Assalamualaikum buat pembaca FS sekalian…Terima kasih admin kalau sudi siarkan perkongsian kisah yang aku sendiri alami. Nama aku Ira (bukan nama sebenar) berasal dari Borneo. Maaf la kalau slang Sabah aku yang kuat tiba2 terkeluar di sini tanpa sedar. Nak cuba gunakan sepenuhnya bahasa baku kalau dapat la. Hahaha
Berbalik tentang tajuk kisah aku, sebenarnya aku memang tak sure aku sakit secara misteri atau sakit yang secara saintifik. Dan untuk pengetahuan korang semua, aku berasal dari kalangan family yang besar, adik beradik ramai. Jadi dalam kalangan adik-beradik, ada yang pernah merasa gangguan makhluk2 yang tak terlihat oleh mata kasar kita. Ada abang yang disukai oleh cik ponti la, sakit2 badan tapi beransur baik sudah. Alhamdulillah. Ada pula kakak sorang yang diganggu lepas balik dari berkelah di kawasan air terjun, (cerita lama la).
Pergi berubat tapi makhluk2 ni ada yg degil untuk tinggalkan badan kakak. Tapi kalau tak dikacau, tak disengajakan cari pasal memang elok je kakak aku ni tak buat perangai. Sama dengan kakak yg sorang ni lagi pun jenis yang kadang lemah semangat mudah nak diganggu sampai histeria dan terpaksa dibawa berubat perubatan Islam. Sampai sekarang pun masih dalam proses berubat kadang2 memang akan pergi Darussyifa utk rawatan susulan.
Okay tu cerita sikit pasal adik beradik. Pengalaman aku sendiri yang dilanda sakit secara tiba-tiba. Ceritanya, tahun 2014 adalah final year utk aku study (aku study di Shah Alam). Dalam bulan Mei aku da balik KK sebab yala dah habis study kan. Lepas exam, packing2 barang bawa balik sebab bulan Ogos aku da mula latihan industry di Sabah (sebab dekat dengan rumah). Aku tak sure la macam mana aku boleh mendapat sakit kulit secara tiba2. Adakah sebab pindah rumah dari blok lain ke blok lain awal tahun (pindah dari rumah lama ke blok rumah baru bulan Mac, aku balik KK bulan Mei).
So aku mmg tak la tinggal lama di rumah baru tu dalam dua bulan ja. Tapi yang aku perasan sejak pindah rumah, kulit aku jadi cepat sensitif, ada tompok2 bulat kecik kecik yang berair tu timbul kat hampir setiap jari tangan lagi2 kat bahagian sekeliling kuku jari. Entah la korang bole ka imagine macam mana keadaan tangan aku tu. Gatal satu macam, pedih pun satu hal lagi. Masa ni aku suspek kulit aku jadi macam tu sebab air kotor. Yela masa tu kat area Selangor kecoh pasal isu air kejap ada kejap tiada. Tapi kawan serumah yang lain okay ja aku tengok.
Ringkasnya sampai aku balik KK pun keadaan tangan dan kulit aku masih sama dan makin teruk. Bila malam yang sioknya bila gatal menggaru la sambil tidur. Hahaha..Lepas aku balik KK selang beberapa hari ja pun (sehari ka dua hari mcm tu) kami buat family day di pantai. Berhuha satu family sampai petang. Semua orang da penat jadi balik tu aku dengan kakak yang sorang lagi decide tidur di rumah kakak yang dah kahwin sebab dia minta temankan since laki dia yg keja polis kena bertugas waktu malam.
Keesokan harinya aku buat aktiviti macam biasa jaga anak buah, masak semua. Waktu petang abang kedua aku datang rumah kakak dengan bini dia masa tu da nak2 maghrib aku rasa. Aku pula masa tu baru lepas mandi, da siap pakai baju semua zzuppp tiba2 ni rasa lain mcm. Bila aku perasan ada something berbiji yang tumbuh betul2 bawah mata sebelah kiri. Sakit dan pedih macam tumbuh jerawat yang masak bila kita terkacau kan sakit. Aku tenyeh2 mata makin sakit, aku tengok kat cermin memang ada something yg mcm berbiji da naik dan tiba2 da jd putih mcm nanah.
Aku cuci muka lepas tu lap dgn tuala makin lagi rasa gatal dan pedih. Dan aku perasan lepas tu ada 2 lagi biji yg baru tumbuh kat pipi area atas bibir kiri dan kanan (nak kedudukan spesifik dekat area bawah hidung kan kalau letak jari kiri kanan hah kat situ la biji2 baru tumbuh yang macam jerawat asalnya. Bukan takat situ kat area nadi tangan kanan pun da naik biji yg nak jadi nanah 3 ketul. Masa ni mmg sakit teramat sampai aku keluar dari bilik pegi jumpa abang dgn kakak aku di ruang tamu dengan menahan sakit nak nangis masa tu juga. Da la lain mcm ja rasa sebab memang waktu maghrib masa tu. Aku terus bagitau akak aku yg belum kahwin aku nak balik rumah malam tu juga sebab da tak tahan sakit.
Esoknya lagi aku suggest dengan mak bawa pi klinik untuk check apa sakit sebenarnya sebab kalau family tengok macam kena demam campak ya juga tapi naik nanah mendadak tu yg pelik. Da bawa pegi klinik doctor yg merawat pula suspek mungkin aku terkena kudis buta. Naaa itu dia! Da la masa tu doctor bujang yg rawat (cover malu bagi tengok muka yg da berbiji nda tentu tu). Sampai masa kenduri aku terpaksa berkurung di bilik sebab demam panas. Anak buah pula siap tunjuk jerit hantu hantu bila nampak aku keluar dari bilik, sedih ooiii kena cakap hantu oleh budak kecik sampaikan aku terpaksa pakai mask dalam rumah masa kenduri.
Ada satu hari aku tak tahan sebab aku rasa makin teruk, sakit pun entah mcm mana mau cakap pedih semua sampai aku nangis2 nekad suruh mak dgn abang aku bawa aku pergi berubat di Darussyifa. Ni aku yang sendiri suggest tau. Mungkin betul juga masa tu aku terkena demam campak ka, kudis buta semua tu tapi yang penting aku minta bawa pergi tempat berubat.
Yang ni aku ringkaskan jela apa jadi. Masa berubat aku separa sedar kiranya mcm aku sedar aku datang pergi tempat tu untuk berubat tapi bila turn aku, bila ustaz da mula rawatan baca ruqyah semua aku da macam hilang kawalan. Kepala da rasa berat, panas, menangis, menjerit, ketawa mengilai (kalau siapa yang pernah nmpk orang histeria dirawat) macam tu la keadaan aku siap tumbuk2 dinding pembahagi sebab dalam bilik rawatan masa tu ada pesakit lain juga yang tengah diruqyah. Aku sedar tapi mcm ada benda lain yg kawal badan aku. Bila da lemah2 lps rawatan mak aku tnaya keadaan aku kenapa macam tu aku separa sedar yang aku dengar ustaz tu bagitau ada jin yang menumpang badan aku. Katanya jin tu suka aku tapi dia jin kafir.
Mungkin kena masa hari family day ada area2 pokok yang aku berteduh tu kawasan dorang dan aku terlanggar ka entah. Tapi yang pasti jin yg suka tu x mau lepas aku. Dan nak tau kenapa aku rasa sakit yang teramat di area2 yg berbiji, ustaz perawat bagitau itu antara lubang2 untuk makhluk2 yang aku tak nampak tu masuk dalam badan. Sebab tu bila ustaz tu merawat dia kan picit kat biji2 yang ada di tangan aku tu sampaikan aku rasa double sakit. Ustaz tu nak ‘benda’ tu keluar dari area tangan yg berbiji. Kesudahnya 3 kali datang berubat masih belum berhasil.
Tapi sekarang da beransur pulih la. Sakit2 kulit, demam campak semua tu da hilang Alhamdulillah.. Cuma kesan biji tu masih ada tinggalkan parut (sebabnya bila nanah bii tu pecah dia jadi mcm berlubang yg agak dalam) dan ambik masa untuk sembuh. Ramadhan 2014 antara yang tak best untuk aku sebab sakit kulit yang teruk (yang aku mention sblm ni berbiji2 area kuku). Masa puasa ya Allah mmg teruk sampai naik area betis. Aku pula jenis gatal tangan menggaru sampai luka dan berdarah. Ada masa aku nak ambik wudhu utk solat pun nangis2 sebab sakit dan pedih gila2 bila kena air. Jadi satu hal lagi bila tgh solat kain telekung tu terkena bahagian kulit yang luka, makanya aku solat dengan keadaan yg ada darah melekat di telekung. Paling teruk area betis sbb masa sujud tahiyat kan agak lama.
Serius aku rasa jijik betul masa tu solat tapi ada luka yg berdarah sampaikan bila aku rasa tak tahan aku berhenti solat walaupun belum habis. Nasib arwah bapa aku masa tu concern dan beli ubat2 krim untuk luka, gatal semua tu. Selalu update nak tahu macam mana keadaan kulit aku sampai beransur pulih sikit sebelum aku mula internship bulan Ogos. Masa ni memang bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan yg dibeli. Yg pasal rawatan susulan Darussyifa tu pula, bila datang berubat mmg ustaz tu kata rumit sikit nak sembuh sebab dari diri sendiri juga untuk kuatkan benteng pertahanan. Kena rajinkan diri baca Al-quran, solat, zikir dan niatkan dalam hati untuk sembuh.
Sekarang da tiga tahun berlalu, untuk tahun ni aku belum langsung pergi sambung rawatan dan aku masih nda tau lagi keadaa diri aku ni ‘benda’ tu masih ada ka tiada. Semoga aku istiqamah dan tekad untuk sambung rawatan susulan dan harapnya benda tu pun da keluar dari badan secara sukarela. Eehh bole pula macam tu. Hahaa
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
semoga diberikan kesembuhan.aminnnn
Eehhh… Jin ni kata suka tapi buat orang smpai mcm tu skali. Kesian ko. Amalkan ayat pendinding ya. Semoga cepat²lah buat rawatan susulan.
Sy simpati dgn awk. Semoga Allah kuatkan awk luar dan dalam. Anggaplah dan brsangka baiklah bhwa Allah nak hapuskn dosa yg barangkali kita trbuat tnpa sedar dan nak dgr rintihan awk hari2. Mmg betul. apa2 pun kita kena kmbali pd ajaran Allah.
Semoga awak cepat sembuh dr gangguan tu. Amin ya rabbal Al-amin .
Part yg last tu trkluar jga sbahan nya , tersebut ‘ Nda ‘ hehee. . sya pn dr brneo jg 🙂
Benda sama berlaku kat saya…tapi kat bahagian tapak tangan je teruk smpi.nanah..baru je berlaku dlam 2 minggu lepas and ni dah sembuh…kulit mengelupas bnyak gak tempat yg kena..alhamdullilah biji2 tu semua dah hilang..memang syok.garu biji2 tu tapi kena tahan je
As-salam Sis..
Bole diamalkan Doa Nabi Khidir, yang mana diuji dgn masalah kulit.
Mungkin niat Jin tu utk hodohkan pandangan mata manusia pd sis. Kuatkan semangat ya sis
assalamualaikum wbt penulis. jika sakit berkaitan kulit boleh gunakan 3 jenis minyak iaitu
minyak argan asli
minyak habbatus sauda bukan campuran
minyak zaitun extra virgin.
tapi ada cara campurannya dan bacaan ayat quran tertentu.