#SiDemam: Sambungan Mata Terkeluar

Aku refer balik aku post, so ada yang minta aku untuk cerita side. “Kadang dorang ni ada lawaknya, ada seramnya, ada baiknya (do not ever buat jadi kawan), ada jahatnya”. Okay, macam post aku sebelum ni dekat ”Awak, Tolong Mata Saya Terkeluar”, aku memang gifted untuk lihat benda ghaib. Aku penat juga and jangan ingat aku yang macam ni, dah tak ada perasaan takut sebab setiap hari jumpa. No, aku tetap ada rasa takut. Everytime. Tapi satu kena ingat, kita ni perlu takut yang lagi besar dekat atas tu.

Okay back to cerita tadi. Sepanjang aku start boleh nampak, aku kenal and jumpa macam-macam jenis benda kat dunia ni. Setiap dorang tu kadang ada cerita dorang tersendiri. Lawak dia, takut dia, semua ada. Aku sekarang pelajar kat sebuah Universiti dekat Perlis. Sepanjang kat sana macam macam benda aku jumpa. Kadang, kau akan jumpa ”makcik cleaner” yang masih bekerja, buat kerja sapu sampah. Padahal, dia dah mati tapi masih ada tanggungjawab and buat kerja sendiri. Ni baru betul definisi ‘dia tak kacau kau, kau jangan kacau dia’.

Ada je ”pakcik guard” yang takda tangan, tapi masih buat rondaan keliling blok nak jaga kawasan situ. Tempat aku ni popular jugak kes budak buat maksiat dalam kereta, belakang blok. So benda-benda ni memang akan megamuk sebab kau buat kotor kat tempat dia, kau kacau ketenangan dia. Kau bayangkan, makhluk yang ghaib ni pun masih jaga kebersihan, masih malu bila tengok benda benda kotor macam tu, masih nak jaga semua benda. Tapi kita manusia ni? Fikirlah sendiri.

Aku pernah ada dalam situasi, where benda tu minta tolong aku. Tapi aku tak pernah cuba tolong walaupun kadang aku ni terdetik nak tolong. Sebab kenapa kau takleh tolong dia:

1. Nanti dia fikir kau nak jadi kawan dia
2. Dia terhutang budi dan masih nak minta tolong
3. Dia akan sentiasa menghantui hidup kau.

Dalam post aku sebelum ni, aku penah cakap, DO NOT EVER BUAT DIA JADI KAWAN. Sebab kau memang takkan terlepas dari dia. Contoh macam aku sekarang, benda tu tahu aku boleh nampak dia, jadi dia akan kacau kacau dan terus kacau and cakap yang dia nak kawan dengan aku. Tapi ramai lagi manusia kat dunia ni kau boleh buat jadi kawan, janganlah kau buat ‘dia’ tu pulak kawan.

Untuk kes lawak, yes aku admit benda benda ni kadang lawak. Aku pernah balik dari kelas, aku dengar bising kat dapur. Aku pelik gak sebab aku sorang je baru balik time tu. Masa aku pergi, aku nampak benda benda ni semua nak masak tapi lawak sebab masing masing blur tak tahu nak masukkan apa itu ini. Macam kau la, kau tak tahu resepi mesti kau terfikir nak letak apa semua kan. Ini juga sebab kenapa ramai orang dengar bunyi orang tumbuk lesung batu, bunyi orang riuh rendah especially time malam.

Benda benda ni lah buat kerja, tapi kerja dia sendiri. Cuma, kadang kalau kau terdengar gangguan macam ni, semua tu sebab dia tak sengaja nak bagi kau dengar. Ataupun kau memang jahat, dia nak takutkan kau then dia buat bunyi macam ni. Other than that, aku ni jenis suka makeup, simpan makeup collection. Aku pernah nampak kak ponti pinjam makeup aku. Kau tahu apa? Dia nak cantik jugak. This is real world untuk benda-benda ni, dia ada juga kerja dia nak buat tapi kalau kau tak kacau, then kau jangan kacau.

Kak ponti ni pernah jugak amik baju kemeja putih aku, nak ganti cebisan kain dia sebab dia tersangkut kat pokok. Siap cakap, ”kau beli baju baru, baju aku terkoyak tersangkut kat pokok”, lepas tu terbang and mula la mengilai dia. Aku rasa orang yang boleh nampak, ada sixth sense mcm aku mungkin faham apa aku cerita. Kau mungkin takut dengan dia, sebab kadang dorang ni mati sebab tak aman. Badan tak jumpa, kepala putus, kena bunuh. Tapi actually kau tak boleh terlampau takut bila hadap benda ni. Sebab Allah tu lagi menakutkan.

Sebab kenapa ada setengah sangat scary untuk aku, sebab ada setengah hantu ni suka bermain nak takutkan kau dengan cara kejam. Haa, kejam dia contoh macam kau tengah solat and sujud, tetiba dia sujud sekali sebelah kau sambil dia pandang kau. Memang aku rasa nak stop solat je time tu sebab terkejut. Kadang, aku lari melulu nak masuk bilik, bukak pintu lepas tu dia terpacak berdiri depan pintu dengan buat muka scary dia. Memang tak guna la benda yang kejam macam ni. Tapi dia ni nak bermain, cuma salah cara and buat kau takut and terkejut.

Kalau part baik, ada pernah aku stress sebab study, lepastu pening and ada yang datang, bagi aku panadol :’D Other than that macam aku cerita awal tadi la, dia sapu sampah buat kerja. Kadang kat kafe U aku, ada yang lap lap meja buat kerja. Cuma beza, ada orang boleh nampak, ada yang tak boleh nampak. Ada juga yang jenis hormat. Korang mesti pernah dengar tidur kena tindih kan? Sebabnya kau tidur tak sapu, tak ketuk libas katil tu dulu. Kau tahu tak dia pun tidur? Lepastu kau tidur pula atas dia. Haa dia balas balik dengan cara kacau kau, atau dia tidur atas kau semula (tindih). So so far, kalau aku nak tidur, aku akan libas tepuk katil dulu and dorang and bangun pergi tempat lain.

We can’t label them as ‘jahat’, tak semua jahat. We can’t make them as friend, sebab nanti hidup kau susah. InsyaAllah, aku akan datang lagi nanti cerita pasal lain. Ni je yang aku boleh explain balik tentang post lepas aku sebab ada yang tanya. Terpulang, nak percaya atau tidak. Sebab ini lah yang aku alami sepanjang aku start nampak. Sekian.

Loading...

26 comments

  1. Hahahahah…
    Ko btol2 gune hashtag #sidemam tu ekk…
    Baguusss…
    Sng akk nk refer ni penulis yg mane…
    Part sujud pastu die tenung2 tu mmg siot kot…
    Pastu plg lawak part amik baju kemeja putih tu…
    Adeeehhh…
    Kdg pikir family/kengkawan yg kita hadap setiap hari buat prank pon boleh terkujat inikan plak ‘orang’ yg kita x kenal…
    Lg haruuuu…

  2. ini cuma pandangan aku…
    kelebihan yg Allah bagi pd ko, sepatutnya membuka mata dan minda ko supaya ko lebih mendekatkan diri dgn Allah. Tp bila ko percaya apa yg ko nampak tu sebagai hantu, seolah ko makin menjauhkan diri dari Allah. Hantu dlm kepercayaan org melayu, ialah roh2 yg tidak tenang kerana semasa hidup dulu banyak membuat kejahatan. tp nabi dah jelaskan ‘apabila terpisahnya roh drpd jasad seseorang anak adam itu, maka terputuslah hubungannya dgn dunia ini kecuali 3 perkara iaitu doa anak yg soleh, harta yg diwakafkan dan ilmu yg bermanfaat. apa yg ko nampak tu adalah jin2 yg mmg sifatnya suka mengaku yg kononnya ‘dia’ itu adalah org itu atau org ini semasa masih hidup dgn tujuan menimbulkan fitnah dlm dunia manusia. sebagai contoh; jika seekor jin ini menyamar menjadi makcik A dan kemudian dilihat oleh org lain, maka org akan menuduh makcik A ini ada membela hantu raya/saka sedangkan makcik A semasa hayatnya dulu seorang yg alim dan warak. ada juga jin2 pendamping yg membuat rutin harian tuannya walau pun selepas kematian tuannya seperti menyapu, membuat rumah, menebas… mereka ni mcm org gila klu dlm dunia kita akibat terlalu rindukan tuannya… makhluk jin ni juga ada yg islam dan ada tg kafir. yg islam tak semestinya baik dan yg kafir tak semestinya jahat w/p kebiasaan yg kafir tu jahat2 belaka. paling menakutkan ada sebilangan jin ini adalah pengamal sihir yg menyembah syaitan dan iblis. tp nabi juga menjelaskan dlm beberapa peristiwa utk kita tidak mencampuri urusan makhluk jin selagi mereka tidak mencampuri urusan kehidupan kita. sekian…

    1. #SiDemam.

      Salam Saudara/ri, terima kasih sebab menegur, alhamdulillah saya bersyukur je atas apa yang Allah berikan. I never take it as bebanan ke apa. Just grateful with everything.
      Tentang apa yang saudara/ri cakap tadi, on ‘Tp bila ko percaya apa yg ko nampak tu sebagai hantu, seolah ko makin menjauhkan diri dari Allah. ‘ , i would like to say about this.
      Saya bukan riak, tapi alhamdulillah sampai sekarang saya masih jaga hubungan saya dengan Allah. Saya dari dulu, keluarga semua sentiasa tolong, every month bawa jumpa segala ustaz/ustzah sebab nak tutup mata saya ni dari nampak benda mcm tu.
      Saudara/ri ingat saya seronok ke dapat jumpa? No, Never. Tapi sebab saya anggap, Allah nak bagi saya dugaan/kelebihan untuk saya gunakan. Mungkin ada hikmah, saya percaya.
      Tapi takpa, apa pun yang saudara/ri tegur, saya terima semua and thanks again. Just I dont want comment any of that lagi. BESIDES, I’m here just to share my story. Sebab ini dari apa yang saya alami sepanjang saya hidup. Sekian, terima kasih.

    2. izinkan aku menambah dan membetulkan something…

      1) ko kata kelebihan, penulis cerita kata gift kan?..
      soalan aku ko nak ke nampak semua ni???
      xnak kan??so itu kelebihan ke?gift ke?/
      klo kelebihan/gift semua org nak..
      ni xde orang nak… so perbetulkan tanggapan korang ni malang namanya..bukan gift k.betulkan mind set..

      2) mungkin penulis cerita ni tak tau yang roh dah mati keluar dari jasad xkan ada lg dlm dunia yang ada hanya syaitan/jin yang menyerupai untuk menyesatkan manusia.

      1. Rasenye setiap kali ade penulis mention diorg ade anugerah/kelebihan hijab terbuka ni, mesti awak ni akan kata itu sebagai MALANG kan…
        Allah meletakkan sesuatu sebab ada tujuan/hikmahnya, bukan bertujuan utk bernasib malang…

        Sebagai cth HUJAN…
        Hujan sangat2 diperlukan setiap hidupan…
        Tapi hujan yg berlebihan akan jd banjir yg dianggap sebagai bencana…
        Tp ade juga yg menganggap banjir sebagai rezeki cthnye utk peniaga perabot, contoh jer yer ni…

        Tapi…
        Pernah ke kita sebut hujan tu sebagai HUJAN MALANG…???
        Tetap walau apepun hujan itu stsa disebut sebagai HUJAN RAHMAT…

        Setiap yg dtg dr Allah tu atas kehendak dan perancanganNya…
        Disertakan rahmat dan UJIAN,bknnye MALANG…
        Terpulang pada kita untuk menghadapi dan bersyukur atas setiap apa yg berlaku…

        Mungkin pada awak semua situasi tu kelihatan seperti MALANG…
        Tapi bkn pada penulis atau org yg mengalami…
        Mgkn dgn adanya ujian sedemikian, hubungan dengan Allah, hubungan dengan keluarga malah org sekeliling bertambah kuat…
        Meningkatkan lg tahap keyakinan pada qada dan qadar Allah, menguatkan lg iman dan taqwa…

        Muhasabahlah…
        Setiap yg berlaku atas izin Allah…
        Allah meletakkan sesuatu atas kemampuan hambaNYA…
        Wallahualam…

        1. Betul.la.. tiap kali mamat atas ni akan komen yg sama bila ada org yg boleh nmpk bende2 ni
          . Dah tu dlm nada marah2 plak.. cakap baik2 dah la.. or jgn komen terus!!

          Biar la penulis nak share cerita dia… Ke ko jeles kot.. hahaha

    1. meh nk bg paham, dye cakap cmtu sbb nk bgtaw sehebat2 mahkluk, Allah lgi hebat. sekuat2 makhluk, Allah lg kuat, mahkluk tu menakutkan, Allah lagi menakutkan..pendek kata..semua Allah yg punya, Allah ni smua mende, segala2nya Dia yang paling hebat. tu mksud penulis…jgn salah faham..pakat2 bersangka baik

  3. pasal roh tu memang urusan Tuhan. tapi kena ingat, kita ada kembar iaitu Qarin. kita mati, qarin tetap hidup. contoh kita mati eksiden muka hancur, putus tangan, qarinlah yang akan menjelmakan diri seperti kita dengan cara kematian kita muka hancur dan putus tangan untuk memberitahu manusia tentang cara kematian seseorang itu.

  4. ada sbb kn knpa Allah bg ko boleh nampak mende ni smua. based on what ko cite. sikit pun xde yg ko manfaatkan utk org lain melainkan buat cerita bg org rasa terhibur baca. pape pun yg pasal katil aku aku setuju.

  5. Assalamualaikum..
    Cerita kau mmng best..
    Cuma aku ada sedikit teguran…
    X bgus ckp Allah lagi menakutkan…seolah2 Allah itu sangat bengis..(mungkin kau x berniat nk ckp yg buruk..tapi penulisan tu x sesuai)
    Sedangkan Allah itu Maha Pegasih dan Maha Penyayang…
    Ap2 pon..cerita kau mmng terbaik…

  6. Pergilah ruqyah, sambil2 amalkan ruqyah sendiri dan tingkatkan ketaqwaan. Mata awak dah ada lubang2 access utk natang2 tu, semoga dengan ikhtiar ruqyah dan dinfing diri dengan izin Allah mudah mudahan tertutuplah lubang2 tersebut.

    Allahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *