SenyumanPerantau: Lambaian Gadis Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Agak lama aku tak mengarang dalam ni, harap karya aku disiarkan. Aku SenyumanPerantau atau Jie. Harini aku nak kongsikan kembali kisah yang pernah berlaku kepada aku dan 4kawan baik aku. Kepada yang belum sempat menjengah cerita-cerita aku sebelum ni, aku mempunyai 4sahabat yang dikira rapat dan sanggup berkorban apa sahaja. Kawan-kawan aku bernama Amran, Mads, Mujahid, dan Mahadi.

Cerita sebelum ni aku tak pernah terangkan mereka secara terperinci, harini aku ulas semula tentang rakan baikku. Kami semua menuntut di sebuah institusi di Ampang. Kami memang terkenal dengan sifat sengal, nakal dan gila-gila. Walaupun begitu, dalam tidak sedar, semangat setiakawan kami sangat menebal sehingga kini. Walaupun kami tidak lah sepintar, secerdik sesetengah rakan kami yang lain, tapi kami bersyukur dengan bonding yang kami ada. Sehinggakan masa kereta aku rosak masa belajar, salah seorang rakan aku di atas sanggup turun daripada Ampang ke Seremban untuk membantu aku.

Cukup la cerita pasal dorang, nanti kembang pulang, riak menjelma nanti. Hari ni aku nak menyingkap kembali kisah masa kami menuntut di sebuah institusi di Ampang sekitar tahun 2009-2012. Kami ni mempunyai tabiat pelik, sebab kami ni memang gila makan, tambah-tambah lagi masa exam weeks. Pendek kata, makin kami stress, makin bergelen-gelen, bertan-tan makanan dan minuman yang kami akan telan. Antara makanan favourite kami dulu, burger bakar abang burn, chicken chop taman dagang, SS2 Murni, burger OM, dan eh..banyak lagi la.

Burger abang burn dengan juicy, sedikit bawang goreng yang rangup dengan sosnya yang cukup rasa. Chicken chop taman dagang dengan harga berpatutan zaman student, dengan daging ayam yang empuk dan black pepper gravy yang cukup mengiurkan. Burger OM yang digrill dengan menggunakan marjerin membuatkan setiap gigitan disertai dengan bau harum..Fuh.. Cukup2..Kecur pulak air liur aku…sedap, serius sedap kalau sapa-sapa belum try, pergi la, aku pun rindu gila suasana makan.
Satu tabiat pelik kami,ermm, maksud aku bukan kami, Amran.

Disebabkan masa tu, hanya Amran yang bawa kereta dan pakar selok-belok jalan KL, dia mempunyai kuasa veto dalam menentukan ke mana tempat yang kami tuju selepas makan. Amran ni suka bawa kami acah-acah ghost hunting area KL Selangor ni lepas makan. Antara tempat yang dibawanya, seperti Highland Tower, Hospital lady templer, Rumah sakit bangsar, Perkuburan Kristian Cheras, dan macam-macam lagi la. Keputusannya semua tiada jumpa apa-apa pun kecuali gangguan minor je la. Lagipun jin setan pun tak nak keluar kalau pergi 5orang jalan rapat-rapat, perangai pun masing-masing lebih kurang hantu.?

KECUALI… Ada satu gangguan ketika satu malam tu. Malam tu seingat aku Mujahid tak ikut, dia ada tugasan yang belum selesai (baca:study group mengorat junior?). Malam tu, Amran pandu kereta Kembara hitam dia, sebelah dia aku,di belakang belah kiri, Mads, kanan, Mahadi. Dan malam tu, Amran ada bawa sorang junior kitorang yang kepala agak-agak gila macam kami, kami panggil dia “Zack Tersesat Badan”. Zack kena panggil macam tu sebab badan dia tinggi besar berjambang tapi gelak dan perangai macam budak kecik..

Malam tu, asalnya kitorang nak pergi 4orang je, tapi memandangkan sebab nak cukup korum, Amran pergi culik Zack ni sekali. Malam tu, esoknya ada kuiz, tapi biasa la, kami bila stress akan keluar makan. Malam tu, kitorang pergi makan nasi lemak antarabangsa. Dalam perjalanan balik, Amran pun bunyi, ”

Weh..hampa,jom singgah Highland Tower sat, alang-alang dah lalu kot ni.”
“Jom, aku ok ja!!”sampuk aku, ramai-ramai memang aku cuba memberanikan diri.
“Jom..jom,”Mahadi dan Mads serentak.
“Gulps, em..ermm,betul ke ni?” Zack terkedu, sambil tangannya memegang Quran kecil yang sengaja Amran tinggalkan dalam kereta.
“Hehe..hang kena ikut la, tak mau kami tinggai hang tepi jalan ni!” Amran mencelah sambil kami menyambut dengan hilaian dan gelak tawa.

Amran pun memandu sekeliling kawasan Highland Tower sambil mulutnya tak berhenti menerangkan perihal kejadian itu. Amran ni memang jenis rajin membaca sejarah, teori dan segala la. Pendek kata, dia akan baca sesuatu kejadian dengan terperinci, dari sudut kerajaan, pembangkang dan neutral. Semua kejadian, termasuk la kes Highland Tower. Tapi rajin baca pasal kes pengetahuan am la, kalau exam malas jugak nak baca, kelaut jugak.hehe.

Tengah memandu tu, kereta Amran seperti terhenggut-henggut seolah-olah kereta rosak. Zack dah pucat.

“Amran, kenapa kereta kau ni? Jangan-jangan kereta ni..” dia diam sampai situ.
Kami semua berpura-pura menyampuk, “Amran, kenapa rasa berat ni, ada apa-apa ke?”
Zack semakin pucat, diam. Kami semua menahan ketawa, memang itu taktik Amran setiap kali keluar, kami dah masak sangat. Cuma Zack yang pertama kali keluar dengan kami. Berpeluh-peluh muka dia.

“Jom turun jom,”Mahadi bersuara. Serentak habis Mahadi bersuara, tiba-tiba guruh berdentum-dentum dan hujan lebat turun mencurah-curah.
“Alhamdulillah..tak payah turun,” suara Zack keluar dengan muka yang amat lega.
“Ala, tak boleh keluar la pulak,tak apa kita balik je,” ujar Amran, hampa.
Dekat Highland Tower tu kami tak jumpa apa-apa pun. Cuma hujan lebat sahaja. Mungkin suasana tak berapa seram, sebab kami ramai. Amran pun memandu laju untuk pulang ke hostel di Cheras Baru.

Masa dalam perjalanan, dekat-dekat nak sampai persimpangan Cheras Baru, kami akan lalu sebuah perkuburan Kristian di Cheras. Amran tiba-tiba bersuara, “Eh, alang-alang hujan ni, apa kata kita lalu shortcut jalan dalam kawasan kubur Kristian ni?? Amacam semua?”
“Ok Amran.kami ok je..”

Amran pun ambil susur kiri untuk masuk ke tengah-tengah kawasan perkuburan itu. Untuk pengetahuan semua, tanah perkuburan ini memang mempunyai laluan untuk kereta lalu, walaupun agak sempit. Jalan ni sangat gelap dan terdapat sebatang pohon besar yang rendang. Masa ni bulu roma aku agak meremang sedikit. Bulu roma aku memang jarang meremang kecuali kalau memang ada “benda-benda” disekeliling aku.

Dalam kawan-kawan aku ni, Mads, Mahadi dan aku memang selalu diuji dengan penampakan pelik-pelik. Hanya Amran yang jarang nampak, tapi dia mempunyai naluri yang kuat. Kalau dia rasa, benda tu macam ada, memang selalunya akan ada. Hanya Mujahid je yang tak pernah nampak dan rasa apa-apa ni, sampai sekarang tak pernah percaya benda mistik ni.

Tengah Amran memandu, tiba-tiba kereta terhenggut-henggut seperti tadi. Kami menganggap cuma benda biasa seperti selalu, Amran ingin “mengusik”. Kereta Amran terhenti seketika di bawah sebatang pokok besar yang rendang. Berkali-kali Amran cuba menghidupkan keretanya tetapi gagal. Masuk kali keempat, dengan berbekalkan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, baru lah kereta berjaya dihidupkan kembali.

“Hehe, eleh Am, taktik jangan wat selalu sangat, dah tahu la sengal!!” Mads berbunyi.
“Jom balik Am,nak study kuiz pulak ni!” Mahadi menyampuk.
“Hurm..hurm..”Amran mengeluh, acuh tak acuh.
“Sebenarnya, aku tak buat ni, aku pun tak tau kenapa ni..”
“Haha,bongok la,lame lame. taktik hang!”Mads ketawa berdekah.
“Ikut hang la, tapi…” belum sempat Amran menghabiskan ayatnya, tiba-tiba bau busuk yang amat sangat muncul dengan tiba-tiba.
“Woi..busuk..bau sapa kentut macam bangkai ni..cepat mengaku, bukak tingkap woiii!” Mads menempik sambil tangannya terus menekan butang tingkap di sebelahnya. Tingkap pun diturunkan.

Aku dan Amran masa ni, masing-masing mencuit sesama sendiri. Sebab bulu roma kami memang dah menegak di tahap paling maksimum. Seram sejuk. Zack dah pucat lesi. Mahadi acah-acah cool main FB, dan Mads?? Masih bangang tak rasa apa-apa, siap turun tingkap lagi!!!
Seraya tingkap diturunkan, angin sejuk datang menerpa dan masuk menuju ke dalam kereta.

“Eh, awat lain macam angin bertiup malam ni?” Mads masih lagi tak henti-henti berbunyi. Buat pengetahuan korang, Mads ni memang agak serabut dalam kami berlima ni. Kadang-kadang rasa nak tampar pun ada, tapi dah kawan kan, terima je la kelebihan dan kekurangan kawan. Emm, maksud aku lebih kepada kekurangan, kelebihan tu macam sikit je.hehe. Maaf Mads.

“Hang diam sikit boleh dak?” Amran meninggikan sedikit intonasi suaranya.
“Aku ghasa tak sedap hati dah ni, gheta berenggut ni pun aku tak tau kenapa..” sambung Amran lagi.
Mads pun dah mula diam masa ni. Bau busuk tadi mula hilang lalu diganti bau wangi yang amat sangat. Bau dia susah aku nak terangkan, tapi bau dia seakan-akan bunga kemboja, wangi yang menenangkan, tidak terlalu kuat. Kami mula rasa lain macam.
“Eh, wangi la pulak..”Mads berbunyi lagi.
“Kelepak!!” Kepala Mads diluku oleh Mahadi.

Cepat-cepat Mads diam kembali. Tiba-tiba Zack berbunyi setelah kian lama menyepi, “Hurm, korang, jom balik, aku nampak…hurmm.. aku nak kencing la korang, tak tahan dah ni.”
“Sabaq la, aku nak balik la ni, tengok la kereta ni.”

Akhirnya kami pun berjaya meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti di Petronas sebab Zack dah tak tahan sangat nak kencing. Sampai kat Petronas tu pun, dia terus melompat dan masuk tandas tanpa menutup pintu, nasib baik malam tu pun dah pukul 1pagi, dan geng-geng kami takda yang kunyit, kalau tak, nahas Zack???..

Habis Zack membuang, dia pun menyambung ayatnya yang terputus tadi..
“Weh, aku nampak sorang perempuan tadi, waktu kereta kita mati kat pokok besar tadi.. Dia duduk atas dahan besar tu, korang tak nampak ke wehhh…”
“Muka dia pucat kebiruan. Mata agak sepet sikit.. Nampak macam cina, tapi baju putih.. Entah, aku nak terangkan lama2 pun aku tengok kejap je,” Zack menyambung.
“Satu lagi masa bau busuk tu, dia ada duduk bertenggek atas but kereta betul2 belakang aku, tu aku diam ja masa celaka Mads ni bising.”
“Dan last sekali, masa bau wangi tu, dia melambai-lambai daripada sebelah Jie..”

Kami??? Kami tak nampak apa-apa pun pasal perempuan tu, hanya Zack je yang menyaksikan kejadian tu.
Apa benda tu??? Kitorang pun tak tahu apa menatang tu.

Semua terdiam. Kami sunyi sepi sepanjang perjalanan ke hostel. Lepas kejadian tu?? Kami masih meneruskan acah-acah ghost hunting tu. Tapi tiada apa2 kejadian spesial melainkan kejadian di atas???

Ok,aku SenyumanPerantau, jumpa lagi episod seterusnya kalau aku rajin…Babai Zack Tersesat Badan..Aku dah tulis pasal kau.haha?

.

SenyumanPerantau
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 comments

  1. mads.. mads….hahahahaa
    mulut tu mmg xleh diam eaa….seme dtegurnye….
    padanla kena luku ngan mahadi..hahahaha
    dang uke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.