SAKA?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kalau cerita aku terpilih. Kalau tak terpilih pun tak apa. Tak ada hal lah. Hihi. Buat semua pembaca FS. Salam perkenalan. Hehe. Beberapa hari ni. Banyak pulak aku baca pasal Saka. Meyh. Aku pun ada story pasal tu. Jom baca.

Masa aku kecik² dulu (masa sekolah rendah), aku pernah berangan yang family aku ni ada Saka. Siap boleh bayangkan macam mana dia ‘protect’ aku bila ada orang ‘kacau’. Serious lah, seriau bila ingat balik anganan aku tu. Budak² kan. Tak tau apa jadah Saka tu. Hurmmm.

Sampailah aku naik umur 20++. Masa ni kantoi segala²nya. Puncanya? Makcik aku yang bongsu ternampak penampakan si mata merah semerah biji saga dekat tempat nenek aku mandi. Btw, nenek aku lumpuh separuh badan. Jadinya kalau nak mandi kene mengengsot ke tempat mandi khas. Bila dah kantoi tu, panggilah ustaz untuk tengokkan ape yang makcik aku nampak tu. Selidik² rupa-rupanya memang kepunyaan nenek aku.

Sejak tau pasal Saka ni, macam² gangguan ahli keluarga aku dapat. Baik makcik, baik pakcik aku (adik-beradik mak aku). Ada yang mimpi bukan² (sorry sebab aku tak dapat nak terangkan mimpi ni secara terperinci, sebabnya makcik aku tak cerita detail). Dan salah seorangnya adalah mak aku sendiri. Antaranya, mak aku pernah mimpi didatangi oleh seseorang. Dekat tangan dia ada bungkusan. Bungkusan berisi apa aku tak tau. Sebab mak aku pun tak tau. Tapi yang pasti tu adalah salah satu cara Saka tu nak mendampingi waris tuan dia. Aku sendiri pernah mimpi macam tu. Tapi tak delah dia datang bawak bungkusan. Dia cuma menampakkan diri dia seolah² nak bagitahu yang dia ada berhampiran aku.

Kisah ni takdelah seram mana. Dia datang pun sekadar mengusik ‘manja’. Aku tak ingat sangat, tapi aku cuba ingat untuk di share dengan korang ye. Sebelum ni, kalau aku nak basuh pinggan, aku mesti terasa macam ada orang perhatikan aku dari atas. Untuk pengetahuan semua, dapur rumah mak aku dinding tinggi. Sebab rumah 2 tingkat, rumah kampung. Dapur kat tingkat bawah dan dekat belakang. Setiap kali tu jugaklah akan ada bayangan yang sama terjah fikiran aku. Aku dapat rasa benda yang tengok aku tu rambut dia panjang, kusut. Tangan pegang dinding macam orang menghendap. Waktu tu aku tak tau pasal Saka tu. Bukan sekali dua tau.. Banyak kali sangat². Okey. Itu gangguan pada aku.

Sebenarnya, mostly gangguan ni banyak ganggu mak aku. Mak aku ni tukang jahit. Kadang-kadang tengah malam sengkang mata siapkan jahitan orang. Jadi aku taktau ape motif Saka ni kacau periuk nasi mak aku. Sebab banyak tempat berubat diorang akan kata benda yang sama. Ada hantu raya bertenggek dekat mesin jahit mak aku. Sebab tu kadang-kadang bila mak aku menjahit mak aku jadi berat mata. Mengantukkkk tak sudah. Sampai sekarang.

Tapi sekarang lain pulak yg mak aku dapat. Kaki mak aku selalu sakit. Mungkinlah jugak effect dari mesin jahit elektrik tu. Tapi kadang-kadang bila aku urut kaki mak aku, aku akan dapat butir pasir yang sangat halus. Banyak. Kadang-kadang tak ada. Bila keluar butir pasir tu. Ringanlah sikit. Tapi tak lama pun. Nanti sakit datang balik dengan kesakitan yang lebih kuat. Aku tau sebab aku nampak mak aku tahan sakit.

Kalau orang lain mungkin diganggu dari segi tindih penampakan. Tapi aku & family lebih kepada mimpi. Aku pernah mimpi jumpa seorang lelaki tempang. Kepala botak. Pakai baju batik. Dia senyap je tak bersuara. Tapi aku tau dia nak bagitau sesuatu. Esoknya aku cerita dgn mak aku. Mak aku kata lelaki tu memang dalam senarai belaan. Sebab apa aku yakin? Sebab lepas aku tersedar, aku berdebar. Aku macam cuak. Aku blur. Kalau setakat mimpi biasa, aku takkan rasa macam yang aku rasa masa tu.

Aku pernah mimpi jatuh dari tempat tinggi. Tapi yang pelikya. Mimpi tu datang waktu aku mengandungkan anak sulung. Sehari sebelum aku bersalin, aku mimpi aku dukung seorang ‘budak’. Budak? Entahlah. Tapi fizikal dia macam terbakar seluruh badan. Aku dukung. Aku bawak dia smpai ke satu tempat. Dan tempat tu memang aku kenal. Rumah nenek aku. Bila aku terjaga aku jadi blur. Kenapa? aku risau jugak. Takut ‘dia’ menempel kat anak aku. Alhamdulillah. Tidak.

Lepas anak aku lahir, dia jenis menangis waktu malam. It’s normal untuk baby yang baru lahir. Tapi bukan anak aku. Ank aku jenis yang senang dijaga. Dia bukan budak yang banyak ragam masa baby. Tapi asal lepas maghrib nak masuk isyak dia akan menangis, menangis, menangis. Sampai pukul 4 pagi. Ye. Aku stress. Sampai aku hampir-hampir nak hempas dia. Sebab aku stress. Boleh dikategorikan sebagai fasa-fasa meroyan. Tapi aku tak buat. Aku cepat-cepat istighfar. Sebab memang itulah kehendak ‘dia’. Mak aku kata dia dihantar utk melawat cicit. Hurmmm. Aku dah naik muak dah masa ni. Geram. Benci semuanya ada. Sebab ape? Semua tu hanya menyusahkan semua orang.

Pernah sekali terjadi masa aku belum kahwin. Aku satu family tidur rumah nenek. First time dalam hidup aku selepas aku tau nenek ada belaan, aku diganggu. Rumah nenek 2 tingkat. Masa ni kitorang satu family tidur di tingkat bawah. Temankan atok dengan nenek. Masa dalam anggaran pukul 11 malam. Aku tak tidur lagi. Tiba-tiba terdengar macam bunyi cakaran. Bukan cakar kucing tau tapi cakar yg dibuat-buat. Betul-betul atas kepala aku. Ingatkan aku sorang je dengar. Adik-adik aku pun dengar jugak. Tapi malas nak peningkan kepala.

Adik aku pernah terbau orang goreng nasi dari dapur bawah berhampiran tempat nenek baring. Tak logiklah kalau ada orang tengah masak pukul 3 pagi tanpa ada sebarang bunyi! Mak aku pernah nampak ‘nenek’ bebel sorang² dalam keadaan duduk tegak. Sedangkan nenek dah tak larat nak bangun sendiri. Mesti kena papah.

Pernahlah aku rajin tutup tingkap kat tingkat atas. Sebab dah senja kan. Aku beranikan diri masuk setiap bilik yang tingkap tu terbukak. Aku tutup semua tingkap. Bila esok pagi tengok dah terbukak balik. Bila aku tanya makcik aku (duduk sekali dengan nenek lepas arwah suami dia meninggal) ade bukak tingkap ke. Takde dia kate. Lagipun fizikal makcik aku yang besar membataskan pergerakan dia. Hurmm. Aku dah diam. Faham-faham sendirilah kerja siapa kan. Huhu.

Pernah usahakan buang benda tu. Tapi sekejap je. Sebabnya benda datang dengan seruan. Ye. Dia dipanggil balik dengan seruan. Sekarang aku berserah. Sebab aku dapat rasakan yang ada depan mata aku bukan nenek aku. Aku cuma mampu doakan semoga urusan nenek aku dipermudahkan. Aku tak nak nenek aku diaibkan tika saat sakaratulmaut. Cukuplah kami anak cucu je yang tau aib dia. Banyak sebenarnya akibat tak baik dari belaan tu. Hubungan mak dengan anak antara nenek dengan anak-anak dia kucar-kacir. Sebab ‘nenek’ suka cerita yang tidak² pada orang. Aku jadi sedih. Sekarang ni masing-masing buat hal sendiri. Penat agaknya. Entahlah. Tapi memang dalam fasa nak buang segala macam yang ada.

So, korang mane yang agak-agak selalu mimpi pelik-pelik yangg membawa kepada petanda ke arah itu, berjaga-jagalah. Selalulah rajin untuk dinding diri sendiri dengan ayat al-quran. Kalau rasa nak scan diri pun tak ada masalah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sekurang-kurangnya kita dah bersedia. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah. Sorry kalau boring. Hihi. Assalamualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “SAKA?”

  1. Untuk pengetahuan, bila dpt tahu ada saka baru kena kacau, sebab saka durjana akan tahu yang dia akan dibuang daripada keturunannya. Bila dpt tahu, dia akan mengacau bilaukan sesuatu keadaan. Bila kehadirannya tak diendahkan oleh waris, maka saka ni akan attack dalam pelbagai aspek. Kepada setiap waris yang secara langsung atau tidak langsung enggan menerima saka, jadi kadang kala waris akan sakit, salah satu tanda-tanda dia menolak utk menjadi waris saka.
    Si pencerita tidak mereka cerita. Hanya orang yang pernah melalui sahaja faham dan percaya keadaan demikian. Bak kata pepatah, belum terkena ke batang hidung sendiri, bolehlah berkata-kata sesedap rasa.

    Reply
    • pasal aku pernah alami lah aku tahu..aku dari kecik selalu je kena ganggu dan aku tak tahu itu adalah gangguan dari saka sampailah satu hari mak cik aku buka cerita..masa tu moyang aku dah lama meninggal..so kau nak kata aku cakap sesedap rasa???

      Reply
      • So.. ko nk kata ko sekarang bela saka la ni..? Gangguan saka ni, dia dtg dlm mcm2 bntuk ok.. lain org, lain gangguannya.. tk pyh nk debat2 nk kondem2 org lain.. jg jer saka masing2..

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.