Sekumtum Mawar Putih

Assalamualaikum kepada para pembaca FS. Terima kasih sebab publish ni cerita. First, panggil ja saya alien sebab saya misteri. Ini cerita berdasarkan kisah benar seseorang yang diubah wataknya sebab dia tak mau famous.

– Sekumtum mawar putih

Part 1

“Huh bosan tahap gaban betul oo malam ni. Online facebook la kalau begini.”

Martinus menghela nafas panjang. Kebosanan jelas terpancar di wajahnya. Dia pergi mendapatkan laptop dan menghidupkannya. Dia segera membuka laman sesawang facebook-nya.

“Wah! Ada sumandak cantik online pula malam begini.”

Martinus melihat salah satu nama yang akan menjadi mangsa cintanya. Matanya tertumpu pada satu nama akaun facebook iaitu Marcella John. Dia segera memulakan perbualan bersama perempuan itu.

“Hai sumandak.”
“Hai juga. Kenapa?”
“Mau kenal ba. Buli ka itu?”
“Okey buli ba kalau kau.”
“Saya Martinus, 20 tahun, Keningau. Kau pula?”
“Saya Marcella, 19 tahun, tinggal Ranau.”
“Nanti saya chat kau lagi. Saya mau modop dulu ni.”

Martinus menekan butang ‘shut down’ pada laptopnya. Dia meletakkan laptop di atas meja lalu merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Rasa gembira berbunga di lubuk hatinya setelah berbual dengan perempuan itu. Dia tahu bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Marcella walaupun tidak mengenalinya. Memang benar cinta itu buta. Dalam beberapa minit, dia sudah melelapkan matanya dan lena dibuai mimpi bersama para pembaca.

***********************

Keesokan paginya, Martinus bangkit dari tidurnya dan terus mendapatkan laptop dan menghidupkannya. Dia tidak sabar untuk berbual bersama Marcella. Dia melihat nama Marcella John sedang dalam talian. Senyuman mesra terukir di bibirnya. Dia pun memulakan perbualannya.

“Hai Marcella.”
“Hai Mar.”
“Saya ada mau bagitau kau ba ni Marcella tapi saya takut kau reject saya pula.”
“Bagitau ja ba. Tidak juga saya reject orang ni.”
“Saya sebenarnya suka kau ba ni.”
“Haha betul ba? Macam tidak percaya oo.”
Kenapa pula?”
“Saya ni punyala bida, kau tu hensem. Tidak ngam ba kita ni.”
“Saya tidak kisah tu semua pun. Kau terima saya ka ni?”
“Hmm okeyla tapi kau tidak buli curang sama saya.”
“Haha okey. Saya setia ba ni.”

Martinus mengimbau kembali kenangan manis yang pernah berlaku pada dirinya. Akan tetapi, kenangan itu tidak akan berulang lagi kerana kekasihnya curang dan berpindah ke Sarawak bersama teman lelaki barunya. Sekarang, dia terpaksa menempuh cabaran hidup seorang diri kerana kekasihnya telah pergi meninggalkannya. Hari demi hari, dia digigit kesepian yang amat menyeksakan. Kini, dia tidak akan mudah percaya pada cinta dan lebih suka termenung sendiri. Walaubagaimanapun, dia tetap dengan perangainya yang seperti kebudak – budakan.

Kring! Kring! Kring!

“Eh sapala call ni? Mau famous kena intro pun tidak buli ba.” Getus hati kecil Martinus lalu menjawab panggilan telefon tersebut.
“Hello. Apa ba kau call pagi – pagi ni? Kacau ja saya mau famous sini.”
“Hey gobuk. Sekarang tengah hari sudah. Mana kau ni? Bilang mau keluar jalan kunun tapi tiada pula kau sini. Saya dekat shopping mall sudah ini.”
“Saya sedang mandi ba ni. Kau sabar buli ka?”
“Hey gaman. Kau bilang hari tu mau jalan jam 10 pagi kunun tapi sekarang ni jam 12 tengah hari sudah. And adik saya tia mau ikut sebab ada kerja mau buat kunun.”
“Ba tunggula saya mandi dulu.”

Martinus mematikan perbualannya bersama kawan baiknya iaitu Christy. Christy ni adalah anak orang kaya, ada kembar perempuan bernama Charly, stylo, bae Martinus dan cantik melecun. Dia berketurunan dusun cina mix Thailand mix Eropah mix koko. Berbalik kepada cerita, Martinus menggapai tuala mandinya dan segera menunaikan hajatnya di dalam tandas.

Soal sumandak susah mau berabis,
Ayat – ayat jiwang sampai kredit pun habis,
Bila ditanya bila kita mau tunang,
Garu kepala sakut bukan kepalang.

“Oi Martinus!!! Ada orang panggil kau itu. Cepatla kau mandi. Tia payah mau nyanyi dalan tandas. Nanti ada hantu suka sama kau.” Jerit mama Martinus dari tingkat bawah rumahnya.
“Eee mama ni kacau ja saya mau testing vocal saya yang merdu ni.” Getus hati kecil Martinus.
“Ba palan. Saya mau mandi dulu bilang sana tu orang.” Jerit. Martinus pula.

Martinus segera menyiapkan urusannya di dalam tandas. Dia mengeringkan badannya menggunakan tuala mandi. Kemudian, dia memakai pakaian berjenama Yeezys dan menggantungkan tuala pada penyangkut baju. Dia menghayunkan kakinya menuruni anak tangga. Dia ternampak seseorang yang dikenalinya iaitu Christy lalu dia menegurnya.

“Oi Christy, apa kau buat di sini? Bukan kau dekat shopping mall sudah ka?” tanya Martinus.
“Hahaha saya tipu kau ba tu. Saya sengaja ja bilang saya di shopping mall supaya kau tidak buang tabiat.” Balas Christy mengejek Martinus.
“Eee bikin panas oo. Saya ingat tadi peminat saya yang cari saya tu.”
“Hahaha siow ba. Jomla jalan.”
“Yala jom.”

Mereka mematikan perbualan di situ lalu keluar dari rumah. Mereka masuk ke dalam perut kereta hilux milik Martinus lalu dia menghidupkan enjin keretanya itu. Martinus segera memandu keretanya ke Bandar Keningau. Jarak dari rumahnya ke Bandar Keningau mengambil masa 1 jam 30 minit. Hanya orang yang tinggal dekat area sook ja tahu ni. Dalam perjalanan itu,

“Mar, kau okey ka lepas kena kasi putus oleh ex kau tu?” tanya Christy.
“Haha kau rasa? Orang yang berada di situasi sama ja tau apa perasaan bila di kasi putus. Hancur pedih semua ada geng. Janji palsu betul oo dia tu.” balas Martinus dengan nada marah.

“Na tu la kau percaya sangat sama orang. Saya sudah kasi nasihat supaya jangan bercinta sama dia tapi kau degil juga mau bercinta. Kalau kau mau tau dia tu sebenarnya playgirl tahap bikin panas.”
“Macam mana kau tau dia tu playgirl kunun? Ada dia bilang ka sama kau?” tanya Martinus pelik.
“Begini ba itu cerita dia, saya pigi ranau tu hari. Saya ternampak pula dia sama satu lelaki berpegangan tangan. Saya ingat tu lelaki kau tapi bukan. Lagipun kau ni jenis tidak mau pegang tangan bila dating. Jadi saya tau tu bukan kau. Saya pigi tegur dia tapi dia bilang dia tidak kenal saya. Jadi saya pun coverline yang saya ni kawan kepada lelaki tu. Kau mau tau apa dia bilang?”
“Ba apa? Sambung ja ba cerita kau tu.”
“Ex yang kau cinta sangat tu bilang jangan kacau lelaki tu walaupun sebagai kawan atau saya akan hantar sihir dekat kau. Saya pun pigi la tinggalkan mereka. Macam itula saya tau kau punya ex ni playgirk dan bikin panas.” jelas Christy.
“Kau tidak takut ka kalau dia pigi hantar sihir dekat kau?” tanya Christy lagi.
“Buat apa juga saya mau takut? Kalau dia hantar sihir, saya kasi hantar dia penampar. Ngam betul tu sama dia.”
“Ba janganla emosi sana. Fokus memandu. Nanti saya juga yang tampar kau sampai tersadai di pokok getah sana.”
“Ba kau may pigi mana ni? Kompleks sukan?”
“Mana – mana ja yang siuk. Saya mau modop.”

Christy melelapkan matanya kerana dia kepenatan menunggu Martinus mandi manakala Martinus dibiarkan keseorangan memandu. Dalam beberapa minit kemudian, mereka telah tiba di Bandar Keningau. Martinus berhentikan keretanya di tempat parking kereta di sebuah kompleks beli – belah. Christy pula masih dalam lena dibuai mimpi indah.

“Chris, sampai sudah ni tempat favourite kau.” kata Martinus mrmbangunkan Christy.
“Huh? Mana sudah kita gaman? Pizza hut ka sudah?” jawab Christy dalam keadaan mamai.
“Bangun ba kau. Kalau tidak saya kasi tinggal kau sini. Biar kau kena ngurat oleh orang gila sana.” tegas Martinus.
“Sabar ba. Mengantuk saya geng tunggu kau mandi.”

Christy bingkas bangun dan memakai topinya. Dia juga sempat berdandan sebelum keluar dari perut kereta. Martinus mematikan enjin kereta dan keluar dari perut kereta diikuti juga oleh Christy. Mereka melangkah ke pintu utama pusat beli – belah lalu masuk ke dalamnya. Mereka lepak di Restoran Mekti. Martinus memesan makanan di kaunter Restoran Mekti manakala Christy menunggu duduk di kerusi sambil leka bermain dengan telefon pintarnya. Beberapa minit kemudian, makanan yang Martinus pesan sudah siap. Dia mengangkat makanan itu dan berlalu pergi ke meja Christy berada.

“Oi sudahla kau main tu fon. Ambil ni makanan kau ni.” tegas Martinus.
“Ala janganla ba marah gaman. Tak comel ba.” ejek Christy.
“Nah ambil ni makanan kau.” kata Martinus sambil memberikan makanan kepada Christy.
“Thanks my bae.” balas Christy.
“Eee mau muntah oo saya.” gurau Martinus.
“Tia payahla kau mau muntah sana. Saya lagi mau muntah ni tingu tu perempuan tingu2 kau.” balas Christy sambil memuncungkan bibirnya ke arah sekumpulan perempuan yang duduk sebelah mereka.
“Hahahaha.”

Muka Martinus bertukar merah padam. Dia berasa malu di perkatakan begitu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia memasukkan cebisan ayam ke dalam mulut dan mengunyahnya. Begitu juga dengan Christy. Mereka menikmati makanan yang terhidang dengan seleranya. 15 minit telah berlalu, mereka telah siap menghabiskan makanan mereka lalu mencuci tangan mereka. Mereka beredar dari Restoran Mekti dan berkunjung ke kedai baju yang berhampiran. Christy masuk ke dalam kedai itu manakala Martinus hanya menunggu di luar kedai memerhatikan gelagat para pengunjung. Tiba – tiba, dia ternampak seseorang yang diknalinya berdiri memerhatikannya. Orang itu adalah Marcella!

“Hmm apa dia buat di sini? Bukan dia usdah pindah pigi Sarawak ka? Kenapa pula muka dia tu sedih semacam?” monolog Martinus sendiri.
“Booo!” kejut Christy.
“Arghhh!” Martinus menjerit halus.
“Hahaha menjerit macam perempuan.” ejek Christy.
“Eee kau ni. Mau jatuh tergolek saya punya jantung oo.”
“Hahahahaha.”
“Kau ada nampak ex saya Marcella ka tadi?” tanya Martinus.
“Bukan kau bilang dia pindah Sarawak sudah ka? Kenapa pula dja ada di sini?” tanya Christy pelik tanpa membalas pertanyaan Martinus.
“Mana saya tau. Kalau kau tidak percaya saya, kau tingu tu.” balas Martinus sambil menunjukkan Christy ke arah Marcella berada tetapi Marcella tiada di situ.
“Tiada juga tu gaman.” kata Christy.
“Saya nampak oo tadi.”
“Dia rindu kau ba kali tu. Tu la nampak dia.”
“Hmm mungkin.”
“Yala. Jom balik.”
“Awal juga. Lepak tingu movie la ba dulu.”
“Siow aa gaman. Saya kena suruh balik awal ni hari. Nanti tu daddy saya marah.”
“Yala jom.”

Mereka segra berlalu pergi ke tempat parking kereta. Mereja mendapatkan kereta hilux milik Martinus dan masuk ke dalamnya. Martinus menghidupkan enjin keretanta dan berlalu pergi dari situ. Dia memecutkan keretanya ke Sook.

“Mar, saya ada something mau bagitau kau ba ni.”
“Apa juga?”
“Saya sayang kau.”
“Eee merepak saja kau ni.”
“Hahaha ba saya mau modop dulu kejap aa.”
“Hehe saya bawa kau ni pigi satu tempat.”
“Ba palan.”

Christy melelapkan matanya dan Martinus ditinggalkan bersendirian lagi. Dia memandu keretanya sehingga tiba dia perkarangan rumah Christy. Dia membangunkan Christy yang sedang lena dibuai mimpi.

“Sayang bangun.” gurau Martinus.
“Hmmm.” respon Christy.
“Oii bangun!! Bapa kau marah sudah oo!!.” jerit Martinus di telinga Christy.
“Ha? Mana bapa saya? Mana sudah saya ini?” tanya Christy dalam keadaan mamai.
“Hahahaha.”
“Eee kau ni kan.”
“Ba turun cepat. Sampai sudah rumah kau.”
“Yala thanks kio hantar saya.”
“Haha no problem.”

Christy turun dari kereta dalam keadaan mamai. Dia melambaikan tangannya ke arah Martinus. Martinus melemparkan senyum mesra yang terukir di bibirnya sambil melambai ke arah Christy. Dia memandu keretanya ke rumahnya. Semasa perjalanan ke rumahnya, kelihatan awan hitam berarak ditiup angin menandakab hujan akan turub sebentar lagi.

“Yea ngam ni tidur waktu begini ni.” getus hati kecil Martinus.

Tidal lama kemudian, Martinus sampai di perkarangan rumahnya. Dia meletakkan kereta di tempat parking kereta. Dia mematikan enjin keretanya dan keluar dari kereta itu. Dia menutup pagar rumahnya dan berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Martinus…. Martinus….

Tetapi dia menghentikan langlahnya sebaik sahaja dia mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh ke belakang untuk mencari sumber bunyi itu tetapi tiada sesiapa di sana. Dia berasa gelisah bercampur takut. Dia berlari anak masuk ke dalam rumahnya. Dia berasa lega kerana dapat masuk ke dalam rumahnya tanpa sebarang gangguan. Dia melangkah menaiki anak tangga dan masuk ke dalam biliknya. Setelah dia masuk ke dalam bilik itu, dia berasa pelik apabila…..

Bersambung….

Alien

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Sekumtum Mawar Putih”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.