Assalamualaikum FS, harap kisah ini menjadi tauladan untuk semua pasangan dan Perbuatan Santau hanya merugikan Diri, Dan jangan lah kita berlaku Syirik pada Allah SWT
Kisah ini tentang Aku dan kekasih (Minah) yang disantau.
Kisah ini baru saja terjadi pada aku dan minah awal tahun 2022 dan masih segar diingatan walau dia bukan milik ku lagi. Minah ni bekerja di kedai makan Milik ibunya. Seperti hari-hari biasa, aku lah yang akan menjemput dan menghantar minah balik kerumah dan sebelum balik kerumah kami selalu singgah Makan di Kedai Burger dulu.
Ketika itu Jam 1:15pagi kami berangkat pulang. Kebetulan malam itu pekerja Minah tumpang sekali dan Si minah pula nak drive kereta, jadi aku biarkan Dia drive.
Semasa Tiba di taman perumahan pekerja dia, sampai di satu simpang si minah tiba-tiba menjerit. Baiknya Nasib kami Minah terus tekan brek, Muka nya terus ditekup kebahu aku sambil menggigil. Berlaku sedikit kalut disitu kerana pekerja nya pun ikut menggelabah. Ketika itu Aku lah yang mengawal Steering terus kerumah pekerja nya.
Setibanya Dirumah pekerja nya, Muka minah berubah ketakutan, matanya tetap pejam. Itula kali pertama aku lihat minah takut. Pekerja nya Pula sibuk bertanya kenapa. Dalam kepala aku, Aku nak cepat keluar dari situ. Semasa dalam perjalanan keluar. Sampai di satu bonggol jalan, Minah Menjerit sekali lagi dan ketika itu Angin bertiup dari arah belakang telinga ku kiri dan kanan. Itulah kali pertama Bulu roma ku berdiri tegak- setegaknya.
Aku memeluk minah sebelah tangan dan mula bertanya kenapa kenapa. Minah tak menjawab pertanyaan ku, Adrenalin ku melonjak, rapat throttle minyak aku pijak semua bonggol Aku terjah. Si minah Mula Senyum dan senyuman tu Semua gigi nampak dan aku mengerti itu bukan minah lagi. Aku kalut dengan sendiri sampaikan tersalah Iqamat, dan Benda tu mengilai sekuat kuatnya. Aku pun terus Azan, benda tu Menangis, selang seli Mengilai.
Dengan Segera aku pergi ke tempat SRS ditaman Sebelah, dan yang bertugas ketika itu adalah rakan ku. Terus dia menelefon perawat nasib kami baik Si perawat belum tidur lagi, Kawan ku menawarkan diri untuk menemani ku pergi ke rumah perawat. Sepanjang jalan minah mengilai,menangis sehingga ayat kursi yang dipasang tak dapat kami dengari.
Setiba dirumah perawat, dia membacakan Ayat pelepas dan Minah terus tidak sedarkan diri. Aku mengangkat minah dan baringkan dia diatas kerusi panjang seperti kerusi kantin sekolah.
Betapa leganya kami ketika itu, selepas menceritakan sedikit sebanyak kepada perawat. Minah pun sedar dan terus memeluk tubuh ku dagunya diletakkan dibahu ku dalam keadaan menangis dan berkata ingin pulang. Rakan ku menyuruhku Memalingkan Minah kearah dinding kerana mata nya bulat Terkebil-kebil mencari ruang untuk melarikan diri
Siperawat membaca ayat pelepas sekali lagi dan minah rebah diatas kerusi tadi. Sambil kami mengambil masa bertenang untuk melakukan ruqyah.
Ruqyah dimulakan, Aku memeluk Kerusi kantin tangan bertemu tangan pada bahagian perut minah. Aku melihat kearah rakan ku dan dia sedang duduk diatas kaki Minah. Semasa Ruqyah, Minah sedarkan diri dan Meronta sekuatnya sehinggakan rakan ku terpelanting kebelakang, hanya aku yang masih memeluk erat siminah. Ruqyah pertama menjadi tetapi kurang berhasil, aku merapatkan Mulut ku ketelinga minah mengajarnya 3qul, minah mengikuti semu bacaan ku. Sehingga Surah terakhir Benda itu berbisik pada ku.”AKU NAK BALIK”, Aku menjadi tak keruan Jantung Ku berdenyut selaju-lajunya. Aku membalas.”BALIK LAH MU NAK BALIK GAK”. benda itu menjawab.”MU AMBIL AKU MANA”. Aku membalas “AKU TAK AMBIL MU, MU MASUK SENDIRI”.
benda itu Kata “MU BAWAK BARANG MASUK KAWASAN AKU”!! dalam loghat kelantan. Terus si perawat mengangkat sejadah lalu dilibas sekuatnya Kelantai. Minah kembali semula, satu perasan lega melihat minah kembali seperti biasa walau tak bermaya. Perasaan ku ketika itu amat-amat lega.
Minah sedar dan Perawat bertanya kepada minah, ada ambil makan makanan yang orang beri?
Minah bingung memikirkan, Aku juga bingung merenung. Si perawat membuat air tawar (AirBacaan Ayat Quran) untuk si minah muntahkan balik Apa yang dimakan, hampa tak dapat dimuntahkan.
Aku hanya Berserah kepada Tuhan. Perawat pun cerita bahawa Ada dua benda Pada minah, yang pertama yang dimakan minah dan jeritan pertama ketika minah drive kereta itulah. Yang kedua, ketika minah mengilai menangis itu adalah Penunggu Taman perumahan itu bernama MAWAR.
Pukul 5:30pagi Minah menunjukkan hasil positif dan kami berangkat pulang dari rumah siperawat. Minah masih bingung bertanya apa yang berlaku? Aku juga tertanya-tanya apa yang dia lihat. Setelah menghantar rakan ku, terus aku menghantar minah pulang. Minah hanya diam sepanjang jalan setiba dirumah nya, Aku menunggu nya diluar rumah sehingga azan subuh sebelum aku bergerak pulang.
Keesokan harinya, Minah kembali ok dan Dia mula cerita apa yang dilihatnya ingatan nya samar samar. Pada simpang pertama Minah melihat Ular Hitam ditengah jalan dan Ketika dibonggol Minah Melihat Wanita Berpakaian Putih Muka nya Buruk Lidah nya Panjang sedangkan aku ketika itu hanya melihat 2 ekor Kucing. Aku beranggapan Bahawa jika Mawar tidak melakukan ini, Aku takkan Tahu bahawa minah telah disantau melalui makanan.
Begitulah Cerita kali ini…Maaf untuk Jalan cerita yang tak berapa kemas dan Kisah ini Berlaku sebanyak 3 kali dan ini hanya permulaan Santau yang minah hadapi. Ada 2 lagi..Kalau Panjang umur Aku sambung….Terimakasih
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Tak payah cerita au peluk ke kau pegang tangan ke. kan belum halal. annoying pula baca.