Seram Seram kuku

Assalamualaikum. Hai pembaca2 fs. Aku juga nak kongsi kisah seram yang aku pernah alami. Tapi kisah seram2 kuku je lah. Papepun enjoy je lah ok?

Waktu tu aku baru sambung belajar di sebuah ipts dan menyewa di sebuah rumah teres. Kiri dan kanan jiran kebanyakannya cina dan india, hanya beberapa kerat sahaja penduduk melayu.

Masa aku masuk rumah tu, bilik yang lain dah penuh jadi aku kena duduk bilik belakang lah. Waktu siang tu aku letak2 barang dalam bilik tu, tengok suasana rumah semua ok. Malam pun tiba, dan aku yang sengal ini terlupa nak beli kipas. Bilik aku duduk tu takde kipas.

Jadi aku kena tidur dekat ruang tamu la sorang2. Housemate yang lain ada jugak cakap nak temankan aku, tapi last2 xde sape pon yang sanggup tido kat luar dengan aku. Ok ruang tamu ni ada kerusi rotan yang betul2 terletak di depan sliding door. Kiranya nak masuk rumah terus nampak kerusi ni lah.

Untuk kurangkan sikit rasa seram tido sorang2 aku pun tengok lah tv yang xberapa clear siarannya sampai tengah malam. Aku dapat tahu ada housemate yang sorang tu nama Kiko demam dan suara dia serak serta garau. Ok ingat ye part serak dan garau ni sebab nanti ada berlaku sesuatu. Jadi aku pun tutup tv dan serta merta gelap la sikit. Cahaya yg ada cuma lampu dapur dan cahaya limpah dari lampu jalan. Yang kain langsir rumah ni pulak jarang, jd bila tutup lampu semua, kita boleh nampak samar2 keadaan luar rumah.

Aku pun tepuk2 manja bantal dan baring atas kerusi rotan ni. Aku xnak lah tido menghadap luar , jadi aku pusing kepala belah sana dan menghadap dapur. Dan aku pun paksa mata tidur, ye la tempat baru selalunya susah sikit nak tidur. Malam tu tiba2 aku terjaga sebab aku dengar bunyi kaki berjalan laju atas tikar, clear sangat bunyi tu. Berjalan laju yang macam nk berlari tp berlari anak la gitu. Eh paham ke korang baca ni? Waktu tu aku takde la buka mata sebab ngantuk dan seram haha. Pada masa yang sama, aku juga dengar suara serak garau cakap ‘tolong..tolong..tolong..’ betul2 3 kali cakap tolong pastu stop. Suara tu bukan mendayu-dayu ke sedih ke apa tapi dia hanya bercakap dengan nada biasa ‘tolong..tolong..tolong..’ aku pun dalam minda berkata kata la, aikk minta tolong pun takde semangat. Sape nak tolong ko. Semua ni berlaku dalam satu scene tau dan sekejap sahaja, korang jgn ingat lama pulak perkara2 ni berlaku.

Jadi aku pun dengan rasa seram2 kuku sambung tidur balik. Esok pagi bila teringat balik hal malam tadi, aku teringat yg Kiko demam, suara dia serak dan garau. So mungkin semalam dia mengigau sampai ke ruang tamu ke ape kan. Minda aku memang nak positif je masa tu. Aku pun tanya la Kiko, tp dia cakap takde pun ngigau. Aku tanya roomate Kiko, dia pun cakap Kiko xde ngigau. Ye lah kalau Kiko mengigau mesti dia akan terjaga sebab bunyi pintu bilik dorang berkeriuk. Jadi hal ini hilang ditelan zaman begitu saja, aku pikir mungkin aku budak baru masuk dia nk berkenalan dan nak bagitahu dia ada disitu. Haha

Ada lagi cerita. Selang beberapa hari tu, kelas aku start pkul 1 petang, housemate yg lain ada yang start pagi pukul 9, pukul 10 dan lain lain. Jadi masa tu aku bangun tido pukul 10 , pastu terus buka tv. Aku masih kena berkampung di ruang tamu tau waktu ni. Ok masa tu aku nampak Kiko tengah siap2 nak pegi kelas, so dah siap semua dia pun keluar tunggu bas depan taman.

Aku bangun masuk bilik belakang jap nak ambil barang2 mandi , tak lama tu aku dengar suara Kiko bagi salam. Aku jenguk la kepala dari pintu bilik belakang tu pandang sliding door, nampak macam kelibat Kiko dkt luar pagar. Ye lah kain langsir kan jarang, boleh nampak samar2 kelibat orang kat luar. Aku pun agak dia ni tertinggal buku agaknya, aku masuk bilik nk ambil kunci grill. Keluar nak pergi depan, Kiko dah takde kat pagar. Bila pikir balik, buat apa Kiko nak panggil aku dia kan ada kunci sendiri.

Lagi satu suara bagi salam tu masih suara yang serak dan garau macam haritu. Padahal Kiko dah bersuara lunak, xdemam lagi dah. Suara tu pulak macam panggil dari grill sebab clear, sedangkan aku nampak Kiko kat pagar yang jauh dari grill. Aku pun tanya Kiko pada petang tu, dan korang dah boleh agak kan dia kata apa. Ya, dia takde patah balik pun bagi salam depan pagar sb dia keluar je bas dah sampai. Akupun pelik kenapa benda tu nak gunakan Kiko je, guna suara Kiko, rupa Kiko dan lain lain. Ntah2 dia syok kat Kiko hehe. Ni aku bagitau korang eh. Masa kejadian2 ni semua berlaku kita akan pikir logik je, tak rasa takut. Tapi bila ingat balik, baru la rasa seram sejuk. Lain lah kalau dia tunjuk rupa, ha yang itu memang tak boleh pikir logik dah la, kira nak histeria je. Haha

Hah tipu je yang tadi tu tak last lagi , ni baru cerita last. Saba jap. Ada sorang budak baru masuk rumah ni, namanya Bibo. Dia ada cerita kat aku, masatu dia dalam bilik dia. Dekat bilik depan. Ada toilet sekali dalam bilik ni. Masatu dia tengah lipat2 baju dan kemaskan almari. Tiba2 dia dengar bunyi tombol pintu dipulas, macam orang nk masuk. Masatu pintu biliknya berkunci, dia pun bangun lah nk buka pintu ingat housemate lain nk masuk ke apa kan. Bila dia check satu rumah, xde sorang pun housemate yang lain sebab semua dah pergi kelas. Dia sorang je kat rumah waktu tu. Jadi dia pun cepat2 bersiap dan pergi kolej, xnak nanti benda tu pulas tombol pintu dan masuk bilik.

Ok kesimpulannya, kisah seram2 kuku ni adalah based on true story. Segala yang baik datang dari Allah, sedang yang buruk itu dari kita semua. Tp ada lg cerita nmpk budak botak baju hijau ni. Next time lah ya kawan2. Assalamualaikum.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Seram Seram kuku”

  1. hahaha… takde komen… maksudnya cite ni takde benda yg menarik dan dlm masa yg sama, takde benda yang boleh dimarahkan…. 😉

    Reply

Leave a Comment