Sihir pembenci si keluarga tiri

Sihir pembenci si keluarga tiri

Assalamualaikum warga fiksyen Shasha. Saya Daniel, pembaca setia kisah-kisah seram di Fiksyen Shasha. Dah lama teringin nak kongsi kisah seram saya tapi tak berkesempatan disebabkan sibuk dengan hal duniawi.

Jadi, saya akan mula bercerita. Keluarga saya baru saja berpindah ke rumah baru. Sebenarnya dekat saja jarak antara rumah lama dan rumah baru. Rumah yang baru kami duduki ialah rumah arwah adik tiri abah yang meninggal dunia. Jadi, suaminya dah kawin baru dan nak jual rumah tu kepada kami. Rumah tu sedikit besar dari rumah lama kami.

Rumah tu sebenarnya menjadi perebutan antara keluarga saya dan keluarga tiri abah. Namun , abah saya yang dapat beli rumah tu sebab ayah saya bayar. Diorang nak duduk percuma (mentang-mentang rumah adik beradik diorang. huh!)

Dipendekkan cerita, bermulanya kami duduk rumah tu, gangguan demi gangguan yang keluarga saya terima. Setiap hari ! Hampir setiap hari keluarga kami akan bergaduh. Masing-masing tak boleh bertentang mata. Abah menjadi pemarah. Aku dengan abang aku tak boleh berdekat. Kiranya kehidupan setiap hari kami tak pernah aman dan tenteram.

Orang yang paling terjejas teruk dalam kisah ni ialah mak saya. Selepas mak saya sapu sampah, di bawah pokok belimbing pada waktu senja, usai saja mak melangkah masuk rumah , badan mak terus hilang tenaga. Terus mak berbaring atas sofa dan terlentang badannya. Bajunya dibuka dan hanya berkemban. Badan mak terasa panas di dalam. Kami ingatkan hanya sakit biasa sebab gula dan darah dalam badan mak asyik naik turun je. Mak batuk sangat teruk, tak henti-henti. Hingga pada satu tahap, mak masukkan tuala kecil dalam leher dan tarik keluar semula sebab mak terasa gatal yang amat dalam tengkoknya. Benda ni semua berlarutan agak lama. Abah mula tak sedap hati. Kami tanya mak dia rasa apa masa sakit, mak rasa badan dia panas macam kena panggang, ibu jari kaki mak selalu rasa mcm ada orang gigit, mimpi macam-macam, setiap kali maghrib mak terasa bahu dan kakinya berat dan macam-macam lagi.

Dah puas berubat kat doktor, masih tak sembuh. Abah ambil keputusan untuk berubat secara islamik. Abah pergi berubat dekat seorang ustaz. Setelah cerita semuanya kat ustaz, ustaz memulakan sesi rawatan. Mak disuruh untuk duduk diatas daun pisang dan semangkuk air diletakkan di hadapan mak. Ustaz membaca sesuatu. Lalu dia melibas perlahan badan mak dengan sejadah solat tu. Berdasarkan apa yang mak cerita, dia terasa ada benda keluar dari badan. Setelah selesai semua, ustaz suruh mak alihkan badan, dan ustaz suruh kami tengok apa yang ada di atas daun pisang. Ada hancuran kaca dan lampu pendaflor yang telah menjadi serbuk atas daun pisang itu. Dalam mangkuk itu pula, ada miang buluh dan serbuk sayap rama-rama. MasyaAllah! Patutlah mak terasa gatal yang amat pada dalam tengkoknya. Ustaz tu cakap, diorang santau angin kat mak. Kami tanya siapa gerangan yang buat, tapi ustaz tu tak cakap. Dia just cakap supaya berdoa agar orang tu insaf.

Tak lama mak sembuh, mak terkena lagi benda yang sama. Kali ni lagi teruk. Berat badan mak jatuh susut dan mak sudah seperti kain buruk (lembik dan nampak kusam, tak berseri). Abah dah tahu, mak mesti kena macam dulu. Abah pergi ke tempat lain pula untuk berubat. Tapi di sini, ustaz tu perlukan gambar untuk berubat. Setelah berubat, ustaz tu cakap, memang ada orang santau mak untuk berpisah dengan abah. Diorang santau untuk tidak tenteramkan rumah kami. MasyaAllah, apa yang ustaz cakap memang betul. Dah lama kami sekeluarga tak bermesra, makan sekali, sembang-sembang. Dah lama sangat. Setiap kali anak-anak keluar rumah, diorang keberatan untuk balik rumah semula. Ustaz tu cakap kami disihir pembenci untuk porak perandakan rumah kami.

Kami tanya ustaz siapa yang santau kami. Mujur ustaz ni beritahu walau dalam kiasan. Dia cakap orang terdekat sangat yang buat. Ustaz cakap, Diorang tanam ‘benda tu’ dekat sebuah pokok yang masam-masam tempat mak selalu main. Faham tak lagi? Maksudnya bawah pokok belimbing tempat mak bakar sampah. Memang sejak mak duduk rumah tu, mak selalu sapu sampah di situ. Barulah kami faham.

Abah balik, kami semua bersidang anak beranak. Setelah bersembang, kami dah agak, keluarga tiri abah yang santau kami. *Rumah keluarga tiri abah hanya di depan rumah baru kami. Diorang nak kami keluar dari rumah tu. Abah nasihat untuk ikut pesanan ustaz tu. Perbanyakkan ibadat. Alhamdulillah, sisa santau masih ada cuma tidak teruk macam dulu. Kami tahu, keluarga tiri abah takkan putus asa sampai kami keluar dari rumah tu, kampung tu.

Sekian~

4 thoughts on “Sihir pembenci si keluarga tiri”

  1. alaaaa mana si Zul yg suka comment maki hamun tu.. aku kemurungan xdpt baca comment dia . xtau napa aku mesti gelak gila pecah perot bila baca comment dia semua.. arghhh! aku xlalu makan dah ni!!

    Reply

Leave a Comment