barang mandi dan kasut kerja aku. Nasib hari ni aku cuti tapi esok aku dah kerja balik. Serious letih masa tu dengan tak cukup tidur dengan period first day. Masa tengah kemas2 tu, aku diserang senggugut tapi lagi sakit dari yang biasa aku kena. Perut aku sakit, pinggang aku lenguh, ‘bawah’ aku pun sakit. Sambil aku mengemas tu, hujung-hujung mata aku perasan macam ada yang memerhati.

Semakin kuat perasaan aku yang ada benda memerhatikan aku, semakin kuat sakit aku. Sakit sangat sampai aku terbongkok-bongkok kemas barang sebab pinggang aku lenguh gila. Sebelum keluar, aku sempat top up makanan kucing, tukar air minum dan tukar pasir diorang. Tapi aku tak sempat nak say goodbye kat diorang. Tak tau mana diorang time ni dan aku pun tak kuasa nak main cari2 kang benda lain aku terjumpa kang naya.

Sebelum aku keluar rumah, aku tengok rumah tu buat kali terakhir. Entah kenapa pemandangan rumah tu berubah! Suasana dia sama macam aku mula masuk dulu. Suram, busuk, bersepah. Padahal masa aku duduk tu, rumah tu terang je, bersih, wangi sebab Ika rajin beli ambipur dan Ika pun suka sembur perfume kat badan dia macam sembur shieldtox kat lipas. Lepas aku perasan perubahan tu, cepat2 tutup pintu rumah lepas tu aku dengar macam ada bunyi dengusan kuat. Time ni Asrul dah duduk dalam kereta. Sampai hati dia tadi janji nak tunggu depan rumah. Berdesup aku turun tangga. Eh hilang pulak senggugut aku? Tadi kemain lembik sekarang boleh lari siap usung beg lagi.

Lepas masuk kereta, aku BBM Ika yang aku dah amik barang aku sikit. Aku mintak maaf kat Ika sebab keluar dengan cara tergesa2 macam ni. Aku bagitau dia cuti minggu depan aku akan datang ambik semua barang aku. Asrul pulak suruh Ika pulangkan sebulan je deposit rumah, lagi sebulan kira burn sebab aku keluar gitu je tak bagi notis awal2 macam dah yang dijanjikan.

Ika reply BBM aku, dia cakap sebenarnya dia pun kena kacau sejak aku pindah masuk. Dia kena kacau lagi teruk! Tiap2 malam kena tindih, dia siap nampak benda yang menindih dia. Pakcik tua, 3 budak botak, patung beruang dia dan macam-macam. Imran pun pernah jugak kena kacau sepanjang dia menumpang tidur rumah kitorang. Imran pernah mimpi dia bersetubuh dengan perempuan kurus tapi berat berambut panjang. Masa dia terjaga dari mimpi, dia rasa senak bahagian kemaluan dia. Pastu dia rasa dia ternampak bayang2 perempuan dalam mimpi dia tu berdiri depan Ika. Start malam tu dia dah tak tidur rumah kitorang dah. Ika pulak cerita setiap kali dia kat rumah, dia dapat rasa ada benda tengah tengok dia. Barang2 dia selalu kena alih contohnya makeup dia tiba2 ada kat dapur, kasut dia ada bawah meja makan. Dia pun perasan kucing dia selalu termenung dan melompat tiba2.

Pernah sekali, Midnight datang dan cakar dia tanpa sebab. Ika selalu mimpi dia kena tarik rambut sampai tercabut kulit kepala oleh perempuan pakai kebaya. Dalam mimpi Ika, perempuan tu marah2 Ika. Selain ditarik rambut, perempuan tu ketuk kepala Ika guna tukul besi & kapak! Pernah sekali Ika terkurung dalam toilet dia, padahal selak toilet tu kat dalam. Mana ada selak kat luar so kenapa dia tak boleh nak bukak pintu? Ika ada jugak dengar bunyi orang atas tumbuk lesung batu, bunyi guli, bunyi orang mengomel dan gelak tawa. Ika syak Oreo jatuh sebab terkejut dengan sesuatu sebab selama 2 tahun Ika tinggal situ, tak pernah kucing2 dia panjat beranda. Ika kata sebenarnya dia pun nak keluar rumah tapi dia tak tau macam mana nak bagitau aku. Sebabnya dia tengok aku relax je macam tak kena kacau langsung. Lepas kitorang bertukar cerita melalui BBM, aku tanya Ika “macam mana lah jiran kita boleh stay sana lama2 kan? Tabah betul” Ika balas “jiran apa? U jangan buat kelakar Amy. Kita tak ada jiran! Blok tu kita je yang duduk.” HAH? Tak ada jiran?! Habis yang aku dengar bunyi orang masak tu apa? Yg aku bau wangi2 tiap kali aku keluar masuk rumah tu siapa? Yg rajin duk mengemas dan mengalih perabot tu siapa? Masa Ika reply macam tu, aku istifar panjang. Hah masa ni baru nak ingat tuhan.

Sepanjang duduk kat sana, tak pernah pun sembahyang. Padahal rumah tepi kubur. Tak ada perasaan insaf langsung! Minggu depan tu, Asrul yang tolong uruskan angkat barang2 aku. Aku tak berani nak jejak kaki kat rumah tu dah. Aku pindah ke Kota Warisan dekat dengan rumah Asrul. Ika pulak pindah kat Desa Palma duduk dengan Imran. Sejak dari tu aku tak pernah dah contact dengan Ika dan Imran. Cuma contact kat Facebook je tu pun gitu2 je. Peristiwa tu berlaku 9 tahun yang lepas. Sekarang aku dah tak kerja dah. Duk rumah je jaga anak kembar aku kat Melaka, kampung suami. Ika pun dah kahwin ada anak 4 orang. Dia pun surirumah jugak. Alhamdulillah dia pun dah kembali ke pangkal jalan. Kalau tengok dia sekarang, macam tak percaya dulu dia house mate yang aku kenal. Buat masa sekarang dia tinggal kat Bintulu, ikut suami dia duduk sana. Suami dia askar so selalu pindah2 tempat. Imran? Lama aku tak dengar cerita pasal dia. Aku tak pernah keep in touch pun dengan dia. Asrul sekarang dah jadi pramugara Air Asia, dah berkahwin dan dah ada sorang anak. Oh ya! Sebulan selepas aku pindah keluar, Imran tanya Asrul ada tak aku terambik baju2 Ika? Aku cakap tak pernah aku masuk bilik dia. Imran tanya lagi, ada tak aku ambik kasut tinggi Ika? Aku jawab, tak ada pulak sebab aku tak minat kasut tinggi. Macam2 Imran tanya tapi melalui Asrul. Aku pelik kenapa bukan Ika tanya aku sendiri? Sekarang baru aku teringat kenapa aku dah tak contact langsung dengan Ika lepas kitorang pindah tu. Sebab ni lah, sebab aku rasa dia tuduh aku curi barang2 dia. Last soalan Imran setelah berhari2 tanya Asrul, ada tak aku ambik camera DSLR Ika. Aku cakap tak ada dan aku tak pernah nampak pun camera tu. Aku pun tak pernah tau yang Ika ada camera DSLR. Imran tanya Asrul banyak kali seolah Imran syak aku ambik camera Ika. Bila fikirkan balik, mungkin camera tu hilang sebab camera tu TER tangkap gambar yang tak sepatutnya di tangkap? Korang rasa? Mana pergi barang2 Ika? Adakah korang rasa Ika buat cerita? Atau ada benda lain yang sorok? Macam aku cerita, barang Ika selalu kena alih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

amynina
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

42 comments

  1. what to expect dgn keadaan rumah mcm tu..bnde2 tu kan suka tmpt kotor..lgpn byk maksiat jadi lagi bnde tu suke..mujur laa korg dah insaf…n mujur jgk kamu keluar awal2 drpd bsubahat ngn ika tu..huhu

  2. Apartment tu dulu teman yg jaga & handle dr pengurusan Developer SheikhMa ….mmg byk masalah kt situ sbb tu teman cabut…ada beberapa unit rumah kt situ yg mmg haunted…ada kes bunuh…bunuh diri warga asing…korang jer yg tak tau…tp dok kt sana mmg best…kalo korang x bt maksiat mmg aman damai tempat tu…kawasan tu dulu tanah rancangan belia…sblm dimajukan jd kawasan perumahan…kawasan byk org jawa…jgn kome bt benda x elok pulak mmg kn gulai ngan penduduk asal situ…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.