Rumah Tepi Bukit

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca Fiksyen Shasha. Ninot here againnn. Terima kasih untuk semua yang dah baca kisah-kisah saya yang sebelum ni. Ni yang buat lagi semangat nak bercerita ni. Hehe.

Okay. Kita lupakan kisah Borneo, kita lupakan kisah Ah Kong. Kali ni kisah berkisar tentang apa yang terjadi waktu umur aku dalam awal 20-an. Waktu ni kami sekeluarga dah pindah ke Semenanjung dan menetap di Puchong. Kisah ni berlaku dalam 5-6 tahun lepas, waktu tu aku masih lagi tinggal dengan ayah dan mak aku serta adik beradik aku yang lain. Rumah yang kami menetap (masih menetap lagi sampai sekarang) tu adalah rumah yang baru dibina sekitar waktu 2003. Ayah aku beli rumah tu sebab kedudukan dia strategik menghadap jalan besar yang menghubungkan kawasan perumahan P12 dan P8.

Rumah kami ini adalah rumah nombor dua dari hujung. Maksudnya, kat hujung sekali rumah jiran India, dan sebelah rumah jiran India tu ada bukit sikit. Atas bukit tu ada tangki air besar untuk kawasan perumahan kami. Paham? Hehe. Sederet rumah aku ni cuma ada empat buah rumah termasuk rumah kami. Dekat kawasan tangki air tu selalu memang ada banyak anjing melepak kat situ sebab banyak pokok dan takde orang pun akan kacau anjing-anjing tu kat atas bukit. Selalu jugak lah dengar anjing-anjing tersebut akan bersahut-sahutan waktu Maghrib dan yang sewaktu dengannya. Kadang tu pelik jugak dari mana datang anjing banyak-banyak gitu walaupun kawasan perumahan aku tu majoriti orang Cina.

Selama kami tinggal di rumah tu, takde sangat lah kejadian-kejadian yang teruk sampai lah waktu umur aku dalam lingkungan 20-an. Aku masih belajar di salah satu universiti yang terletak di Cyberjaya waktu tu. Tiap minggu memang rutin aku balik rumah sebab bosan duduk kat hostel yang amatlah lengang kalau tiba waktu minggu.

Pada suatu hari tu, mak ayah aku bercadang nak buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah nenek, atuk dan saudara-saudara yang dah lama pergi menghadap Ilahi. Dalam ruang tamu rumah aku tu mak ayah aku rajin gantung gambar keluarga, gambar pemandangan dan ada satu sudut yang bersebelahan dengan pintu besar depan rumah tu mak aku gantung dua gambar, nak kata gambar bukan gambar, macam patung perempuan pakai kimono warna merah. Tapi diperbuat dari kertas. Patung perempuan ni hadiah dari kawan kakak aku yang berasal dari Jepun.

Dah bila ada kenduri-kendara kat rumah ni, kami semua bekerjasama untuk mengemas rumah, masak lauk-lauk kenduri dan sebagainya. Ayah aku jemput geng-geng masjid Batu 14 datang rumah kami untuk bacakan tahlil dan doa-doa yang lain. Dalam lebih kurang 10-15 orang geng masjid jugak lah yang datang malam itu selain dari saudara-mara dan kawan-kawan yang lain. Kenduri start lepas waktu Maghrib dan semua boleh sambung solat Isyak berjemaah sekali lepas itu.

Waktu bacaan dimulakan, aku masa tu berada di luar rumah sebab baru lepas angkat semua makanan keluar ke laman. Ada jugak adik aku dua orang (waktu ni aku dah ada dua orang adik, yang bongsu tu lahir tahun 2001 kat Sarawak) dengan aku waktu tu. Bila bacaan dimulakan, aku tetiba rasa macam ada yang tak kena. Bulu roma kat lengan aku menegak tiba-tiba dan angin kuat pulak waktu tu. Macam nak hujan pun ada. Suasana luar rumah tu macam sunyi sangat sebab cengkerik seekor pun takde bunyi. Bunyi anjing apatah lagi.

“Kenapa tangan kau tu?” adik aku (yang jatuh dahi berjahit dulu tu) tanya aku sebab tangan aku kalau bulu roma menegak ke atau rasa meremang, memang orang boleh nampak dengan jelas kerana effect ubat-ubatan yang aku makan masa aku ada asthma waktu kecil dulu.

“Tak tahu weh. Rasa lain macam. Diorang dah start kan?” aku jawab sambil mata aku usha-usha dalam rumah.

“Dah baru je start tu. Jom la masuk,” adik aku tarik tangan aku masuk dalam rumah. Adik bongsu aku menurut je dari belakang.

Dah masuk dalam rumah, aku terus menuju ke arah dapur dan duduk kat sana je sebab waktu tu aku uzur. Adik-adik aku ikut je aku duduk sekali. Ni kalau aku masuk tandas berak pun mau diikutnya sekali kot. Hahaha.

“Weh kau rasa tak apa aku rasa tadi?” aku tanya adik aku sambil tangan aku ngap kuih bahulu yang dah siap d******g empat.

“Rasa .. rasa berangin je kat luar tu.” Adik aku pulak jawab sambil ambil separuh lagi bahulu kat dalam pinggan.

Waktu tu aku biarkan soalan aku tergantung macam tu je sebab rasa malas nak tanya lebih-lebih kat adik aku. Mungkin waktu tu perasaan aku je kot. Lepas dah selesai doa selamat tahlil dan juga solat Isyak berjemaah, sesi makan pun bermula. Masa tu aku belum tahu apa-apa lagi yang mencurigakan waktu sesi tahlil dan doa selamat tu. So bila kenduri tu pun dah habis, tetamu semua dah balik, selalunya kami akan lepak kat dapur dan mulakan sesi mengemas kat dapur, basuh pinggan semua. Waktu tu semua ceritalah yang akan keluar. Masa ni ada ayah, mak, kakak sulung dengan aku je. Yang lain-lain dah masuk bilik kat atas.

Ayah aku cerita, dalam kalangan geng-geng masjid tu, ada sorang imam ni dia ada kebolehan dalam mengesan benda-benda tu. Imam ni sekarang dah arwah dah. Imam tu cerita, waktu tu dia duduk kat paling hujung ruang tamu bersebelahan dengan rak yang ayah letak kat tepi dinding, dan duduk bertentangan dengan dinding yang ada patung Jepun tu. Waktu diorang mula bacaan, ada benda berbadan besar warna hitam dan bertanduk, bermata merah tiba-tiba keluar dari rak kat ruang tamu terlanggar kaki imam tu dan lepas tu tergesa-gesa keluar dari rumah sampai terlanggar pulak pintu rumah aku. Imam ni cerita dia nampak benda ni real gila tapi orang lain tak nampak.

Lepas benda tu keluar dari rumah, takde apa yang terjadi la dalam rumah tu. Tapi masa sesi makan, imam tu cerita kat ayah aku lagi yang dia nampak perempuan pakai kimono warna merah berdiri bawah pokok rambutan yang mak aku tanam luar pagar. Tapi dia buat tak tahu je dan dia tak perasan pun perempuan pakai kimono warna merah tu sama dengan gambar patung yang mak aku gantung kat dinding rumah kami. Kami pun dah mula berteka-teki dah masa tu. Kakak aku terus pergi ruang tamu dan turunkan gambar perempuan Jepun tu. Niatnya esok nak bakar la kan. Lepas dah selesai cerita-cerita semua, dah makan bagai aku pun bungkus la plastik sampah nak buang kat luar. Masa tu dah hampir jam 12 malam. Lepas dah ambik plastik sampah tu aku bawak la keluar. Bila keluar tu rasa angin sejuk jenis yang mencengkam sampai ke tulang. Rasa sejuk yang sama waktu kenduri tadi.

Waktu aku nak letak sampah tu kat ruang pembuangan sampah, aku boleh pulak terpaling kepala aku kat atas bukit. Malam-malam area bukit tu seram gila. Tiba-tiba aku ternampak kelibat perempuan pakai kimono warna merah macam yang imam tu nampak. Waktu tu aku macam khusyuk tengok perempuan tu atas bukit dekat dengan tangki air besar tu. Macam terpaku terpesona terpenpam segala ‘ter’ lah. Tapi selang beberapa minit lepas tu, aku macam tersedar kejap terus aku kunci pagar dan masuk rumah. Aku baca ayat kursi dalam hati je sebab aku kotor waktu tu kan. Langkah je kaki aku masuk dalam rumah, aku rasa macam panas bahang sangat dalam rumah tu. Aku ke arah dapur, duduk kat meja makan tu. Tapi senyap je. Kakak sulung aku dah nampak perubahan aku ni.

“Weh Ninot kau okay tak?” tanya kakak aku bila aku duduk sebelah dia. Ayah aku waktu tu bertentang dengan aku. Mak aku tengah sibuk masukkan lauk dalam bekas tupperware.

Aku diam. Aku senyum je kat dia pastu angguk kepala beberapa kali. Lepas tu aku terus berlalu naik bersihkan diri. Waktu tu memang aku rasa macam ada benda yang lekat dengan aku. Tapi aku buat bodoh je lagi time ni. Lepas dah mandi apa semua, aku pun ke arah toto aku yang terbentang atas karpet dalam bilik. Aku dah rasa pening sangat time ni pastu rasa macam gelap semacam je bilik aku padahal ada lampu terpasang. Adik-adik aku dua orang tu pun ada dalam bilik tu main phone.

Tiba-tiba aku ketawa. Ketawa yang kalau korang dengar pun memang korang lari la. Adik aku waktu tu dah rasa pelik. Dah kenapa kakak aku ni ketawa sorang-sorang. Adik aku panggil aku tapi aku tetap ketawa sorang-sorang. Aku dalam keadaan duduk sambil pandang ke bawah waktu ni. Dan secara tiba-tibanya aku macam mengerang.

“Lyn. Panggil papa naik!” aku sempat suruh adik aku panggil ayah naik sambil aku melawan benda tu secara batin. Ayat ‘laa haula wa laa quwwata illa billah’ tu aku baca berterusan dalam hati sebab aku yakin Allah akan beri pertolongan dengan izin-Nya.

Adik aku terus panggil ayah aku. Seorang yang dipanggil, satu kampung la datang.

“Ninot! Kenapa ni?” tegur ayah aku. Waktu ni ada ayah aku dengan aku je dalam bilik. Yang lain semua tunggu kat luar sambil perhati je keadaan dalam bilik tu.

“Hahaha. Hahahahahaha. Arghh.” Tu je la yang keluar dari mulut aku. Gelak pastu mengerang pastu gelak lagi.

“Apa yang kau mahu? Untuk apa kau kacau keluarga aku ?!” tempik ayah aku. Bergema jugak lah bilik aku tu.

Aku tak tau sama ada aku dirasuk ataupun benda tu duduk atas aku. Tapi aku dalam keadaan separuh sedar waktu tu dimana aku rasa sekeliling aku gelap dan takde pintu takde tingkap. Aku dengar suara ayah aku sipi-sipi je tapi bila minda dikawal dan diselubungi oleh benda tu, memang susah nak control. Rasa macam ayah aku jauh sangat dari aku.

“Papa ..” perlahan suara aku panggil ayah aku. Waktu ni aku rasa macam kaku tak boleh nak bergerak. Tangan aku jadi kebas.

Ayah aku ada la jugak baca ayat-ayat dan surah yang dia belajar dari Ustaz Arif dulu tu. Lepas dah baca surah-surah semua, dia terus azankan seluruh bilik aku tiga kali. Waktu kali ketiga ayah aku azan tu baru aku dapat dengar suara ayah aku dan terus kegelapan yang menyelubungi aku tu hilang sikit-sikit. Tapi waktu ni kepala aku berdenyut macam nak pecah dengan telinga berdesing memanjang.

“Papa ..” aku panggil ayah aku lagi.

“Okay tak Ninot?” tanya ayah aku sambil tangan kiri dia sapu kepala aku dan tangan kanan dia dia hulur air zam-zam yang mak aku sempat ambil kat dapur tadi. Lepas baca selawat 3 kali aku terus minum air tu. Hilang segala sakit kat kepala dengan telinga aku ni. Dah habis air diminum, aku terus terbaring atas toto. Penat wei bila minda dan badan kau kena lawan sendiri dengan entiti yang nak singgah masuk dalam badan dan dalam keadaan kau yang tidak suci. Nasib baik ayah aku ada. Kakak aku terus hulur kat aku buku yasin yang kecil tu letak kat sebelah bantal aku sambil mata aku terkebil-kebil pandang siling. Penat belum hilang.

“Kau dengan Lyn teman dia tidur malam ni. Apa-apa hal nanti bagitau mummy dengan papa,” arah mak aku kat kakak sulung aku. Kakak sulung aku cuma tersenyum pahit kena jaga orang baru lepas kerasukan. Takut lettew. Hahaha.

Pagi esoknya, aku nampak mak aku bakar gambar patung perempuan pakai kimono tu depan rumah. Dalam tengahari sebelum zuhur pulak, imam tu datang rumah kami. Ayah aku panggil beliau sebab nak tengok-tengokkan aku. Lepas imam tu ubatkan aku, dia cerita yang belakang rumah kami memang laluan benda tu. Benda-benda tu semua kebanyakannya berkumpul kat atas bukit yang ada tangki air besar tu sebab apa entah aku pun tak tahu. Imam tu bagitau:

  1. Makhluk besar bertanduk yang langgar kaki dia dan pintu rumah kami tu adalah benda yang kebetulan lalu rumah kami dan singgah kejap sebelum kena halau oleh ayat-ayat suci al-Quran.

  2. Kelibat perempuan pakai kimono merah tu adalah jelmaan makhluk bertanduk tersebut sebab dia tak puas hati kena halau.

  3. Makhluk tersebut menyampuk aku kerana aku berada dalam keadaan kotor ketika itu dan keluar tengah malam serta sejarah aku waktu kecil. Saja cari pasal. Kan dah mendapat.

Okay lah sampai sini saja cerita aku kali ini. Terima kasihhhh.

Ninot

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

28 thoughts on “Rumah Tepi Bukit”

  1. kat puchong?? aku pon duduk puchong ahahahah😂 tapi kawasan situ memang seram kan? lagi ii sek ren batu 14 dekt giler nn kubur😂

    Reply
  2. Sebenarnya, ayat-ayat Quran yang kita hafal boleh kita baca secara kuat. Yang haramnya ialah membaca dari mushaf. Zikir-zikir pendinding lebih-lebih lagi boleh dibaca. Saya ada tanya ustazah tentang ini. Harap info ini dapat membantu kita kaum wanita untuk sentiasa dapat berzikir walaupun kita dalam keadaan uzur. InsyaAllah.

    Reply
    • yes betul.. sy pun ada baca kalau ayat2 atau keratan2 dari surah al quran yg digunakan sbg doa2 harian ke apa2 bentuk zikir mcm tu boleh je baca.. kalau mengaji mmg tak boleh lah..

      Reply
  3. arite cter ninot ni bnyk dah baca so memang tak menghampakan the best! apa yg ninot storykan memang logik akal sebab apa2 gangguan or hantu2 yg ada nama smuanya datang dari jelmaan jin,syaitan dan iblis good 🙂

    Reply
  4. uhhh…kalo ckp pasal puchong ni…memang banyak cerita seram…aku tinggal kat puchong ni dr zaman 90an lg lepas ayah aku beli rumah kat cni smpai aku dh berkahwin……anyway best cite kau…aku mcm tau2 jer kau tinggl kat area puchong mana…huhuhuhuhuhu

    Reply
  5. Wahh ..bestnyaaa …dhla serem baca time magrib …sorg ii dalam bilik pastu gelap pulak tu…mmg menempah bulu roma meremang le jawabnya(◕ᴗ◕✿)sangat nice…smbung lagi story nnti ninot❤️

    Reply
  6. Wahh ..bestnyaaa …dhla serem baca time magrib …sorg ii dalam bilik pastu gelap pulak tu…mmg menempah bulu roma meremang le jawabnya(◕ᴗ◕✿)sangat nice…smbung lagi story nnti ninot❤️

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.