assalamualaikum pada semua pembaca Fiksyen Shasha.
Thanks to admin if you approve my story.
Cerita ini adalah kisah benar yang diolah semula oleh saya.
“Aduh, abah! Sakitnya perut umi ni abah!” desis Rahimah, ibu kepada lima orang cahaya mata, kepada suaminya.
“Umi, tahanlah sikit. Doa pada Allah banyak-banyak. Berzikir. Hati jangan lalai,” balas Zaid kepada isterinya.
Bukan Zaid tidak simpati pada kesakitan yang ditanggung isteri beliau, tetapi sudah hampir setahun isterinya berkeadaan begitu. Sudah berbagai cara baik moden atau tradisional diusahakan. Daripada tidak percaya kepada bomoh, sekarang Zaid sudah mula pandai jejakkan kaki ke rumah bomoh. Itu pun atas desakan keluarga isterinya. Kalau tidak, usah ingin menjejakkan kaki, melintas pun Zaid tidak sudi. Maklumlah, Zaid bukannya bodoh soal agama. Dia sendiri mengajar anak-anak di kawasan tempat tinggalnya mengaji.
Tidak tahu di mana silap isterinya ditimpa ujian sebegitu rupa. Sakit perutnya menyerang hampir setahun yang lalu. Setiap kali menjelang asar hingga ke subuh perut Rahimah akan membesar dan keras seperti ibu yang sedang sarat hamil. Pada waktu itu jugalah Rahimah dan ahli keluarga yang menetap bersama mereka terhidu berbagai bau dan bunyian aneh.
Pada waktu pagi hingga ke petang Rahimah sihat dan mampu melakukan tugasnya sebagai seorang suri rumah. Cuma bila beralihnya waktu asar, mulalah dia merintih sakit dan meracau seperti bukan dirinya, sehingga anak-anak mereka ketakutan. Pernah sekali Rahimah meracau sampai mencekik anak sulungnya.
Walaupun sudah berbagai pusat rawatan Islam dan juga bomoh yang mereka telah pergi, tidak juga menampakkan hasil. Ada yang kata buatan orang. Ada yang mengatakan saka keturunan keluarga. Sampai menyampah jadinya Zaid dengan rawatan-rawatan tersebut.
Suatu hari Zaid kebetulan bertemu rakan lamanya ketika sedang membeli barangan dapur. ”Assalamualaikum, Zaid! Lama aku tak jumpa kau. Sihat? Seorang je ke? Orang rumah dan anak-anak kau mana?” sapa Yaakob.
“Waalaikumussalam, Akob. Aku sihat. Kalau tak sihat, tak adalah aku beli barang ni. Hehe. Anak-anak aku dekat rumah, jaga isteri aku tak berapa sihat.”
Oleh kerana dua sahabat itu lama tidak berjumpa, lantas si Yaakob pun mengajak Zaid duduk berbual di sebuah kedai mamak.
Berbual punya berbual, lalu terkeluar balik topik mengenai isteri Zaid yang tidak sihat. Yaakob bertanya kepada Zaid, “bini kau demam ke apa? Sampai semua anak-anak tak ada yang mengekor kau ni?”
“Entahlah, Kob… aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Nak kata sakit, bila pergi hospital, doktor kata tak sakit. Nak kata tak sakit, setiap malam meraung meracau macam kena sampuk hantu, pulak tu perut jadi keras besar macam mengandung,” balas Zaid.
“Dah cuba berubat cara alternatif?” tanya Yaakob.
“Dah, Kob. Bapak bomoh, mak bomoh, ustaz, kau cakap ajelah… semua aku redah, sebab nak tengok dia sihat. Tapi satu pun tak jadi. Bertambah teruk adalah. Sekarang nak balik rumah pun aku malas. Suram… tak ada seri rumah tu dah. Dengan anak-anak asyik takut. Kata diorang, ada hantu bergayut sana-sini. Pening aku!” ujar Zaid bercampur bengang.
Yaakob diam sejenak.
“Macam inilah, Zaid. Aku ada saudara. Suami isteri doktor. Diorang ni merawat cara moden pun ya, cara Islam pun ya,” Akob memberi usul.
“Boleh pakai ke diorang tu? Entah-entah sama je kaki auta macam yang lain tu,” perli Zaid.
“Terpulang kepada kaulah. Dulu pasangan doktor ni pun tak percaya benda setan semua ni. Sekali terkena dekat diri sendiri, sampai berasap kepala, panas, baru ada akal. Pergi berubat di Darussyifa’ sembuh, terus laki bini belajar ilmu perubatan Islam sebab nak bantu pesakit yang tak tahu apa punca penyakit bila diperiksa. Kau cubalah, mana tahu dengan izin Allah, sembuh.”
Zaid mengangguk setuju. Di hujung pertemuan mereka, Yaakob menghulurkan kad pasangan doktor tersebut.
Setelah berfikir dengan tenang, Zaid pun membuat temujanji dengan pasangan doktor tersebut. Tetapi sehari sebelum isterinya membuat rawatan, berlaku kekecohan di rumah Zaid apabila isterinya dari pagi hingga ke malam mengamuk. Mengugut mahu bunuh diri. Anak-anaknya pula menangis ketakutan kerana mengadu terlihat perempuan merangkak keluar masuk bilik utama di mana ibu mereka sedang meracau. Sebagai ketua keluarga, Zaid perlu kuat. Tapi akhirnya gugur jugak air mata jantan beliau bila mana tekanan hebat sebegitu diberikan.
Hari ini adalah hari Rahimah dan Zaid menemui pasangan doktor tersebut. Anak-anak sudah ditinggalkan bersama ibu Zaid memandangkan perjalanan agak jauh dan mungkin rawatan mengambil masa yang agak lama, kerana rawatan alternatif yang dibuat hanya dijalankan pada waktu malam, memandangkan siang mereka bertugas sebagai doktor di klinik yang dibuka bersama. Zaid risau anak-anak meragam jika terlalu lama menunggu.
Sesampainya mereka di rumah pasangan doktor yang memperkenalkan diri mereka sebagai Dr. Habib dan isterinya, Dr. Atiqah, mata Zaid melilau melihat kalau kalau ada pesakit lain. Seperti mengerti perasaan Zaid, lantas Dr. Habib berkata, “saya jarang ada pesakit untuk rawatan alternatif sebab ramai yang tak tahu pun saya juga merawat dengan cara ini. Sebelum Encik Zaid call saya hari tu, sepupu saya, Yaakob, awal lagi dah call saya bagitahu pasal Encik Zaid. Kiranya, saudara-mara sajalah yang tahu,” kata lelaki itu. “Marilah, kita mulakan rawatan.”
Mereka dibawa ke sebuah ruangan seperti mini surau di dalam rumah itu. Dr. Atiqah bertanya kepada Rahimah tentang sakit yang dihidapinya: Berapa lama? Dari waktu bila ke waktu bila sakitnya? Dan bila masanya pula kesakitan itu beransur kurang? Semua dijawab lancar oleh Rahimah.
“Ada makan apa-apa pemberian dari orang luar ke sebelum puan sakit?” tanya Dr. Atiqah. Rahimah diam sejenak, sambil mengimbas peristiwa sebelum ditimpa musibah itu.
DUA TAHUN SEBELUM KEJADIAN
“Rahimah! Oi, Rahimah!” jerit Kak Kismi, wanita awal 40-an, jiran pintu dapur Rahimah.
“Ya, datang ni kak!” sahut Rahimah. Kenal benar dia dengan suara wanita itu. Lantas Rahimah membuka pintu dapur.
“Hah, keluar pun kau. Ini ha, akak ada masak pulut kuning dengan rendang daging ni, banyak pulak buat. Ambillah,” sambil Kak kismi tersenyum manis.
Petang itu bukan main gelojoh lagi Rahimah mengadap pulut kuning dengan rendang daging sendirian, tidak bersisa. Cepat-cepat Rahimah cuci bekas-bekas kak Kismi semua sebab takut suami dan anak-anak bertanya kenapa tidak ditinggalkan sedikit. Selepas dari peristiwa itulah keadaan kesihatan Rahimah mula merosot. Dia juga perasan, kak Kismi asyik bertanya kepada anak-anaknya sama ada dirinya sihat atau tidak. Tetapi tak pernah sekali pun kak Kismi menjengahkan muka melawat Rahimah. Tetap jugak Rahimah tidak menyangka yang bukan-bukan, kerana dia memang selama ini sangat baik dengan kak Kismi.
“Itu sajalah makanan orang luar beri yang saya makan, doktor,” jawab Rahimah setelah lama terdiam dengan ‘flasback’ beliau. Dr. Atikah cuma tersenyum dan meneruskan rawatan dengan meruqyah Rahimah dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak lama selepas itu, Rahimah termuntah dengan berbagai kotoran. Macam biasalah, rambut dan kaca sebagainya. Seksanya Allah sahajalah yang tahu. Badan Rahimah terasa lemah tetapi lega kerana rasa sakit di perutnya berkurang.
Di hujung rawatan Dr. Atiqah berpesan supaya mengamalkan surah-surah amalan yang diberi. Pesan Dr. Atiqah, sakit sebegini tiada siapa yang dapat membantu kecuali Allah dan juga diri sendiri. Sempat juga Dr. atiqah bertanya, apa yang Rahimah lakukan pada jirannya sehingga jadi begini? Kerana Dr. Atiqah dari awal sudah tahu siapa yang melakukan, cuma tak disebut nama sahaja.
“Saya tak pernah buat jahat dengan dia, doktor. Malah, kami memang baik berjiran. Tak pernah saya memburukkan dia,” ujar Rahimah.
“Tak apalah, Puan. Kita serahkan semua kepada Allah. Itu urusan Dia. Yang penting, puan pertingkatkan amalan dan bersihkan hati dari dendam.”
Selang beberapa minggu, keadaan Rahimah beransur pulih. Walaupun belum sembuh sepenuhnya, tetapi sakitnya tidak seteruk dulu. Dia juga mendapat khabar bahawa kak Kismi sakit tenat dan sudah dibawa ke kampung untuk dijaga saudara-mara, memandangkan anaknya cuma seorang. Lelaki pula. Suami Kak Kismi sudah meninggal dunia. Jiran sebelah rumah Rahimah beritahu yang kak Kismi meracau tentang Rahimah menuduh anak kak Kismi mencuri baju dan kasut jiran sebelah rumah kak Kismi. Rahimah terpinga.
“Bila pulak aku tuduh anak dia curi baju kasut jiran pulak ni?” bisik Rahimah dalam hati.
SEMINGGU SEBELUM DIBERI MAKAN PULUT KUNING DAN RENDANG DAGING
“Kau tahu tak Mah, kasut dengan baju anak-anak akak yang disidai dekat luar tu semuanya asyik hilang aje! Geram betullah akak. Siapalah yang jadi maling, kerja nak mencuri barang orang je! Ingat akak dengan abang kau cop duit ke, asyik nak mengganti barang anak-anak yang hilang tu? Bukan barang anak-anak akak je, rumah jiran yang lain pun ada yang hilang!” marah kak Salwa, jiran bersebelahan dengan kak Kismi.
“Akak cubalah tanya kak Kismi. Mana tahu dia tahu atau ternampak siapa yang mencuri barang anak-anak akak tu? Kan dia sebelah rumah. Lagipun, dia selalu ada dekat rumah,” kata Rahimah.
Pada petang tersebut, kak Salwa dan kak Kismi bertembung ketika masing-masing ingin mengangkat jemuran.
“Kau tahu Mi, si Rahimah tu menuduh anak kau curi barang-barang jiran yang hilang tu. Aku sajalah menyembang dengan dia pasal hal hilang-hilang barang tu. Laju aje dia suruh aku tanya kau. Yalah, katanya anak kau si Haikal tu bukannya kerja. Pemalas. Itu yang mencuri nak dapat duit senang dan cepat, katanya!” kata kak Salwa, menabur fitnah tanpa memikirkan apa akibatnya.
“Tunggulah kau, Rahimah. Aku buat baik dekat kau selama ni, kau balas dengan fitnah pada anak aku ya?” bisik dalam hati kak Kismi sambil mengetap gigi menahan marah.
TAMAT
TQ GUYS SUDI BACA STORY SAYA. KALAU TAK BEST MAAF DIPINTA. NEXT TIME CUBA PERBAIKI.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sedapnya pulut cicah rendang ?
nice story kak! baru sempat baca. dari tadi dok tatap gambar pulut dengan rendang tu je. btw, nama kak kismi tu unik. kiss me? haha gurau. teruskan menulis kak. Empat bintang!
Haha..sebut je kismi terus teringat tentang gula² kissme..
aku pulak teringat coklat kisses. ahahaha
Tapi untung juga suami dia..bila sebut je nama isteri dia..mesti suami dia kena kiss kan..haha
tu memang nama orang jawa dik.. huhu.. act tu nama sebenar.. bukan nama reka-reka.. pengajaran nya janganlah melagakan orang.. sampai menyampai.. jangan suka sangat dapat makanan dari orang..
X tahu pula writer adalah mami..hehe
Nice story..and the most important is the moral value..
Nanti mami up lagi cite lain..sebab best
insya-Allah nnt mami up lagi.. tengah bikin lagi ni.. sabar ye dik..tq tau baca..
Ok mami..RC memang sabar orang nya..hehe
You’re welcome..
muah cayang rc.. wkwkwkw
Cayang mami juga..mami²..minta duit 1 linggit..mau bili cuklat..hahaha
hahaha.. singgit je.. nah 50sen budak2 tkleh ajar pegang duit banyak..
Uhuk²..RC nak beli coklat kisses lah mami..mana cukup..
maaf kak bukan niat nak main2 kan nama tu. gurau je. itulah, hati dan niat orang ni kita takleh nak duga. thank you atas perkongsian kak.
eh kak mami tak kisah pon.. mmg kak mami pon gelak mcm kismis pon ada
hai awak
ko hai kat sape ni fafau hahaha
alaaaa aku nak bercakap sopan dgn ko pun susah lah hahahahaha
Kann aku tgok gmbar aku terliur dowh hahaha
mmg btul la tajuk die..
sebab tu je??
astaghfirullah..minta dijauhkn drpd fitnah n org2 mcm kak kismi n kak salwa…
bez..
citer la lagi.
admin….sdp btul pulut lam gmbr…tgh lapar ni lam jem..huhu
Tak sempat jadi first ?.
Ok lah tu komen ke-3..tahniah..haha
Mulut kalau tak dididik macam gini lah. Yang tak bersalah jadi mangsa. Apa2 pun, balasan itu pasti.
Btw, best. Nah 5 ?
wah tq aida.. lapo bintang ni..
Laaa kak mami ke writer nye? Wahh ada bakat kak. Next story please.
aah kak mami yg tulis.. hehe saba ada lagi nnt kak mami submit okeh syg!
ermm …
terbayang pulut ngan rendang
Petang tadi aku cari pulut…
Bukan melayu sejati la kalau xbuat fitnah dan dengki nak lagi sejati main hantu setan
Aku sokong ckp ko tuuu… banayk sangt hal mcm ni berlaku
Ni lah masalahnya orang melayu. Tak usul periksa main hentam hantar santau sihir segala. Pergi je lah tanya sendiri kebenaran tu. Suka sangat pakao agak agak dan lurus pembaris besi percaya cakap orang.
Mak aku da pesan banyak kali.. Kalau nak makan usaha untuk dptkan sndri.. Jgn terlalu percaya pada orang d sekeliling..
boss aku kalau x ubah prangai hantu baham makanan orang tu.. Mmg senang kena la apek tu
Nenek RC tu..hehe
Bila kau nk dtg jumpa nenek kau?
Bila nenek dah siap kan biskut untuk RC..hehe
tq singkong sudi baca story kakmami.. komen kat cite sendiri kira mungkir janji jugak tak? haha
Kakmami knpa lama sunyi? .. Aku x tau pun ni setori kak mami.. Tp mmg best la.. Ptut la sunyi da jadi writer juga..
Semua da jd writer ni.. Rasa tercabar pula diri ni..
Haha
BTW da baca setori Syaitan Camellia?
Tunggu apa lagi ayah..buat lah setori syeram ayah..hehe
Kau tunggu anakku.. Sabtu nnt ayah post setori tu.. Haha
Ok ayah..anak mu akan menanti setori mu.. hehe
yg pasti akan submit hari sabtu.. sabtu bila tu yg x pasti.. haha
Bagus..ayah..hahaha
caiyoj singkong buktikan kita bukan hanya pandai merapu!
Singkon mana cite ko aku nk baca
So far aku x de cerita seram la CN..
Bak kata pepatah.. Syaitan/Jin suka pada yg cantik2 sja..
Paham2 la kenapa pengalaman seram tu x de.. Haha
Haha singkong ko cerits tentang diri ko pon cukup seram dah ahahahah
hahaha.. kalau mcm tu aku submit setori pasal aku je la CN.. haha kau kena janji akan bg 5 bintang.. haha
kak mami yang tulis cite ni.. kak mami baca cite juju.. gelak nak gile.. hahaha
Hmm….dah nama pun Manusia!
Betul la fitnah tu lg teruk dari membunuh.
Awal da best….tp ending mcm cut short pulak….mcmana Rahimah boleh tahu kak mah ckp mcm tu kat Kak kismi?…. Apa jd dgn kak Kismi yg tiba2 tenat?… Rahimah balikkan sihir ke? Apa jadi kak kismi? Meninggal ke…sembuh ke…dah bermaafan ke?…kenapa kak mah tu ckp mcm tu kat kak kismi?…sebenarnya dia la dengki kan?…kak mah tu apa jd dgn kehidupan dia?
rahimah tahu sebab kak kismi tu ada berceritan dengan jiran yang lain and jiran yang lain tu bagitahu dekat rahimah.. kak kismi dah lama meninggal.. lepas rahimah sihat about 6month dia meninggal.. kak salwa cakap macam tu bukan sebab dengki.. sebab perangai dia memang macam tu.. dia suka menambah cerita untuk dijadikan bahan cerita dikala bosan.. tapintak sangka pulak sampai tahap tu jadinya.. rahimah tak balikkan sihir.. mungkin da sampai masa dia sakit.. and meninggal.. Allah saja yang tahu.. ending dia mcam anti klimaks eh.. sorry la.. kakmami pedih mata asik ngadap pc.. tu jadi camtu.. sorry sangat..
The hell..fitnah = melayu memang berpisah tiada..by the way..nice
Nice…citer lah lagi klau ada citer mistik lain?
insha-Allah mat poyo next time kakmami tulis lagi ye.. banyak lagi cerita.. belum ditaip je lagi.. dah lama tak menulis berat sikit nak olah jalan cerita supaya orang faham.. salah olah kang tak sampai pulak.. thanx sudi baca
Tak leh jadi ni..sabtu ni nak masak pulut kuning dan rendang lah..terliur tgk pic..cita best..tp kesian jenuh berubat sana sini..
Sebab tu je ke? Hm. Mulut manusia memang takkan pernah dapat kita tutup. Makcik makcik bawang mmg mcm tu hahaha so, yg batu api si salwa ke?
Hm. Asal sedap sangat pulut kuning tuuuuu? terliur tengok
ff tu la tajuk kakmami letak sebab tu je ke? hehe.. haaa batu api salwa la.. sebenarnya dia yang nak menuduh anak kak kismi.. tapi dia gunakan nama si rahimah
ohh patutlahhhh. huhu mulut manusia mana dapat kita tutup.
Semua perasan bab pulut tu ek hahaha mmg aku tgok pulut tu aku dh terliur. Admin ponnn buatlah yg nmpak seram sikit
hahahahhahaha aku rasa lapar jeee. tak rasa seram hahahahahaha jom lah CN kita pekena pulut kuning hahaha
nas ko buat anto kat aku
Nnt kak mami tulis lg tau… Rindu nak tgk kak mami berkomen komen lg… Dgn kak yulie skali… Tp, hmmm.. Sedihla…
haha dik isyaAllah .. ada jugak yg rindu kak mami ye.. terharu ni.. ada cite kak mami tengah tulis.. panjang sangat.. dalam sehari -dua lagi siap kot? hehe.. malas nak sambung2.. buat one shot terus.. love u adik gemok pendek comey..
Gambar tu em buat aku lapar balik , tapi cerita dia serius best !!
Aje gilaaa. Cerita mmg geram baca tpi tgok makann huh!!! Selera huhu
Nak komen duluu…
Mak ngidam ni.. kongasam pnye gmbar..
Lapoo denn..
Nk wat pakai air tgn sndri jemuu..
Aihh2.. kena balik kg la ni mnx abah buat..
Kite kasi rate dulu ..
Jap lagi kite bacee..
Petang tadi juga aku cari pulut. Mak aku tnya nak bagi jin mana makan x memasal mintak pulut
Ape pnye soklan la mak ehkau ni nasa ??
Asal cari pulut kuning jer jinn..
Asal jin jer pulut kuning.. heheh..
Tp swear laa.. sedaappp weyhhhh…
Aduhaaaiiii..
Pulut kuning.. cicah sambal ikan bilis
Or kari ayam kaw2 pnye.. aduh2…
Abahhh.. tlong la ank mu.. ngidam suda baini..
kesian kalau dapat jiran yg suka tabur fitnah … Kenapalah nak sihir berbagai tak boleh ke buat cara gaduh makcik² dulu tarik rambut ke ? Koyak baju ke?
Zaman moden la ni semua pakai ilmu hitam kan
Aduihh.. Semoga kita dijauhkan daripada orng yg jahat macam ni.. Banyak cite org kene sihir kat FS ni jadi takut pulak nak bersosial in real life
amboi nama kau buat aku rasa nak makan pizza je huhu
Dah pergi makan ?? ? ape yg terlintas tulah jadi nama
hhahahahaa belum lagi. nanti aku call PHD ?
Teh delivery apa nombornya?
pm tepi for more details
Bak nombor wassap.haha
datang lah sini sambil pekena teh secawan hahahahahaha
PhD lawak lawak .. ? tolong orderkan untuk sy sekali .. Kasi dalam mimpi .. Nanti tidur boleh makan ?
Harap dijauhkan drpd manusia macam tu.
Sebab tu kena amalkan ayat2 al-quran utk pedinding diri dari kejahatan manusia, syaitan dan jin.
Siapa yang tulis ni?
Baik betuk bahasanya
#respect lah
Rate 8/10
bila juju puji kak mami.. kembang idong wehhh! tq juju syg!
Kak Mami ke yang tulis?
Power rupanya!
Whuhuu Salute lah!
aah juju.. kak mami wrote cite ni.. bosan lah juju sejak tak mengomen tu yang taip cite.. juju btw cite kau buat kak mami gelak guling.. memang part lelaki berhoodie tu da agak si faz.. aku tebayang dp first dia pakai.. ada lagi tak? best cite lawak seram kau.. takdelah hambar.. kak mami serius punya cite bleh la nak tulis.. lawak takut orang cakap hambar.. haha..
haha. cerita saya tu suka-suka je kak. Nasib baik si Faz tak marah jadikan dia watak antagonis.huhu
Alah.. Kak Mami komen pun dah kelakar…mestilah pandai buat lawak,hehe..
kak mami tak pandai lawak bertulis.. spontan reti la.. kalau bertulis ni idea kena banyak.. kalau tak nnt org baca tak gelak jadi annoying.. tpi kenapa tak selit kak mami dalam cite ko.. dapat jadi lampu umah ko gn medi pon okay dah juju.. sedih kak mami..?
hmm fitnah dah satu hal. main percaya je pun dah satu hal.
Mulut orang memang boleh bawa binasa. Mintak jauhlah.
Fitnah berjela2 tu belom kene pelempang maut sekali
mulut puaka
kemas! takziah buat pn. Rahimah, speedy recovery 🙂
puan rahimah dah okay skang.. cucu bederet dah! hehe
Terbaik cerita. Pengajarannya, hapuskan sifat makcik bawang dlm dunia ni. Mengumpat dan memfitnah, x mendapat di dunia ni, padang masyar kem salam.
Susah nak hapus tgok kat sekeliling rumah mcm menjadi2 pula
sedapnyaaaaaa rendang daging.
lain dicerita lain disampai….dulu jadi baik sekarang dah bermusuh sampai menyantau ….geram betol
Kerana fitnah..
Macam biasa story dari Nas memang tak mengecewakan.teruskan berkarya ses Nasa ?????
Eh aku salah tempat komen lh ahahahaha malunyaaa ?
*Larikkkkkk nyorokkkk jap
ngko ni dah kenapa ahahaha
Dia rindu aku tu armyyyy. Nak harap ko rindu memang x lahh
Yalh Nas,rindu sangat kn ahahaahaha aku malu lh adoiiii
Ko jgn tego lh armyy..buat2 tak nampak je lah
malunyaaaa ahahahahaha
ahahaha okay baiklah aku tak nampak. emmm
? armyy ?
Aurora… hahahaha tekejut aku. Bila masa aku buat cite ni. Makan rendang aku sukalah hahahah
Ahahaha lepas aku post komen baru aku perasan aku salah tempat komen ne Nas ?
Maira baca sebab
1) nama writer ni dah dekat dah ngn nama Maira
2) pulut tu….. adehhhh
Kak Mami!!!! ailebiu kak.. hahahah bestnye cerita. Tak sangka kak mami simpan bakat dalam dia.. post lagi next story tau!!!
*sufiey humaira tu nama anak kak mami yg sama comel ngn maira kan?kan?kan? hihih
Nama anak sedara aku maira rahimah. Sedap nama maira. Aku byangkan org dia putih. Haluss fulus lemah lembut. Tinggi comel.
halahh kak nas.. cakap je yg kak nas nak puji Maira.. kan?? hihihih
nas yg ko bayangkan tu betul.. anak aku yg nama sufi h ni mmg putih.. tinggi utk budak mmg tinggi.. n dia paling cantik antara anak2 aku.. hidung mancung muka mcm cina.. n she survivor sbb aku dulu tanak dia masa peknen n aku buat mcm2 sb tanak dia.. tapi percaturan Allah laginhebat dia lahir sempurna dan kuat.. dia sgt special di mata aku..now dia dah besa n lincah..
ye maira.. nama anak kak mami.. kan comey mcm maira sbb tu kak mami syg maira banget!!
tQ kak mami.. heheee tambah lagi orang yg sayang maira.. abg singkong jangan jeles ea… hihih
takkan singkong nak jeles .. hehe.. ❤️
hahaha dia tu kak mami.. bukan boleh dipercayai…
pandai kau becerita. mudah nak paham. share lagi cerita.
Betul betul, share lg cerita. Hai Zuri Mayang, i suka cerita you weh best gila.
wahhhh zuri wehhh dok komen aku.. btw cite mayang ko lagi mantap.. aku bedebor tau baca.. aku nak lagi story kau!
Jenis jiran macam ni yg takboleh buat kawan ni, jahat gila.
Sufiey Humaira, penyampaian cerita dah best. Rajin rajin la kongsi cerita lagi ye.
insya-Allah lina kak mami tengah usahakan.. dah taip anak asik delete je.. dah kena taip balik jadi lambat.. hehe tq lina for your support
Sedap nampak pulut kuning tu.
tapi mulut kak kiah tu patut kena cili.
spin 360 darjah statement orang.
Kalau boleh saya nak no ust dan ustzah tu boleh?
nn kak mami usahakan okaeh yunk..
bahaya dunia sekrng ni.lain dicakap lain disampai..xpasal pasal kena sihir..moga kte dijauhkanla..
pergghhhh . hanimadu . retis ni.
walaupun cara penceritaan simple, tapi best. sng paham
tq hemohhemoh..
Ada mulut tu sampaikan lah benda yg baik2
kesian kak Rahimah 🙁
Kerana mulut sahabat boleh jadi musuh
makcik2 bawang la ni..bergosip kerja haha
Amboi Kak Salwa, mulut tu memang mintak kaki. Sebabkan si batu api tu la jadi gaduh tak memasal. Yang si Kismis tu pon satu. Percaya bulat2 segiempat kata jiran dia tu. Tanyala dengan tuan punya badan dulu. Itu pon nak kena hajo ker bongok?
Yang aku emosi sangat ni dah kenaper?
geram kan! tq baca story kak mami
.
Lupa pulak aku bagi bintang.
Jahatnya si Salwa tu menabur fitnah. Kesian Rahimah ??
“Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu seorang fasik yang membawa suatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan” [Al-Hujurat:6]
Lain kali,kalau sesuatu berita disampaikan,maka selidikilah dahulu untuk menentukan kebenarannya.Jangan sampai berlakunya fitnah yang akhirnya akan membawa padah.Nasihat ini adalah untuk saya dan semua.Ambillah ikhtibar melalui cerita ini.?
Fastabiqul Khairat!☝️?
👍
ala tamat dh tgh syok baca, patut pjgkan sikit lagi
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
not bad.tapi ade peringatan dekat situ. good job. teruskan berkarya