Assalamualaikum. Aku Nur, nak bercerita mengenai rumah sewa masa study dekat Politeknik Shah Alam dulu.
Aku dan kawan-kawan seramai lapan orang menyewa di sebuah apartment di kawasan TTDI Jaya. Satu rumah ada tiga bilik. Aku duduk master bedroom bersama dua orang kawan. Bilik tengah dua orang, bilik hujung 3 orang. Sebelah tu bilik air.
Asalnya ni rumah junior kitorang. Tapi disebabkan diorang masing-masing balik kampung nak praktikal, kitorang duduk la untuk satu sem (last sem). Diorang sempat la pesan ‘baik-baik’ duduk rumah ni. At that time tak fikir apa-apalah.
Masa kami duduk kat rumah ni benda yang sering sangat berlaku ialah bunyi bunyian yang continuously dari unit atas. Everyday. Tiga jenis bunyi iaitu bunyi orang tumbuk lesung batu, bunyi perabot diseret dan bunyi guli melantun. Yang dua bunyi tu tak kisah sangatlah sebab agak common sense. Paling best bunyi guli tu. Bayangkanlah kalau dah hari-hari bunyi guli. Dan bukannya seminit dua. Tapi keep on dari petang sampai malam. Korang pun rasanya dah tak boleh nak husnuzon kalau anak orang atas ni hobi dia main guli. Lepastu ada satu hari tu boleh pulak bunyinya mula dari ruang tamu terus ke master bedroom. Then membawak pulak ke bilik air. Time tu akulah yang ada kat bilik air. Masa kat bilik air bunyinya berhenti kat bahagian pintu bilik air. Maksud aku bukan berhenti main guli. Tapi bunyi guli melantun tu stay kat situ je. Lama tau. Tapi Alhamdulillah la aku mempunyai tahap blur yang telah berjaya diasah sampai ke level phd. Jadi aku pun keluar meninggalkan bilik air tanpa banyak soal. Sebenarnya budak rumah pun ada perasan pasal bunyi ni sepanjang diorang kat rumah tu. Tapi masing-masing tak ambil berat sangat. Kiranya kalau dengar buat bodo je la.
Selain dari bunyi-bunyian, ada satu hari tu aku nak basuh baju. Bilik laundry ni terletak kat belakang dapur. So bila dah settle semua, aku tak jemur kat kat situ, tapi jemur kat ruang tamu. Masa tengah separuh jemur tu aku tersedar, aku dengar bahagian dryer (mesin semi-auto) tu berpusing. Urm… macam peliklah, siapa pulak yang basuh baju. Sebab aku kat ruang tamu, tak nampak pulak bayang orang keluar masuk dapur.
Dah siap jemur semua, dengan rasa ingin tahu aku pun pergi kat mesin basuh nak tengok siapa punya kain ada dalam tu. Sampai kat mesin, aku tengok punat bahagian dryer tu dah digerakkan dan masa aku sampai rotation dia dah separuh. Ok lah, lega… maknanya memang ada orang yang pusingkan mesin tu mungkin aku tak perasan. Tapi aku tetap nak tengok baju siapa dalam tu since aku tak nampak ada orang masuk dapur. Aku bukak penutup dryer yang tengah berpusing laju. Bila buka automatic dia berhenti pusing and… tu dia. Dalam tu kosong. Terkebil jugak mata. Bahagian dryer bergerak tanpa ada sehelai kain pun dalam tu? Memang ade yang pusingkan tapi siapa? Dan untuk apa dia pusingkan dengan takde kain?. Budak rumah aku memang bukan jenis kaki gurau pada benda yang buang masa camni. Adoi laaaaa tiba-tiba aku teringat pasal ‘benda-benda’ yang jadi kat rumah ni, serta merta aku serapkan unsur blur dan terus keluar dari situ.
Tak lama lepas tu Ira budak bilik hujung ada cerita. Satu malam tu dia dah syok tidur. Dia tidur mengiring menghadap dinding. Oh ya kami ni semua kat rumah tu tidur pakai tilam nipis and toto je. So masa dia tengah tidur, dia tersedar bila dia rasa rambut roommate dia, Ieda, menggelempai (ada dalam kamus ke perkataan ni?) dekat belakang badan dia. Rambut Ira ni pendek. Rambut Ieda ikal panjang. Ira pun pelik jugak, apa pasal menghimpit sangat Ieda tidur belakang dia ni sampai boleh rasa rambutnya? Dan bila dia dah rasa tak selesa sangat, dengan mamai-mamai dia pun pusinglah badan nak suruh Ieda ni beralih sikit. Surprisingly, bila dah pusing dia tengok roommate dia tengah tidur kat dinding nun belah sana. Rambut siapa menggelempai dekat belakang dia tadi? Takkan laju benar Ieda berguling ke dinding belah sana. Nasib baik masa tu tak sempat nak rasa takut lebih-lebih sebab dia mengantuk sangat dan terus sambung tidur.
Yang paling seram berlaku dekat bilik tengah. Masa tu dekat rumah tinggal 4 orang je. Yang lain balik kampung. Waktu tu maghrib. Aku dengan roommate, Wan, tengah aman-aman duduk bilik. Tiba-tiba kitorang dengar Miz dengan Ifa menjerit lari keluar dari bilik diorang. Aku dengan Wan cepat-cepat keluar terus pergi ke ruang tamu. Aku tengok diorang tercungap-cungap dengan muka takut. Diorang bagitau, tadi diorang berbual pasal bunyi-bunyi kat rumah ni (tiga bunyi yang aku cerita tu la). Dan masa tengah ralit cerita hantu tu tiba-tiba ada bunyi guli dekat bilik diorang. Itu yang mencicit lari. Aku dengan Wan pun macam ok lah, pasal bunyi je (sebab dah kerap dengar bunyi-bunyi ni, jadi macam dah biasa time tu). Maybe diorang kan tengah cerita kisah seram, tetiba boleh masuk real punya sound effect, tu yang berdouble-double ketakutannya. Ok lah, lepas dah reda aku pun dah nak masuk bilik semula and masing-masing nak buat hal sendiri. Suddenly, Miz menjerit. Kali ni minah tu betul-betul gelabah, muka dia cam nak menangis pun ada. Dia kata tadi lepas bercerita ngan kitorang tu dia pergi tandas. Bila keluar dia nak menuju ke ruang tamu (dari tandas nak ke ruang tamu mesti melalui bilik hujung (bilik Ira, Ieda) then bilik tengah, master bedroom, barulah ruang tamu). Dan masa melalui bilik tengah tu dia nampak Ifa tengah sembahyang dan since Ifa ada dekat situ, dia pun nak masuklah. Bila dia nak gerak masuk bilik, tiba-tiba dia dengar suara Ifa dekat ruang tamu dan time tu baru dia perasan orang yang tengah sembahyang dalam bilik tu membelakangkan dia dan sembahyang tak menghadap kiblat! Apa lagi, berdesup dia lari pergi ruang tamu. Fuh! kali ni aku dengan Wan dah start rasa seram. Diorang buat keputusan balik rumah malam tu jugak. Untunglah rumah diorang kat area KL ngan Selangor je. Aku dengan Wan jugak yang pisang (blur). Sebab, takkan kitorang nak naik bas balik Johor dengan Terengganu jugak malam tu! Diorang offer stay rumah diorang, tapi kitorang tak ikut. Nasib baik malam tu takde apa-apa berlaku sampai ke pagi.
Nasihat aku, anak dara kalau boleh elakkan selalu balik lewat malam. Banyakkan solat, mengaji dalam rumah. Sebab lepas kitorang habis study masing-masing sibuk tag sesame sendiri kat satu article kat fb pasal tiga bunyi tu. Dari bacaan, basically itu memang gangguan dari jin/syaitan sebab kurangnya amal dalam rumah. Wallahu’alam. Sekian.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
huh, seram, tp mcm mana senior tu dok dulu xtakut ker, sebab tu depa dh pesan ..
Yer..btul tu.rajin bc quran.jg kbersihan sekitar rumah n diri..jgn nk jerit2 suka sangat..lg bnda tu suka.niway..seram.truskn mnulis
betul betul angker rumah tu.
Bunyi2an 3benda tu setiap hari berlaku kat umah kakak akk…
Sejak dari die beli umh tu sampailah skrg dh berbelas2 tahun…
Dr kes akk xtau psl benda tu ade unsur makhluk halus, sampailah dh tau sampailah skrg semuaaaaa org kt aprtment tu dh lali…
Sbbnye almost semua rumah dkt apartment tu dgr gangguan bunyi yg same…
Memule xleh tdo sbb bunyik tu bising kan…
Lelame lali sume lelap jer…
Maybe kwsn situ dlu kwsn paya/lombong koottt…
Ate deme nk duduk mane kan, numpang jelah umah2 bortingkek2 tu…
Heheheheheh…
angker o,o
Rumah sewa Mel kat mesir ni sampai sekarang dengar kaki kerusi, meja, perabot diseret-seret. Kadang-kadang macam dihempas. Rajin benor orang atas setiap hari pkul 1 malam mengemas dan deko rumah. Hahahha
wahaha imba jugak kemas dan deko rumah pukul 1 pagi
Saya po ex poli shah alam, pernas dok gk kawasan rumah tu..dekat TTDI..rumah berhampiran steden mintak shell kn?
Ada pengalaman jugak rumah atas suka main guli! Siap rakam. Ada bran nak naik tengok sape duduk ? Hahaha
hi..sy pon ex PSA jgk..penulis duduk apartment Jaya ke?batch ble?
sama macam rumah aku,, tiga-tiga bunyi tu ada.
memula laki aku marah main guli, lepastu masa aku duk sensorang, dia baling lagi kuat smpai aku takut.
Start dari situ aku pastikan aku ada baca Al-Quran setiap malam kat rumah tu.. Alhamdulillah, bunyi-bunyi tu semakin berkurang.. kena amalkan la selalu bacaan ni.. bagi diorang panas.
“blurr tahap PhD”
hahahaha dlm takut2 tergelak plk baca.
bagus jgk blurr2 ni, x jadi nk takut hihi
nice