Salam sejahtera semua.Nama aku Maryam.Kisah yang aku nak ceritakan ni berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh kawan baik aku sendiri iaitu Nor.’Aku’ dalam cerita ni adalah Nor.Jom mulakan.
Aku dan Akim dah 5 tahun bercinta.Sekarang dah masuk fasa bertunang.Ikutkan raya puasa haritu kitorang plan nak nikah.Tapi banyak sangat masalah dan halangan.Akim ni masa aku mula² kenal dia dulu sangatlah caring dan baik hati.Cuma satu je perangai dia yang aku tak suka iaitu panas baran.Dulu barannya tak la seteruk sekarang.Boleh di control lagi.Tapi sekarang bila dia marah dah tak boleh kawal dan sampai tahap naik tangan kat aku.Sepanjang tempoh kami bertunang ni lagi teruk sikapnya.Dia penah tolak aku sampai jatuh di mall,tumbuk aku,tampar bertubi² hanya sebab masalah yang kecil.Dia macam tak ada perasaan bersalah atau kesian bila tengok aku menangis.Aku sabar sebab aku sayang dia dan harap dia boleh berubah.Penah satu hari tu aku naik kereta dengan dia.Tetiba dia brek emergency.Aku terkejut dan terpegang peha dia.Boleh dia marah aku cakap “ishh pegang² apa ni!”.Semakin hari aku rasakan yang itu bukan Akim yg aku kenal dulu.Aku mula perasan perubahan dia mendadak sejak dia pindah dari rumah family dia dan sewa sendiri di rumah baru.
Untuk pengetahuan korang Akim pernah cerita kat aku dulu² masa dia kecil time maghrib dia suka pergi jilat tiang seri kat rumah lamanya.Pelik jugak aku dengar.Dia juga pernah cerita katanya hidup dia seperti diperhatikan,telinga seperti dihembus,ada kesan cakaran kuku di belakang badan.Aku penah tengok sendiri kesan cakaran tu.Dia juga rasa seolah² ada org tidur disebelahnya setiap malam.
Aku semakin buntu.Hari² dia minta putus tunang.Katanya dia dah tak ada hati kat aku.Aku ada suarakan masalah aku kat kawan rapat aku,Anne.Mula² Anne nasihatkan aku suruh tinggal je laki mcm tu.Tapi bila aku cerita kejadian pelik pasal Akim sebelum² ni Anne pun suggest kat aku suruh try menengok kat sorang kakak nie.Aku plan memang aku nak pergi menengok tapi tunggu hari cuti.Aku dah mula syak something wrong yg ada kat Akim.Dari pembacaan aku selama ni,naluri hati aku kuat mengatakan yang dia ada pendamping.And yes betul tekaan aku memang ada something bergayut dibelakang dia.Kakak yang berubat tu kata benda tu dah lama duduk dgn Akim means sejak dia kecil.Akim ni dari kecil dan sampai sekarang memang suka menyendiri dan tak ramai kawan.Apatah lagi nak keluar lepak mamak dengan kawan² lagi la tak pernah.
Aku ceritakan satu kisah yang terjadi sebelum aku pergi menengok.Satu hari tu Akim cuti.Untuk makluman korang Akim sewa rumah bersama sepupu dia.Rumah sewa tu aku dan Akim cari siap² supaya lepas kawen nanti kami dah ada rumah.Sementara belum kawen dia ajak sepupu dia tinggal dengan dia.Tapi sepupu dia pun jarang balik rumah tu cuma sekali sekala saja.Ok back to the story.Sebelum aku ke rumah dia,dah 5 hari aku gaduh tak bertegur sapa dengan dia.Tujuan aku pergi tu konon untuk memujuk balik la.Senang kerja aku nak bagi dia minum air yasin ke apa nanti.Dalam phone aku dah bagitau nak ajak dia keluar makan.Bila aku sampai aku tengok dia tengah pasang perabot baru beli.Dia just tengok aku tak cakap apa.Aku pun buat² tolong dia pegang perabot tu apa yang patut.Lepas tu dia cakap dia nak mandi.Sementara dia pergi mandi tu aku masuk bilik.Aku biarkan pintu bilik terbuka seluasnya.Aku capai surah yasin tepi katil dan aku duduk sambil termenung.Tiba² pintu bilik bergerak sendiri dengan perlahan macam nak tertutup.Sangat perlahan seolah² ditolak oleh seseorang.Aku terkejut lalu aku bangun buka semula.Aku dah kaget.Aku buka yasin nak baca.Tapi lidah aku kelu.Setiap sebutan jadi salah dan susah nak sebut.Benda tu main pintu semula.’Dia’ nak tutup pintu macam tadi jugak.Aku dari takut terus jadi bengang.Ntah dari mana datang keberanian aku jerit kat benda tu, “kau sapa!kau datang dari mana!kalau kau berani sangat kau keluar tunjukkan diri!Akim hak aku la kau tak layak!!”
Badan aku menggeletar ketika tu.Mata aku melilau kiri kanan pandang keliling bilik.Terus aku cuba baca lagi yasin.Aku kuatkan semangat teruskan baca sampai lancar.Bilik tu jadi panas.Aku bangun on aircond.Pintu bilik aku biarkan sedikit terbuka supaya udara aircond tak mengalir ke ruang tamu.Saat aku sedang baca yasin aku nampak kelibat berlari laju di luar bilik melalui celah daun pintu yg aku buka sikit.Aku jadi meremang terus aku lari keluar ke ruang tamu sambil pegang yasin.
Lepas beberapa ketika Akim keluar dari toilet dan terus meluru ke arah aku.Matanya terbuntang luas memandang surah yasin yg aku pegang.Aku terkedu melihat tingkah lakunya.Dengan tak sengaja aku tercampak surah yasin ke tepi.Mata dia still masih pandang yasin tu.Terus dia tanya aku dengan suara yang kasar dan bengis,
Akim: Sebenarnya ko datang sini nak buat apa ha!!
Aku: Erm..nak ajak kuar makan la.
Akim: Makan??kalau makan sorang pun boleh pergi makan! Ko makan la sorang aku dah kenyang!
Aku: Takpe la kalau kenyang temankan saya saja cukup (padahal dalam hati rasa mcm nak lari keluar)
Ya Allah aku punya la berdebar.Aku dapat rasa yang depan aku sekarang bukan Akim yg sebenar.Aku baca apa yang patut dalam hati sementara tunggu dia bersiap.Lepas siap semua kitorang masuk kereta.Yang peliknya lepas masuk kereta terus sikap dia normal, cakap pun elok tak macam tadi.Yang ni aku yakin mmg real Akim aku.Lepas makan aku hantar dia balik.Sepanjang perjalanan aku nak balik rumah bulu roma aku mencanak naik.Aku terpikir selama aku tak penah syak akan kehadiran ‘dia’,aku balik rumah sewa tu sorang² tak pernah jadi apa².Seminggu sekali aku balik situ sapu,mop lantai.Biasanya aku balik time diorang kerja.Biasa la lelaki dok situ mana nak buat sangat semua tu bagai.Tapi semenjak aku dah mula syak kehadiran ‘dia’ dan plan nak berubat ‘dia’ dah mula bagi hint seolah² nak bagitau “ya aku memang ada”.Patut la ada satu hari tu aku pergi rumah sewa tu bersih² apa yg patut,tiba² Akim balik.Bila dia nampak aku ada kat rumah terus dia cakap dgn muka meluat,”aku tak suka la balik rumah nampak muka ko!kalau nak datang mai time aku tak dak kat rumah.Semak la!”
Sampai macam tu sekali bencinya dia pada aku.Tapi aku tahu setiap kata² kesat yang keluar dari mulut dia sebenarnya bukan dari dia.Syaitan memang tak suka manusia buat perkara baik tambah² yang nak mendirikan masjid macam kami.Aku hanya tawakal pada Allah.At least aku berusaha untuk selamatkan pertunangan kami.Selebihnya aku serahkan pada yang Maha Esa.
Ok sampai sini saja Nor ceritakan pada aku.Lepas ni aku akan ceritakan apa yg terjadi lepas Nor pergi berubat.Doakan Nor dan Akim ya kalian.
Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.
-Maryam-
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Sambung lagi. Apa jd kat Akim tu
Akim kan ngan stacy da.. ? jgn marah gurau2 yo
7/10
Duh…nak post biaq post sampai habih!!
hidopp obesi!!!
First aku nak tegur:
please jangan triggered.
Dah belum berkahwin tu jangan la berdua-duaan dalam rumah tu. dalam kereta pun tak elok.
Lagi syaitan suka.
Second:
Bawak akim berubat kalau betul awak sayangkan dia.pesan dekat dia jangan tinggal solat. Hadiahkan dia dengan al-Quran, Kitab-kitab.
Third:
Kalau dah melarat dan awak tak boleh tahan, lepaskan akim.. Biar stacy yang jaga (gurau).. betul sebab takut kesannya melarat kepada awak. Bagitau parents akim yang akim ada masalah. Awak tiada kelebihan nak merawat sendiri. Biar parents akim yang pujuk dia.
Cerita ok sedap walaupun kurang lemak keseramannya.
Markah: 6/10
Keep it up
aku baru nak cakap benda sama tak nikah lagi dah mai umah laki dok beduaan crita kat sini tanpa segan silu.. layan baca yasin tapi dok bedua gn bukan muhrim? tu lawak dikkk.. hahaah.. kalau aku tinggal jela.. da sampai tahap pukul.. g mati la tu setan ka dia ka.. org bodoh je nak betahan lagi..esok2 dia mengamuk balun ko lagi dia ckp tu setan dia bukan dia.. alasan
Dia tak tengok cite Andainya takdir la dikkk haha
Nice advise.. Ada kebenaran dalam setiap kata2 awk tu Sars..
setuju point 1
wuihhh 1 je.. lagi kejam hahaha
saitan juga salah…!!
marah betul aku.
pakwe kau tu yang tak betul.memang ade je manusia mcm ni Jenis baran kaki pukul.
jangan libatkan saitan atau hantu atau ibilis.hahahah
sampaikan kat Mall pon boleh pukul kau?kau masih salahkan saitan??
apa ke bangang kau ni.
BOSAN
0/00
???? btul2
Tabahnye Nor tu…
Kdg klu x sbb setan pon, manusia psycho perangai camni wujud jer…
Kejap mengamok, kejap.romantik…
Papepon ikhtiar berubat…
Klu rasa memudaratkan.dan.membahayakan, buatlah solat istiharah…
Moga Allah bagi pengakhiran yang terbaik di sisiNya…
Lain kali cerita bagi habis baru best 🙂
5/10
Move on je la dik, you deserve better than this.. Blum kawin nk pukul2 bagai, dah kawin Masak ko kene penyepak
Berduaan tanpa nikah dalam bilik, pegang2, pastu nak baca surah Yassin. Takde ilmu ni. Takde maknanya ko baca Yassin tapi buat maksiat. Ko nak harap pertolongan sapa sebenarnya? Insaf le. Ni bukan syaitan je yg jahat, korang pun dah jd jahat skali. Nak mintak pertolongan Allah jauhilah maksiat.