Hi.Assalamualaikun.nama aku Bill .umur 23 tahun dan sekarang belajar di sebuah Ipts di Selangor. Sorry kalau cerita aku terlalu panjang and boring. Huhu. Aku nak cerita pengalaman aku waktu aku di tingkatan 2 (2011). Aku tinggal kat sebuah rumah pangsa dan berkongsi bilik dengan kakak.
Oh ya, flat kami ni tak ramai orang yang duduk. Banyak rumah kosong. Kalau ada pun warga asing yang menyewa. Pada waktu malam ketika tidur, pintu bilik tidur memang akan dibuka untuk biar angin masuk. Satu malam masa aku tidur, tiba tiba aku terjaga. Tengok jam dekat phone, pukul 3 tepat. Aku termenung pandang pintu since tak boleh nak tidur balik. Tengah menunggu nak lelap mata balik, tiba-tiba aku nampak orang lalu ke dapur. Laju saja langkahnya.
Aku fikir abang aku sebab dia memang selalu tidur lewat. Tak lama lepastu sekali lagi kelibat benda yang sama lalu ke arah dapur. Pelik! Kalau tadi ke dapur pasti akan patah balik ke ruang tamu. Tapi tak! 3 kali berturut2 kelibat yang sama ke dapur. Jantung memang dah laju gila berdebar aku sempat perhati kelibat tu lepas beberapa kali dia munculkan diri. Berbaju putih lusuh, berambut panjang. Aku takut nak berselubung selimut. Takut kalau ada yang menarik selimut pulak. Aku kejut kakak aku.
Aku cerita apa yang aku nampak. Kitorang beranikan diri sambil pegang raket badminton bukak lampu ruang tamu dan tutup pintu bilik. Kami tak tidur sampai pagi. Lepas kejadian tu, banyak gangguan lain yang datang. Bilik aku semakin panas sampai aku dan kakak pilih untuk tidur diluar. Kadang2 dengar bunyi kabinet dapur dibuka perlahan2 dan dihempas walaupun takde orang kat dapur, bunyi perabot dialihkan dari rumah jiran sebelah(rumah sebelah tak berpenghuni), bunyi guli jatuh dari atas siling walaupun rumah aku paling atas sekali.
Gangguan bukan saja pada waktu malam tapi pada waktu siang juga. Satu hari, ada seorang kawan aku datang sebab nak study sekali. Namanya hafida. Hafida memang berkebolehan melihat makhluk2 halus kerana hijab matanya terbuka sewaktu kecil lagi.
Dia terkejut bila sampai rumah aku. Dia kata rumah aku merupakan laluan makhluk2 tersebut. Aku tak pernah cerita pada hafida pasal rumah aku tapi hafida tahu ada makhluk yg menumpang. Satu dipenjuru bilik aku. Itu punca kenapa bilik aku sangat panas. Satu lagi ‘si gula gula’ jantan diatas kabinet dapur. Satu malam waktu aku nak keluar ke kedai, dalam samar2 lampu koridor aku nampak seperti ada orang tengah merangkak laju kearah aku.
Aku panggil kakak untuk pastikan. Dia juga nampak benda yang sama. Kitorang terus tak jadi keluar. Kunci pintu, duduk dalam bilik. Masing2 takut duk terbayangkan benda tadi merangkak. Disebabkan keluarga hafida mahir bab2 ni, dia bantu kitorang untuk keluarkan makhluk2 ni dan pagar rumah dengan garam kasar dan cuka tapi gangguan masih ada.
Kemuncaknya bila jiran depan rumah aku, kak ina dirasuk. Kak ina macam orang gila dalam rumah. Anak kak ina datang rumah aku minta bantuan. Aku dan mak bergegas bawa kak ina ke rumah seorang ustaz. Lepas kak ina dah okay, ustaz bagitau 2 ekor cik ponti duk menumpang tadi. Minggu lepas tu mak rasa berat dibelakang. Bila pergi jumpa doktor, doktor cakap semuanya okay saja. Mak ajak aku pergi rumah ustaz minta air penawar. Masa kat rumah ustaz, ustaz panggil aku kedepan duduk didepannya. Ustaz cakap dalam badan aku ada yang menumpang.
Aku tak pelik pun. Tanda2 ada makhluk halus berdamping pun hampir semua aku ada cuma aku tak pernah fikir nak berubat sebab aku anggap tu hanya perasaan aku. Usai saja giliran aku. Mak aku pula berubat sebab yang sama. Ada yang menumpang. Aku tak tahu sampai bila nak kena hadap semua ni. Gangguan tak putus2. Sampaikan dah lali kalau sesekali kelibat muncul. Pelbagai usaha dan cara telah kami lakukan untuk mengubati keadaan ni.
Akhir tahun 2012 aku dan keluarga pindah ke tempat lain dan Alhamdulillah lepas tu, takde lagi dah gangguan macam sebelum ni. Banyak lagi nak cte tapi cukup latu. Huhu
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
doakan saya gagal SPM.
Sebab saya bodoh fuck sial
LAIN KALI AZAN 7 PENJURU KT RUMAH TU
meowwwku meowwwwmu jua?
?????????
cite la sampai habes. Takyah la nk ckp ckup la tu.. banyak lagi nak cite laa. next time la… ish..tiba2.. haha
Admin terpost cerita ni dalam cerita Angin yang mengilai – pocong
Kbye
Tahun 2011 form 2, tahun 2017 dah umur 23? Jadah tak logik
Bkan ko ni memang bodo dri kecik ke???
Dia terlupa nk kira pkai kalkulator tu..