Saka Nenek Bidan Lanjut
Ketika entri ini ditulis, saka nenek bidan lanjut baru sahaja masuk badan aku untuk bertemu ayah aku..
Assalamualaikum warga fiksyen Shasha..
Straight to the point.. Yaa, aku baru tahu aku adalah salah satu keturunan nenek bidan lanjut.
Hal ini diberitahu oleh ibu aku sendiri ketika ayah aku pergi berubat di satu tempat.Ayah aku dulu ad menuntut ilmu berkaitan keris gak dan salah satu keris tuu minat dengan aku, ya keris berisi.
Tapi sekarang ayah aku dah insaf. Banyak tempat dah ayah aku p berubat dan tempat terakhir sekali ni laaa baru ayah aku bagitahu orang berubat tuu ayah aku berasal dari nenek bidan lanjut.
Tak hairan laa, aku sudah mewarisi ilmu mengurut orang tanpa aku belajar di mana2. Ilmu mengubat orang dengan berbekalkan ayatul kursi.Owh ya.. aku sekarang berumur 20-an pelajar tahun akhir. Cucu sulong dalam keluarga kedua belah ibu n ayah aku..
Antara kisah yang diceritakan ayah aku pada perawat tu adalah masa arwah nenek aku nak lahirkan ayah dan adik2 ayah.. Ayah aku anak sulung, ada adik2 perempuan dan bongsu adik lelaki.
Ketika ayah dan adik2 perempuan ayah dilahirkan, nenek bidan lanjut datang tolong sambut sekali. Maksudnya, lahir secara normal dan selamat bersalin di rumah.. Semua adik-beradik beradik ayah bersalin di rumah..
Tapi sampai giliran adik ayah yang bongsu, nenek bidan lanjut marah sebab anak bongsu adalah anak lelaki, bukan anak perempuan, maka nak dijadikan cerita, nenek bidan lanjut tinggalkan arwah nenek aku macam tu je. Uri tersekat dan terpaksa dibawa ke hospital. Tamatlah kisahnya di situ.
Dan sebentar tadi, aku didatangi nenek bidan lanjut ketika solat asar. Pada mulanya, aku tidak mengizinkan dia memasuki tubuh aku dan dia tak lepas nak masuk. Tapi, aku tau dengan cara itu je aku dapat tolong ayah aku untuk buang benda ni.. Jadi aku izinkan dia masuk dengan bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi.Hat ni hangpa jangan sesuka hati buat naa. Benda ni ada cara, salah cara makan diri. Aku izinkan dia masuk sebb dia nak jumpa ayah aku. Dia masuk setelah aku siap solat asar sebentar tadi, siap baca doa, baru aku bagi izin.Memandangkan aku yang izinkan dia masuk, maka segala percakapannya aku boleh dengar sebab dia hanya pinjam jasad aku, roh aku masih tidak berhenti Zikir Qalbi..
Dipendekkan cerita….
Berikut adalah dialog Saka Nenek Bidan Lanjut dengan Ayah aku.. Dia dalam cerita ini adalah saka nenek bidan lanjut.
Ayah aku masuk bilik.. Mata bertentang, terus perasaan sayu menyelubungi.. Dia membetulkan cadar supaya ayah duduk dengan selesa.. Mencium tangan ayah dan terus meletakkan kepala dilutut Ayah dan terus menangis teresak-esak..
Dia : (menangis teresak-esak) pasaipa hang nak buang cheq, cheq tak buat jahat dengan hang.. Cheq tak kacau hang.. Cheq nak ada dengan hang jaa..
Ayah : (suara lembut) Macam mana tahu cheq nak buang hang.
Dia : Depa habaq.. Huhuhu. Hang tau kan cheq dengan keturunan hang dah lama.Cheq x buat jahat dengan hang.
Ayah : Hang asal dari sebelah mana?
Dia : Pattani Kedah nuu..
Ayah : Apa agama hang?
Dia : Kami semua Islam, macam hang.
Ayah : Tapi kita lama dah sakit2 ni.. Hang buat kaa..
Dia : Dak2, cheq dak pernah buat hang sakit.. Tuu hat keris tu jahat. Dia lagi lama dari cheq. Dia hat buat hang lagu ni. Cheq tak boleh tolong hang..
Ayah : Hang mai dari belah mana.
Dia : Belah mak hang.
Ayah : Belah mak dari ayah ka dari mak.
Dia : Belah mak..
Ayah : Hang lama dah dengan kita, x pa laa noo kita nak buang hang..
Dia : Kalau betui hang x nak cheq, hang p lah Pattani, cari keturunan cheq..
Ayah : Mana ada hat hidup dah.
Dia : Ada lagi, depa boleh tolong hang buang aku.. Aku redha hang nak buang aku.. Tapi depa ja boleh tolong hang buang aku. Perawat hat lain tak boleh tolong hang. (Dengan Izin Allah)
Ayah : Erm (Anggukkan kepala)
Dia : (Tepuk lutut Ayah) Aku nak p dah..Hang ingat no. Nak buang aku p cari keturunan aku dekat Pattani nuhh.. Depa boleh tolong hang.
Tamat..
Dannn.. Mana aku nak cari keturunan nenek bidan lanjut yang masih di Pattani dan betul2 susur galur dia dan pandai berubat ni..
Kalau korang tau.. Minta tolong ye..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lanjut ke layut?
Lanjut tu untuk umur.
Sesuai menggambarkan usia seseorang.
Layut tu untuk objek.
Pun sesuai jugak menggambarkan usia seseorang.
Bidan 7
awat tak tanya Dia ja?
mintak alamat sekali.
sama la kita keturunan bidan susu lanjut…asal usul keturunan dari Pattani..yg saya tau depa asal ada 3 beradik mai dari sana ke perak.. depa dok masing2 di batukurau, bukit gantang n grik ( kalu tak silap)…
Waris jenerasi ke 3 masih ada di Baling Kedah yang kini usianya 118 tahun…maklumat lanjut boleh berhubung saya di ni 0109276991
dia terus cerita psl bidan lanjut..aku ni langsung x tahu apa-apa psl bidan lanjut.la ni siapa nk beritahu aku apa itu “bidan lanjut” ?
Kan… Xpnh dgr pn.. Sapa ntah..
whatsapp saya 0127672043
Sama dengan keluarga saya keturunan tok bidan susu lanjut penjaga keturunan bagi saya saka ni macam batu penanda untuk bagi tahu asal salasilah keturunan kita supaya tak hilang di telan zaman dan supaya kita saling mengenali antara satu sama lain, saya pun masih lagi mencari kalau belah ayah keturunan tok cepoh penjaga datang bila ada ahli waris yang sakit, panjang betul sejarah salasilah tok esah (tok bidan susu lanjut) mohon sedekahkan al-fatihah buat moyang saya
Lebih kurang dengan kisah saya adik perempuan saya sambung belajar utk jadi nurse jadi dia tinggal di asrama tempat asrama dia tinggal tu diceritakan oleh perawat ada perkampungan jin anak jin tu ada main cermin dalam bilik adik saya maybe adik saya baru masuk dia kemas2 jadi dia buang kaca2 tu rupa2 nya kaca2 pecah tu mainan anak2 jin tadi habis la adik memang kena sampuk teruk la meracau teruk tu masa perawat tu berubat dia dah buang langsuir yang masuk tapi pelik lepas buang ada lagi dia tanya2 rupanya ada 2 yang masuk 1 langsuir tapi langsuir dah kena hantar balik, yang tinggal tu saka tok bidan susu lanjut tu keluarga saya pelik apa kena mengena keluarga saya dengan tok bidan susu lanjut orang tua perempuan ada tanya keluarga belah johor memang mereka ada cerita tok bidan dulu kalau nak susukan anak dia campak belakang jer lebih kurang mcm tu la kot tak banyak tanya pun lepas tu orang tua saya yang lelaki waris keturunan tok cepoh dan ada katanya ada kena mengena juga dengan tok bidan susu lanjut masih tercari cari lagi asal usul keluarga datang dari mana sebab harimau keramat tok cepoh tu ada yang cerita harimau tunggangan raja dari kerajaan majapahit sama dengan yang ada dekat negeri johor jenis harimau keramat tok dengkis& tok tepok harimau tok paroi byk nama harimau lagi…
Saya pernah dengar pasal Bidan susu lanjut dan Harimau Keramat
Tapi saya sangka Bidan susu lanjut ni sorang ja.
Bila baca semua kisah macam banyak pulak.
Memang mak saya pernah cerita, kalau ada ahli keluarga keturunan bidan susu lanjut ni yang sakit, hanya keturunan² dia saja yang boleh merawat.
Ya, Bidan susu lanjut tak buat jahat kat orang.
Assalamualaikum saya nak tya ada lagi x sampai skg.