#SiCelupar: 7 Syarat Mbah

Sebelum aku mula, biar aku bagitahu siap-siap. Cerita kali ni, kalau aku rate dari 1 hingga 10, kadar keseraman cuma pada skala 5 je.

Setahun lepas. Aku gaduh dengan boss. Aku mintak cuti seminggu. Itupun aku apply dua bulan awal dah. Aku bagi borang cuti, siap segala bukti bagai dah apa tujuan aku nak cuti seminggu. Dia tak check pun borang aku tu. Ada kat dalam tray dia, atas meja, sampai bertindih-tindih dengan kertas lain. Bila tinggal seminggu je lagi aku nak cuti tu, dia panggil aku masuk kat bilik dia. Dia cakap dia tak boleh approve cuti aku. Masa tu tengah peak period. Apa lagi, gaduh besar la aku dengan dia.

Tiket flight dah beli, apa semua dah ready. Tiba-tiba kau nak cakap cuti aku, kau tak approved? Kepala terung kau!

“Your job or your trip. Which one is more important?”

Hangin satu badan dengar ayat dia ni. Bini boss selaku partner dalam bisnes tu, baik pula orangnya. Dia pula tolong sambung gaduh dengan boss aku tu. Macam anjing dengan kucing. Patutlah korang berjodoh. Aku pula terus balik ke meja, tarik keyboard, buka Microsoft Word dan taip “Resignation Letter”.

Last minit macam ni kau tolak aku punya cuti, kerja lepas habis office hour tak pernah dibayar OT, kerja hujung minggu jangan harap nak ada lebih gaji, bebanan case yang susah-susah kat aku jugak kau bagi. Buat mistake sikit dapat la makan caci maki. Bullshit, fuck you kau buat zikir tiap hari. Setelkan assignment lebih dari masa kau bagi, habislah kena tolak gaji. Gila company ni. Perangai seorang boss, macam ni? Tak hairan la semua senior aku cabut lari. Setahun tu dah kira lama dah untuk bertahan dalam company ni. Gaji tinggi tapi tak menjamin kebahagiaan di duniawi. Cita-cita nak jadi auditor bertauliah, aku tolak tepi. Resign, adalah pilihan yang paling tepat sekali. GG.

Aku tetap jugak pergi bercuti yang aku dah rancang berbulan lamanya. Balik dari bercuti aku sambung baki hari-hari terakhir aku dekat company tu. Ladyboss pujuk suruh aku tarik balik resignation aku tu. Ah, takde! Sekali aku melangkah, aku takkan berpatah balik. Kecuali kalau ada hantu kat depan. Hahahaha.

Aku balik ke kampung lepas aku habiskan hari terakhir aku dekat firma audit tu. Mak tanya aku cuti berapa lama. Aku cakap tak tau lagi. Ikut mood. Kalau rasa nak cuti lama, lama la aku duk kampung. Tapi tu lah. Mak-mak punya superpower ni, memang tak boleh nak lawan.

“Kau berhenti kerja ye?”, mak tanya aku sambil tangan dia ligat klim kulit kuih karipap, sambil tonton cerita korea dekat S One.

Macam biasa, ceramah ala-ala Professor Muhaya, aku kena dengar lepas tu.

Baru seminggu aku goyang-goyang kaki, makan aiskrim, layan Dota, tiba-tiba aku dapat call dari Hakim lepas aku solat jumaat. Budak ni jarang nak call aku. Kejap! Bukan jarang, tapi tak pernah. Biasanya kalau ada hal dia whatsapp je. Nampak la level mustahaknya hal dia ni sampai sanggup call aku tu.

Dia kata dia nak jumpa aku. Ada urusan penting hidup m**i. Dia mintak aku kemas baju-baju aku sekarang, dia datang ambik sekejap lagi. Perrhh! Drama giler. Aku pun takde benda nak buat, aku kemas baju aku, aku bagitau mak, aku nak ke Kuantan. Mak tanya aku nak ke Kuantan buat apa? Aku cakap aku dapat interview, bagi mak aku rasa sikit yang anak dia ni still laku di pasaran kerja. Ampunkan aku mak, sebab menipu mak.

Tipu mak punya pasal, Tuhan bayar cash lah. Terpaksa aku lalui apa yang aku nak cerita lepas ni. Bila Hakim dah sampai, Hakim terus suruh aku masuk dalam kereta dia. Lagak kitorang macam dua penjenayah ada plan baik punya. Hakim terus pecut menuju ke Raub, Pahang.

Aku tanya la, nak ke Raub buat apa? “Kau ikut je la.” Tu je lah jawapan dia.

Entah ke mana budak ni bawak aku. Sampai satu ketika, aku terfikir “budak ni manusia ke bukan?”. Sampailah kitorang ke sebuah rumah kampung. Rumah kayu dua tingkat, bersambung dengan rumah batu. Rumah batu tu nampak lawa, macam baru siap je.

Dekat pintu rumah tu, aku nampak Syima tengah berdiri sambil tersengeh-sengeh pandang kitorang.

“Laa..tak tahu pulok aok orang pahang rupanya.” terus keluar loghat aku.

“Dah aok tak pernoh tanye”, Syima balas.

Tak lama lepas tu, nenek Syima muncul dekat belakang. Tak bertudung. Hanya pakai anak tudung je. Berkain batik, berbaju bunga-bunga kecik. Stail nenek-nenek kampung. Dia ajak masuk. Lepas tu dia pandang belakang aku. “Beg baju kamu mana?”. Bunyi macam loghat jawa. Aku macam pelik. Aku pandang Syima. Syima pulak pandang aku pelik.

“Hakim, tak bagitau kau ke?”

Aku pandang Hakim. Aku pandang dia kecik besar kecik besar je.

Rupanya keberadaan aku kat sini adalah untuk teman Hakim bermalam dekat rumah nenek Syima ni. Dia segan nak bermalam seorang. Jadi, dia ajak aku memandangkan aku seorang je dalam list kawan-kawan dia yang ada ladang anggur. Hakim cakap, hari tu dia ada datang hantar rombongan merisik ke rumah Syima dekat Gombak. Bagitahu mak ayah Syima hajat dia nak masuk meminang. Mak ayah dia okay je. Cuma selepas seminggu, Syima bagitahu, nenek dia, yang dia panggil Mbah, ada letak syarat. Kalau nak masuk meminang, kena tidur rumah Mbah semalam dua. Mbah nak kenal hati budi bakal menantu. Syima cakap, menantu-menantu yang lain pun semua pernah kena macam ni. Tradisi keluarga, katanya.

Lepas Syima letakkan beg aku dan Hakim kat dalam bilik untuk kitorang bermalam malam nanti, kitorang pun lepak dekat pangkin kayu luar rumah. Mbah dah siapkan kopi o dengan pisang goreng untuk santapan petang tu. Jiran-jiran Mbah pun ada tumpang sekaki. Nampak muhibah la suasana kampung petang yang damai tu.

Masa tu lah baru aku nampak sesi soal siasat antara Hakim dan Mbah. Dah berapa lama kenal Syima? Kenal kat mana? Belajar mana? Sekarang kerja apa? Macam-macam soalan. Hakim ada masa dia konfiden je jawab, ada masa di terketar-ketar. Aku lepak dengan Syima tepi kereta. Borak pasal kerja kosong. Petani moden macam aku ni memang biasalah tanya soalan kerja kosong ni kat member-member.

“Nak jadi cucu menantu Mbah, Hakim kena ikut tujuh syarat Mbah.” Syima cakap macam tu. Bila aku tanya apa dia, kot-kot la aku boleh tolong Hakim get ready, tapi Syima langsung taknak bagitahu.

Mbah, tak berhenti mengusik si Hakim. Yang aku tak tahan, Mbah suruh Hakim mengaji. Suruh baca surah Al-Ikhlas. Dia bantai baca Al-Alaq’. Aku kat belakang, bantai gelak. Gelak tengok tingkah laku Hakim ni dah satu hal. Gelak dengar ayat jawa nenek Syima ni satu hal. Dia sengaja taknak cakap melayu biasa. Boleh je tapi sengaja nak uji si Hakim ni. Makin buat aku tergelak, kejadah apa Mbah suruh si Hakim ni mengaji tengah-tengah laman depan jiran-jiran ni.

Tak lama lepas tu, muncul seorang lelaki naik motor honda cup. Dia turun lepas tu, bawak masuk seekor ayam kampung hidup yang duduk elok tak gerak dalam raga motor. Abang Syima. Kitorang panggil Bang Syukri

“Mbah, ni Syuk dah dapatkan ayam kampung dari Pakwe Gani. Bila nak sembelihnya ni?”, soal Bang Syukri

Apa lagi. Mbah pun ambik pisau tajam kat dapur, dihulurkan ke Hakim.

“Nah! Syarat pertama nak jadi cucu menantu Mbah.”

Sekali lagi aku ketawa berdekah tengok gelagat mamat ni kendalikan situasi. Walaubagaimanapun, Hakim berjaya juga sembelih ayam tu dengan cara yang betul.

Syarat Mbah No.1, sembelih ayam kampung, misi berjaya.

Dah suku cerita, still tak ada seramnya lagi. Aku kalau intro memang panjang, tanpa intro cerita jadi tak best. Ok jom masuk part seram.

Petang makin beransur ke senja. Tepat jam 6.30 petang. Telefon bimbit Mbah berbunyi. Bunyi Alarm, bukannya bunyi call. Aku pelik, kejadah apa kunci jam 6.30 petang. Lepas tu, serta merta Mbah cakap,

“Dah 6.30 ni. Jom lah kita masuk rumah. Tak elok duduk luar nak dekat maghrib ni.”

Semua pun bangun la masuk ke rumah. Dengan jiran-jiran dia tadi pun balik rumah masing-masing. Aku pelik betul. Awal lagi kot! Anak-anak diorang yang kecil-kecil tu pun, yang tengah sedap main sesama diorang, semuanya berlari balik ke rumah bila mak-mak diorang cakap dah 6.30. Aku tertanya-tanya dalam hati. Ada apa dengan 6.30?

Masuk je dalam rumah, Mbah terus kunci semua pintu, semua tingkap. Maknanya dah tak ada orang yang bakal masuk rumah tu lepas ni. Hanya ada Mbah, Syima, Bang Syukri, Hakim dan Aku. Mak ayah Syima ada dekat Gombak lagi.

Aku duduk dekat kerusi ruang tamu. Aku belek-belek facebook. Hakim dah masuk bilik air dah, mandi. Kejap lagi aku syak mesti dia kena jadi imam solat maghrib. Aku gelak je dalam hati. Bang Syukri, duduk dekat kerusi lagi satu, sambil sambung minum kopi cicah biskut kering tadi. Dia pun layan facebook agaknya. Dari tadi mata pandang skrin telefon. Jari duk scroll-scroll.

“Tok, tok, tok!” pintu rumah kayu diketuk orang. Ingat tadi aku dah bagi tau, rumah ni bercantum rumah kayu dan rumah batu. Rumah kayu belah depan, rumah batu belah belakang.

“Assalamualaikum” ada perempuan bagi salam tapi suara dia sayup je. Hampir nak dengar tak dengar.

“Waalai…” belum sempat aku nak habis jawab, “Shhhhs!!” Bang Syukri bagi isyarat dekat aku suruh diam.

“Assalamualaikum” sekali lagi dan aku kali ni aku macam tertangkap suara dia macam bergema. “Assalamualaikum..kum..kum” macam tu.

“Tok! Tok! Tok!” pintu tu diketuk berselang seli dengan suara perempuan bagi salam.

Aku pandang Bang Syukri. Dia geleng sikit je dekat aku, macam bagi isyarat “buat tak tau je”.

Aku masa ni entah kenapa slow sangat, tak dapat tangkap apa yang dia maksudkan. Aku pelik la kenapa ada tetamu datang rumah, diorang tak sambut. Salam tak disahut, pintu tak dibuka. Mbah pun buat tak tau je. Malah dia sibuk p****g-p****g ayam kampung yang dah disembelih tadi kat dapur.

Syima keluar dari bilik, dia terus pandang ke arah pintu rumah kayu tu. Dia tanya Bang Syukri, “akak kum kum tu dah datang ke?”

Terus kepala aku teringat artikel-artikel pasal hantu-hantu melayu yang pernah aku baca dekat facebook pasal Hantu Kum Kum. Menurut Syima, hantu ni selalu ada dekat area kampung dia ni. Sampaikan orang kampung dah lali. Buat tak tau je dah la. Tapi memang 6.30 dia akan start ketuk pintu rumah orang. Siapa yang tak biasa, memang akan takut. Inilah ujian untuk Hakim sebenarnya sebab kampung ni bakal jadi kampung dia. Tapi, dia pergi mandi pula dah! Aku yang tak sepatutnya ni pulak kena tempuh.

Bila Hakim siap mandi, tak sempat nak salin baju apa pun, Mbah suruh Hakim pergi buka lampu dekat ruang tamu rumah kayu. Suiz lampu tu ada dekat dengan pintu akak kum kum ketuk tadi. Aku dah tersengih dah. Style giler nenek Syima ni. Ujian tetap ujian. Tak ada satu pun kau boleh skip.

Pergilah Hakim ke pintu tu tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku sebenarnya. Akak Kum Kum tu pun dah tak ketuk pintu tu. Tapi, masa Hakim betul-betul dekat dengan pintu tu. Dia tekan je suis lampu tu, terus akak kum kum kat luar tu menangis. “huuu huuu huuu” sumpah sedih gila bunyi dia. Elok-elok tadi seram, boleh datang rasa sedih tu dengar dia menangis. Hakim bukak selak kunci pintu kayu tu. Mbah biarkan, Syima biarkan, Bang Syukri pun biarkan. Aku yang duduk jauh kat rumah batu ni dah kecut perut dah.

Elok je Hakim buka pintu tu, azan maghrib berkumandang. Bergema ke seluruh pelusuk alam kampung tu. Suara akak Kum Kum tu pun terus hilang serta merta.

Syarat Mbah No.2, bersemuka dengan Akak Kum Kum, misi berjaya tanpa bertanding.

Seperti yang aku dah jangkakan, maghrib tu, Hakim kena jadi imam solat. Nasib baik dia dah bawak baju melayu siap-siap. Mbah suka kalau lelaki pakai baju melayu berkain pelikat ketika sembahyang walaupun dekat rumah.

“Nanti lepas baca fatihah, solat macam biasa.” Pesan Mbah sebelum mula.

Aku pandang Hakim, muka dia macam blur tak paham. Kau tanya aku? Lagi la aku tak faham apa-apa. Dan Hakim pun angkat takbiratul ihram.

Hakim ni aku puji betul bacaan dalam solat dia. Sedap. Mungkin sebab tu la Syima suka dekat dia ni. Eh ye ye je. Tak kisah la. Yang menariknya, lepas habis dia baca al-fatihah, tiba-tiba aku terdengar suara “aamiin” yang sangat ramai dekat belakang. Suara garau-garau belaka. Sampaikan Hakim terdiam seketika sebelum dia baca surah lain selepas tu. Aku pun, meremang satu badan. Surah yang Hakim baca selepas tu pun, dia baca agak terketar-ketar.

Aku pulak memang dah shaking giler dah. Tapi mengenangkan ada Mbah, ada Bang Syukri kat situ, aku maintain cool je. Cis! Teruk betul aku ni. Sepatutnya aku tak takut sebab aku tengah menghadap yang Maha Kuasa masa tu. Bukan sebab ada orang kat situ untuk aku tunjuk cool!

Syarat Mbah No.3, jadi Imam solat untuk “para makmum”, misi berjaya.

Lepas makan malam, kitorang berlima layan drama kat TV. Dekat ruang tamu rumah batu. Ruang tamu rumah kayu dengan ruang tamu rumah batu tu bercantum, ada pintu gerbang macam tu dekat tengah. Rumah kayu tu, aku tak pernah nampak pun Bang Syukri dengan Syima masuk situ. Mbah je. Itupun sebab nak bukak lampu tutup lampu. Yang lain-lain semuanya buat dekat rumah batu.

Kat tv masa tu ada cerita perang-perang, tak ingat cerita apa. Mbah pun buka la cerita, pasal dia hidup zaman jepun dulu. Dekat rumah ni. Masa tu ada rumah kayu tu je. Patut la rumah kayu tu nampak old school gila. Memang dah lama sangat rumahnya.

Mbah cakap, dekat dalam hutan belakang rumah ni, ada askar jepun tinggal dalam tu. Lepas Jepun kalah, askar-askar tu tak dapat balik ke Jepun. Ye lah, masa tu nak balik naik apa. Bukannya ada kapal terbang ke apa. Diorang datang pun naik basikal. Lalu Thailand, lalu Vietnam, lalu Kemboja. Kalau nak balik ke Jepun semula, sah-sah kena lalu semua negara-negara tu semula dan pastinya nyawa jadi taruhan. Sebab tu diorang buat keputusan tinggal dalam hutan belakang kampung ni, lebih tepat lagi, hutan belakang rumah Mbah ni.

Ada masanya diorang keluar la cari barang nak makan. Jual hasil hutan untuk dapatkan duit beli makanan. Kalau dah tak ada duit sangat, diorang ketuk la pintu dapur mintak beras sikit. Bila teringatkan kekejaman diorang dulu, memang rasa nak marah. Tapi, bila fikir balik diorang tu manusia, kesian pun ada. Jauh dari family dan dah tak ada harapan nak jumpa balik.

“Ketuk pintu mintak beras? Diorang tau cakap melayu ke?”

“Boleh la sikit-sikit. Tapi, macam slang cina jugak”

Elok je habis cerita Mbah tu, pintu dapur Mbah kena ketuk. Mbah suruh Hakim ambik satu uncang kain dekat atas peti sejuk, dalam tu ada beras. Dia suruh Hakim bagi dekat orang yang ketuk pintu tu. Aku dan Hakim terkejut la. Takkan ada askar-askar jepun tu yang hidup lagi? Jangan kata diorang beranak pinak dalam hutan tu?

Elok je Hakim buka pintu tu, tengok tak ada orang. Masa ni lah bau belerang kuat masuk ke rumah.

“Tak ada orang pun Mbah!” Hakim melaung dari dapur.

“Letak je dekat atas peti sejuk buruk kat luar pintu tu. Pandai la dia ambik nanti.” Mbah cakap macam tu.

Hakim ikutkan je la. Lepas letak, dia tutup pintu. Hakim cakap dia ada dengar bunyi orang berjalan dekat belakang. Macam ramai. Bunyi kaki langgar semak, pijak ranting dan daun kering pun ada. Dengar macam ramai tapi satu kelibat orang pun dia tak nampak. Aku duduk dekat ruang tamu sah sah tak dengar apa-apa langsung.

Sebelum masuk tidur, Hakim ke dapur la nak minum air segelas. Buat macam rumah sendiri, buka peti sejuk rumah orang. Hahahaha. Dah memang habit dia sebelum tidur. Minum air sebelum tidur. Masa tu, Hakim nampak Mbah bukak pintu dapur, ambil semula uncang beras tu. Hakim tanya la, orang Jepun tu tak ambil ke? Mbah cakap, nak ambil macam mana tangan pun tak ada, kepala tak ada. Tu bukannya orang. Tuhan je yang tahu betapa meremangnya dia bila dengar penjelasan Mbah tu. Kering betul hati orang tua ni? Takkan tak takut langsung?

Ada kalanya Mbah tak layan bila diorang ketuk pintu dapur. Bila tak layan, tengah malam nanti tengok la diorang buat apa. Akan dengar la bunyi senapang duk tertembak-tembak dekat dalam hutan tu. Lepas tu akan ada bunyi askar berkawad ramai-ramai. Bising sampai tak boleh tidur.

Syarat Mbah No.4, bagi beras dekat hantu jepun, misi berjaya walaupun kelibat hantu jepun tu langsung tak nampak.

Esoknya, solat subuh berjemaah. Mbah tak kasi can. Kau ingat kau boleh sembahyang sorang-sorang dalam rumah ni. Dia kejut semua orang kecuali Bang Syukri. Sama macam malam tadi, lepas Hakim baca Al-Fatihah je, ada lah suara garau yang mengaminkan. Kali ni masa solat subuh, bunyi tak ramai. Hmm, jin pun ada juga ye yang malas bangun subuh. Hahahaha.

Lepas selesai solat, Hakim tanya Mbah, mana Bang Syukri, tak kejutkan dia sekali ke?

“Haa, inilah yang Mbah nak kamu buatkan. Pergi kejut dia, karang terlepas pula Subuh budak tu.” Mbah cakap macam tu. Syima sengih je macam ada sesuatu yang lucu.

Hakim pergi dekat bilik Bang Syukri, dia ketuk lepas tu dia buka. Tengok dekat dalam tak ada orang. Dia bagitahu dekat Mbah, Bang Syukri tak ada. Ke masjid agaknya kot. Mbah cakap, nak kiamat la kalau budak tu rajin ke masjid subuh-subuh ni, pergi cari dia dekat kubur.

Aku dengan Hakim terus terbeliak mata. Kubur? Salah dengar ke apa?

“Abang Syuk ni problem sikit, ada masa dia ni suka berjalan masa tidur. Selalunya kitorang jumpa mesti dekat pintu pagar kubur.” Syima cakap macam tu.

Hakim dah nampak muka sakit hati dah. Aku rasa dia mesti fikir, macam-macam hal lah dalam keluarga ni. Hantu setan kiri kanan depan belakang. Menguji kesabaran betul. Tapi, dia menapak jugak pergi ke kubur tu. Kubur tak jauh pun, lebih kurang dalam dua lot tanah je dari rumah Mbah ni. Aku temankan la dia pergi ke kubur tu. Jalan kaki ye. Bukan naik motor ke kereta ke apa. Jalan kaki! Dalam kelam subuh tu. Matahari tak naik lagi.

“Ingat, jangan pandang belakang kalau ada yang panggil karang.” Mbah sempat lagi pesan macam tu dekat aku dengan Hakim.

Hakim aku nampak dah macam membentak-bentak dah. Laju je jalan keluar rumah. Aku cakap dekat dia, sabar. Diorang ni nak jadi family kau nanti. Kau kena faham. Mungkin benda ni Mbah nak kau lalui nanti. Tak adalah culture shock sangat nanti.

“Kau nak Syima ke taknak? Kalau taknak aku ambik!” ayat maut aku bagi dekat dia, terus dapat satu jelingan misteri. Hahahaha.

Rumah Mbah dengan rumah jiran-jiran kat sini tak ada lah jauh-jauh sangat pun antara satu sama lain. Cuma rumah Mbah ni, hujung sekali. Kena tempuh satu lot tanah kosong, dan satu lagi lot tanah ada rumah buruk, barulah sampai ke tanah perkuburan tu.

Masa lintas depan lot tanah rumah buruk tu la aku dengan Hakim tiba-tiba terdengar bunyi budak kecik menangis. Mulanya aku buat tak tau, tapi Hakim pula yang tegur. “Kau dengar tak apa aku dengar?”, dia tanya. Aku cakap la aku dengar tapi aku ajak dia buat tak tau je. Kitorang terus ke depan, cepatkan langkah nak sampai ke tanah kubur tu.

Sampai dekat tanah perkuburan, nampak la Bang Syukri tengah sedap landing atas satu pangkin kayu dekat luar pagar kubur tu. Lena betul dia tidur. Tak sejuk ke tidur tak berselimut, dengan nyamuknya lagi. Kalau aku dah lama terjaga.

Bila kitorang kejutkan dia, dia bangun lepas tu menonong je jalan balik ke rumah. Terima kasih tak, apa pun tak. Hakim makin angin. Tapi, aku pujuk dia. Relaks, bro. Demi cinta Syima, kau kena banyak bersabar. Kahkahkah.

Masa on the way nak balik ke rumah Mbah, Bang Syukri laju je tinggalkan kitorang, tiba-tiba ada suara perempuan, “Bang, oo.. bang. Boleh tolong adik tak?”, aku tak dengar suara tu tapi Hakim bleh dengar. Entah macam mana Hakim boleh lupa Mbah punya pesan tadi, dia toleh la ke belakang.

“Allahu Akbar!” Hakim tiba-tiba jerit sebut macam tu. Terperanjat la aku. Aku pun toleh ke belakang sekali. Tak ada apa-apa pun. Aku suluh sana sini, tak nampak apa pun. Tapi, Hakim tak habis-habis Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lepas tu dia terus azan kuat-kuat. Sambil dia azan tu, sambil tu jugak aku dan dia berlari balik ke rumah Mbah.

Syarat Mbah No.5, kejutkan si berjalan malam, misi berjaya walaupun terpaksa berlari di Subuh hari.

Bila aku tanya Hakim, dia nampak apa? Hakim cakap, dia nampak ada perempuan pakai baju kelawar warna putih berdiri dekat satu pokok besar ni. Muka tak nampak, blur blur macam tu. Tapi nampak bentuk dia tengah berdiri pandang ke arah dia. Besar, macam dua kali ganda besar badan dia. Sumpah seram.

Esoknya, lepas sarapan, aku slow talk dengan Hakim. Ajak dia balik. Aku dah tak tahan. Kalau aku duduk sini lama lagi, boleh jadi gila aku rasa. Tak pun kemurungan. Hakim cakap dengan Syima, kitorang nak balik. Tapi, Syima tak bagi. Dia kata, hari ni mak ayah dia nak datang. Saudara-mara dia pun nak datang. Tunggu lah satu malam lagi. Sayang punya pasal, Hakim ajak aku tidur lagi satu malam. Ikutkan hati aku, nak je aku capai kunci kereta dak Hakim ni, aku drive balik sorang-sorang. Tapi, mengenangkan ni sahabat, aku sabar je. Aku tau korang kahwin nanti aku nak lauk pengantin!!

Tengahari tu, ada banyak kereta masuk ke perkarangan rumah Mbah. Anak-anak Mbah semuanya balik cuti hujung minggu. Rumah Mbah mulalah penuh dengan anak beranak. Masa ni lah aku dapat curi-curi dengar, menantu-menantu Mbah tanya Syima, “dah stage berapa dah?”

Syima gelak je, dia jawab “Baru Stage 5.”

“5 stage dalam satu malam? Hebat!” abang ipar Syima cakap macam tu sambil tepuk-tepuk bahu Hakim. Hakim sengih je macam kerang busuk. Dalam kepala hotak dia mesti terfikir-fikir apa lagilah ujian yang ada nanti.

Disebabkan anak beranak Mbah balik hari tu, bilik semuanya penuh. Terpaksa dahulukan anak beranak perempuan. Yang lelaki, tidurlah merata tempat, dekat ruang tamu. Tapi Hakim, Mbah suruh dia tidur dekat ruang tamu rumah kayu. Di mana dekat situ tak ada seorang pun nak tidur.

Rumah kayu tu ada lah keluarga maksu Syima tidur dekat dalam satu bilik tu, tapi yang lain semua tidur dekat rumah batu. Macam biasa, aku lah yang kena temankan si Hakim ni.

Malam tu aku tak dapat tidur. Panas. Patutnya rumah kampung ni sejuk la sikit. Malam semalam, sejuk je. Tapi malam ni lain macam bahang dia. Sampai Hakim pun terjaga dari tidur sebab panas.

“Kau tak tidur lagi ke?”, Hakim soal aku bila dia nampak aku main phone.

“Panas. Aku susah sikit nak lelap kalau panas.” Aku jawab.

Tiba-tiba lantai tingkat dua rumah kayu tu, berbunyi macam orang berlari. Lantai tingkat dua tu adalah siling ruang tamu tu la. Kemudian bunyi guli melantun lepas tu bergolek. Kuat bunyinya tu. Dapat dengar guli tu bergolek sampai ke tangga.

“Kletap! Tap! Tap!” guli tu jatuh ke tingkat bawah, masuk ke ruang tamu rumah kayu tu, tempat aku dan Hakim tengah baring. Dalam gelap samar-samar tu dapat la kitorang dengar guli tu melantun dan bergolek masuk. Aku apa lagi, terus ambik selimut, berselubung. Peluh melejeh-lejeh dah sebab panas. Kemudian, terdengar pulak bunyi budak ketawa dua tiga orang dari tingkat dua tu.

“Hakim, kau dengar tak bunyi tu?”

“Diam lah bodoh! Jangan la tegur!”, rupanya mamat ni pun dah berselubung bawah selimut.

“Family siapa tidur kat tingkat atas tu ek?”, aku tanya lagi.

“Mana ada orang naik atas tu. Tak ada orang tidur kat atas tu Syima cakap.”

Tak lama lepas tu, suara budak ketawa dekat atas tu dah tak kedengaran. Aku selak selimut. Gila la nak berselubung lama-lama, panas kot. Kipas dah no 3 tapi tetap jugak panas.

Tapi, aku ni jenis curious. Takut tapi jenis nak tau. Gatal je mata aku ni pergi pandang dekat tangga nak ke tingkat dua rumah kayu tu. Berderau d***h aku. Meremang satu badan. Aku nampak ada budak laki tengah telek aku dekat tangga tu dari bahagian paling atas. Aku nampak kepala dia terjenguk-jenguk kat situ. Aku cuba fokus, betul ke aku nampak budak? Sebab area ruang tamu dengan tangga tu gelap tapi masih boleh nampak sikit-sikit la. Aku siap suluh guna cahaya dari skrin handphone lagi, punya la nak pastikan betul ke ada budak terjenguk kepala dekat tangga tu dari tingkat atas.

Bila aku suluh, budak tu tarik kepala dia, bila aku tutup cahaya screen telefon aku tu, dia jenguk sekali lagi, aku suluh semula, dia tarik balik kepala dia. Macam main cak cak dengan aku. Aku suluh dia tarik kepala, aku suluh je, dia tarik kepala. Jilake dia nak main cak cak pulak pagi-pagi buta ni!! Aku apa lagi, tarik balik selimut tutup muka. Dalam hati aku, aku menyumpah seranah si Hakim sebab extend bermalam.

Syarat Mbah No.6, tidur di rumah kayu, misi berjaya. Kejap! Yang berjaya ni aku ke Hakim? Apsal aku yang kena hadapi semua ni?!

Aku pura-pura pejam mata. Aku nak main phone pun tak berani. Dibuatnya aku tengah scroll facebook, ada benda tegur “tengah online ke?” tak ke naya dibuatnya.

Tapi, tu lah dia. Mata aku masih tak boleh nak lelap. Macam mana nak lelap kalau sekeliling aku macam ni keadaannya. Tapi, baru je sekejap aku rasa nak terlena, aku terdengar suara orang batuk dekat kerusi depan aku. Istighfar panjang aku bila aku nampak kelibat orang tengah duduk dekat kerusi tu. Dalam gelap jadi tak nampak muka. Nampak susuk bentuk tubuh je. Dari gaya macam orang tua. Tadi budak, ni orang tua pula!

“Siapa tu?”, aku beranikan diri tegur benda tu.

“Bodoh jangan lah tegur!”, laa, rupanya si Hakim ni pun tak tidur lagi.

“Tap!” lampu kat ruang tamu rumah kayu tu menyala. Nampak la Mbah tengah duduk dekat kerusi tu, sambil pandang aku dan Hakim. Aku cuit-cuit hakim, mintak dia keluar dari selimut dia tu. Bila dia selak selimut, dia pun terperanjat.

“Hilir air sungai landai, Dalam pula paras dada, Anak muda yang cerdik pandai, Hajat apa bertemu nenda?”. Ambik kau! Tiba-tiba di pagi buta ni Mbah berpantun. Naik bulu roma aku weh. Muka dia masa tu, serius semacam. Mata bulat tepat pandang dekat Hakim. Badan dia bergerak-gerak macam menari. Tapi tetap dekat atas kerusi.

Takut punya pasal Hakim terus baca ayat Kursi. Mbah bangun perlahan-lahan berjalan dekat dengan kitorang. Sumpah seram masa ni. Dia berjalan perlahan, mata tepat pandang Hakim. Sambil badan menari-nari tarian tradisional apa entah.

“Aku bukan suruh kau mengaji, aku suruh kau berpantun. Sekali lagi!”, kali ni suara Mbah macam suara angin bisik tapi kuat. Tangan dia pegang dagu Hakim macam nak cekik kuat.

Lepas dia duduk semula dekat kerusi tadi, dia berpantun balik ayat yang sama. “Hilir air sungai landai, Dalam pula paras dada, Anak muda yang cerdik pandai, Hajat apa bertemu nenda?”. Hakim dah siku-siku aku dah. Dia tak pandai berpantun. Aku cakap, kau try je la. Hancur pun takpe, janji pantun.

Dan berlakulah sesi berbalas pantun pagi-pagi buta tu. Mbah jual, Hakim beli. Hakim jual, Mbah beli. Bila Hakim habiskan pantun dia yang terakhir, Mbah terus bangun masuk bilik dia dan sambung tidur. Aku dengan Hakim terpinga-pinga.

Syarat Mbah No.7, lawan pantun di pagi buta, misi berjaya. Mata mengantuk!! Aku tidur lena lepas tu.

Dah setahun kejadian tu. Hakim pun dah selamat bertunang dengan Syima. Bertunang je la. Kahwin entah bila. Tak dengar pula tarikhnya bila.

Andai kata korang di tempat Hakim, adakah korang terima Syima?

Ha, lagi satu hal. Rumah kayu tu dua tingkat. Tingkat bawah memang diorang guna. Ada satu bilik. Keluarga Maksu tidur kat bilik tu. Tapi, tingkat atas, tak ada orang guna langsung. Tak ada orang naik atas tu. Yang akan naik cuma Mbah. Rumah dia, kenalah dia rajin bersihkan. Tapi, selalu ada bunyi orang berjalan. Bunyi budak ketawa. Dengan bunyi guli. Tak kira siang atau malam. Tapi malam lagi aktif la. Bila tanya Syima, Syima cakap memang kat atas tu ada satu bilik, ada benda tinggal situ. Satu family. Nenek dah pernah halau tapi diorang datang balik. Last-last, biarkan je lah diorang duduk situ. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Cuma diorang suka join solat jemaah la.

Jadi, sekali lagi aku tanya, andai kata korang di tempat Hakim, adakah korang terima Syima untuk jadi permaisuri hati? Bila balik kampung, benda-benda ni akan dihadapi. Hakim tak habis-habis tanya aku pasal ni. Betul ke pilihan dia ambik Syima sebagai isteri? Pandai-pandai lah kau buat keputusan Hakim. Korang bercinta dah lama. Dah bertunang dah pun.

-Tamat-

7 Syarat Mbah by SiCelupar

*pantun tu aku main sebat je sebab dah tak ingat. Tapi, in real situation, pantun Mbah memang sangat klasik, sangat Melayu.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.9]

74 thoughts on “#SiCelupar: 7 Syarat Mbah”

  1. Waaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
    Sangat-sangat terkesima dengan kisah kau kali ni wahai #SiCelupar.
    Kalau aku lelaki, istikharah dulu, kalau ikut hati, aku tinggalkan dia sendiri………………………….

    Reply
  2. Kalau aku, tgk la..kalau family diorg ada membela, syg mcm mana pun, aku xkan kahwin.. bhya sbb ank2 akan tlibat sama.. nauzubillah

    Reply
  3. Hahaha..ceritanya best and kelakar..tapi masa kena ujian camtu..maaflah..lari dulu..baik pinang aku..senang jer..tak susah2 nak lalu semua benda tu….

    Reply
  4. kalau hakim lulus tu maknanya hakim betul2 ikhlas ngn shima…mgkin mbah nk uji tahap keikhlasan hati hakim…btul ke org tu cintakan cucu dia… mgkin tu motif mbah ..org dulu2 nk pinang anak dara org bkn sng..mcm2 ujian

    Reply
  5. Syarat Mbah No.6, tidur di rumah kayu, misi berjaya. Kejap! Yang berjaya ni aku ke Hakim? Apsal aku yang kena hadapi semua ni?! – Part ni kelako wehhhh. aku baru tertanya. Syima xda adik? boleh ko pass ujian tanpa ‘repeat payperrr’ hihih

    Reply
    • Hahaha… Betul² kiranya ko dah pass ujian.

      Tapi kira hebatlah laki boleh jadi imam n sembelih. Pass jadi laki yg baik.

      And seriously cite ni best gile sbb klakor

      Reply
  6. “Syarat Mbah No.2, bersemuka dengan Akak Kum Kum, misi berjaya tanpa bertanding…”

    Ini tidak adil…!!!
    Harap ade pertarungan semula, baru sah pertandingan satu lawan satu…

    Reply
  7. Syarat Mbah No.4, bagi beras dekat hantu jepun, misi berjaya walaupun kelibat hantu jepun tu langsung tak nampak.

    pergh gila2 syarat mbah syima ni…dibuatnya masa buka pintu ada askar nippon mmg itu lah yang terbaik hahah

    Reply
  8. Haha… naseb la bapak aku dulu tak letak syrat mcm ni.. sbb atuk nenek aku dua2 belah da xde.. pastu bapak aku mmg old timer sesangat(umor dia 86) . klu tak aku rasa laki aku msty xsnggp pnya.

    Bekas tunang laki aku dulu femly dia ada saka, prmpn tu suke pengsan2 slalu. satu hari bwak balik kg dia sbb dia terhisteria xterkawal, dgn laki aku skali dorg angkut, lpas tu satu bomoh tu scan laki aku n kta mak laki aku (skrg mak mertua aku) ni ada saka, jd skrg ni da berlaga saka.
    mak mertua aku g scan kt ustz sharhan, ustz tu kta xde pn saka2 ni..
    last2 putus sbb femly prmpn tu xnk saka bertembung saka ni, pastu mak mertua aku pn mmg kecik haty bak hang, dia sensitip bab2 ni..

    Reply
    • Eh eh eehhhh…
      Sesuka suki plak mengsakakan org bomoh tu ekkk…
      Sng keje die…
      Ke die yg dh aim bekas tunang encik somi awak tu…???

      Reply
      • Haaa… tepat sekali apa y akk teka tu.. dgr dri somi, begitu la citernya… bomoh tu nk aim prmpn tu..
        Saya xprnh tgk org sbnr, tgk gmbr je.. mmg cntik la orgnya, ala2 siti nurhaliza pastu putih melepak.. sya slalu dgr mak sya kata org trngganu klantan ni cantik2 orgnya.. mmg dia ni kategori gitu.. rmai org trkejar2 la dgr citer.. trmasuk la encik somi…

        *tp tu dulu la. Cik somi da xmau sebb saka prmpn tu xbg dekat… hahahaha.. somi asek citer pngalaman hantu2 histeria n pengsan2 je selama dia dgn tunang dia tu…

        Reply
      • Eeeuuuwww takotnye klu bomoh tu mmg aim pompuan tu…
        Klu.menolak msti nnt bertalu2 gangguan bomoh tu antar…
        Klu terima sereemmm plak…
        Emangnya jodoh encik suami tu dh ditentukan ngan kamu tatie…
        Hehehehehe…

        Reply
  9. Mcm selalu, mmg best lah si celupar. Kalau bkak fiksyen shasha, nmpak #sicelupar trus tekan story dia dulu. Baru story lain

    Reply
  10. terbaik la cite awak..hehe. nanti klu ada cite best lagi,share la kat sini.suka dengan gaya awk bercerita.slamba n menarik.mula2 sye igtkn penulis ni perempuan.rupanya laki.haha

    Reply
  11. Part berbalas pantun tu xmenahan haha ‘ak suh ko balas pntun, bkn suh ko ngaji’ haha dh la dipagi dinihari. Di pagi cerah nmpk tanah pun kita yg cikgi2 ni blum tentu blh buat pntun 2kerat on d spot..inikn pntun 4kerat. Tgh stress plak tu Haha

    Reply
  12. patut la ade perenggan pantun kt atas tu, best pulak bace.. rima akhir “i”..
    rupenye syarat last tu psal brpantun ngn mbah..

    Reply
  13. Hebat btul cabaran Hakim nak dapatkan Syima
    Nak terima atau tak tu
    Hakim kena tanya diri dia sendiri la
    Apa yg Mbah buat tu semua bersebab rasanya
    Kalau menantu2 lain blh jer hadapi dengan tenang
    Hakim pun boleh rasanya 🙂

    Ko patut tanya Syima dia xder sepupu2 ker?
    Kurang2 ko dah tau apa cabaran ko nanti
    Hehehehehe…..

    Reply
  14. makcik dlam misi baca semua cerita #sicelupar.
    memang terer mengarang anak ni.kira makcik register jadi peminat tulisan penulislah.

    Pasal persoalan yang diutarakan, tak tau lah sekarang Hakim& Syima dah kawen ke belum, tapi apapun berbalik kepada Allah.
    Buatlah ISTIKHARAH, bercinta lama bukan ukuran kena teruskan.

    Tapi masa mula2 baca tittle ni makcik ingat anak ulama mana la yang nak dijadikan bini sampai bersyarat bagai.ingat tahfizah ke, gadis pingitan pemalu yang terpelihara kesopanannya ke..anak golongan kerabat ke…

    Bagi makcik yang ada anak bujang ni, ..kalau anak bujang kita diuji gitu, kita belah lelaki pun nak menguji jugak- ujian kesabaran, ujian fardhu ain, ujian kebijaksanaan, ujian memasak, ujian menjahit, ujian kebersihan, maklumlah nak mendidik anak nanti tergalas di bahu ibu.memang dua2kena bertanggungjawab, tapi ibu induknya. Baru adil kan, famili pompuan nak the best utk anak dorang, kita pun pandai gak nak yang terbaik untuk anak kita.

    tapi kalau makcik di tempat Hakim, entahlah..macam tak normal je menari2 tengah pagi buta sambil berpantun..macam sangat pelik…dan makcik tak minat benda2 pelik menghantui hidup makcik.kalau boleh elak, makcik jenis akan elak.

    tapi centa itukan buta..

    Reply
    • lupa, perspektif sebagai ibu pulak kalau makcik tahu famili bakal mentua macam tu, makcik mohon supaya cari yang lain, ramai lagi keluarga yang hidupnya sangat normal dan islamik. tapi kalau dah jodoh harus diberikan sokongan.

      Reply
  15. Ala kalo kawin pn bkn menetap situ pn…skai skala je kan…ckp kt hakim pastikan keje jauh dr tmpt tu so automatik balik time cuti je haha…

    Reply
  16. weh best doh cerita ni. kesimpulannya, seorang lelaki tu kena terima apa jua kekurangan seseorang perempuan. tak kisahlah diri sendiri ke keluarga ke. kena terima seadannya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.