Si Penidur

Assalamualaikum pembaca FS sekalian. Pernah menulis di sini dan penerimaan agak meyakinkan. So, kita try pula kali kedua kalau momentum tu masih sama ke tak. Selalu baca cerita pasal ditindih oleh benda berat atau sleep paralyze buatkan aku gigih cari punca benda ni berlaku adakah terlalu penat ke apa sebab benda ni jadi terlalu kerap kepada aku. Dulu , aku tinggal bersama aunty aku rumah tu memang ada “sesuatu” . Orang biasa yang tak ada sixth sense pun akan dapat rasa kalau rumah tu berhantu ke tidak, aura negative tu kita boleh rasa melainkan kau hantunya atau kau jenis semua benda kau nak takut.

Bermula dari tidur di rumah ni, aku selalu kena tindih. Kena kacau dalam rumah jangan cakaplah, arwah nenek aku kena tolak dari tangga, masa aku bercermin reflection aku statik padahal aku sedang bergerak. Hantu ni memang jahanam, mencederakan dan merimaskan sebab selalu kacau orang. Aunty aku, Deny yang ada benda dalam rumah dia, hudznuzon tak bertempat. Ye lah aunty aku tinggal berseorangan dengan nenek aku. Lepas tu mak aku ada berubat dengan seorang ustaz sekali lah tengokkan rumah aunty aku dan ustaz tu cakap rumah tu ada yang “menghuni”, dia ada double sided face nasib baik masa Ustaz tu masuk rumah dia jadi perempuan cantik. Alhamdulillah rumah tu dah okay dah tak suram dan lebih ceria berbanding 10 tahun lepas .

Seperti yang aku cakap, aku selalu ditindih. Lebih2 lagi kalau aku tidur berseorangan, kejadian ni tak selalu berlaku kalau aku tidur di rumah aku. Tapi berlaku di Universiti. Roommate aku selalu keluar dan balik awal pagi, jadinya aku akan berseoranganlah di dalam bilik sambil layan smule dan tido around 2 am (rutin tidur mahasiswa). Dalam seminggu tu, mungkin aku akan ditindih 3 kali dan setiap kali ditindih dia akan tinggalkan tanda BIRU di lengan aku. Pada awalnya, aku ni jenis yang tak kisah pun pasal lebam biru2 kat tangan sebab aku jenis yang clumsy semua benda aku langgar so takde la suspicious sangat tangan lebam. TETAPIIIII…

Satu malam ni, tengah aku nak tido tak sampai 15 minit, aku rasa ada benda sedang merayap dari kaki dan terus ke dada aku. Sesak nafas kali ni lain macam, aku rasa nyawa aku dah sampai tengkuk dah sikit lagi nak keluar yang aku dapat ucap “Allahuakhbar” je. Tengah buat attempt untuk jerit lagi kuat, aku dengar something berbisik kat telinga aku, “Aku harap kau m**i!”. Sampai sekarang nafas dan suara tu masih aku dapat rasa kat telinga aku. Seraya itu jugaklah, aku dapat gerakkan badan aku dan buka lampu sambil maki hamun sebab marah sangat asyik di tindih je. Hahahahaha. Aku marah sebab aku tak nampak benda tu, mata aku pun ikut lumpuh tak boleh nak buka. Geram dia lain macam, nak tumbuk tapi tak tau siapa dan bagaimana. Seminggu aku murung lepas kejadian tu, marah + kecewa semua berkumpul dalam badan ni. Siapa tak marah benda s**l tu kacau ko tido kan?

Lagi satu, masa cuti semester aku nak balik Sabah. Flight aku petang pukul 6, so aku tidur la sebentar sementara nak tunggu solat asar. Benda lahnat ni tindih lagi lepas tu dia tinggalkan 2 bekas lebam biru kemerah-merahan seolah-olah d***h aku baru je disedut. Macam ada internal bleeding pon ada, sampai je aku kat rumah pembantu rumah aku nampak tanda tu dan letak limau di sekitar kawasan lebam tu dan tau tak apa yang aku nampak??? Aku nampak kesan gigi kat kulit aku dan pembantu rumah aku kata yang sedut d***h aku ni penanggal atau balan-balan.

Sebenarnya nampak benda2 halus tu kerap jugak, tapi aku geram dan marah bila aku ditindih aku tak tahu apa yang tindih aku dan macam mana rupa bentuknya. Satu je sebabnya, dia kacau aku tidur. Bah, terima kasih kamurang ?

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

5 thoughts on “Si Penidur”

  1. Boleh x explain mne dtg penanggal yg dtg isap d***h tu???
    Apsal mende tu nk ekau ni m**i…???
    Abis tu xde ke g berubat memane plak…???
    Ape endingnye…???
    Atau ape progress setelah berubat tu…???
    Agk tergantung citer ekau nih…
    Ternganga kejap hakak dik…

    Reply
    • Hahaha.. ye la.. agak tergntung.. mngkn jga smpi skrg dia masih di ganggu dan tak kisah kot…

      cume dia mrah sbb tidurnya di ganggu kot..

      bru tahu.. rupenya penanggal pn isap d***h org merata2.. ingt dia pilih drah org bersalin je..

      pnah dgr psl kesan lebam y xtaw pnca ni.. tp xingt nama pe ntah y gigit… slalu org kena masa mndi time2 mghrib n bgn tido.. tp xtaw la pulak kalau btul2 penanggal pnya kije slama ni…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.