Semester 1 UiTM Jengka

Hai,

Sebelum aku nak bercerita kisah mistik aku, aku kenalkan diri aku dulu. Cukup la korang kenal aku sebagai TZ. Aku merupakan pelajar diploma UiTM Jengka (2011-2014). Sape tak tahu Jengka kat mana? alaaa kat Pahang la. Budak2 yang belajar situ tahu la mcm mane dalamnye kawasan Jengka tu, keliling hutan. Itu dulu la, sekarang da up sikit Jengka tu.

So, apa yang aku nak cite ni pengalaman aku mase sem 1 dekat UiTM Jengka Khazanah Alam. Banyak kisah seram kat jengka ni tau. Tapi, aku bagi intro yang ni dulu. Lebih kurang sebulan aku dekat UiTM, aku mula rasa yang ada sesuatu yang aneh dengan bilik dan blok yang aku duduk tu. Pada mulenye aku just ignore je sbb satu dpt roomate jenis penakut. Kedua sebab fikir diri sendiri pun takut jugak.

Nak dijadikan cite, satu malam tu aku tak boleh tido dan nak pergi ke tandas. Aku jenis kesian nak kejut roomate semata2 nak teman gi tandas. Tibe-tibe aku dengar bilik sebelah macam tak tido lagi n takdela seram sangat. So, aku pergi la sorang. Waktu aku keluar dari tandas (jauh dari bilik), ada sorang budak perempuan jalan sorang nak gi tandas sambil peluk patung buruk (kot). Aku ingat adik budak bilik depan sebab siang tadi family die datang jenguk. Kot2 la tumpang tido kan sebab budak tu memang kelua dr pintu bilik depan bilik aku tu.Aku tanya la ” adik nak gi mana?”. Dia senyap je. Biasa la budak kan.

Tak sampai berapa saat aku jalan melepasi dia, aku pusing, budak tu takde weh. Tapi aku x fikir pelik lagi time tu, maybe die da masuk tandas. So, nak dijadikan esok pagi tu aku terserempak dengan SS (budak bilik depan). Lebih kurang camni la aku tanye:

Aku: SS, family da balik ke? semalam jumpe adik kau g tandas. Aku tegur, die x layan pun. Mamai gamaknya.
SS: Ha? Eh family aku da balik la petang semalam. Kau ni silap orang ni.

Aku percaya pandangan aku tak salah malam tadi. So, aku malas nak panjang cite, berhuuhuu balik bilik.

Dalam minggu tu jugak, roomate aku semua balik rumah dorang (maklumla roomate orang pahang). Tinggallah aku sorang. Maghrib tu lepas solat maghrib, aku ada terdengar macam bunyi kaki orang yang berantai loceng. Alaaa yang kadang2 perempuan atau orang india suke pakai gelang kaki loceng. Yang pelik, bunyi tu macam ke hulu kehilir depan bilik aku je sebab bunyi die tak berganjak jauh. Pastu dia macam cakar2 pintu bilik tu. Aku pun da start takut, last2 terus baring kat katil. Katil aku jenis double decker kayu (tingkat atas). Sebab da takut sangat, aku selubung kat katil bawah tu (kan semua roomate takde).

Tibe-tibe, aku rase macam ada sesuatu berat kat badan aku tekan sampai susah nak bernafas. Aku hadap dinding, pastu aku nampak macam ade tangan berbulu hitam kat bahu aku. Aku tak fikir apa da, aku baca surah yang aku ingat (tunggang terbalik jugak la ayat), bende tu tak berganjak. Benda tu terus hilang tibe2 bile jiran bilik sebelah ketuk bilik ajak gi makan. Malam tu aku tak berani nak tido kat bilik sorang2 , tumpang la bilik jiran sampai la roomate2 aku balik. Aku pernah cite kat makcik2 cleaner, dorang cakap benda tu memang ada dekat blok tu.

.

Adik Manis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

70 comments

    1. Alaaa, nti tulis panjang2 takut tak faham.. hahaha…Banyak tau kejadian kat situ.. selalu time2 nak final exam , komfem jumpe sedara mara hantu jengka ni

      1. Kau duk blok mana ni? aku pun ex UiTM Jengka jugak (2010-2012) tapi tak pernah pulak ada kisah kisah mistik kat kolej. Tapi aku just nak ingatkan kat simpang tiga antara taman DJ 2 dengan taman JM tu ada pocong. Sekian

          1. weeiii..apa kata korg buat cerita pasal pocong tuu…aku tgok nkorg berbalas-balas komen best plak…

          1. Aku malas la nak mengarang panjang panjang. Aku lukis jela boleh? HAHA
            Adya, aku rasa kawan kau keluar rumah tak baca ayat kursi ni

      2. Biasa la blkg tu kn hutan simpan uitm. Btw ni blok mana ek? Kolej lama tu kan? Blok paling hujung n blkg dkt dgn pagar blkg kn?
        Tp apa2 pun jengka awesome gila. Mantopppp. Rindu jengka. Haihh

  1. Haaaaaa UiTM bandar pusat.. tau2 memang da up ngan bus station tuh stadium agi… Patu lepas ni nak wat jengka green lagi… “Pelik nama dia jengka green tapi condo tak green pon haha”

    Tapi aku lagi suka masa time dulu

  2. cliche’ la cerita gangguan hostel-hostel ni..
    Hostel Universiti mana yang belom masuk FS?
    Ha cerita cepat sampai habis..hmmm

      1. Hahaha…Aku pun rase dy perempuan.. Aku rase cite ni ok je.. Seram jugak.. Cume short and simple.. Direct story…takde cliche… lagi satu memang la kebanyakan hostel bhantu, sbb kawasan majoriti hostel mesti hutan/ bekas tanah zaman dulu2 yg kite xtau

        1. Byk kisah misteri pasal Jengka. Aku duduk dekat situ2 jgk jd aku tau la sikit2..haha org Jengka ni hati kena sado aummm

  3. Blok mana ni eh? Sebab diploma tahun yang sama and tempat yang sama.. Takde pon dengar citer nih…Biasa dengar citer encik gula-gula je tapi alhamdulillah tak pernah lagi ada pengalaman seram-seram ni. Semoga dilindungi Allah selalu. Amin. Hehehehehehe. Katanya Uitm Jengka tu tempat jin bertendang. Wallahualam. Time final je mesti ada je yang histeria.

      1. ya ampun blok B? pernah stay situ 1 sem. lagipun blok tu tersorok sikit and dekat dengan ladang sawit time tu.

  4. dulu masa sekolah pernah sekali buat kem dekat uitm jengka ni. faci situ citer student selalu kena kacau dengan makcik jual nasi lemak dekat tingkap. tp tak tau aa betul ke idok.
    tp malam memang kena kacau la tp tak teruk sangat. huhuhuh

      1. makcik tu kt uitm dungun. selalu jual malam malam.. blh buat sahur karipap dia,dia jual ikut tingkap,tkyah naik tangga dia fly je

  5. Aku pun ex uitm jengka and memang stay kat jengka dari kecik. Kiranya rumah family kat Jengka la. Hang ni dok block mana? kolej kediaman mana? alhamdulillah tak pernah kena kejadian mistik mcm ni sepanjang belajar kat situ. Cuma adalah budak bilik sebelah kena histeria time maghrib. Tu pun sebab time maghrib dia suka sangat merayau tak reti balik bilik. Time tu pulak kecoh pasal orang minyaklah. Sebenarnya takde pape pun, cuma banyak pekerja asing duk buat pembangunan baru kat belakang tu. Time tu dok buat kolej kediaman baru tu. Biasalah banyak cerita yang direka-reka bagi gempak sikit bila orang dengar.

      1. aku antara yang percaya lah orang minyak tu wujud sampai bila sampai bilik room mates semua takde mencicit patah balik pergi blok A bilik member duduk situ diam diam. anyway dulu pernah stay blok belakang sekali tu tak ingat blok brp tapi selalu ada babi hutan merayap cari sampah. pernah satu malam nak tidur, aku jenis tidur pasang earphone dengar lagu kebetulan masa tu pasang vio pipe-butterfingers (instrumental takde orang nyanyi) boleh pulak terdengar org perempuan nangis kat lagu tu. bukak earphone kot lah member sebelah nangis tapi senyap sunyi. terus tutup lagu baca ayat kursi tidur. adoi

  6. aku pun dak jengka gak. yes blok B ade bende bulu hitam. Tingkat dua kan!! sebab member aku pun penah kene. seram siot! kadang cik ponti duk lepak kat ampaian

    1. tingkat 2? alamak pernah duk aras tu kot tapi tak pernah dengar apa-apa pasal benda ni. setakat kawan tengah lepak kat tangga hujung, pastu nampak benda putih kat dalam ladang sawit. pastu mula laa menciput lari masuk bilik -,-

      1. Ha’ah. Aku pun blok B. tapi tingkat 3. Selalu gak dengar budak blok tu jumpe bende2. Nak2 yang tingkap yang ngadap hutan tu

        1. dulu bilik pon mengadap hutan tu. tapi Alhamdulillah takde lagi pengalaman jumpa benda2 pelik ni. paling ekstrem pon roomate ckp dia nampak ada benda duk mengadap aku masa tido. aiyak -.- nasib baik aku tak nampak, kalau nampak ponteng kelas laa jawab nya. hahahaha. batch aku sampai 2 kali buat event bersama canselor tapi dua2 event cancel sebab ramai student histeria dalam DSG (Dewan Sejuk Gila) tu. katanya ada yang berlakon histeria, last-last ramai pulak yang berjangkit. cancel penyudah nya event tu..huhuhu

  7. Sebab hutan yang kat belakang tu tempat orang2 yang berubat buang bende halus. effect dye kene la kat budak2 yang belajar ni

  8. Korg seme junior la ek…. akk dl pn kt sna gk 1997 – 2001 hahahaa cer korg bygkn time tu ntah2 korg xtau jengka tu kt ne..

    Dr time kitorg dl lg mmg byk sgt hal jd kt sn. Klu korg biasa g “melawat hutan” kt jengka tu sure korg tau apa ada dlm tu huhu… night walking yg mcabar smpi ada yg kena histeria… n yg kna tu lelaki hokay hahaha

    Klu stkt pocong tu dh xheran dh.. siswa main kejar2 lg turun naik bangunan.. yg kena rasuk kt blok kuliah berlari dr blok ke blok… kes ustaz kna terajang smpi patah cermin mata..

    Byk la “kenangan” kt sana… rindu kt kt jengka… untung korg facilities dh byk kt sna.. kitorg dl mmg survive gl kt sna…

    1. Course apa.. sy batch 1998-2001.. mcm2 jd.. slalu ikut woodtech kuar masuk utan.. so far ok je.. 3 thn dok blok b tingkat 4.. ok je.. cume dpn bilik tu je slalu ade sorg tu selalu kene rasuk.. blok b yg sy dok tu dkt dgn masjid dan tgh2 antara blok A dan Blok C.. sblm tu blok siswa.. tp disebabkan ramai siswi so hostel ditukar…blok A mmg ade sejarah sblm tu.. siswa kristian mati gantung diri kat kipas

      1. Sy tkt 4 block a ehehe… peristiwa nite walking time kami bdk2 grup asabina masuk hutan… sapa bdk asabina sure tau kisah tu… course accounting…

        Rasanya mcm tau je bilik mana tkt 4 block b yg jd kes tu…

        Yup block a tkt 4 zone A dkt ngn toilet mmg dgr citer yg sama… sy di zone b…

        Rindu lak ngn awis qarni huhuhu

  9. Cite la lagi. Macam best je korang cite ni. Ex uitm jengka 2010 – 2016 ni. Time 2010 sy duk kompleks blok B jgk.

  10. Blok b kompleks fatimah ke teja…?
    Kalau fatimah memang ada…
    Masa sesi mds tahun 2014 yang intake paling ramai jengka pernah amik tu…dan paling ramai budka.kena histeria…bertabah je kami pm/oc nk mengejar budak2 histeria…
    #salamdariexjengka

  11. Aku pun pernah dok jengka 2002-2003.. blok budak laki B ada 1 bilik tingkat 2 xsilap dekat tangga mmg xdigunakan.. mcm2 kisah ngan bilik tu.. hope ada yg cerita pasal tu nnti.. and psl sorang senior perempuan yg mati kt kolam.. yg slalu ganggu bila bulan 1..

  12. Banyak2 hantu kt uitm jengka tu, aku lagi seram kalau terserempak dgn pak mustar..” sticker mana sticker !! “..hmm kenangan (2010-2013)

  13. Aku duduk dalam uitm jengka hampir 23 tahun…duduk dlm kwsn perumahan drp umur 2 tahun-17 tahun….situ mmg byk cerita…rumah aku sendiri pon ade..jiran2 cerita dorang pernah kene kacau..byk sgt ceritanye…lepas tu pindah duduk kt banglo 3 biji dekat dgn rumah tamu uitm..rumah mane toksah cite…terang2 kene kacau haha….byk jugak dgr cerita drp staff yg kene kacau kt blok lecturer lama, bangunan makmal lama and dewan kuliah lama sebelah makmal tu…

  14. Wah..seronok plak baca pasal tmpt kenangan diploma dulu… 2006-2009 mmg uitm jengka tgh2 felda..hutan dn kelapa sawit je ada, dulu la.. Tp byk jgk kenangan manis ms blaja kat sne… Join kesatria smp la dpt jd mpp.. Hutan simpan blakang tu msk join kem kesatria byk kali, tak kira lg kem2 yg kos buat..sume nk bkemah blakang tu.. Main burung hantu kene tinggal sorg2 dkt pokok, pastu kne jln sorg dlm gelap, kne tutup mata jln dlm lumpur mlm2, dgr bunyi kluarga cik.ba*i..hoho..sape join kesatria taw la..ms join mpp pom penah masuk ladang n hutan blakang tu saje2 tgk kwsn.. Tp walaupun seram ak suke suasana kat sne, tenang je blaja.. Alhamdulillah.. Spjg 3 tahun kat sne Allah lindung ak dr benda2 ghaib tu… Ad la rs2 meremang kdg2 bile mlm n ms jd Oc minggu orientasi tgk bdk kne histeria, syukur x kne teruk2 kat diri sendiri…tp overall byk knangan kat sne best2… Yg penting duk kt mne2 btolkan niat, klu rs x sedap tu jgn ikotkan perasaan..jgn brani sgt, jgn takot sgt…jgn sengaja cr pasal.. ? hehee…

  15. dah lama baca kisah2 FS….lum jumpa lagi kisah seram UITM Dungun Terengganu bertahun2 dahulu….UITM Dungun pun ada kisah seram sendiri…belakang kampus bukit dan tasik…depan kampus ada lautan yang luas…tasik dibelakang penah student part time mengandung mati bunuh diri…dilaut penah student mati lemas dan mayat tak jumpa2…sudahnya…hantu menyerupai arwah merayau2 malam2 dan balik bilik..tilamnya basah….lum lagi kisah student yg tgh belajar dlm kelas sorang2 di blok paling ujung (study week) tiba2 ada beberapa lelaki berjubah putih masuk kelas tu dan peringatkan supaya elak maksiat…

  16. hai adik2 junior uitm jengka pahang…akk ni super senior korang…study kt jengka dr 93-96…kiranya akk ni antara pioneer kat kampus. Masa memula masuk…student tak ramai, 500 org je utk semua course. So boleh bygkan betapa sunyinya kampus tu…

    Alhamdulillah, spjg 3 tahun kat situ takde pengalaman yg menakutkan. Setakat dengar harimau mengaum pukul 2-3 pagi tu perkara biasa. Skrg ni rasanya kampus jengka tu dh byk facility berbanding zaman akk study dulu…

    apa-apa pun buat adik2 yg masih belajar kat sana…good luck ye. enjoy your campus life….

  17. Aq pon student jengka jugak…..baru nak masuk tahun ke 2 …… pernah la jugak duduk kat ktf tapi blok A …. Alhamdullillah sepanjang 2 bulan duduk kat situ tak pernah la ada apa2 gangguan cuma ada satu la tapi xtahu la tu cuma perasaan je ke ataupun btul2… mase tu baru hbis mds patu cuti seminggu .. nak balik tu abah ambik ….. abah sampai malam, rumate pulak ptg tu lpas hbis mds dah coww dah blik rumah … aq pon tunggula sampai malam kat bilik. jiran2 sebelah pon dah balik .. adela sorang dua xbalik lagi .. mase nak solat isyak tu terasa tau kat telinga macam ada hembusan angin yg cukup kuat kat telinga tambah lagi dgan rase macam ada org kat bilik tu trus xleh nak solat dan trus kluar dari bilik .. aq pi jlan2 dekat sekitar blok C sementara nak hilang rase takut patu aq balik bilik trus solat isyak .. selesai je solat , abah aq sampai , terus turun pi sambut abah aq .. tulah antara pengalaman duduk kat blok A ktf sebelum pindah ke kolej baru

    1. ktf mmg byk benda benda tu. rumet aku pun kena masa duk blok I sem 1 dulu lepas pada aku mimpi benda benda pelik dlm bilik tu. pastu masa otp dgn member yg ada sixth sense tu dia la yg cakap dlm bilik tu ada lebih dua penghuni. sem 2 kat blok c kawan aku khusyuk sgt main rambut masa tgh mlm sampai benda tu yg control dia. aku pun kunci pintu bila dia keluar bilik. dia duk cakar2 pintu humming lagu benda entah pastu bila buka je pintu sikit nampak pandangan tajam dari benda tu 😂😂

  18. Hai.. aku bukan student uitm tapi aku busak jengka. aku banyak dengar citer seram uitm ni..sekolah agama sebelah tu pun banyak juga citer seram..

  19. hi jengkarians, aku batch 2011-2014 dan stay dekat kolej kediaman baru sebelah ladang kelapa sawit tuh. Selama tinggal kat situ yang pernah aku nampak adalah makhluk seakan-akan kelawar besar bagak tapi duduk atas bumbung kolej yang menghadap padang, matanya merah bersinar gitu. Lepastu selalu dengar tangisan perempuan mendayu-dayu dan waktu dia mula nangis adalah jam 1-3 pagi. Kat kolej baru ni jugak selalu ada penampakan kelibat2 hitam lalu lalang dekat koridor hostel. Pocong plak penampakan dia pertama kali aku nampak dekat hutan seri gading tuh. Dekat TJM tak pernah nampak lagi tapi aura kawasan tuh sangat lain sebab time tu rumah masih banyak yang kosong. Tak tau la kalo sekarang dah meriah.

  20. aq pelajar uitm jengka sekarang ,bru sem 3.selama aq stay kat kolej dari sem satu hingga sem 2 ni xdela plk dngr atau nmpk benda2 pelik even aq sorang2 kat blok.alhamdulilah .sem satu aq stay kat kolej tun fatimah dkt blok yg hujung skli yg dah 4 tahun xde penghuni tiba2 kitaorg masuk kena stay sana.

  21. Saya batch 2015-2017 baru habis diploma. Dulu sem 1 duduk ktf blok I paling hujung. Depan dia blok H time tu blok H kosong. Katanya tak ramai pelajar. Tapi entah dengar khabar angin 2,3 tahun takde student duduk blok H tu. Musim exam subject ctu first paper. Deal dngan roomate nak bangun study pukul 4 pagi. Saya bangun dulu ambik wudhuk kejut roomate tak bangun2. Solat dulu, lepas bagi salam kiri dengar mcam ada bunyi cakaran kuku landing kat atap zink tingkap. Mula fikir kucing.. Tapi duduk level 2. Tak jadi study . Paksa diri tido semula atas katil. Duduk katil atas 😂 jantung time tu tak tau lah tak cukup nafas 😆 kenangan sangat sbab lepas pada tu duduk blok depan sekali. Start sem 3 smpai habis duduk kat kolej baru. 😎

    1. Tok gajah tu dulu hutan rimba…cer bayangkan…tun fatimah bawah tu…kawasan dia blok h ke yg hujung sekali tu ..kawasan dia ada padang tapi padang tu elok je…tok gajah…fefahamlah…kem gading lalu situ…tapi tulah…kalau nk cari x jumpa…jgn carik…tok gajah…rasanya kalau xdak yg pecahkan pagar kat situ xde masalah rasanya…tp kalau yg bawak dari luar tu x tahulah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.