Assalamualaikum pembaca setia FS. Nama I Cimi . Semua dalam cerita ni I guna bukan nama sebenar ya . I nak cerita pengalaman waktu bujang dulu dekat rumah sewa I dengan housemates dulu. Dengar cerita macam klise kan tapi ini bukan ‘typical story’ pasal rumah sewa. I cuba untuk ‘cut it short’ dan mungkin ada unsur yang tak berapa sihat tapi sila ambil sebagai pengajaran.
Dulu kami duduk bertiga je dalam rumah sewa. Semua dalam rumah tu bekerja, umur linkungan 25-28. Housemates I nama Dyana & Sofea. Kami memang rapat, macam adik beradik lebih kurang 3 tahun dah kenal. Every weekend kami akan keluar dan balik lewat malam. Senang cerita, iman kami sangat goyah, banyak yang kami lalai.
Nak dijadikan cerita, Sofea baru berkenalan dengan seorang mamat bernama Eric yang dia jumpa dekat dating apps ‘Tinder’. Sejak daripada tu, Eric selalu ikut kami kemana je kami pergi sebab dia memang suka sangat dengan Sofea sampai tak kisah untuk keluar Bersama kami. Tapi lepas 4 bulan macam tu, Sofea dan Eric makin menjauhkan diri dari kami. Sejak tu lah macam macam benda pelik yang jadi dalam rumah.
Pada suatu malam, I dengan Dyana balik rumah agak lewat. Sampai je dekat parking condo, Dyana bersuara “Kenapa guard tadi tengok kita macam nampak hantu?”. I paling tak suka bila ada member yang suka nampak benda pelik pelik ni so, I cakap tu mungkin perasaan Dyana je kot.
Tapi at the same time bulu i dah meremang dah (ya I memang penakut, kami semua penakut memang tahap extreme punya penakut okay). Naik je rumah, kami masuk bilik masing masing. Tiba tiba I terdengar Dyana panggil I dari dalam bilik dia. I pun pergi la bilik dia dan tanya kenapa. Tapi dia muka blur blur sotong tengok i. Dia cakap “bila masa pula I panggil you?” so I macam terkaku jap “Habistu, tadi siapa yang..?” Memang I tak salah dengar, suara Dyana yang memanggil tadi. Dyana pula perli I “Perasaan you je tu!”
Lepas kejadian tu, banyak lagi kejadian pelik yang kami lalui. Hanya I & Dyana yang selalu kena sebab Sofea dah jarang balik rumah. Contohnya, nampak kelibat Sofea dalam rumah padahal dia tak ada, pintu bilik kena ketuk, bunyi tapak kaki etc etc. I tak cerita full lah ya kejadian2 yang klise ni sebab nak pendekkan cerita.
Selang beberapa minggu, I dengan Dyana tengah masak lunch dekat rumah, tiba tiba loceng rumah berbunyi. Rupa rupanya jiran tingkat atas kami, kak Mah. Suami dia ustaz dan dia selalu jalan jalan sekitar block kami. Dia tegur ada bau sedap dari rumah kami & I pun cakap la “Oh, kami baru lepas masak. Mari lah makan sekali” Tiba tiba friendly pula aku.
Lepastu dia ckp “Oh masak ya patut bau sedap” Pastu dia terus blah. I pun terpinga pinga depan pintu. Apa dia nak sebenarnya? Malas nak layan Kak Mah yang pelik tu, I dgn Diyana makan sambil tengok tv. Tengah syok layan cerita sedih, I tengok phone ada miscall berkali kali dari Sofea (Phone I silent). I try call balik tapi tak dapat. I dah start risau, dah lah jarang balik rumah sekarang. Macam2 bermain dalam kepala, Eric culik dia ke?
Keesokannya, Sofea balik rumah. Bila ditanya kenapa call berkali kali, dia kata dia tak ingat. Pelik kan. I start tak sedap hati so, I masak untuk lunch dan panggil semua makan sekali. Borak punya borak, semua nampak normal sampai lah I start buka topik pasal Eric. Tak sempat habiskan soalan, ada bunyi kaca pecah dalam bilik Sofea. Semua terdiam sekejap dan sambung makan dengan perasaan tak tenang. Tiba tiba Sofea bersuara “benda tu memang ikut I!” sambil terbeliak biji mata macam nak terkeluar.
Semua pandang Sofea sambil meremang segala bulu. I cuba tenangkan dia dan tanya apa berlaku sebenarnya since I memang syak something wrong dengan Eric tu. Sofea mula bercerita, “Sejak I keluar dengan Eric banyak benda pelik jadi dekat I. I selalu nampak ‘kelibat’ dekat seat belakang kereta Eric tapi I takut nak tegur. Bila I tidur dekat rumah, I rasa macam ada ‘orang’ dekat sebelah dan kadang2 katil bergoyang macam ada ‘orang’ dekat sebelah I tengah betulkan position tidur. sebab tu I tak tidur rumah I takut. I tumpang tidur rumah kakak I. Sorry I tak inform korang sebab I taknak korang buat tindakan melulu dekat Eric. Biar I sendiri jauhkan diri dari dia.” Muka masing masing dah biru dengar cerita Sofea dan kami decide untuk pergi berubat dengan ustaz tingkat atas. Alaa yang suami Kak Mah tu la.
Selesai makan, I dengan Sofea pergi rumah ustaz untuk berubat. Diyana memang penakut antara kitorg yang sememangnya penakut ni so, dia decide untuk tak ikut sebab taknak nampak benda pelik2. Jenuh kami pujuk tapi dia berkeras taknak ikut. Biar lah situ. Sampai je rumah ustaz, I nampak Kak Mah tengah mengemas rumah seakan akan tau ada tetamu nak datang. Kami beri salam dan masuk berjumpa ustaz, bagitau apa tujuan kami. Ustaz cakap dia dah tau. I pun pelik kenapa mostly ustaz ni tau je apa tujuan orang nak datang berubat? Bila tanya mana ustaz tau, dia cakap Kak Mah yang bgtau.
Rupa rupanya, hari yang Kak Mah datang tegur bau masakan kami sedap haritu, bukan lah bau sedap yang dia hidu tapi bau yang sangat hanyir dan rumah kami nampak sangat usang. Bila I buka pintu Kak Mah ckp dia nampak ada orang dalam rumah tu yang tak puas hati pandang Kak Mah dari dalam rumah seolah olah taknak Kak Mah masuk campur jadi Kak Mah terus balik rumah dan cerita pada ustaz untuk ustaz buat something.
Ustaz memang dah mula berubat kami dari jauh sebab niat nak tolong kami. Dia tahu kami tak ramai dalam rumah tu & dia boleh tau iman kami tak kuat untuk lawan semua tu. Ustaz juga baca ayat pendinding untuk kami dan buka kan jalan untuk sofea kembali ke rumah sebab tu Sofea balik. Ustaz ajak kami pergi rumah untuk pagar rumah.
Sampai je di rumah, I tekan loceng tapi takde orang yang bukakan pintu. Entah kemana Dyana pergi, takut sangat agaknya sampai keluar pergi lepak mana2. Nasib kami bawa kunci rumah. Ustaz mula memagar rumah kami dan baca ayat ayat suci untuk menghalau ‘benda’ yang masih berbaki di dalam rumah. Selepas selesai, ustaz minta sofea duduk sambil melunjur kaki. I punya seram, kalau boleh nak masuk dalam kain Kak Mah supaya tak nampak apa apa.
Ustaz mula memicit hujung jari kaki sofea sambil terkumat kamit membaca ayat2 suci. Tak lama lepastu Sofea menjerit macam orang gila. I taktau apa jadi sebab tutup mata, I cuma dengar mereka bercakap je haha! Ustaz tanya “Kenapa sihir dia?” Sambil menjerit Sofea menjawab “Dia ada segala yang dia impikan, dia lebih dari aku, malah semua lelaki tertarik dengan dia.” Ustaz tanya lagi, “Siapa yang hantar kamu?” Sofea ketawa “Orang dalam rumah ni juga hahahaha!” Terus ustaz sambung baca ayat (maaf sangat sangat aku taktau apa ayat yang ustaz baca dari mula kami berubat) dan Sofea terus pengsan.
Ustaz cerita, sebenarnya yang hantar sihir tu orang paling rapat dengan kami dalam rumah ni (ustaz taknak sebut nama tapi siapa lagi yang ada dalam rumah ni selain kami?) Perasaan I bercampur baur, urat otak ni berselirat fikir benda yang tak logik ni. Dia sihir Sofea sebab dengki. Sofea seorang yang cantik (memang paling cantik dan bergaya), pandai buat kawan dengan semua orang, apa dia nak semua dia dapat, hidup dia memang serba lengkap. Tambah pula, Sofea bahagia dengan lelaki yang tampan. Sejak tu dia mula sihir sofea. Buat sofea untuk renggang dengan Eric, buat Sofea benci untuk balik rumah (sebab tu ada banyak gangguan dirumah) dan keluar daripada rumah ni. Ustaz kata dia memang plan untuk keluar rumah sebelum kita datang sini.
Apa jadi dekat Dyana? Eric? Tunggu sambungan. Nak cerita semua takut kena banned sebab panjang sangat! Sorry cerita tak berapa detail sebab nak pendekkan cerita.
Moral of the story, ini pesanan daripada ustaz juga, rajin rajinlah dekatkan diri dengan Allah swt, jangan terlalu mengejar dunia. Hidup biar bersederhana, jangan terlalu menunjuk kemewahan. Hidup jangan terlalu bebas, ingat batas agama. Tolonglah jangan terlalu menayang susuk tubuh dan rupa paras you all yang cantik tu di social media, orang boleh sihir guna gambar dalam Instagram je tau, tak perlu dah curi gambar passport kita. Manusia sekarang sanggup lakukan apa sahaja untuk melihat kita jatuh terduduk, kerana hasad dengki. Percaya atau tidak, ini lah yang betul betul berlaku pada era globalisasi kini. Dunia semakin nazak. Kiamat semakin dekat. Wallahualam.
====
Assalamualaikum pembaca setia FS. Terima kasih admin andai cerita kedua Sahabat dari Neraka ni di publish kan. Okay macam biasa I’ll try to cut it short ya hehe. Apa jadi dekat Dyana yang diam diam ubi berisi tu? Eric pula kemana? Apa konspirasi mereka ni?
Setelah sebulan selepas berubat dengan ustaz, kami decide untuk cari Eric memandang kan Eric tak bersalah dalam hal ni. Nasib baik Sofea sempat berkenalan dengan kawan rapat Eric, Ijan (bukan nama sebenar) so kami dapat cari Eric menerusi Ijan ni. Pada mula nya Eric bertegas tak mahu berjumpa dengan kami dan berulang kali cakap “Aku taknak berkawan dengan manusia syirik & kuno”.
Setelah penat dipujuk oleh Ijan dan tau serba sedikit tujuan kami untuk berjumpa, Eric setuju untuk berjumpa.
Al-kisah nya, Eric juga turut pergi berubat kerana gangguan2 yang dia sendiri tak tahan. Ustaz yang mengubati Eric tu beritahu salah seorang antara kami yang hantar ‘benda’ tu untuk ganggu jadi Eric syak kami bertiga sebab tu dia macam benci dengan I dengan Sofea sekali. I tanya “Apa jadi dekat you?” Eric jawab “Bila I keluar dengan Sofea, I rasa gelisah yang macam tak tentu arah, rasa macam nak marah orang. Kadang2 rasa macam ada ‘benda’ ikut kami sepanjang kami keluar pergi mana mana especially waktu malam.
Bila I dekat rumah, selalu dengar suara perempuan panggil nama I dan I selalu mimpi sampai berpeluh. Seumur hidup I, I tak pernah kena ganggu seteruk ni” No wonder Eric pun menjauhkan diri sebab dah mula syak yang bukan bukan dekat kami. Rupa rupa nya Eric dan Sofea mula menjauhkan diri daripada kami bukan lah kerana Eric bawa lari Sofea. Mereka masing2 mengesyaki diri masing2 dan decide untuk putus hubungan. Maknanya sihir si pengkhianat ni memang kuat dan berhasil.
Sedikit sebanyak kami rasa lega kerana dah dapat penjelasan dari Eric dan tahu keadaan dia semakin baik. Bagaimanapun, kami tidak lah rapat seperti dulu dan Sofea membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Eric. Apa sebab Sofea buat macam tu, hanya dia yang tahu. Kami juga decide untuk keluar rumah tu sebab dah taknak ingat apa yang pernah terjadi memandangkan kami sangat penakut.
Setelah beberapa minggu, kami pindah ke rumah baru. Bermula lah sesi mengemas satu rumah Bersama Sofea. Setelah selesai mengemas, Sofea tanya “Bilik Dyana ni macam mana? Takkan nak biar berkunci? Entah apa ada dalam bilik dia pun kita tak tahu. I taknak kalau tuan tumah salahkan kita kalau apa apa jadi” I pun jawab “Habistu u nak pecahkan pintu dia ke?” Kalau nak pecahkan pun, I memang tak berani nak tengok apa ada dalam bilik dia jadi kami tawakal je lah terus keluar dari rumah tu. Dan sampai sekrang kami tak ada pula dengar apa apa complain dari tuan rumah. Bermakna tiada apa pelik yang berlaku selepas kami keluar rumah tu.
Berbalik pada situasi nak pindah rumah tadi tu, sewaktu tengah sibuk memindahkan barang ke dalam lori sewa, kami terserempak dengan jiran sebelah dan bertegur. Jiran kami jarang bertegur antara satu sama lain sebab mereka lebih mengamalkan konsep ‘mind your own business” tapi memandangkan nampak kami nak pindah mereka pun tanya “Eh nak pindah dah ke?” I pun jawab “Pindah lah lama sangat dah duduk sini, nak tukar angin baru pula” Lepastu anak kecil dia dalam lingkungan 5 tahun macam tu bersuara “Hantu yang selalu bergayut kat pintu tu ikut sekali tak?” Kami terus tersentak terkedu dengar budak kecik tu cakap macam tu. Lepastu jiran kami terus menutup mulut anak dia seolah olah anak nya itu terlepas cakap dan bergegas masuk ke dalam rumah. Kami tak fikir panjang terus masuk kereta dan pecut laju.
Mana Dyana? Wallahualam, kami sendiri taktau mana dia pergi sebab kami memang taknak langsung berjumpa dengan dia, kami trauma. Ini pertama kali dalam hidup kami hadapi situasi yang macam ni. Pada awalnya kami memang ada cuba untuk mencari Dyana tapi tiada siapa tahu dimana dia berada. Seolah olah Dyana pergi membina hidup baru dengan kawan kawan baru dan suasana baru.
Mungkin dia menyesal mungkin tidak. Jadi kami decide untuk tak perlu pun nak cari dia. Pengalaman hidup ni yang I mmg tak akan lupa sampai bila bila pun. I sedih sebab tak expect boleh hilang kawan seperti Dyana, seorang yang soft spoken dan tak banyak bercakap. Semoga cerita ni dapat pengajaran kepada semua.
Ya I tau mungkin cerita kurang seram dan kurang menarik tapi ini memang base on true story. Jangan ingat kita hidup di bandar dengan “budak budak bandar” tapi tak ada “amalan kampung” ni semua. Dekatkan lah diri dengan Allah. Bila kita dekat dengan Allah, Inshallah kita pun akan dilindungi. Sekian 🙂
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cepat sambung cerita kalau ada lagi.
Nasib baik admin ni pandai. Dia sambung part 2 terus. Tak adalah panjang sangat pun. Chill je tak ada siapa nak ban pun tulis panjang2. More likely kena ban kalau sikit2 bersambung kut. Lol
Tq admin 😊
Mintak jauh la dpt kwn mcm tu..seramm
tak sangka ada gak orang bandar yang buat bende bende syirik macam tu sekarang ni serammm
nice story
Amalan kampung tu apa?
sedihla cerita you,lg2 you ckp dyana soft spoken but in heart only she knew… x sangka dye berfikiran singkat mcm tu and sacrifice your friedships
nak sgt tahu ape jgn ngn dyana tu. at least u dpt kekuatan nt carilah info mana dia pegi… nk tahu life dia mcmne lps pedajalkan korang n mcmne life uols skg
Rsa ingin tahu apa jdi ngan dyana tu….dan apa ada kat dlm blik dya yg berkunci tu…..Crita best dan senang nak faham…tq