“Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 573; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3702)
***
Disclaimer: Segala nama dalam pengalaman ini aku ubah dan bukan nama sebenar. Dialog dalam pengalaman ini juga tidaklah 100% tepat hanya mengingat dari apa yg mampu aku ingat saja dan aku olah as cerpen sedikit untuk korang mudah faham.
Harap ambil iktibar & pengajaran yang ada dari pengalaman ini. Terima kasih.
Assalammualaikum. Sekali lagi perkenalkan diri aku, Iman Arsyad. Tidaklah aku ingin riak dan mendabik dada bercerita tentang kisah pertemuan aku dan tuan puteri bangsawan, Seri Cempaka seperti mana yang korang pernah baca dalam part 1 tentang kisah aku dan Seri Cempaka.
Adalah kehadiran aku disini hanyalah untuk berkongsi pengalaman terus dari aku tentang kehadiran si puteri bangsawan yang tidak pernah aku kongsikan dengan mana-mana pihak melainkan keluarga besar aku.
Setelah beberapa tahun barulah aku ada masa untuk ceritakan segalanya semenjak pengalaman pertama yang aku kongsikan pada beberapa tahun yang lalu. Maaf ambil masa untuk sambung semula.
Mana yang baik dijadikan teladan, dan mana yang buruk datangnya dari aku jadikanlah sempadan. Kalian sedia maklum bahawasannya aku masih bujang dan itu maksudnya aku belum berkahwin.
Dengan bismillahhiramannirahim aku mulakan kisah aku Iman, dan Seri Cempaka, si puteri bangsawan.
HAI SELAMAT DATANG!
Petang itu Pak Cik Hamid yang telah aku anggap macam bapa aku sendiri datang melawat aku di rumah. Pak Cik Hamid orangnya pemurah dengan senyuman dan sedekah. Wajah tuanya mengukir senyuman tatkala bersua muka dengan aku.
“Semua bereh boh!” kata Pak Cik Hamid mengakhiri sesi “mewasiatkan” dua anak saudaranya kepada aku. Awi nama panggilannya.
Awi orangnya kalau dilihat dari luaran memang nampak sombong. Itu tanggapan aku pada pertama kali aku diperkenalkan oleh Pak Cik Hamid.
“Waalaikummussalam panggil Awi je.”
Awi sedikit pendiam dan nampak ala-ala mat salleh habis. Muka handsome memang boleh pergi jauh. Lepas agak kenal dan rasa boleh “masuk” dengan mamat ni, aku terus menarik nafas lega.
“Terima kasih bang sebab bagi budak praktikal macam saya tumpang tahfiz abang.”
Luqman, anak saudara Pak Cik Hamid yang kedua. Masing-masing begitu ramah dan aku senang berbual dengan mereka berdua.
Alhamdulillah hari ini semua urusan dipermudahkan segalanya sambil bibir aku masih tak henti-henti berzikir tiap kali peluang aku dapat.
Pendek kata aku tidak akan biarkan kosong tanpa berzikir. Besar ganjarannya…
MACAM-MACAM LAH KAU ACONG…
“Itu budak Taufiq orang banyak takut sama dia. Ini cerita aku takda tipu sama lu tau!”
Bersungguh-sungguh Acong bercerita. Aku hanya mendengarkan sahaja dia bercerita tentang satu-satu isu yang tengah hangat dekat office tatkala itu. Kira Acong ni memang level-level pak cik bawang kehormat dah.
Masing-masing yang ada di kantin pagi itu sudah ada yang beransur pergi untuk memulakan tugas di pagi hari. Tinggal lah aku dan Acong bersama beberapa k***t kontraktor lain yang ada di kantin untuk menikmati sarapan pagi ketika itu.
“Kamu ni selalu tidur sini takda kena kacau sama itu tuan puteri kah?”
Bila aku dengar je Acong bangkitkan akan hal itu, Teh O panas yang aku hirup perlahan tadi nyaris tersembur keluar. Sikit lagi nak kena muka dia.
Mamat cina ni dah kenapa fanatik sangat pasal cerita ni? Gempak habis bila budak cina percaya pasal benda yang berkaitan dengan bangsa melayu.
Jarang-jarang jumpa jenis yang macam ni. Ada pun agaknya digelakkannya aku dengan mengatakan bahawa benda ni sangatlah mengarut. Atau lebih tepat lagi tak wujud.
Tapi Acong dia lain dari yang lain.
***
IMBAS LALU.
Bahagian 1. BERLIAN PEMBERIAN SERI CEMPAKA.
Hanya kerana mahu aku percaya akan kewujudan dirinya di alam aku, bangun je aku dari tidur setelah pertemuan bersamanya di alam mimpi, seutas berlian yang diperkatakan olehnya di dalam mimpi tersebut tersemat kemas di telapak kanan tangan aku.
Susah untuk aku percaya benda yang sedang terjadi ketika ini. Ralit aku memerhatikan berlian yang sedang aku genggam. Seakan tak percaya dengan apa yang ada di depan mata aku sekarang ni.
Pesannya lagi di dalam mimpi itu yang aku perlu meletakkan berlian ini di satu bekas “keramat” milik orang tua moyangku. Blur kejap aku dibuatnya. Memang aku tak faham maksudnya sama sekali. Mana aku nak cari bekas yang dikatakan “keramat” milik orang tua moyang aku pula tu?
Makanya aku hanya meletakkan saja berlian tersebut di tempat yang selamat. Nak tanya mak ayah? Memang bertubi-tubi lah soalan yang bakal dituju untuk aku nanti.
Mereka pasti pelik dah kenapa aku tanya benda misteri macam ni? Dari buat mereka berprasangka buruk adalah lebih baik aku tidak melibatkan langsung kedua orang tuaku dalam hal Seri Cempaka ini.
Malam tu juga aku didatangi sekali lagi oleh Seri Cempaka. Katanya bekas keramat milik kedua orang tua moyangku adalah bekas yang diperbuat dari tanah liat. Bekas itu masih utuh dan ada di kampung.
Tak semena-mena dalam mimpi tu Seri Cempaka memperlihatkan aku akan bentuk bekas tersebut di dalam mimpi tu. Aku jadi terkesima. Seri Cempaka seakan tahu kegusaran yang sedang berlegar-legar di fikiranku.
“Moga kau beroleh kemasyuran di dalam hidup. Terimalah pemberian aku ini. Jangan engkau risau. Hanyalah hadiah yang ada-ada sahaja untukmu. Aku pinta maaf untuk pemberian yang tidak seberapa ini.”
Pemberian yang tak seberapa katanya? Berlian ni dia boleh cakap tak seberapa? Memang lain dari yang lain agaknya alam mereka di sana. Entah pemberian yang macam mana agaknya baru dikira mewah sedangkan pemberian berlian ini pun sudah dikira mampu untuk aku goyang kaki buat beberapa keturunan.
Bahagian 2: PERTAMA KALI SERI CEMPAKA HADIR DALAM MIMPI.
Sekali lagi ingin aku katakan yang tidaklah aku ingin mengatakan yang diri aku ni baik sehingga dapat bertemu dengan Seri Cempaka, tetapi bagi Seri Cempaka itu sebab utama dirinya muncul di dalam mimpi aku.
Makin aku pelik kenapa ada yang nampak kelibat “tuan puteri” dan acap kali diganggu sedangkan hanya aku sahaja yang didatangi tuan puteri di alam mimpi?
Cerita mereka diganggu di alam tidur pun aku tidak pernah dengar sama sekali. Atau mereka ada bermimpi seperti aku cuma barangkali mereka tidak bercerita kepada sesiapa? Wallahualam.
Memang pada mulanya aku tidak percaya akan cerita tentang tuan puteri yang diuar-uarkan, tetapi bukanlah juga aku tidak percaya akan kewujudan makhluk lain selain manusia di bumi ini.
Disebabkan itu tuan puteri yang memperkenalkan dirinya sebagai Seri Cempaka datang ke dalam mimpiku untuk sebulan dua lamanya dan bertubi-tubi menanyakan aku apa aku tidak percaya akan kewujudan dirinya. Maka dari saat itu jugalah permulaan kepada segalanya.
Walaupun aku cuba untuk tidak tidur dan aku tahan macam mana sekalipun mata ni, tetap aku lena dan akhirnya…
“Panggil aku Seri. Aku Seri Cempaka. Kau tidak percaya akan kewujudan aku? Apa kau ingin aku muncul di hadapanmu? Kau geleng kekiri aku andaikan kau tidak mahu menemuiku. Kau geleng ke kanan aku akan muncul di hadapanmu.”
Bahagian 3: SELENDANG EMAS.
Ya. Selendang emas yang dipakai Seri Cempaka. Tidaklah menyimpang untuk aku katakan helaian kain yang dipakai Seri Cempaka bersinar sampai mata aku sendiri teragak-agak untuk mengamatinya. Berkilau yang semacam. Aku tak pernah jumpa kilauan macam tu seumur hidup aku.
Apa itu batu permata atau berlian yang ada di selendang miliknya? Aku tidak tahu sebab aku sendiri tidak mampu untuk menatap selendang tersebut dengan lama. Kalau korang tanya apa warnanya aku sendiri pun kurang pasti sebab bila diingatkan balik seperti berwarna jingga keemasan.
“Engkau tahu jika selendang ini tiada bersama aku, aku pun tidak boleh bertemu denganmu. Selendang ini bahkan boleh menyelamatkanmu dari apa jua kecelakaan.”
Itu apa yang dikatakan Seri Cempaka perihal selendang yang dipakainya. Apa benar tentang apa yang dikatakannya tentang selendang itu? Sambung Seri Cempaka lagi tetapi ada yang harus “dilepaskan” setelah selendang itu “berpindah milik.”
PRESENT DAY, 2022.
Lokasi: Kampung halaman.
Ilham-Abang kandung aku (salah seorang dari 3 pemilik tahfiz)
CERITA AFIQ: BUNIAN JATUH CINTA KEPADA IMAN.
“Kau okay Iman? Nampak lesu semacam. Macam mana kerja dekat situ? Okay?”
Pertanyaan dari aku Iman balas dengan anggukan dan senyuman sambil tangannya kejap-kejap memicit belakang tengkuknya.
“Alhamdullilah okay cuma macam abang cakap memang rasa semacam seminggu dua ni tapi abang takyah lah risau Iman okay je hehe.”
Ada yang tidak kena dengan Iman ketika ini. Di mana aku dapat rasakan seperti ada aura yang mahu “mendampingi” dirinya.
Seboleh akal aku mahu Iman berterus-terang tentang apa sebenarnya yang telah terjadi. Budak Iman ini memang degil puas aku memujuknya tapi dia tetap dengan senyumannya yang memang aku tahu dia tak akan bercerita apa yang terjadi dekat diri dia.
Dipendekkan cerita pada suatu malam aku dikejutkan dengan suara esakan yang agak kuat datangnya dari bilik Iman. Suara esakan yang sangat kuat membuatkan aku bangun serta-merta dan dengan lajunya aku terus berlari ke biliknya.
Tombol aku pulas perlahan dan tak semena-mena aku mengucapkan “Assalammualaikum.” tepat sejurus sahaja aku membuka pintu bilik Iman.
Aku jadi pelik dengan diri sendiri setelah mengucapkan salam dengan tiba-tiba di dalam bilik Iman. Seperti ianya bukan dari aku. Pada masa yang sama juga aku mula rasa ada “sesuatu” selain aku dan Iman di mana ada makhluk lain berada di antara kami berdua ketika ini.
“Tidaklah aku betah untuk tinggal di sini. Izinkan aku untuk pulang ke dunia asal untukku beribadat. Di sini bukan tempat aku.”
Kata-kata baku yang keluar dari mulut Iman sayup-sayup aku dengar dan seakan merayu kepada makhluk itu.
Puas Iman minta untuk melepaskan dirinya tetapi tetap sahaja makhluk itu enggan melepaskan Iman. Ada suara tangisan kedengaran persis seperti suara seorang perempuan.
“Sah ini tak lain tak bukan…”
Dapat aku rasa yang sedang menggangu Iman ketika ini adalah salah satu makhluk Allah yang seperti kami umat manusia. Adakah ini penyebab Iman seakan lesu dan tak bermaya semenjak dia bekerja di sana?
“Diri ini telah memberi separuh hati dan jiwa kepadanya. Aku sangat berkenan akan dirinya. Tidaklah melampau untuk aku katakan bahawasannya aku mahukan seluruh dirinya untuk aku. Hanya untuk diriku.”
Suara yang tersangatlah ayu yang hampir membuatkan hati lelaki aku meruntun mendengarkannya. Jika aku di tempat Iman pastinya aku sudah tewas. Akan tetapi Iman masih berlagak biasa seakan tidak terkesan dengan kata-kata si sang puteri.
Ya puteri bunian. Sang puteri bunian yang mahu mendampingi hati, jiwa dan keseluruhan jiwa Iman.
“Aku perlihatkan diriku kepadamu. Aku puteri A. Ketahuilah engkau di dunianya bukan untuk dia. Tidak kakinya betah ke tanah asalnya.”
Ya. Puteri bunian tersebut memperkenalkan dirinya usai muncul di mata kasarku. Sempat dia melarang agar tidak ikut sebut nama dan memperkenalkan namanya di duniaku. Wallahualam aku tak pasti sebab dan mengapa dia melarang sedemikian.
Iman dan aku sahaja yang mengenali raut wajah serta namanya. Cantik. Cantik sekali. Aku jadi terpana untuk seketika. Puteri bunian tersebut beranggapan bahawa dunia ini tidak sesuai untuk Iman dan disebabkan itu dia mahu membawa Iman tinggal jauh bersama di dunianya.
Iman tidak izinkan dirinya tinggal di sana apatah lagi aku selaku abang kandungnya yang mana memang tidak akan aku biarkan adik kesayangan aku dibawa pergi oleh puteri bunian tersebut.
”Kerana engkau buat aku terpukau akan dirimu dek kebat sekebat era, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang. Orang seperti engkau yang aku angaukan. Aku malu berkata yang begini Iman. Aku inginkan dirimu!”
Aku khuatir jika Iman tewas dengannya dan ini akan menyebabkan dirinya tinggal di sana selamanya. Nasib tahfiz kami tidak jauh dari rumahku. Dengan segera aku meminta bantuan Awi, Luqman serta 5/6 kenalan yang ada di tahfiz untuk bantu aku menolong Iman.
Setelah aku jelaskan apa yang jadi pada Iman mereka pun bergegas datang untuk membantu. Sampai sahaja di rumah mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan bergegas mengambil wudhu lalu terus melaungkan azan.
Laungan azan kami berkemundang satu kampung hingga menyebabkan ada segelintir penduduk yang bangun dan tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.
Suasana ketika itu tak dapat kami gambarkan betapa gamatnya keadaan semasa kami sedang sibuk untuk membantu Iman. Beberapa minit kemudian angin bertiup kuat hingga mampu menjatuhkan motorsikal yang ada di luar.
Penduduk kampung yang ada di luar masing-masing ada yang berlari masuk ke rumah mereka dan ada yang masuk ke rumah aku dek angin yang terlampau kuat. Iman masih tidak mampu untuk bangun walaupun sudah ditegaskan yang dia tak nak ikut keinginan puteri bunian tersebut.
Iman dalam masalah besar dan pada fahaman yang aku dan kenalan aku tahu jika seseorang manusia sudah bertegas yang dia tak nak ikut pulang ke dunia bunian sepatutnya bunian tersebut dengan rela hati melepaskannya dan dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Tetapi dalam kes Iman sangatlah pelik kerana puteri bunian enggan melepaskan Iman walaupun dia sudah maklum akan jawapan dari Iman.
Angin berderu sekuat-kuatnya dan kami masing-masing masih tidak berhenti meneruskan solat dan melaungkan azan untuk membantu Iman yang masih tidak sedarkan diri dan ketika itulah kami dikejutkan dengan suara tangisan mendayu-dayu di luar rumah.
Tangisan tersebut sangat kuat hingga membuatkan penduduk kampung yang ada ketika itu menjerit ketakutan. Pintu yang salah seorang kenalan aku kunci terlerai dengan sendiri dan masing-masing tertumpu ke arah luar dan ya, kelibat puteri bunian tersebut di luar.
Orang kampung tidak nampak apa yang aku dan kenalan tahfiz sedang lihat ketika ini, hanya kami sahaja yang nampak dan boleh berkomunikasi dengannya.
”Dia betul-betul nak Iman. Aku risau kita tak boleh buat apa bang.”
Kata-kata yang keluar dari mulut Luqman. Aku hampir tertunduk dan jadi blank seketika. Memang betul apa yang dikatakan Luqman memang bunian tersebut nekad mahukan Iman. Ada air jernih yang seakan dipaksa agar tidak keluar dari kelopak mataku.
”Kemarilah bersama di duniaku. Engkau tidak betah di sini. Riwayatmu tidak lama di sini. Di duniaku engkau akan bernyawa lamanya. Kerana engkau sangat disayangiNya.”
Bunian tersebut seakan meraung enggan melepaskan Iman pergi. Dia menangis semahu-mahunya. Kesedihan seakan milik kau tidak akan pernah ada di dunia lagi. Kata-kata yang bunian tersebut keluarkan buat aku dan kenalanku tersentak dan masing-masing berpandangan sesama sendiri.
Ya. Apa yang dimaksudkan dengan riwayatnya tidak lama yang merujuk kepada Iman? Aku mula jadi tidak sedap hati dan tidak suka dengan apa yang aku dengar dari bunian itu. Dalam pada masa yang sama tak semena-mena kilat sambung-menyambung seakan ada bencana yang bakal berlaku.
Sungguh kami sebagai perawat sendiri pun tidak pernah saksikan kejadian yang dasyat ini depan mata. Sekujur tubuh tua yang berjanggut putih panjang melepasi dagu datang memunculkan diri di tengah-tengah angin kencang sambil memandang sayu ke arah aku.
Aku tidak pasti siapa dia dan apa hubungannya dengan puteri bunian. Saat dia bersuara aku dan lain terkejut disebabkan suara dan auranya yang aku rasa seperti sesuatu yang kami sendiri tidak boleh tandingi.
”Wahai manusia. Terima kasih memanggilku ke mari. Teruskan melaungkan azan, adanya aku di sini untuk membantu kamu. Kemarilah kamu pulang ke duniamu. Ini dunianya. Pulanglah kamu ke asalmu. Jangan kamu pernah muncul di hidupnya. Dia bukan milik kita. Dia bukan milik kau. Dia milik pemlikNya.”
Zass! Habis je orang tua itu bercakap puteri bunian terus hilang dari pandangan kami dan suara tangisannya kedengaran semakin jauh dan terus menghilang. Tangisan yang mendayu-dayu seakan tidak mahu dan tidak mampu menolak apa yang orang tua itu katakan.
Kata-kata yang keluar dari orang tua itu buat hati aku tersentak sekejap. Sayu. Suasana yang sayu aku rasakan ketika ini. Siapakah dia? Dia tidak memperkenalkan dirinya dan hanya memohon maaf dan terus ikut menghilang. Aku terkilan kerana tidak sempat berterima kasih dengannya.
Malam yang dingin kembali seperti sedia kala setelah bunian tersebut menhilang. Tetapi Iman masih tidak sedarkan diri. Air mata yang aku tahankan sedari tadi tak semena-mena jatuh.
Aku tak mampu dan tak sanggup adikku dimiliki di dunia lain. Suara bisikan datang menerjah di telingaku untuk memberitahu apa yang harus aku lakukan untuk membuat Iman kembali sedar.
Aku jadi terkejut dengan bisikan yang memperkenalkan dirinya sebagai salah satu makhluk di dunia bunian. Cara-caranya tidaklah dapat aku kongsikan di sini kerana aku sudah bersetuju hanya aku dan pemilik suara tersebut yang mengetahuinya dan cara-cara tersebut juga adalah salah satu cara untuk pergi ke dunia mereka.
Usai aku dan yang lain bersetuju untuk ikut kata bunian tersebut, setengah jam kemudian Iman tersedar dari “tidur” dan aku terus memeluk kuat dirinya seakan aku hampir kehilangan dirinya buat selama-lamanya. Iman hanya membiarkan sahaja aku memeluk dirinya dan kami masing-masing membasahkan mata tanpa sedar.
Sungguh aku bersyukur kepadaNya yang telah mendengar doa kami dan membantu kami mendapatkan semula Iman.
Aku berterima kasih juga kepada pemilik suara misteri yang membantu aku. Dia tidak mengenalkan dirinya. Katanya hanya sekadar mengenali Iman dari jauh.
……
TERIMA KASIH YA ALLAH! TERIMA KASIH SERI CEMPAKA!
Lokasi: Kampung/rumah pertama.
POV: Iman
Aku serius malam tu. Benda ni tak boleh dibiarkan sahaja. Ianya sangat mustahak dan Awi kena tahu dan siap sedia untuk sebarang kemungkinan. Aku agak dia sudah terkena sedikit tempias cuma barangkali dia tidak sedar sepenuhnya. Mujurlah tuan puteri datang memberi peringatan.
“Terus terang dengan aku Awi. Semenjak dua menjak ni ada kau rasa sesuatu yang lain jadi kat diri kau? Itu bukan benda biasa Awi. Makin lama kau biarkan bisa tu, makin susah nak ditawarkan.”
Awi agak cuak dengan pertanyaan aku barangkali. Lama dia membiarkan persoalan dari aku tergantung. Kejap-kejap dia meraup wajahnya sebelum dia sedia untuk menjawab soalan aku.
Cerita dari Awi…
Ada sebab utama kenapa aku datang ke tahfiz di sini. Ilham abang kau yang terlebih dahulu tahu apa yang sebenarnya jadi kepada aku. Kau pun tahu jugak kan cuma tidak tahu keseluruhannya. Aku baru bercerai setelah 2 berkahwin.
Ya. Perkahwinan singkat yang hanya mampu bertahan selama 2 bulan. Aku kena cerita untuk kau faham dan tahu apa yang jadi pada aku.
Sebulan usia perkahwinan kami semuanya bahagia seperti pasangan lain yang berkahwin atas dasar cinta. Bahagia sekali. Semua tentang dia sangat sempurna pada awal perkenalan pertama kami dan membuatkan aku jatuh hati kepadanya.
Setelah hampir setahun perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing maka kami pun memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Sepanjang perkenalan kami hampir setengah tahun itu memang tiada langsung benda pelik yang berlaku. Perkara pelik berlaku selepas nak masuk dua bulan kami sah menjadi pasangan suami isteri.
PERMULAAN.
Aku dapat rasa bila di kedai makan atau mall yang rata-rata dipenuhi perempuan aku akan jadi berang. Berang dan marah bila perempuan berjalan berselisih dengan aku. Aku rasa nak mengamuk.
Itu belum lagi kalau aku tertengok muka perempuan-perempuan yang lalu lalang. Bila tertengok je aku jadi benci. Benci macam perempuan tu semua ada buat kesalahan besar dengan aku. Tak kira bangsa dan tak kira umur. Asalkan jantinanya perempuan aku akan jadi benci.
Tapi bila aku tengok muka bekas isteri aku, aku akan jadi super tenang. Family sebelah aku dan adik perempuan elok je jika aku tengok muka dorang tapi tidak dengan perempuan-perempuan di luar sana.
Bayangkan bila aku berkerja di pejabat yang mana memang dikelilingi perempuan aku jadi panas. Ada staff perempuan sorang ni, berkahwin anak 4 dia memang happy go lucky aku kenalkan dia as kak Diba.
Kak Diba memang terkenal suka menyakat staff dan junior di situ. Kak Diba suka menyakat aku lagi-lagi bila dia dapat tahu aku bakal berkahwin memang makin rancak dia sakat aku.
“Muka handsome confirm anak pun lawa-lawa. Akak doakan Am bahagia dengan bakal isteri nanti ya. Nak dekat raya ni nak duit raya untuk anak akak please!”
Sempat dia bergurau last tu selepas mendoakan yang baik-baik untuk pernikahan aku nanti. Aku hanya tergelak dan melayan sahaja karenah Kak Diba yang sudah aku anggap sebagai kakak sendiri.
Tapi lepas je aku kahwin aku yang memang tak pernah nak marah Kak Diba bila dia mengusik akhirnya pada suatu petang ni aku termaki dia tanpa sebab.
Termaki sebab bila dia bercakap atau menyebut nama aku, aku jadi panas meruap-ruap. Benda ni berlanjutan selama beberapa minggu lamanya.
Terpinga-pinga masing-masing yang ada ketika itu. Dorang yang nampak seakan tak percaya dengan apa yang dorang semua saksikan.
Seakan tertanya-tanya kenapa dengan aku? Kenapa aku sampai hati maki Kak Diba? Aku sendiri pun tak ada jawapan tu.
Kelibat Kak Diba keluar dari office tanpa sempat aku meminta maaf darinya. Suasana yang ceria jadi kelam. Tak pernah-pernah terjadi selama aku bekerja di situ. Maafkan aku Kak Diba! Aku bukan sendiri tidak kenal lagi dengan diri aku sendiri.
Hal itu jadi kecoh sampai ke pengetahuan department lain. Macam biasa bila ada staff perempuan yang jalan berselisih dengan aku, akuĀ dengan sengaja membengis kepada mereka. Tunjuk yang aku tak suka mereka.
“Kau berambus. Kalau terserempak aku jangan sesekali datang dekat dengan aku. Menyampah tengok muka kau.”
“Tepilah! Kau ni busuk! Busuk tahu tak!”
“Apahal tengok-tengok aku? Tak puas hati?”
Itu antara dialog dari aku jika ternampak staff-staff perempuan yang lalu bersebelahan dengan aku. Masing-masing jadi takut dan membuatkan tiada seorang staff perempuan pun yang berani datang dekat menghampiri aku kecuali Lia.
“Kau nampak pelik. Bukan macam aku dan yang lain kenal. Kau okay ke? Kau tak makan lagi kan? Nah roti telur aku beli kat cafe tadi.”
Lia perasan akan sesuatu yang pelik jadi pada aku. Dia orang pertama yang berani tegur dan tanya keadaan aku. Katanya lagi aku jadi pelik lepas aku berkahwin. Sebelum ni aku okay sahaja.
Bila fikir apa yang Lia katakan aku cuba untuk proses. Ada sesuatu yang isteri aku perlu bagi tahu ke? Balik tu aku terus cari isteri aku untuk minta dia jelaskan apa-apa yang perlu aku tahu.
Macam biasa bila aku tengok muka dia aku jadi tenang dan tak marah-marah. Segala benda yang buat aku serabut dan panas auto jadi sejuk bila balik rumah.
Isteri aku terkejar-kejar mendapatkan aku yang berulang kali memanggilnya di luar. Sambil di tangannya memegang bekas bertutup kain putih. Mukanya cuak dan ketakutan yang teramat sangat.
“Abang dekat office okay ke? Ada apa-apa yang jadi ke? Sebab tadi ada…”
Macam mana dia tahu apa yang jadi dekat office?Belum sempat dia nak habiskan ayatnya aku terlebih dahulu memotong kata-katanya.
“Sayang. You sayang i sampai macam ni sekali ke? Kenapa sayang? Kenapa? You tak percaya dekat i? Macam mana you tahu apa jadi dekat office i?”
Dengan begitu lembut aku cuba untuk buat isteri aku berterus-terang tentang apa yang jadi. Apa yang berlaku semuanya menuding ke isteriku. Wajah isteri aku ketika tu terpinga-pinga seakan tidak faham dengan apa yang aku katakan.
“Abang. Dengar cakap Aisyah dulu. Aisyah tahu pun dari kawan office abang sendiri. Dorang dari minggu lepas lagi datang rumah tapi Aisyah tak berani buka pintu. Abang sendiri tak izinkan.
Tapi maaf harini dorang datang dengan seorang perempuan dan katanya kawan dari office abang dan Aisyah pun keluar depan pagar je untuk jumpa dorang.
Ada benda penting dorang nak bagitahu Aisyah pasal abang tapi tiba-tiba dorang marah Aisyah, katanya Aisyah penyebab abang marah-marah dekat office. Abang jadi lain. Abang jadi pemarah sangat. Aisyah tahu dari situ abang.”
Lepas dengar apa yang isteri aku ceritakan aku sekali lagi cuba untuk proses dan faham. Aku jadi syak kepada isteri sendiri. Macam ada benda yang tak kena.
Semua yang dia ceritakan tak kena. Termasuk dengan apa yang dia pegang di tangannya. Bekas buruk bertutup kain putih tu buat aku berdebar.
“Apa benda ni sayang? Bekas apa you pegang ni?”
Terketar-ketar tangannya bila aku tanya apa yang dia tengah pegang. Aku rampas bekas tersebut darinya. Nampak wajahnya ketakutan.
“Allahu!”
Punyalah aku terkejut sampai hampir terjatuh kebelakang setelah kain putih yang menutupi bekas tersebut aku buka.
“Apa ni ? Apa kau cuba buat ni?!”
Dari panggilan sayang aku terus ber-kau aku dengannya. Aku jadi marah tapi tidak semarah bila aku berhampiran dengan perempuan lain. Apa yang buat aku terkejut ialah apa yang ada di dalam bekas tu.
“Kain kapan! Ni kain kapan! Ya Allah. Gambar aku…kala jengking…apa semua ni?!”
Aku jerit semahunya petang tu. Muka dia aku tatap dalam-dalam seakan menekan menuntut penjelasan.
“Abang..abang salah faham ni. Aisyah jumpa bekas ni dekat luar tadi. Aisyah ambil nak buang kat belakang. Tapi sebelum buang Aisyah nak tunjuk dulu pada abang apa yang Aisyah jumpa ni. Aisyah takut sangat bila tengok apa yang ada dalam bekas ni.”
Entah kenapa segala apa yang dia katakan aku tak mampu untuk percaya. Memang aku tak percaya sebutir pun yang keluar dari mulut dia. Terasa semuanya bagai lakonan. Apa dia fikir aku ni bodoh?
Malam tu juga aku nekad. Aku dah buat keputusan masak-masak yang aku nekad nak lepaskan dia pergi dari terus membuat dosa besar.
Macam biasa aku masih tenang tak marah-marah tetapi aku masih waras dan boleh berfikir mana yang baik dan buruk.
Isteri aku ketika itu merayu untuk aku tidak meneruskan apa yang aku putuskan malam tu. Dia menangis semahunya. Seboleh akal dia mengatakan yang aku salah faham dan tak mungkin dia akan sanggup buat dosa besar macam ni sekali.
“Aisyah tak salah abang. Abang percayalah dekat Aisyah. Tolonglah..Aisyah merayu benda ni bukan Aisyah yang buat. Aisyah betul-betul jumpa benda ni dekat luar!”
Bermatian dia cuba untuk membela diri tetapi sudah terlambat. Aku sudah nekad untuk menceraikannya dan ya malam tu terlafazlah talak 1.
***
Sejak dari aku bercerai tu aku berhenti jadi marah-marah. Aku jadi normal semula tak ada masalah dengan mana-mana perempuan yang lalu berselisih dengan aku. Benda tu hilang serta merta.
Berita tentang apa yang jadi pada aku adalah disebabkan angkara ex wife aku tersebar luas satu pejabat. Staff-staff perempuan yang aku pernah maki cepat-cepat aku pergi jumpa untuk minta maaf dan aku jelaskan punca aku jadi macam tu.
Mereka semua terkejut dan tumpang simpati serta memahami apa yang jadi & tak ambil hati dengan kelakuan aku yang teruk sebelum ni. Ada yang memaafkan dan ada juga yang masih tarik muka dengan aku.
Tapi Kak Diba….
“Kau tak tahu ke Kak Diba sakit teruk?”
Hafiz cerita semula apa yang jadi pada Kak Diba. Patutlah seminggu aku tak nampak dia. Kata Hafiz lagi Kak Diba kena gangguan halus dan ada orang tak puas hati dengannya.
Disebabkan gangguan tu agak teruk suami Kak Diba tak benarkan dia bekerja di sini lagi. Kak Diba juga dibawa balik ke kampung halaman suaminya untuk berubat.
Tambah Hafiz lagi suami Kak Diba turut tidak benarkan kita rakan sepejabatnya datang melawat atau ambil tahu akan Kak Diba lagi.
Kata suami Kak Diba lagi dia perlu berjaga-jaga dengan salah seorang dari pekerja di syarikat kami yang ada kena mengena dengan apa yang jadi dengan Kak Diba.
“Semua kat office ni salahkan kau Am. Katanya kau penyebab Kak Diba kena semua tu. Memang bukan kau pelakunya sebab kau sendiri pun mangsa but still dorang salahkan kau atas apa yang ex wife kau buat.”
Tak semena-mena mata aku berkaca. Disebabkan Aisyah yang terlalu cemburu orang lain yang tak bersalah dijadikan mangsa. Tak akan aku pernah maafkan dia seumur hidup aku.
***
“Sebab lain aku ke sini disebabkan aku masih terkena gangguan tu. Aku ambil keputusan untuk berhenti dari situ sebab tak tahan dengan mulut-mulut orang berkata itu ini pasal aku dan apa yang jadi pada Kak Diba.
Tapi lepas aku bercerai memang tak ada apa yang pelik terjadi. Tetapi bila aku resign dari situ beberapa hari kemudian aku terkena balik gangguan tu hingga buat aku hampir kemalangan.
Aku cerita semua ni kat Pak Cik Hamid. Dia lah yang suruh aku datang tinggal dan berubat di tahfiz ni. Dia nampak aku hampir separa gila bila nampak perempuan. Macam orang tak betul pun ya.”
IMAN
Malam tu Seri Cempaka datang sekali lagi berjumpa aku. Dia membawa peringatan yang sangat penting. Sempat dia berpesan agar aku ikut berhati-hati ketika menolong Am. Apa yang dikatakan Seri Cempaka buat aku terdiam kejap.
Esok paginya aku terus call Am untuk cerita apa yang aku dengar dari Seri Cempaka. Am tidak tahu kewujudan Seri Cempaka. Jika Am tanya dari mana aku tahu aku hanya akan mengatakan yang aku seorang perawat dan tahu serba sedikit ketika merawat pesakit.
“Kalau bukan dia yang buat habis siapa?! Apa yang aku cerita dekat kau semua menunding pada dia kan? Kenapa tiba-tiba kau cakap semua yang jadi ni bukan angkara…bekas isteri aku??”
Jawapan yang aku sudah agak akan keluar dari mulut Am. Dia menuntut jawapan dari aku berulang kali. Nampaklah dia memang tak puas hati dengan apa yang aku bagi tahu dia.
FLASHBACK SERI CEMPAKA
“Aku ke mari membawa peringatan. Bagai jawi ditarik keluan apa sahaja katanya sama ada buruk atau elok apa dia ikut menurut sahaja? Sahabatmu itu tidaklah lurus orangnya cuma hendaklah dia berpada-pada dengan sembarangan orang.
Tidaklah aku mahu menakutkan akan dirimu dan dirinya bahkan juga bukanlah si dia yang sahabatmu tunding itu puncanya. Kau juga harus berjaga-jaga karna aku khuatir jika kau terkena akan tempiasnya.”
IMAN
Malangnya apa yang dihajati Seri Cempaka tidak menyebelahi aku sebab tak lama tu aku pun akhirnya terkena tempiasnya. Tempiasnya bukan kecil-kecilan tetapi seakan mahu buat aku jadi persis orang gila.
Seakan mahu membuat orang yang dituju hajatnya itu seperti “gilakan” diri si penghantar. Aku sendiri seakan mahu gila kalian bayangkan sendiri macam mana sengsaranya orang yang dituju sihir itu.
“Aku titipkan akan engkau sepotong ayat ini. Rasmikan ia segera kelak membawa perkhabaran yang tidak enak. Apa engkau sedia?”
Aku tercengang dengan apa yang sedang Seri Cempaka cuba lakukan. Ya dia mahu membawa aku ke dunianya untuk berjumpa dengan seorang tua yang dia kenalkan sebagai Tok Putih.
Katanya dengan ayat ini aku dapat keluar dan masuk ke dunianya dan dengan cara ini juga aku dapat pulih sepenuhnya. Tetapi ketika itu aku lebih risaukan Awi. Keadaan dia tidak ubah seperti gilakan seseorang yang dia sendiri tidak kenal.
Awi jelaskan yang badannya terasa panas terbakar yang teramat sekali bila duduk dalam suhu bilik penghawa dingin. Jika dalam keadaan cuaca panas kejadiannya terbalik dia merasakan suhu sejuk yang tidak sepatutnya berlaku sehingga sanggup kemana-mana membawa sepersalinan 3 jaket tebal dan sarung tangan tebal.
Kepada semua pembaca ayat tersebut tidaklah dapat aku kongsikan di sini dengan kalian semua. Tersilap langkah tidak mungkin dapat diundur melainkan dengan cara berjumpa dengan SERI CEMPAKA.
Tetapi malangnya…ada kisah yang terjadi di antara aku dan Seri Cempaka yang di mana aku akan sambung lagi perihal bagaimana aku dirawat dengan Tok Putih, siapa Tok Putih, cara aku ke sana dengan ayat yang Seri Cempaka berikan, apa yang jadi antara aku dan Seri Cempaka…dan tentang siapa yang berhasrat dengki dengan Awi.
Semuanya akan aku tamatkan dalam pengalaman ketiga yang akan datang. Terima kasih korang yang sudi baca kisah aku sejak berjumpa dengan Seri Cempaka. Sehingga kita berjumpa lagi. Assalammualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit