Siapa yang mengintai?

Assalamualaikum admin Fiksyen Shasha. Sebenarnya lama dah nak menulis kat page ni, tapi tulah sentiasa terbantut dengan hal-hal dunia ni. Kalau cerita aku ni terpilih, terima kasihlah ye.

Cerita ni time aku baru masuk tingkatan 1 tahun 2008. Sekolah yang aku masuk ni sekolah berasrama dekat Hutan Melintang, Perak. Sapa yang duduk kawasan tu atau kawasan Sabak Bernam taulah sekolah mana yang dimaksudkan tu.

Ianya terjadi macam biasalah, lewat malam di malam jumaat. Macam tak ada waktu lain diorang nak munculkan diri. Waktu tu aku memang nak terkencing sangat sebab sebelum tidur aku pergi bantai minum banyak-banyak dekat dewan makan. Time nak tidur tu lupa pulak aku nak pergi buang air, memang patutlah pun terjaga tetengah malam nak kencing. Padan muka aku.

Aku gerak lah sesorang gi bilik air. Nak ajak kawan tak berani. Sebab sebelum ni pernah ajak teman jugak tetengah malam, abis aku kena sound pasal kacau dia tidur. Sudahnya sampai seminggu kami tak bertegur sapa. Kehkeh.

Ok ok sambung. Aku pergilah seorang diri ke bilik air. Asrama aku bilik air ada dua. Dua-dua terletak di hujung kiri dan kanan. Memandang kan bilik aku paling tengah, aku menapaklah ke tandas belah kiri sebab belah kanan dekat dengan hutan. Takut aku nak gi sana.

Sedang menapak tu, dorm sebelah bilik air tu kosong. Khas untuk tetamu sekolah lain yang datang main bola tidur dekat dorm tu. Dorm tu memang sentiasa dikunci. Tapi malam tu, aku tengok bilik tu macam meriah. Walaupun lampu tak dibukak, bergelap je tapi kedengaran lah meriahnya tu. Dengar kerusi/meja diseret sana sini. Orang berbual sesama sendiri. Bunyi katil berkeriuk-keriuk (bunyi katil time orang nak duduk). Memang macam ada oranglah dalam bilik tu.

Aku ingatkan adalah pelajar sekolah lain duduk situ. Mungkin datang nak main bola ke apa esoknya kan. Aku cubalah nak mengintai. Mana tau boleh buat kawan ke. Dekat dorm tu tingkap hujung sekali bersebelahan tandas tu, ada satu cermin dah tertanggal. Aku memang nak intailah dari situ. Time nak intai tu, rupa-rupanya ada orang belah dalam dah intai aku dulu dah. Fuhh bukan main terkejut aku!

Sebab suasana pun gelap tak kira belah dalam dan luar, aku hanya nampak mata dia jelah. Badan kepala dia macam samar-samar ditelan gelap gitu. Mata dia je bergerak-gerak pandang sana sini pastu pandang aku balik. Aku tersengih jelah cakap sori pastu terus lari masuk dalam bilik air.

Dalam bilik air tu, masih dengar lagi bunyi orang seret-seret kerusi meja bagai. Kuat sangat. Macam diorang tengah berpesta je. Time kencing tu, bulu roma aku meremang gila. Macam ada benda je perhatikan aku dari atas. Terbayang-bayang mata tadi tu mengintai aku. Tapi buat bodoh jelah.

Selesai habis buang hajat tu, tak dengar dah bilik sebelah bising-bising. Mungkin dah tidur kot. Aku pun keluar. Masa nak keluar tulah aku nampak sesusuk tubuh lelaki berdiri atas tembok asrama depan bilik kosong tadi. Aku tergamam. Dengan keadaan yang gelap. Hanya dilimpahi cahaya lampu dari padang sekolah dan cahaya samar bilik air sahaja. Memang suramlah waktu tu. Aku diam je. Sebab time tu aku yakin, tu bukan manusia! Bukan macam dalam drama, dah tau tu hantu lagi nak tegur. Bangang betul!

Aku pandang dekat tingkap bilik kosong tu, dan masih ada lagi sepasang mata sedang mengintai memandang aku dari belah dalam. Lagi bertambah seram, kepala lelaki yang berdiri atas tembok tu jugak tengah pandang aku!

Sambil tersengih!

Aku dah takut gila babi dah waktu tu. Nak lari tapi otak macam dah berhenti berfungsi. Air mata dah meleleh dah. Bunyi sengihan dia tu yang buat jantung aku nak gugur. Seram ya amat! Dapat je kekuatan, terus aku pecut lari ke dorm aku. Masa nak bukak pintu bilik tu, kepala aku degil nak pandang makhluk tu. Dan makhluk tu masih memandang aku sambil tersengih lalu terus terjun ke bawah!

Aku lari dan terus baring atas katil kawan aku. Abis dia mengamuk marah aku ganggu dia tidur. Sebab dah takut sangat, ada aku kisah dia nak marah ke tak. Biarlah tak tegur seminggu pun, janji aku ada teman tidur di sebelah. Menggeletar weii sampai pagi. Terbayang lagi muka tersengih ‘dia’ tu waktu terjun ke bawah.

Esoknya seperti yang dijangka, memang takde orang langsung dalam dorm tu. Siap berkunci mangga dari luar lagi. Aku cerita dekat kawan-kawan aku, mulalah spekulasi merepek diorang. Makhluk tak aman lah, bekas pelajar sekolah bunuh dirilah. Aku iyekan je.

Itulah first and the last aku pergi tandas seorang diri tetengah malam tanpa teman. Masih terbayang lagi sepasang mata yang mengintai dari dalam bilik tu dan makhluk tersengih atas tembok. Yang jadi persoalannya, aku macam cam wajah makhluk tu, tapi sampai sekarang tak dapat agak siapalah gerangan empunya wajah tu sebenarnya. Nak kata kawan aku, bukan. Tertanya-tanya sampailah sekarang!

Ini betul kisah benar.

Sekian, terima kasih admin. ^^

Aril

Leave a Reply

10 Comments on "Siapa yang mengintai?"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
ketua asrama

nice story…

King of Kong
Hmmm.. Masa duduk asrama dulu, pernah tlg pegangkan Akak dorm kena sampuk. Time jadi tu pula maghrib, kami ni uzur duduk dalam dorm bergelap (polisi asrama). Tak pernah ada pengalaman, rupanya memang tak digalakkan duduk hujung kaki org yg dalam keadaan mcm tu, dah lah dalam keadaan uzur. Jadi lepas reda tu, malam tu antara sedar dan tidur nampak lelaki pakai baju askar tak berkepala terhuyung hayang menuju ke katil. And then, tiba-tiba.. Macam ada suara lelaki yang arahkan makhluk tu menuju ke aku. Bila tengok ke arah lelaki tu (dia duduk belakang public locker) dia senyum senget.. Mata merah mcm org baru bangun tidur tu. Memang rasa mcm kenal dan familiar sgt, tapi tak bole nak recalled ‘siapa’. Lama-lama bila dah ada life sendiri ni, takdelah nak ambil ingat sgt dah Imej lelaki tu. Until, Aku dipertemukan dgn ex bf yang psiko dan sgt2 physically abusive! Nak keluar dari ‘genggaman’ dia tu Ya Allah azabnya. Neraka dunia. One night, aku mimpi.. Mimpi situasi mcm aku pernah kena masa di asrama tu, masa tu aku menangis dalam tidur sbb lelaki yg aku pernah nampak yang… Read more »
No Name

Kiranye macam dejavu la kan..naluri mengatakan kite pernah kenal seseorang @ pernah lalui sesuatu situasi tu (siap boleh agak apa yg akan berlaku seterusnye) tapi tak dapat ingat bile masa & tarikh perkara tu pernah terjadi..

PykaB

Mcm pernah baca. Kita mimpi then betul2 akan jadi dalam real life. Mohon king kong buat cerita nak tahu start kenal pastu breakup cmna. Pleaseeee

King of Kong

PykaB;
Insha Allah ada masa utk menulis boleh share.. Dalam relationship tu sendiri mcm2 tempuh; sampai polis pernah dtg rmh 3x.

Tapi apapun tetap rasa bersyukur Allah bagi pengalaman; walaupun sakit.. Banyak yg dipelajari.

Penakut Tapi Nak Tau

Betullllll!!!

King of Kong

Yea sort of,
Tapi dalam tempoh masa umur 15 tahun sampai ke umur dah start bekerja tu; macam-macam org kita kenal dan jumpa kan. Jadi ingatan pd lelaki dalam ‘mimpi’ tu makin pudar..

So mmg tak dapat nak recall.
Masa bangun dari mimpi sampai basah bantal sbb nangis tu, baru ingat.. Ha, masa tu mmg rasa mcm DejaVu

che

?

lianabknnamasebenar

Kesian kau kena marah sampai tak tegur seminggu kan. Tapi kena faham sbb macam aku ni pernah jadi tukang teman time asrama dulu. Seram duduk luar seorang kat luar. Pastu siap terfikir betul ke yg aku temankan tu kawan aku?ke hantu…

Kak dah

Huii kalu hakak memang dok tahula nak buat apa. Dua2 ekor duk tengok gitu agaknya pengsan doh weh..

wpDiscuz