Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha.
Pertamanya, syukur ke hadrat Allah masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan kekuatan untuk menggerakkan jari-jemari rancak menari-nari di atas papan kekunci laptop lama aku ni, sambil menggamit nostalgia yang aku lalui lebih kurang 7 tahun yang lalu. Jika diberi pilihan, tidak kupilih jalan cerita hidup aku ini, akan aku ukirkan yg indah-indah saja.
Ini kisah benar hidup aku yang aku lalui bersama isteri tercinta. Kisah aku bukanlah seram, tapi harap ianya dapat menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat FS dalam menjalani hidup di dunia yang penuh onak dan duri.
Aku Z, bini aku pula aku gelarkan Wani (nama singkatan). Kami berkahwin dalam usia yang agak muda, 25 tahun (sebaya). Kami juga asal dari negeri yang sama. Masa itu Wani baru melapor diri di sebuah hospital kerajan di Selangor sebagai seorang ahli farmasi, manakala aku menjalankan peniagaan sendiri di negeri asal kami (Kelantan). Jadi perhubungan kami boleh dikatakan sebagai PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
Segalanya bermula setelah kami mula-mula berkahwin. Setelah tiga bulan berkahwin, Wani disahkan hamil. Hanya ALLAH saja yang tahu bertapa bersyukurnya kami. Tapi kegembiraan kami tidak lama. Setelah usia kandungan Wani memasuki tiga bulan, dia mengalami pendarahan yang teruk dan mengalami keguguran. Kami terima dengan redha ujian ALLAH itu.
Setelah empat bulan kisah sedih kami lalui, Wani sekali lagi disahkan hamil buat kali kedua. Kali ini kami lebih berhati-hati. Kami menjaga kandungan ini dengan sebaik mungkin, tapi apakan daya, bukan rezeki kami lagi. Bila usia kandungan Wani menjangkau empat bulan, sekali lagi dia mengalami pendarahan tanpa sebarang tanda, tanpa kesakitan, dan akhirnya kami kehilangan anak kami buat kali kedua.
Kami pulang ke kampung untuk memberi ruang kepada Wani untuk berehat dan berubat.
Bila berada di kampung, sedikit sebanyak benda-benda pelik berlaku pada aku dan Wani (aku dari kurang percaya benda-benda mistik ni ibarat terpukul dan terkesima). Wani mula dihantui mimpi-mimpi yg seram dan mimpinya bersambung macam drama dalam TV!
Contoh: Hari ini Wani bermimpi ada seorang perempuan tanpa kepala berada di luar rumah. Selang tiga atau empat hari, mimpinya bersambung! Perempuan tanpa kepala itu telah masuk ke dalam rumah pula. Selang lagi lima atau enam hari, perempuan itu telah masuk ke dalam bilik kami dan berdiri betul-betul depan dia.
Menurut Wani, perempuan itu berpakaian putih dan lusuh. Lalat pula menghurungi badannya yang berlendir.
Bukan setakat itu saja, Wani boleh dikatakan tiap-tiap malam bermimpi benda yang seram. Lemas dalam lautan yang hitam dan busuk, ditolak jatuh dari atas bukit yang tinggi dan melayang-layang di udara. Dengan selalu dihantui mimpi macam tu membuatkan Wani takut hendak tidur. Wani mengalami tekanan yang teruk (meroyan). Tak mahu makan, tak mahu mandi, selalu menangis sendiri dan badan sakit seperti dicucuk dengan jarum (terutama selepas waktu asar, sebelum maghrib). Satu lagi aku perasan, badan Wani ada kesan lebam pada bahagian lengan dan paha.
Melihat keadaan Wani makin teruk, aku dan mertua membawa Wani berjumpa ustaz di sebuah pusat perubatan Islam yang agak terkenal di Kota Bharu (ada cawangan di Bangi). Bila melangkah masuk ke pusat itu, Wani dah nampak lain macam. Dia cakap rasa berdebar-debar, panas, rasa nak menjerit. Aku minta Wani istighfar dan berselawat dalam hati. Setelah ustaz meminta izin aku untuk merawat Wani, ustaz meletakkan tangannya di kepala Wani. Saat itu juga Wani terus menjerit, “sakiiit!”
Aku dan mertua terkejut dengan jeritan Wani. Terus hilang sikap lemah lembutnya yang tadi lemah, tiba-tiba menjerit-jerit memarahi ustaz tersebut.
”Panaaas!” tiba-tiba Wani bersuara dengan suara garau dalam loghat Thailand. “Aku akan pastikan hidup dia takkan bahagia, takkan ada keturunan bagi dia, aku akan buat dia sampai dia mampusssss!” Kata suara tu sambil ketawa besar.
Aku ibarat terpukul dengan situasi yang baru lihat tadi. Ustaz bertanya kepada aku, sebelum berkahwin dulu pernahkah aku bercinta atau memberi harapan kepada sesiapa. Jelas sekali jawapannya TIADA. Hanya Wani seorang saja suri hati aku dari dulu sampai sekarang.
Tiba-tiba mak mertua aku bersuara, “maaf ustaz, dulu ada jiran di kampung saya (Mak Limah) pernah masuk merisik Wani buat anak terunanya, tapi kami tolak dengan baik memandangkan Wani dah nak bertunang (dengan aku). Saya bukan nak tuduh sesiapa ustaz, tapi perlakuan Mak Limah agak dingin dengan saya selepas kami menolak lamaran dia dulu. Jika berjumpa di surau pun, dia macam nak lari dari saya. Dah tak bercakap dengan saya. Berat dari lubuk hati saya mengatakan ada yang tak kena dengan Mak Limah.”
Ustaz mengatakan wani terkena santau dari Thailand. Santau itu ditujukan untuk aku, tapi Wani yang terkena sebab Wani jenis lemah semangat dan badannya lemah. Ustaz ikhtiar menyembuhkan Wani. Dalam sesi rawatan itu, Wani muntah (warna kuning campur ketul-ketul lendir). Hampir selama sejam menjalani rawatan itu, Wani keihatan agak keletihan. Ustaz minta izin untuk ke rumah mertua sebab ada “sesuatu” di sana. Sebelum pulang, ustaz ada bekalkan air bacaan Al-Quran dan daun bidara (buat mandi, bilasan terakhir, selepas asar dan sebelum maghrib).
Bila Wani cuba mandi guna daun bidara (tujuh helai dikisar, dicampur dalam sebaldi air untuk bilasan terakhir). Wani menjerit kesakitan. Dia rasa macam miang-miang buluh di seluruh badannya.
Selang dua hari kemudian, ustaz datang ke rumah mertua. Ustaz membaca ayat-ayat rukyah membersihkan dan memagar sekeliling rumah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan Wani dari tingkat atas. Aku berlari mendapatkan Wani, tapi Wani tiada di bilik. Seluruh bilik kami mencari, tiba-tiba kami mendengar dengusan orang dari bawah katil. Masyaallah, sedih, hancur hati aku seorang suami melihat keadaan isteri yang dicintai berubah 360 darjah! Tapi apakan daya, ini bahagian kami yang ALLAH uji.
Dipendekkan cerita, semasa ustaz berubat di rumah, dengan izin ALLAH ustaz telah temui satu bungkusan berwarna kuning yang mana di dalamnya terdapat rambut, kaca dan mata pisau cukur ditanam di bawah tangga rumah mertua. Setelah menjalani beberapa sesi rawatan dengan ustaz, Wani menunjukkan kesembuhan. Wani lebih rasa sihat. Wani juga menjalani rawatan psikologi di hospital. Alhamdulillah, Wani dah makin sihat dan sudah dapat ditukarkan kerja di dalam negeri Kelantan. Sekarang kami dikurniakan tiga orang cahaya mata, Alhamdulillah.
Menurut ustaz, syaitan dan iblis suka bersarang dalam rahim wanita. Mereka sebolehnya akan “makan” janin dalam rahim wanita, lalu menyebabkan keguguran. Syaitan tidak suka umat nabi Muhammad SAW semakin bertambah. Apa yang dilalui Wani termasuk mimpi-mimpi itu merupakan ciri-ciri orang terkena santau. Jika sahabat-sahabat FS juga mengalami tanda-tanda seperti Wani, pergilah dapatkan rawatan yang betul (bukan bomoh).
Berhati-hatilah semua, dalam dunia yang serba moden ini masih ramai manusia-manusia yang bertuhankan iblis laknatullah. Selalulah mendinding diri dengan ayat suci al-Quran. Jangan terlampau percaya dengan orang sekeliling. Sehingga sekarang masih menjadi rahsia siapa yang menanam bungkusan itu.
Wallahualam.
Kisah ini hanyan ringasan dan 1/3 dari kisah yang aku lalui. Jika hendak diceritakan dengan terperinci, mungkin agak panjang dan mungkin membosankan.
Maaf jika banyak typo, sebab laptop lama. Kadang-kadang pandai berubah sendiri ejaan dan mouse pandai berjalan sendiri.
Sekian
Alhamdulillah dah sembuh..
First.
Pengajaran yang berguna untuk semua. 7/10
e lalah ku eh kamas ku btukang tdi ah. p alum jua kna bayar esuk bru th ia kn mbayar.. mna jua ku kn lalah.. bek plng lalah kamas ku menyaki bini2 ni. tantu lalah nyaman.
alhamdulillah sembuh & dapat juga anak…
http://ceritanakal.net/tante-depan-rumah-sange-akibat-suami-impoten-2/
http://www.ceritanakal.net
https://hokky4d88.blogspot.com/
https://pastimenangbiz.blogspot.com/
https://hadiahtogelbiz.blogspot.com/
https://juditogelt.blogspot.com/
https://melakukansexk.blogspot.com/
https://ceritanangis.blogspot.com/
https://sesuatupoker.blogspot.com/
https://kartuhokky12.blogspot.com/
https://kartuhokky13.blogspot.com/
https://hokky4d12.blogspot.com/
https://kartuhokky14.blogspot.com/
https://hokky4d11.blogspot.com/
Bodoh ko ni.spam porn site..p tgk sorg2 dahla
Kalau selalu mimpi turun tangga tapi x pijak tangga camne plak. Rasa macam terbang je, dalam mimpi tu kaki bergerak tapi x rasa pijak pun. Dia macam melayang2 je, rasa real sangat sebab lepas mimpi camtu badan rasa letih bila bangun. Mimpi tu berulang2 dari zaman sekolah menengah lagi smpai lah sekarang dah umur 23 tahun. Ada maksud apa2 ke?
wallahualam lah.sebb mimpi ni.kkita dalam 5 mins dari bangun tidur,selalunya dah lupa dah.tapi ni berulang lepastu ingat sampai sekarang.cuba try jumpa ustaz?
sedihnya. alhamdulillah dah sembuh.
keep it uo!
tahniah boh
Alhamdulillah dan diharapkan Wani sembuh sepenuhnya dan kekal sihat. As a husband, you sangat tenang dan dapat harungi dugaan dengan baik sekali (kehilangan anak 1 dan 2). Cerita yang kemas, mudah difaham, lebih kepada cerita pengajaran. Cuma nak tahu, ape yang berlaku pada Mak Limah ye?
5/10 untuk keseraman
8/10 untuk pengajaran daripada cerita
Bab paling seram……. bila dia ckp cursor mouse jln sendiri dgn tekan key lain, huruf lain keluar huuhuhuhuh
alhamdulillah da sembuh…haih masalah2…de je hasad dengki
ape cter mak limha yg disyaki buat onar tu? at least cter la bahagian org yg buat hal tu.