30 November 2022
Hari ni hari akhir saya training online tentang hartanah. Nak kena tukar bidang lagi nampaknya sebab November ni adalah bulan terakhir saya bekerja di kedai. Kena tanam anggurlah untuk beberapa bulan ni. Training mula pukul 9 pagi sampai 6 petang.
10.32 pagi – Tengah-tengah dok fokus training via Zoom tu, tiba-tiba dapat wasap dari Hawa, anak buah saya. Katanya sorang kawannya yang bernama Sam dah sebulan lebih demam on off, tangannya terketar-ketar mcam kena parkinson. Kalau pegang apa-apa barang tangannya akan lagi kuat ketarnya.
Tiap kali Sam makan dia akan muntah. Berat badannya turun 10kg hanya dalam masa dua minggu. Dia dah pun pergi ke hospital. Doktor ada periksa d***h dan air kencing dan doktor cakap semuanya normal. Test covid pun resultnya negatif.
Untuk sementara waktu saya suruh Hawa beritahu Sam untuk sediakan air untuk saya buatkan air penawar.
10.42 pagi – Sambil training tu saya bagi amaran kat setan yang kacau Sam. Saya bagi tempoh 15 minit untuk dia pergi dari situ dan jangan ada niat untuk datang lagi mengganggu Sam.
11.00 pagi – Cukup tempoh… banzaiii… Segala macam mak nenek peluru saya lancarkan untuk memburu dan menyinggah ke tubuh setan yang kacau Sam. Tu la, sapa suruh degil.. rasain lo..
1 Disember 2022
9.39 pagi – Hawa wasap beritahu saya ketar-ketar tangan Sam dah berkurang dan perasaannya pun lebih tenang. Semalam tak ada pula dia beritahu saya yang Sam juga ada masalah nak tidur dan selalu gelisah. Tapi Alhamdulillah, masalah tu pun selesai sekali.
Hawa mintak tolong saya buatkan air penawar sekali lagi sebab katanya Sam dah habiskan air yang semalam sebelum sempat lagi dia nak beritahu Sam yang air tu boleh ditambah-tambah bila dah tinggal sikit.
Mengikut cerita Sam kepada Hawa, dulu-dulu keluarganya pernah terkena gangguan oleh jin yang dihantar oleh orang yang dengki pada keluarga mereka.
Berdasarkan apa yang Hawa bagitau, kalau mengikut teori saya ada dua kemungkinan. Pertama, mungkin setan yang kacau itu adalah saka dari keturunan Sam yang terdahulu.
Kemungkinan kedua adalah gangguan dari setan yang orang hantar dulu. Walaupun Sam dan keluarganya pernah berubat, ada jugak kes di mana setan tu berjaya bersembunyi dan terlepas dari ditemui oleh perawat. Jadi setan tu terus sambung mengganggu.
Malamnya. Saya siasat setan mana yang punya kerja. Bila saya tarik setan tu bermulalah soal siasat. Katanya dia dah lari jauh lepas dah kena banzai oleh saya semalam. Lepas beberapa ketika saya dok hadap setan tu punya loyar buruk, akhirnya pecah rahsia rupanya dia adalah setan yang orang hantar dulu. Bila saya tanya macam mana dia boleh terlepas dari perawat dulu, dengan eksyen nya dia cakap, “Tengok kaki la..” cheh.. berlagak punya setan.
3 Dis 2022
11.14 pagi – Hawa wasap lagi.. beritahu Sam dah ada banyak perubahan, cuma tangan yang ketar-ketar je masih ada sikit-sikit lagi. Dah boleh makan macam biasa dan dah tak muntah. Tidur pun dah OK. Alhamdulillah.
Tangan Sam yang masih terketar-ketar tu adalah disebabkan oleh saki baki bisa yang masih tinggal dalam badannya. Air penawar yang dia minum akan longgarkan, musnahkan dan keluarkan bisa itu dari tubuhnya secara beransur-ansur. Semua dengan izin-NYA jua, InsyaAllah.
Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit