Semangat kawasan marah

Assalamualaikum

Terima kasih FS kerana publish cerita aku ini. Kisah ini berkenaan pengalaman seram aku dekat salah sebuah Kolej Matrikulasi di selatan tanah air kita ini ketika belajar di sana sekitar tahun 2011.

Kolej Matrikulasi tersebut memang terkenal dengan kisah-kisah seram kerana kedudukan dia yang strategik iaitu terletak berhampiran kaki Gunung Ledang yang kita semua tahu akan mitos atau lagenda Puteri Gunung Ledang. Oleh kerana kedudukannya itu, Kolej Matrikulasi ini terkenal dengan “kekerasan” dia sebab banyak kes gangguan serta penampakan yang dilaporkan pelajar-pelajar di situ.

Aku sendiri selalu kena kacau dalam bilik aku setiap kali aku tidur seorang diri seperti bunyi kerusi belajar kawan aku ditarik dan bunyi bising di katil dia padahal aku tidur seorang diri. Aku bukanlah nak cakap yang aku ni seorang yang berani tapi aku tiada rasa takut yang sangat setiap kali aku kena kacau dan aku hanya buat tak tahu saja. Kes histeria tu tak payah cakap la, sangatlah kerap berlaku dan pelajar-pelajar kat situ pun dah macam tak kisah dah sebab terlalu kerap. Ok tapi itu bukan cerita yang aku nak kongsikan disini , tetapi satu kisah yang bagi aku seram dan pelik yang terjadi dekat diri aku sendiri.

Al-kisahnya, roomate aku ni seorang budak masjid jadi sebab itulah dia selalu tiada di bilik sebab dia suka tidur di dalam masjid matrikulasi tersebut. Dia selalu ajak aku dan rakan-rakan lain untuk mengulangkaji sekali di masjid dan selalunya aku akan termakan ajakan dia dan ulangkaji sampailah lewat malam dekat masjid tersebut. Nak dijadikan cerita, satu malam ni tak ramai yang study dekat masjid dan time tu aku, jep (bukan nama sebenar) dan roomate aku tu je yang tinggal dalam masjid sebab budak-budak lain semua dah masuk bilik untuk tidur.

Jam tak silap aku time tu dah masuk pukul 3 pagi jugak lah. Aku time tu dah mengantuk jadi aku ajak la roomate aku dan Jep ni balik bilik. Roomate aku cakap dia balik lambat sikit sebab nak siapkan kerja jadi aku dengan Jep je beredar dulu. Aku dengan Jep ni kira jiran bilik dan kami tinggal dekat blok A. Jarak blok kami ke masjid tu dalam 200 meter saja. Sepanjang jalan kaki balik bilik tu aku dengan jep terpegun dengan keindahan langit malam yang penuh bintang dengan bulan penuh di langit. Langit malam tu sangatlah indah dan tenang so aku fikir kompem lena tidur aku (ok takde kena mengena) hehe. Tapi perkara pelik start berlaku bila kitorg sampai kat tangga kolej untuk naik ke bilik kitorg di tingkat 2.

Tiba-tiba angin yang kuat bertiup dan cuaca seakan hendak ribut taufan yang sangatlah kuat. Aku tak pelik lagi sebab mungkin angin lalu je kot tu. Sampai dekat bilik aku tengok langit sangatlah gelap tak nampak langsung cahaya bulan dan bintang yang aku percaya tak sampai 2 minit lepas aku dengan Jep dok puji keindahannya. Aku dah mula rasa tak sedap hati lalu aku pergi ke bilik Jep. Seakan memahami, Jep pun tak tutup pintu bilik dia macam tahu yang aku akan datang ke bilik dia. Dia pun rasa tak sedap hati dah. Kitorg dok bincangkan perkara ini dan pada masa tu, tetiba ada satu susuk tubuh muncul dekat depan pintu bilik Jep yang masih terbuka itu.

Roomate aku rupanya baru balik daripada masjid tetapi muka dia sangatlah tak tenang, gelabah, dan macam ketakutan sikit. Oh lupa nak cerita, roomate aku ini adalah mendalami ilmu perubatan islam ni sikit jadi dia macam boleh kesan kehadiran benda-benda paranormal ni. Kebanyakan kes histeria kat kolej jugak dia mestia ada memberi bantuan di tempat kejadian. Ok sambung cerita, dia sembang dengan kami cakap yang dia tak sedap hati dan ajak kami temankan dia ke masjid sebab dia cakap nak laungkan azan.

Tapi aku sorang je yang temankan dia sebab Jep ni bukan jenis percaya sangat benda-benda tahyul ni dan dia nak tidur sebab cuaca macam ni best tidur. Jadi aku dan roomate aku berdua pergilah ke masjid. Keluar daripada bilik Jep je, aku perasan macam ternampak sesuatu seakan bayangan yang besar dan tinggi di hujung koridor aras 2 tu pastu dalam sekelip mata hilang. Angin pada masa itu sangatlah kuat sampaikan pokok-pokok besar pun melambai-lambai macam belon udara dekat stesen pam minyak tu. Sepanjang perjalanan ke masjid, aku tengok banyak daun gugur berterbangan. Langit pulak sangatlah gelap tapi tiada tanda hujan akan turun sebab selalu kalau nak hujan, mesti akan ada hint dulu dengan awan mendung berarak pastu rintik-rintik hujan akan turun sikit tapi masa tu, hanya langit manjadi gelap dan angin yang sangatlah kuat bertiup. Sesampai di masjid, roomate aku cadang nak azan melalui speaker tapi aku bantah sebab nanti orang ingat azan subuh pulak padahal baru jam 3 pagi.

So dia pun pergi ke tengah dewan solat dan azan sekuat hati dia. Aku hanya duduk di tepi dia sambil masih berasa bingung dengan benda yang terjadi dengan sekelip mata ini. Habis je roomate aku azan, angin pun dengan perlahan makin hilang dan seterusnya hilang terus! Roomate aku dan aku pun keluarlah daripada masjid dan yang membuatkan aku sangatlah terkejut dan buntu, langit kembali cerah macam masa aku dengan Jep nak balik bilik tadi! takda kesan langsung awan gelap yang menyelubungi langit sekejap saja tadi dan jugak takda langsung daun-daun gugur! Ibarat peristiwa langit bertukar gelap dan daun-daun gugur berterbangan di tiup angin tadi tidak pernah berlaku! ya TIDAK PERNAH BERLAKU!

Aku pun mulalah beristighfar memuji kekuasaan Allah atas setiap ciptaan dan kejadian di muka bumi ini. Sampai di bilik baru roomate aku cerita dekat aku yang dia rasa ada seseorang pelajar dekat kolej matrikulasi tersebut yang buat “semangat” dekat kawasan itu marah sebab tu la angin kuat bertiup. Mungkin ada yang buat dosa kot malam tu sebab tu lah ada semangat yang marah. Entahlah tu semua hanya Allah yang maha mengetahui.

Zack

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Semangat kawasan marah”

  1. Kmj.2011? Kite sama batch ke? Ntah. Betul byk sgt histeria+gnguan tu. Bilik akupn kali kena usik.Tapi yg aku xboleh lupa yg ad bdk perempuan nak terjun dr blok. Sbb kena rasuk. Tgk depan mata. Org tgu kt bwh belah sini, dia g belah sana. Org tgu belah sana, dia nk terjun belah sini.

    Reply
  2. ex-kmj gak. satu batch gak. hahah… dduk blok d ngan f. aku lg banyak kne kacau dkat blok d. dgr/bau/rasa sume ada. tp tbah xnangis. ble dok blok f, kne tndih then trnmpak plak si plaku, mlelelh air mata akhirnya. kakom yg aku kne join tu pon aku trik diri sbb xthn. hahah

    Reply
  3. Ye.. Aku dok blok tu time tu.. Berlari abg kafe nak tahan die dri terjun.. Tak boleh lupe time ade sorang dak india ni kena rasuk.. So different.. Fiuhh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.