SAKA TOK NENEK 3

Assalamualaikum semua pembaca setia fs, sebelum ni aku ada ceritakan pasal saka tok nenek, aku ni sambungan dia. Firstly sorry la kalau agak pening dengan gaya penulisan aku sebelum ni banyak typo dan takda tanda baca yang betul.

Ni sambungan cerita pasal saka “puteri” yang rupa-rupanya follow aku pulak sampai sekarang. Itu pon aku dapat tahu dari sorang mak cik yang sekarang ni merupakan besan mertua aku, dia ni pandai mengurut orang dan dia pun kalau urut orang sometime macam “menurun” jugak, that mean dia ada pendamping/ kadam dia. Aku lupa nak bagi tahu pasal family ayah, adik beradik ayah ade 8 orang semuanya, ayah aku anak yang ke-4 dan mak cik aku yang mula-mula dapat saka tu ialah adik bongsu ayah aku. Kan aku ada bagitahu yang time mak cik aku dapat saka ni aku masih bersekolah lagi tapi sekarang aku dah bekerja dan dah berkahwin. Ayah aku pun dah meninggal 7 tahun lepas, Al-fatihah untuk arwah ayah.

Masa arwah ayah aku jumpa beg yang penuh dengan barang-barang lama tu, ada adik beradik arwah ayah yang tahu dan diaorang balik kampung nak tengok sendiri apa isi beg tu. Arwah ayah just tunjukkan je tapi dia tak bagi diaorang ambil apa-apa pun benda dalam beg tu, dia kata benda ni bukan sebarangan sebab ada benda yang mendamping setiap satunya. Arwah ayah pun dah boleh control “benda” dalam badan dia, bila “benda” tu nak datang ayah aku akan bagitahu ” benda” tu nak sembang. Memang kalau adik beradik ayah dah berkumpul time tu la “nenek” nak muncul, katanya rindu anak cucu dia lama tak jumpa. Mak cik aku pun still ada “benda” tu dan dia pun dah boleh control cuma jarang-jarang datang dekat dia sebab “benda” tu ada dok dengan ayah aku pulak.

Lepas semua dah tahu pasal hal saka family, abang ayah aku memang nak salah satu benda dalam beg tu so kteorang sorak la beg dalam bilik ayah aku, dia pon tak dapat la nak ambil benda yang dia nak tu. Arwah ayah aku ada kencing manis dan macam-macam lagi yang bersangkut dengan organ dalaman dia bila kencing manis makin teruk, ayah selalu keluar masuk hospital. Lama jugak ayah sakit dari aku ngan abang aku kecik lagi, time dekat hospital mak aku yang selalu teman arwah ayah. Kteorang time tu sekolah lagi, tapi kteorang pun akan bergilir jaga arwah ayah dekat hospital bila ada kesempatan sebab mak aku masih bekerja so kteorang kena tolong jaga ayah time mak tak dapat cuti.

Satu hari tu sampai turn aku jaga arwah ayah, kebetulan aku dah habis belajar dan tunggu result stpm keluar. Aku sebenarnya tak rapat pun dengan arwah ayah aku, tapi time aku jaga dia kat hospital dia kata tak sangka aku jaga dia baik, sampai arwah ayah nangis-nangis depan aku. Dan waktu aku jaga tu merupakan kali terakhir aku sembang dengan arwah ayah. Malam tu dia pesan dekat aku macam-macam, sebab esoknya mak aku nak datang dengan adik beradik lain. Esoknya ayah aku koma dan sehari selepas tu ayah menghembuskan nafas terakhir depan kami adik beradik.

Aku tak sure malam yang dia pesan dekat aku tu dia dah transfer saka tu pergi dekat aku ke apa sebab aku orang last yang sembang dengan arwah. Tapi lepas ayah dah meninggal barang-barang dalam beg tu ada yang dah hilang so aku syak pak cik aku yang ambil sebab dia yang nak sangat benda dalam beg tu. Mak aku panggil Darulsyifa untuk clearkan barang-barang arwah atok yang ade dekat rumah. Time ustad tu datang dia bagitahu ada 2 lembaga yang berdiri dekat depan rumah aku. Ustad azan dalam rumah dan dia ambil semua barang-barang arwah atok bawa balik untuk “dibersihkan”

Lepas arwah ayah meninggal, bermula gangguan dekat rumah. Atap bumbung dapur rumah aku atap zink, so kalau kucing berjalan pun boleh dengar dari dalam rumah. Sejak arwah ayah meninggal tiap-tiap malam dengar ada benda berlari-lari melompat-lompat atas bumbung. Tak sure la apa benda tapi yang pasti bukan kucing. Time ustad datang dia dah “buang” benda yang melompat-lompat tu dan dalam rumah aku dekat area tv, rupa-rupanya merupakan tempat laluan “benda” yang dah lama tinggal dekat rumah kitaorang. Patut la bila adik beradik arwah ayah balik kampung semua mengadu mengantuk je, bila bilik dah penuh ada yang tidur depan tv. Ustad kata dia cuba alihkan laluan “benda” tu ke atas bumbung. So ” benda tu tak akan kacau lagi sebab ustad dah buat laluan lain untuk diaorang.

Dekat belakang rumah aku ada telaga lama. Tapi time arwah ayah renovate rumah buat dapur ayah aku tutup telaga tu dengan batu-batu lebihan yang ada. Rupanya dekat telaga tu la rumah diaorang, ustad cakap tak boleh buat apa, tak payah kacau telaga tu biakan saja selagi kita tak ganggu tempat depa, depa tak ganggu kita. Pak cik aku yang ambil “benda” dalam beg tu, dia dah pun meninggal dunia. Sakit sama macam arwah ayah aku, time arwah ayah aku sakit dia pon dok dapat penyakit yang sama. Tak lama lepas tu ada sorang lagi pak cik aku, yang merupakan abang arwah ayah aku jugak meninggal dengan penyakit yang sama.

Pasal “puteri” yang dok follow aku tu, aku dapat tau dari sorang mak cik yang merupakan besan mertua aku. First time dia datang rumah aku, dia follow rombongan mertua time aku bertunang dulu. Mak cik tu cerita “benda” tu ajak dia sembang dekat dalam bilik aku. Tapi mak cik tu tak nak, ye la tiba-tiba datang rumah orang nak masuk bilik kan ke pelikkan? So mak cik tu tanya aku dekat mana toilet aku tunjuk la dekat belakang, dia kata takpe dia boleh pergi sendiri. Mak cik cerita “benda” tu ajak sembang dekat telaga belakang rumah. Mak cik pun dah cuak la takut “benda” tu apa-apakan dia sebab dia boleh nampak diaorang. “Benda” tu just tanya je buat apa datang rumah aku, mak cik cakap la ikut orang bertunang dan lepas tu dia minta diri nak pergi depan sebab tak nak lama-lama dok dekat belakang rumah.(cerita pasal mak cik nampak “benda” dekat rumah aku ni, suami aku yang ceritakan dekat aku. Dia kata mak cik tu cerita dekat dia pasal ada “benda” dekat rumah aku)

Time makan, mak cik bagitahu dia nampak “puteri” duduk sebelah aku je. Bila mak cik nak ambil makanan dia nampak abang sulung arwah ayah, rupanya paklong aku pun kena follow dengan “panglima”. Paklong aku pakai tongkat, time tu dia kata sakit belakang ngan sakit kaki, paklong aku pun dah mula dapat penyakit yang sama macam arwah ayah dan arwah pak cik yang lain.

Masa berlalu sampai la aku berkahwin. Mak cik yang merupakan besan mertua aku yang boleh nampak “benda” tu dia tak datang pun kenduri aku. Time kenduri belah suami aku, mak cik tu datang just buat macam biasa je macam takda apa-apa yang berlaku tapi time aku nak salam dia cepat-cepat tarik tangan dia.Aku ingatkan lama-lama “benda” dah hilang sendiri sebab dah lama maybe “puteri” tinggal dekat kampung tak follow aku balik rumah suami aku.

Time aku lepas bersalin, aku sakit kepala, kakak ipar call mak cik tu minta dia urutkan aku. Aku berpantang dekat rumah mertua so tak tahu nak panggil sapa mengurut depa minta tolong mak cik tu urutkan aku. Mak aku ada sekali time dia urut kepala aku, dia cakap camni “Assalamualaikum puteri” dan ada lagi dia cakap, tapi aku pun tak faham macam bahasa lain dah macam baca mentera pun ada. Aku dah rasa pelik’ eh, dia bagi salam dekat sapa? takkan “puteri” ada lagi. Lepas dia habis urut kepala aku rasa ringan sangat. Aku tanya dia bagi salam tadi dekat sapa? Dia kata “puteri” datang melawat aku. Mak aku time tu dah pelik macam mana mak cik tu tau pasal “puteri” mak cik cerita kes yang dia datang rumah aku dulu dan sekarang “puteri” follow aku.

Sekarang ni baby aku, kalau aku biakan dia main sorang-sorang dia akan gelak dan macam bersembang tapi tak tau la dengan sapa dia dok sembang. Buat masa sekarang aku tak pernah lagi la tengok macam mana rupa “puteri” tu, yang pasti mak cik bagitahu aku “puteri” follow aku sebab nak jaga aku. Selagi dia tak kacau aku dan family aku, biakan la dia. Macam mana nak buang saka ni aku pun tak tau. Dan kenapa dia follow aku bukan adik beradik arwah ayah atau adik beradik aku yang lain, sampai sekarang aku takda jawapan. Tapi dulu sebelum aku kawin memang aku selalu mimpi baby, ada orang bagi baby suruh aku dukungkan kejap. Aku ada google kalau mimpi dukung budak kecil ada kaitan dengan saka.

Tah la susah aku nak terangkan. Sampai sekarang mak aku still duduk dekat rumah arwah atok, kami adik beradik kalau ada cuti memang balik kampung macam biasa, telaga belakang rumah sampai sekarang ada lagi. Mak kata nak simen tutup telaga tu tapi tak berani nak kacau, so kami biakan je la selagi kita tak kacau depa, depa tak kacau kita.

7 thoughts on “SAKA TOK NENEK 3”

    • Haah…cuma ada tambahan sikit.

      yg tnya mcm mna nk buang tu…tnya spa² yg dlm FS yg da pengalaman ni…ad contact no Ustaz yg boleh handle kesah mcm ni. Bnyk je dlm FS ni…ramai je org minta no fone ustaz² yg depa dah pernah pergi dan alhamdulillah okey.

      Better klu boleh buang lah bende² mcm ni…kita kene fikir jg kehidupan kita kat akhirat dan cucu cicit kita.

      Reply
  1. Yep sama..
    Mungkin penulis cuba perbaiki kisah yg lepas ataupun ‘benda’ itu sengaja bg campur aduk bagi org confius dan malas baca apa penulis luahkn.
    Pasal dari cerita,problem ni tak settle lg,takut ada kemungkinan dari pembaca cuba bantu keluarga penulis.
    Interesting dan bertabahlah.

    Reply
  2. kesian, kalau tak jumpe ustaz yg boleh buang, ikhtiar dek…. memang akan ganggu kalau die dah suke…. pegi lah kat ustaz sharhan shafie… ade jugak ustaz ustaz lain .. sebb saye pun mcm awak.. kluarga saye tengah d datangi saka yg mencari tuan baru…

    Reply
  3. salam, saya penulis asal cerita ni. SIAPA YANG EDIT CERITA NI YE? . Baru buka FS tengok ada lagi cerita ni tapi dah diringkaskan. Thanks la kepada sesiapa yang tolong edit bagi semua orang paham. Tapi memang cerita 1 & 2 banyak sangat typo tak tau kenapa. Cerita yang ke3 saya dah ubah nama “mak cik” tu Mak Tam, kalau ada yang penah baca sebelum ni. Sejak dari saya mulakan cerita di FS dulu, memang dah start datang semula gangguan dalam bentuk mimpi dan ditindih. Mungkin kebetulan beberapa hari lepas saya mimpi lagi pasal benda2 ni mungkin sebab cerita ni publish lagi dekat FS. Sebenarnya ada lagi sorang yang penah urut saya lepas saya berurut dengan Mak Tam. Kak Ju, dia ada bagitahu dekat kakak ipar saya dia nak cerita “something” pasal saya, tapi sampai sekarang takda khabar berita dari Kak Ju. Thanks kepada semua yang sudi membantu. Memang ada usaha nak berubat tapi lepas tu jadi lupa nak pegi atau ada sahaja halangan sampai sekarang.

    Reply

Leave a Comment