SenyumanPerantau: Bayangan Putih-Pengiring

Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha. Aku SenyumanPerantau, memang insan yang selalu tersenyum walaupun dikala duka dan dihina.Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam,Ramadhan Kareem.Kepada yang Islam tu,yang dah tua tapi tak puasa tu insaf-insaf la,asal puasa je gastrik,bulan lain ok je.Aku tegur ni sebab ada kawan aku jenis ni.Kepada yang lain aku pesan untuk lebihkan ibadat kita dan dekatkan diri kita dengan tuhan,termasuk la diri aku sendiri?. Selamat menyambut Hari Gawai buat kengkawan aku di Sarawak, Gayu Guru Gerai Nyamai.

Sempena #seramramadhan, aku ada tiga cerita yang berbeza, tetapi semuanya tentang bayangan putih di bulan Ramadhan. Kiranya macam bersiri la, Bayangan Putih. Kepada pembaca semua, jangan tanya apa bayangan putih tu,aku pun tak tahu,kepada ustaz-ustaz atau sapa-sapa yang tahu,boleh la bagi pendapat dalam komen☺

Episod Pertama:
Pengiring

Kejadian ini berlaku lebih kurang 20 tahun yang lalu,bermula pada bulan Ramadhan. Bulan yang penuh barakah,bulan ibadat,bulan Al-Quran yang mana kita tahu syaitan pun akan dibelenggu pada bulan ini.

Ingat lagi Mahadi kan?? Dia ni memang sejak kecil lagi diganggu. Tapi kisah ini memang paling diingatinya sehingga sekarang, dan masih kekal misteri hingga sekarang. Siapakah gerangan bayangan putih??

Pagi tu, Mahadi sedang belajar ABC di tadika. Tiba-tiba sebuah kereta Honda Accord lama memecut masuk ke perkarangan tadika yang terletak di Kuala Krai. Tergesa-gesa sosok tubuh seorang lelaki keluar daripada kereta dan masuk ke dalam tadika sambil memberi salam. Suasana umpama terhenti. Mahadi seakan-akan mengenali lelaki tersebut. Ye.
Itu ayahnya,tetapi bukankah terlalu awal untuknya menjemput aku, terlintas di hati Mahadi.

“Cikgu, maaf ye,mengganggu kelas cikgu, saya nak ambil anak saya, Mahadi pulang,ada kematian atuknya di Melaka,” ayah Mahadi meminta izin.

Jantung Mahadi terasa ingin gugur setelah mendengar ungkapan ayahnya. Mahadi merupakan cucu yang amat disayangi atuknya walaupun bukan cucu sulung. Dia sangat rapat dengan atuknya, jika pulang bercuti ke Melaka, dia pasti akan dibonceng dengan vespa antik atuknya sekeliling kampung. Segala makanan atau mainan yang diminta Mahadi, mesti akan didahului, pendek kata semuanya indah untuk Mahadi dilayan atuknya.

Tetapi perkhabaran hari ini, sangat menyedihkan dan memilukan bagi Mahadi. Dia menangis semahunya walaupun pada ketika umurnya baru menginjak umur 5tahun.

“Sabar nak, nanti kita fly ke Melaka malam ni, doa je la banyak-banyak agar arwah atok tenang di sana.” Pujuk ayah Mahadi sambil mengesat air mata Mahadi, tangan kirinya pula mengusap lembut bahu Mahadi.

Maka mereka pun berlepas ke Melaka untuk urusan pengebumian. Selesai semua urusan pengebumian, malam tu Mahadi tidur. Dia bermimpi seorang lelak tua memeluknya dengan erat. Berbaju melayu ungu, bersarung,bersih mukanya.

“Along, atok minta maaf ye, atok pergi tak bagitahu along,tapi atok nak minta…”
Mimpi itu tak sempat dihabiskan. Mahadi menangis teresak-esak dan terjaga. Dia ditenangkan ibu dan ayahnya. Suasana malam itu begitu sepi dan sunyi seperti turut meratapi pemergian arwah atuk Mahadi.

Seminggu selepas kejadian, Mahadi mula merasai satu perubahan aneh. Dia merasakan dirinya seperti diekori oleh satu bayangan bewarna cerah. Mungkin putih. Atau kuning muda. Setiap kali di sekolah, dia akan diekori, tetapi apabila dia berpusing, bayangan itu lari dan bersembunyi di sebalik pintu.

Peristiwa ini terus berlanjutan sehingga Mahadi mula memasuki Darjah 2. Waktu ni ayah Mahadi dapat menyambung pelajaran di Australia. Maka satu keluarga pun turut serta ke sana. Dalam jangkaan Mahadi, setelah mereka berpindah ke Australia, bayangan putih itu akan hilang. Tetapi segala telahan Mahadi meleset sama sekali..Bayangan putih itu menjadi semakin jelas.Kalau dulunya bayangan ini hanya boleh digambarkan putih, tetapi kali ini Mahadi dengan jelas nampak yang bayangan putih ini memakai jubah putih tetapi mempunyai topi seakan-akan hoodie menutupi bahagian muka.

Mahadi sedikit takut dan seram dengan bayangan putih yang kerap mengganggunya. Mahadi dah tak tertahan sehingga mengadukan perihal ini kepada kedua ibu bapanya. Tetapi biasa la kan. Bukan semua percaya dengan benda mistik ni. Ibu bapa Mahadi tidak mempercayai cerita Mahadi. Ayahnya hanya menasihati Mahadi untuk azan jika takut.

Mahadi akur dan mengangguk sedih. Keesokkannya merupakan puasa pertamanya di bumi Aussie.
Mahadi sedang berjalan pulang selepas sesi persekolahan. Sambil menghayun langkah,dia menyepak batu kerikil di atas jalan. Tiba-tiba langkahnya terhenti, apabila seakan-akan suara memanggil daripada seberang jalan. Mahadi berpaling dan terlihat sosok seakan-akan tubuh atuknya berjubah putih seumpama bayang putih sebelum ini. Tapi kali ini lebih jelas. Muka arwah atuknya. Mahadi rindu, dan tak sabar untuk memeluk atuknya. Mahadi pun berlari menyeberangi jalan dan hampir dilanggar van. Mujurlah orang di sekeliling sempat menyelamatkan Mahadi ketika itu. Kalau tak, tak kenal la aku dengan Mahadi sekarang ???

Selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, satu malam seusai tarawih berjemaah, ayah Mahadi memanggil memanggilnya,

“Long,ayah terpaksa ambil duit along dalam 4K ye. Lagi 4K je nak cukupkan hutang arwah atok. Kalau tak selesai, kesian arwah atok.”
Mahadi mengangguk.Sambil air mata terus mengalir rindukan arwah atuknya. Malam tu,dia bermimpi arwah atuknya mengusap kepalanya sambil tersenyum,berkata “Terima Kasih long.”

Sejak daripada malam itu, bayangan putih itu tidak lagi mengganggu Mahadi. Mahadi pun pelik, apakah bayangan sebenar makhluk putih itu. Manusia? Jin? Syaitan? Roh? Atau Mainan Perasaan? Sebab bayangan putih ni hadir tak kira masa,siang malam,di masjid mahupun di jalan raya ketika orang lalu lalang. Dan ianya tidak hilang ketika Mahadi melaungkan azan dan membaca doa. Jika Mahadi mengejarnya, dia melarikan diri,seolah-olah tidak membenarkan Mahadi mendekati dirinya. Apa gerangan bayangan putih itu?? Wallahu a’lam. Only God knows. Mungkin rahsia tuhan yang masih belum kita ketahui.

Aku tulis cerita ni pun sebab Mahadi suruh aku. Dia Whatsapp aku cakap suruh kongsikan dalam FS kalau ada pembaca yang pernah alami kisah macam ni. Sebab dia teringatkan dan rindu arwah atuknya. Akhir kata,mari kita sedekahkan pahala bacaan ayat suci Al-Quran kepada ibu bapa, saudara mara, atau rakan-rakan kita yang telah meninggal dunia dan masih hidup. Amiin.

Sekian sahaja untuk episod pertama bayangan putih. Kalau ada masa lagi, nanti aku tulis pula pasal bayangan putih di bulan Ramadhan, yang dialami aku dan saudara aku. Aku SenyumanPerantau, jumpa lagi. Boleh add aku di fb SenyumanPerantau SP untuk teaser seterusnya☺☺☺

Tulang tertelan sakitnya terasa,
Nasi dikaut, ditelan perlahan,
Banyakkan amalan di bulan puasa,
Kerana ajal maut, ketentuan tuhan.

SenyumanPerantau

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “SenyumanPerantau: Bayangan Putih-Pengiring”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.