#SiBaran – Dendam Karma

“Jika Allah MENIMPAKAN sesuatu KEMUDHARATAN kepadamu, maka TIDAK ADA yang dapat MENGHILANGKANNYA KECUALI DIA. Dan jika Allah MENGKEHENDAKI KEBAIKAN bagi kamu, maka TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KURNIANYA. Dia MEMBERIKAN KEBAIKAN itu kepada SIAPA yang DIKEHENDAKINYA di antara hamba – hambaNya dan Dia lah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Yunus: 107)

Muka Sohok masam mencuka. Sesekali mulut terkumat kamit membebelkan sesuatu. Sejak balik dari kedai tempat dia berniaga, mukanya bengis semacam. Kadang terdengar keluhan demi keluhan.

“Abang ni dah kenapa? Dari tadi lagi saya lihat abang duk membebel sorang-sorang, ada masalah apa tu, bang?” tanya Leha pada suaminya.

“Ni hah! Aku dapat panggilan dari Sidek. Dia bagitahu yang kedai kita tu, kena pecah masuk! Habis duit aku dia rembat! Dengan duit syiling yang aku kumpul dalam tin tu pun dah lesap juga. Hati mana tak geram!” luah Sohok pada isterinya.

“Sabar la abang agaknya bukan rezeki kita.”pujuk Leha untuk tenangkan suaminya.

“Sabar aku ada had juga! Dulu kedai aku kena pecah masuk dah. Sekarang kena lagi. Aku syak mesti orang yang sama yang dah rompak kedai aku tu! Jagalah engkau! Kau belum kenal lagi aku siapa!” bentak Sohok lagi.

“Abang nak buat apa..? Jangan ikutkan sangat rasa marah awak tu!”nasihatnya lagi.

“Dulu kau dah kenakan aku! Biar sekarang ni, aku pula kenakan engkau balik! Biar kau rasa macam mana susahnya hidup aku nak cari duit. Senang-senang kau curi duit aku untuk kegunaan engkau sorang!” luah Sohok lagi seakan-akan nekad dengan perancangan untuk kenakan balik si pencuri tersebut.

**************
“Dan ALLAH LEBIH MENGETAHUI (daripada kamu) tentang musuh-musuhmu. Dan CUKUPLAH ALLAH MENJADI PELINDUNG (bagimu). Dan CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG (bagimu).” (An-Nisa: 45)

Tanpa pengetahuan isterinya, Pak Sohok berpakat dengan Pak Jalil untuk kenakan balik si pencuri tersebut melalui pertolongan dukun.

“Jalil, kau nak bawa aku jumpa siapa ni?” tanya Sohok.

“Ni aku nak bawa kau jumpa dukun terhebat kat kampung ni. Dia boleh tolong kita kenakan balik si pencuri yang pecah masuk kedai kau tu. Kau tak nak tahu ke? Tak nak tahu siapa yang dah pecah masuk kedai kau tu?”

“Naklah, aku dah nekad nak balas dendam kat pencuri tersebut!”

“Dulu kawan aku nasib dia macam kau juga. Tapi rumah dia yang kena pecah masuk. Habis duit dengan barang kemas dia hilang kena curi. Lepas bawak jumpa dukun ni, keesokkannya pencuri tu sendiri datang merayu mintak maaf sebab dah pecah masuk rumah dia ni. Lepas kena bomoh dengan dukun ni, mulalah dia rasa panas tak senang duduk. Selagi dia tak hantar duit yang dia curi, selagi tu dia rasa sakit. Rupa-rupanya anak jiran dia sendiri yang dah pecah masuk rumah dia. Dapat baliklah duit dengan barang kemasnya semula.”

Sohok makin yakin bila dengar kisah Jalil tersebut. Makin nekad dengan tindakannya. Sesampainya mereka di rumah dukun tersebut. Mereka dijemput naik ke rumah.

“Tok, saya datang ke mari sebab ada hajat besar tok.” jelas Sohok.

“Jelaskan hajat apa kamu ke mari.”

“Saya datang untuk tuntut barang kepunyaan saya yang dicuri, tok!”

“Kamu nak kenakan dia cara halus laa ni?”

“Ya, tok! Kalau boleh saya nak tahu siapa dia yang sebenarnya. Siapa yang berani pecah masuk kedai saya ni tok? Saya nak kenakan dia cukup-cukup tok. Selagi dia tak pulangkan barang yang dia curi di kedai saya tu tok, selagi tu saya nak dia rasa terseksa setiap nafas dia bernyawa.”

“Tok, boleh tolong. Ada kamu bawa pengeras?”

“Ada tok! Selain tu Jalil ada bagitahu saya untuk bawa beberapa barang yang lain. Semuanya saya dah sediakan.

“Baiklah. Bolehlah kita mulakan upacaranya!”

Selesai upacara untuk bomohkan si pencuri tersebut. Dukun tersebut mengirimkan satu beg plastik untuk Sohok.

“Ingat balik nanti, kamu kena bakar batu bata ni kat depan pintu kedai kamu. Selain tu kamu jangan lupa, selepas kamu bakar hangus batu bata tersebut, tanam batu tersebut dalam tanah bersama serbuk kaca ni. Esok kalau si pencuri tu datang ke kedai kamu, kamu akan dengar bunyi duit syiling berlaga-laga sebagai petanda. Kalau kamu dengar, itulah si pencuri sebenar yang dah pecah masuk kedai kamu. Hanya kamu berdua sahaja yang dapat mendengar bunyi duit syiling berlaga tersebut”

“Selepas tu kamu boleh teruskan upacara seterusnya sampai si pencuri tersebut mengaku kesalahan dia di depan kamu. Faham!” terang Tok Dukun lagi.

“Faham tok, saya akan buat semuanya apa yang dah tok ajarkan pada saya.” ucap Sohok.

“Kalau macam tu kitorang mintak diri dulu ye tok.” Jalil mencelah.

Mereka bergegas ke kedai Sohok untuk lakukan sesi pembakaran batu bata tersebut.

“Aku dah tak sabar nak tengok siapa pencuri tersebut.” teruja Sohok.

“Hahaha..mampuslah dia malam ni!” Jalil menambah lagi.

**********
“Dan TINGGALKANLAH ORANG-ORANG yang menjadikan AGAMA mereka sebagai MAIN-MAIN dan SENDA-GURAU, dan mereka telah DITIPU OLEH KEHIDUPAN DUNIA. Peringatkanlah (mereka) dengan AL-QURAN itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam NERAKA, karena perbuatannya sendiri. TIDAK AKAN ADA BAGINYA PELINDUNG dan tidak (pula) PEMBERI SYAFA’AT SELAIN DARIPADA ALLAH. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang DIJERUMUSKAN KE DALAM NERAKA, DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA SENDIRI…” (Al-An’am: 70)

Keesokkan paginya, kedai Sohok di buka seperti biasa. Jalil dan Sohok sedia menunggu si pencuri tersebut. Sehinggalah muncul seseorang yang ditunggu-tunggu oleh mereka berdua.

“Eh, Jalil ko ada dengar tak bunyi syiling berlaga? Kuat bunyinya ni.” soal Sohok pada Jalil.

“Dengar-dengar! Jelas!”

“Eh Jalil itu bukan Najib ke? Dia ke orang yang kita tunggu tu? Dia ke yang dah pecah masuk kedai aku selama ni?”soal Sohok berkali-kali pada Jalil.

“Dialah orangnya, Hok! Bunyinya makin kuat bila aku pergi dekat dengan Najib. Dialah pencuri sebenar yang kita tunggu selama ni.” terang Jalil lagi.

“Tak sangka aku Najib, kawan aku sendiri yang tikam belakang aku selama ni.”

“Duit punya pasal Hok, semua benda jadi buta Hok. Kawan pun boleh makan kawan beb.”

“Tak sangka aku, Lil. Selama ni aku percaya kat dia Lil.”

“Ahh, Kau jangan bagi muka sangat kat Najib ni. Kau kena ajar cukup-cukup. Biar dia rasa seksa sebab menipu kau selama ni. Biar dia rasa sakit sebab mencuri duit kau selama ni. Biar dia sendiri sujud dan rayu pada kau. Masa tu kau ludah dia cukup-cukup.” Hasut Jalil pada Sohok.

Upacara terakhir diteruskan oleh Sohok. Segala bacaan yang diberi oleh Dukun tersebut diamalkan oleh Sohok. Supaya si pencuri Najib tunduk dan patuh setiap arahannya serta mengakui kesalahannya selama ini.

*****************
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Orang-orang yang BERIMAN, dan TIDAK MENCAMPUR-ADUKKAN IMAN MEREKA DENGAN KEZALIMAN (SYIRIK), mereka itulah orang-orang yang mendapat KEAMANAN dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat PETUNJUK”. (Al-An’am: 82)

“Jalil, dah seminggu aku tak nampak Najib. Kemana dia pergi ekk?” soal Sohok.

“Hentahlah Hok, aku dengar dia sakit. Terlantar je kat rumah dia tu. Kuat juga kesan bomoh tok dukun ni kat mamat tu.” sindir Jalil sambil gelak.

“Aku rasa aku nak berundurlah. Aku nak berhenti buat semua ni. Cukuplah aku biar dia terseksa selama ni.”

“Apa ni Hok? Buat kerja separuh jalan. Alang-alang nak buat biarlah dapat hasil ko balik!” Hasut Jalil.

“Sampai bila aku nak buat Lil? Niat aku cuma nk gertak sedikit biar dia serik nak buat lagi. Tapi kalau dah menyakitkan dia sampai terlantar di rumah tu, aku tak boleh nak terima semua ni. Aku tak kejam Lil sampai nak buat dia terseksa macam tu.”

“Dah kenapa ko berubah ni? Dulu bukan main nekad lagi ko nak kenakan dia balik. Sekarang dah insaf ke Hok?” sindir Jalil.

“Aku sedar aku terlalu ikutkan nafsu amarah aku. Dah dua, tiga malam aku tak boleh tidur. Aku mimpi yang diri aku dibakar. Berkali-kali aku cuba merangkak keluar dari tempat tu, tapi tak boleh. Sakitnya sampai aku sedar dari mimpi tu pun, aku lihat air mata aku mengalir. Aku menangis sewaktu tidur, Lil. Tempat tu betul-betul menakutkan aku. Aku rasa macam dalam Neraka. Aku rasa mimpi kali ni betul-betul buat aku sedar kesilapan aku.

“Ikut engkaulah, Hok!”

Sejak hari tu, Sohok menggali semula tanah dimana tempat dia menanam batu bata tersebut. Batu Bata tersebut di basuh dan sisa-sisa serbuk kaca pula dicampak kedalam longkang. Hari itu juga, Sohok pergi melawat Najib. Dia nekad untuk meminta maaf atas kesilapan dia selama ni dan memaafkan kesalahan Najib.

Kita juga seharusnya meletakkan kedudukan kita sebagai khalifah dimuka bumi lebih mulia dari jin dan syaitan. Ketakutan kita kepada mahluk jin, syaitan dan pergantungan kita kepada mereka sebenarnya merendahkan martabat kita disisi Allah Taala. Sebagai orang Islam kita juga harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia.

Ingatlah firman Allah dalam surah al-bakarah ayat 102 :Yang bermaksud : ”Dan mereka mengikuti ajaran-ajaran syirik yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman, pada hal nabi Sulaiman tidaklah kafir (tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu), akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihir itu), dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir“.

Akhirnya selesai sudah kisah yang aku kongsikan buat korang semua. Maaf sebab aku cuba karang cerita dengan cara sebegini. Aku mengaku awal-awal, mungkin ada kelemahan dan kekurangan. Jadi jangan kecam aku pula. Aku tak berapa pandai menulis dan masih cuba nak belajar. Maaflah.

Kisah yang aku sampaikan ni sebenarnya kisah benar. Aku dengar cerita, sebulan selepas tu Najib meninggal dunia disebabkan penyakit misteri. Aku tak pastilah atas sebab apa dia meninggal. Tak tahu sama ada, Najib ni ada penyakit lain ataupun disebabkan terkena bomoh si Sohok ni. Apa-apa pun beringatlah kalau nak buat sesuatu. Aku tak kata kalau mencuri ni kerja yang baik dan aku juga tak rasa perbuatan membalas balik dengan ilmu sihir atau santau ni betul. Bagi aku semuanya salah. Banyak lagi cara untuk dapat duit yang halal dan banyak lagi cara untuk membalas balik asalkan tak bertentangan dengan ajaran islam. Harap kisah ni boleh bagi kita semua pengajaran agar sentiasa berfikir dahulu dan tidak terburu-buru sebelum melakukan apa-apa perkara. Hidup ni jangan terlalu ikutkan nafsu! TAMAT.

#SiBaran

Zero Aries
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. Love the way you write your story. Dengan menggunakan dalil diawalnya, dan cerita berkaitan di bawahnya. Jalan cerita kemas dan seronok membaca. Dalam dunia ini tiada siapa/apa yang lebih mengetahui akan sesuatu melainkan Yang Maha Esa. Keep it up.
    8/10

  2. Yelaa..kalau kawan baik sendiri ada hubungan sulit ngan suami Kita pon jgn LA syirikkan Allah..sebab Allah dah rancang molekk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.