Saka Tak Bertuan

Assalammualaikum
Aku ingin berkongsi kisah misteri yang aku alami sejak kecil , maaf andai kata kisah ini tidak seram tetapi inilah yang aku alami …

Aku gelarkan diri aku B , aku tinggal di negeri Pahang , tak usah aku ceritakan di daerah mane . Kisah ini berlaku sewaktu aku berumur 7 tahun .

Sebelum aku melanjutkan kisah aku ni , aku ingin beritahu yang aku ni pesakit Talasemia(kekurangan d***h) , sewaktu aku berumur 7 tahun , aku sering demam dan sakit dan akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut , ketika itulah aku akan diusik oleh makhluk halus , kali pertama aku diusik waktu aku demam dirumah pada tahun 2007 , ketika umur aku 7 tahun , aku sedang tidur di ruang tamu rumah berseorang diri , ayah dan mak aku tidur di bilik mereka.

Sedang aku tidur , aku tersedar kerana aku terdengar suara yang memanggil nama aku diluar rumah , dengan tiba-tiba badan aku bergerak sendiri seolah-olah aku dikawal , aku berjalan ke pintu utama rumah dan membuka kunci untuk keluar rumah , nasib aku waktu itu baik apabila mak aku terjaga dari tidur dan terlihat aku sedang berjalan ke pintu , dan mak aku menarik aku masuk ke rumah semula , selepas mak aku pegang tangan aku , barulah aku mampu untuk mengawal badan aku semula , dan selepas kejadian itu , aku selalu terfikir apa yang memanggil aku diluar rumah tu , Alhamdulilah selepas kes itu , aku tidak diusik lagi sehinggalah …

Pada tahun 2009 , mak aku disahkan meninggal kerana penyakit kanser(Al-Fatihah untuk Zaini Bte Che Nai) dan selepas itu aku tinggal bersama ayah aku berdua di rumah , tetapi kisah mistik ini tidak habis di situ sahaja .

Pada tahun 2013 , sewaktu aku berusia 13 tahun , aku diganggu lagi , kali ini peristiwa yang membuatkan aku ingat sampai sekarang , ketika aku demam di rumah , aku sedang tidur di ruang tamu pada waktu pagi , ayah aku membangunkan aku dan menyuruh aku mandi kerana dia ingin membawa aku ke hospital untuk berjumpa doktor.

Ketika itu selepas ayah aku kejut aku , ayah aku terus ke bilik mandi , dan aku pun bangun untuk mencapai kain tuala , dan pada waktu itu , aku nampak kelibat ayah aku sendiri dari arah dapur membawa sebatang kayu dan mengejar aku dengan riak wajak yang amat marah , aku yang takut dan tak tahu nak buat apa , aku terus berlari ke luar rumah dan pergi rumah rakan aku dan aku menceritakan apa yang berlaku pada  aku dan dia menyuruh aku duduk dirumahnya buat sementara waktu .

Pada tengahari itu , ayah aku sampai ke rumah rakan aku , dia mencari aku , yang aku peliknya ayah aku marah  dan dia bertanya “kau kemana? Kan ayah cakap suruh siap sebab nak hantar ke hospital? Ayah risau tadi cari kau tiba-tiba tiada  kat rumah ,” aku terkedu dan terfikir, habis yang kejar aku tadi tu siapa?, aku diamkan diri dan mengikut ayah ku pulang , ayah aku tanya lagi tetapi aku hanya minta maaf dan tidak menceritakan apa yang berlaku , sejak hari tu aku sentiasa terfikir siapa yang menjelma menjadi ayah aku itu ..

Kes ini tidak terhenti disitu , Pada tahun 2016 , ketika aku berumur 16 tahun , aku mengalami demam yang teruk dan di masukkan ke ICU akibat kekurangan d***h yang sangat maksimum , hemoglobin aku time tu tinggal bacaan 4 sahaja , dan doktor kata “kalau lambat hantar ke hospital aku pasti m**i” yaa tapi ajal itu ditangan tuhan , tapi yang aku ingin cerita pada korang adalah kisah sebelum aku dimasukkan ke ICU , sewaktu aku demam teruk dirumah , pada malam sebelum aku dihantar ke hospital , aku sedang berehat di dalam bilik , ayah aku masok ke dalam bilik aku dan bertanya pada aku sama ada aku ingin makan , dan aku memberitahu ayah aku yang aku ingin makan burger , ayah aku membuat pesanan burger di sebuah warung melalui panggilan telefon.

Warung itu menyediakan perkhidmatan COD , ketika pesana aku sudah sampai kerumah aku ingin membuka pintu untuk mengambil pesanan itu , dan sewaktu aku bukak pintu , dengan tiba-tiba ade sebuah angin yang kencang seolah-olah melanggar badan aku dan masuk kerumah , aku membiarkan dan aku terus mengambil pesanan itu dan terus masuk ke rumah , tetapi hati aku terasa yang akan berlaku sesuatu malam ni pada aku , jadi aku putuskan untuk mengambil air wudhu’ dan solat sunat , selepas solat sunat aku terus tidur dan berharap tidak ada apa-apa yang akan berlaku pada malam itu , nasib aku kurang baik , jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi , aku terjaga kerana ada satu susuh tubuh yang kejutkan aku tidur , aku tak dapat nak beritahu detail makhluk tu macam mana tapi yang aku tahu susuk tubuh yang kejut aku tu seluruh tubuhnya gelap dari kaki hingga ke muka , tapi berbadan sepertu manusia biasa , apaa yang mengejutkan aku , makhluk tu menyuruh aku bermain dengan dia , aku yang sedang bingung dengan secara tiba-tiba badan aku seperti dikawal macam yang aku cerita pada awal kisah ni , aku bermain baling-baling barang dengan makhluk tu , sehingga lah badan aku dikawal berjalan keluar rumah dan bermandi hujan.

Aku hanya mampu melihat tapi tak mampu untuk mengawal badan aku sendiri , sewaktu dalam hujan aku pengsan , dan bila aku sedar aku disimbah air oleh ayah aku , hari sudah siang dan aku berada diluar rumah , aku bertanya pada ayah aku “ape yang berlaku?” , lalu ayah aku menjawab “ayah bangun untuk subuh tadi dan jenguk kau di dalam bilik tetapi tidak ada orang , ayah tengok pintu terbuka , ayah jengah luar nampak kau kat luar tengah terbaring , ayah cuba kejut kau tapi tak sedar, tu yang ayah siram” , aku tak pikir ape time tu sbb badan aku rase lemah penat sangat.

Ayah aku menelefon abang sulung aku yang rumahnya tidak lah jauh dari rumah aku , abang aku datang dan bawa aku ke hospital , doktor sahkan aku kekurangan d***h seperti biasa lah , talasemia aku tu datang balik , aku ditahan di wad , 3 hari aku diwad itu , pada malam terakhir di wad sebelom aku dihantar ke ICU, aku tidur dikatil wad , aku terjaga pada pukul 11 malam , dan suara itu memanggil aku lagi menyuruh aku keluar dari hospital , dan seperti biasa badan aku seolah dikawal , tapi waktu tu aku cuba melawan , aku berjalan ke tandas dan ingin mencuci muka dengan harapan suara tu hilang , tapi apakan daya tidak berkesan , aku sudah usaha cuci muka , rendam dalam baldi , hentak kepala kat dinding , tapi suara tu masih terdengar , aku putus asa dan badan aku dikawal berjalan keluar tandas , hampir sampai ke pintu wad tu , aku pingsan mungkin sebab d***h yang kurang buat aku pingsan.

Aku sedar pada pukul 1 pagi , aku terlantar di katil , penuh doktor dan nurse dikeliling aku , aku rasa nyawa aku akan tamat waktu tu , sbb pernafasan aku tidak cukup , aku mengucap syahadah , dan berharap ayah aku ade disitu untuk aku lihat mukanya buat kali terakhir , tetapi Allah maha besar , doktor pasangkan alat bantuan pernafasan pada aku dan menelefon ayah aku kerana ingin beritahu aku akan dihantar ke ICU.

Ayah aku datang dan aku bersyukur aku masih dapat bernyawa , doktor cakap aku kehilangan banyak d***h itu aku tidak dapat bernafas , aku diletakkan di ICU selama 3 hari , dan selepas itu aku sihat seperti sedia kala , dan selepas kejadian itu , aku menceritakan pada ayah aku apa yang telah terjadi pada aku , ayah aku membawa aku bertemu kawan dia , kawan dia ni ustaz dan pandai berubat orang , apa yang aku tahu , waktu ustaz tu “cek” aku , dia kata dekat ayah aku “ada satu saka lama yang sedang ganggu anak kau ni , anak kau lemah bila demam tu yang dia datang bila anak kau demam” , selepas aku dapat tahu aku terus diamkan diri dan berfikir siapa punya saka ni , tapi ustaz tu ada cakap saka lama ni bukan dari belah ayah aku , dan bukan dari arwah mak aku , tetapi seorang bidan yang dah lama meninggal dunia .

Dan sekarang tahun 2019 , umur aku sudah 19 tahun , Alhamdulilah aku sudah tidak diganggu , cuma bila aku demam aku kena ganggu sikit-sikit je macam nampak jelmaan , dengar suara mcm tu je lah , aku sudah terbiasa dengan benda ni , jadi aku hiraukan sahaja ,benda ni masih ada lagi ganggu aku sampai sekarang cuma aku harap benda ni takkan ganggu aku teruk mcm dulu lah dan aku takkan berdamping dengan dia, sampai situ je kisah aku , maaf lah kalau tak seram , doakan arwah mak aku dicucuri rahmat Amin, Assalammualaikum

Badrol Amin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

4 thoughts on “Saka Tak Bertuan”

  1. saya simpati dengan nasib awak, tapi awak punya ayat ada yang membuat saya keliru masa membaca. hmm semoga diperbaiki lagi ye.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.