Sihir Siam

Nama aku Sha . Aku nak cerita tentang sihir oleh bekas kekasih . Benda ni mungkin nampak enteng dan tak betul di mata orang lain tapi kalau kita pernah kena sihir ja baru kita boleh percaya. Ini kisah benar terjadi bukan dekat keluarga tapi dekat diri aku sendiri . 2014 , aku putus dengan kawan lelaki yang aku gelarkan Adam, aku berkawan mula dari 2012. Lepas putus kami masih okey cuma tak bercakap sangat lagipun bertembung tiap hari dengan dia so aku tak kisah sangat dan aku tengok dia pun okey lepas putus .

Aku perasan yang aku makin baran tak boleh silap sikit nak mengamuk tapi dengan mak ayah aku okay ja sampailah aku habis belajar 2015 .

Hujung tahun 2015 aku sambung belajar lagi dan dekat tempat baru ni lah kesihatan aku makin teruk . Waktu masuk tempat lain ni aku dah berkawan dengan orang lain , Ben . Aku ada kawan kawan yang rapat jadinya bila aku berkawan dengan Ben ni, kengkawan aku tahu dan termasuk lah Adam , tapi Adam ni chill ja tiap kali kami semua berjumpa ramai ramai cuma tiap kali berjumpa, dia takkan bercakap atau tengok muka aku tapi dekat whatsapp ,dia ada ja hubungi aku. Aku ingat semuanya okay sampailah tahun 2016 , aku pengsan tiba tiba dekat klinik dan Dr tak tahu puncanya apa. Mula dari lepas tu, aku selalu pengsan . Tahun 2017 aku pengsan dekat kelas lebih dari 10 kali dan pernah kena masuk wad . Dr dan MA klinik kampus semua dah kenal aku dan aku dapat tahu aku ada anemia tapi hb darah aku naik turun, waktu pengsan tadi dan ambil darah ,hb aku 7 bila ambil darah sekali lagi, hb aku 9 . Dr pun tak faham sebab apa darah aku asyik naik turun .

Ubat apa yang aku tak ada.. semuanya aku ada dari gastrik ke migrain, dari ada kaitan ke tak ada kaitan langsung. Hujung 2017 aku putus dengan Ben, lepas tu aku macam terkawal sikit pengsan tapi aku selalu taksihat pernah demam sampai sebulan .

Orang tengok aku sihat tapi tak, aku demam, aku sakit kepala teruk sampai berguling guling . 2017 paling teruk aku rasa dan kena macam macam tapi aku sembunyi dari mak ayah aku . Aku tak boleh duduk sensorang, aku jadi takut dan kalau kena tidur sensorang walaupun dekat rumah sendiri, aku memang kena buka lampu sebab aku rasa ada benda perhatikan aku . Aku kat rumah sewa ke kat luar ke kat rumah sendiri ke, selalu nampak ada orang melintas tapi waktu tu aku sensorang .

Dalaman aku takpayah cakap la, lemah sikit terus fikir nak bunuh diri . Aku banyak bertahan sebab belajar jauh dan taknak menyusahkan mak ayah . Btw,keluarga aku pun berubat juga dan sebelum ni kami pergi ke Darul Syifa tapi takda perubahan jadi mak aku cari tempat lain sampai lah kami jumpa seorang pengamal perubatan ni, tahun 2018. Sebab mak aku pun kena buatan orang juga, aku ingat selama ni aku sakit sebab bersangkut dengan mak aku sebab aku memang lemah dari kecil ,mudah sakit . Tapi tiap kali berubat dari dulu aku tak pernah bercakap tapi bila mak aku berubat , dia bercakap bagitahu siapa tuan dia . Sampai lah pergi ke rumah pengamal yang baru ni, kami panggil paktam .

Paktam tengok aku dan bagitahu mak ” dia ni bukan kena benda yang sama ” bila berubat aku tak boleh kawal diri tapi aku sedar . Paktam ni cuba baca ayat quran dan zikir kuat kuat sambil pegang tasbih lepas tu dia soal benda dalam badan aku . ” sapa tuan hang ?” geleng. ” bagitaw lekas ! mau dak aku tibai !” geleng “habaq negeri mana ?” aku cuma boleh angguk ,geleng dan menjerit ja. Semua orang yang kat dalam rumah waktu tu teka semua negeri untuk cari tuan yang hantar benda kat aku . “penang ?” geleng “sarawak ?” geleng “pahang ?” angguk “selangor?” geleng “pahang ?” angguk angguk . Aku macam boleh agak siapa dari Pahang tu sebab aku tak ramai kawan yang asal dari Pahang . Paktam berhenti kejap dan dia cakap budak yang hantar sihir ni ada ilmu sikit, orang dia hitam gelap, gempal gempal pakai spek mata .. lagi lah aku blur sapa tak kan lah kengkawan aku tapi aku agak sorang ni dan aku mintak henfon dan tunjuk ke paktam gambar dia, tanya dia ni ke yang hantar ke aku. paktam tengok pastu “haa betul muka ni ” lepas tu, paktam sambung mengubat aku balik . Serius , betul Lillah aku bercakap siam lepas tu ,aku tak boleh kawal percakapan aku tapi aku separuh sedar tapi aku tak boleh kawal diri aku .

Ayah aku ada rakam aku bercakap siam bukan sikit tapi banyak . Bila aku bercakap siam tu, mak aku boleh faham sesikit , aku bagitahu aku asalnya dari pedalaman di siam , tempat aku dalam nak pergi ke tempat aku kena lalu jalan kecil baru sampai .

Tuan dia ni pergi ke tok sami, dia buat 4 patung , setiap patung tu dililit dengan benang hitam dan dililit penuh di seluruh badan aku . Di muka aku macam macam benda dicucuknya , di dahi aku ditanamkan batu bagi tak ada orang suka aku . Paktam suruh aku tarik buang benda di seluruh badan , aku paling banyak buang benda di mata, hidung , telinga . Padanlah, mata aku lebam macam orang tua padahal aku muda lagi, hidung aku selalu selsema tiba tiba, kalau aku bersin paling kurang dalam berbelas kali . itu sekurang kurangnya. telinga aku pula selalu gatal. Bahu rasa berat bila waktu maghrib , kepala paling teruk .. kalau lah boleh dicabut buang kepala aku ni dah lama aku buat .

4 jam aku berubat haritu dan malam tu aku balik okay ja sampai lah nak tidur. Aku tidur dalam 15 minit dan mimpi tuan yang hantar sihir, terjaga , tidur balik dan mimpi dia lagi . Aku tidur dari pukul 2 sampai 4 berulang macam tu sampai lah dalam pukul 4 tu, aku pejam ja nampak muka dia depan aku terus tak boleh tidur dah . Esoknya aku pergi berubat lagi dan hari ni kejap je berubat tapi sedih.

Waktu berubat , aku cakap siam macam biasa dan tiba tiba berhenti , aku tunjuk dekat luar pintu dan cakap sesuatu, paktam bagitahu tu tuan yang hantar sihir datang . Aku separuh sedar waktu ni tapi aku cakap Melayu . Aku nangis . nangis teruk tapi tak tahu sebab apa nangis . Aku menghadap pintu yang tak ada sesiapa dekat luar waktu tu . “napa buat aku macam ni ? 4 tahun aku sakit, tergamak buat aku macam ni .. aku sakit , sakit .. aku tak pernah sangka buruk dekat hang .. napa buat aku macam ni .. tak mau .. tak mau .. sakit , aku sakit , aku simpan lama aku sakit .. aku tak marah, aku sakit .. aku sakit .. aku tak marah, aku sakit .. taknak takmau takmau .. paktam suruh dia balik takmau tengok dah muka dia ..”

mak aku nangis tengok aku , ayah aku keluar aku tahu ayah aku tak boleh tahan . Paktam bagitahu tuan yang hantar tu minta maaf tapi aku taknak maafkan sebab tu aku asyik cakap takmau .

Paktam bagitahu lagi , itu bukan aku yang cakap sebab aku sendiri tak tahu sejak bila betulnya aku sakit tapi itu roh aku yang cakap , Paktam kata roh kita ni tak boleh menipu . itu benda yang sebetulnya rupanya aku dah 4 tahun sakit mula dari 2014 lagi . Aku rasa sedih sampai hati Adam buat macam ni dekat aku lepas putus dengan aku . Dia alim orangnya yang aku dan kengkawan tahu, selalu pergi solat subuh dekat masjid tapi macam ni jadinya .

Dulu dia abaikan aku berbulan tak hubungi aku , aku anggap baik kawan je dah la rupanya ada dendam dia simpan lepas tu ..keluarga aku suruh blok dia dekat semua sosial media . Diorang takut aku kena teruk lagi takut dia balas dendam lepas ni . Patut lah waktu dengan Ben , aku sakit teruk tapi bila aku cerita dekat Ben, dia tak percaya benda benda macam ni . Adam ni taknak aku dengan sesapa pun , dia cakap dia suka aku , banyak kali dia bagitahu dekat Paktam benda tu yang dia suka aku, tapi hati aku sakit teruk . Aku taknak kawan dengan mana mana lelaki dah , aku rasa dalam sebulan aku asyik nangis tanya diri apa salah aku sampai macam ni teruk dibalas , aku tahu semua ni takdir tapi aku sakit teruk kadang nak bangun pun tak boleh .Sampai sekarang aku masih berubat lagi tapi dah makin berkurang Alhamdulillah . Dari 4 patung yang dililit sebelum ni, banyak benang yang dirungkai . Aku kena sabar nak rungkai benang di patung bukan senang , banyak bukannya sikit , dibuat pula secara ghaib . Patut lah aku selalu sakit ,diserunya roh aku ke patung tu bagi aku hati tak ada hati dan perasaan bagi aku asyik marah bila geram dicucuk nya patung itu dengan paku .. aku taknak bagitahu kengkawan , kalau aku pun tak percaya benda ni apatah lagi kengkawan aku.Sebelum ni Adam hubungi aku macam tak ada apa rupanya dalam diam .. sedih aku. Aku anggap macam ni ja , satu hari nanti dia sendiri akan bagitahu orang lain onar apa dia dah buat dekat aku . Nak maafkan mungkin tak kut . Teruk aku kena, 4 tahun aku kena .. minta maaf dekat Tuhan je dah la . Aku takkan maafkan , sakit …tapi Alhamdulillah sakit aku banyak berkurang, aku dah tak bersin teruk .. lebam bawah mata dah berkurang , telinga tak pernah gatal dah ,aku demam bila kena hujan ja .Terima kasih baca cerita aku kurangnya ada tempat aku nak meluahkan ..

Siti Shahira
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

38 comments

  1. sha..awak berubat kat mana? bleh bg contact pak tam tak? aku macam kene benda yg sama. lebih kurg. aku pun menderita. dah byk tmpt aku berubat. rasanya skrg dah makin kurg. nak simpan contact in case ada lagi. org tu hari2 depan mata aku. pls email contact pak tam kat aku : dawie_pizza@yahoo.com

    mekasih

          1. Memang menipu pun. Aku boleh check kot history sape penah pakai nombor tu. Tu nombor ofis@company bukan nombor rumah orng

  2. astarghfirullah…kejamny hati mnusia! sejahat jahat sy wlupn bru ptus dgn kekasih sdgkn dh rncng nk kawin tp xprnh berdendam.ni terlalu kejam..semoga brsabar ya cik,

  3. Jalan cerita yang menarik, mudah difaham. Manusia memang susah nak dijangka peri lakunya. Luaran nampak sungguh taat pada Yang Maha Esa, tapi dibelakang adalah sebaliknya. Apa yang dilakukan Adam adalah sesuatu yang salah dan syirik. Semoga penulis akan sihat dan bebas daripada segala gangguan.
    8/10

  4. Aku lepas putus xde pon syirik nk main benda2 mcm ni..Aku ade ckp “kira aku masih baik ni kau buat mcm ni kat aku, xde nye aku nk sihir or santau kau bagai”
    Pastu dia jawab “awak x maafkan sy kira santau dah tu”
    Kepala bapak kau..Kau yg berdosa dgn aku, kau cakap aku x maafkan kau macam aku santau kau..Bangang betol jantan macam tu..And aku suruh dia minta ampun dengan Allah dulu baru la dengan aku..Susah wey nak maafkan orang macam tu even dia xde hantar benda2 syirik..Dendam tetap dendam.!!

  5. tak patut dia buat mcm tu kat awk..org pernah kena sakit mcm ni je faham mcm mana rasa sakit tu..moga dia dapat balasan nya..tak kira la kalau org buat jahat kat kita sekali pun, kita tak perlu balas pun..kalau kita balas balik perbuatan tu kita dgn dia tak ada beza sama2 jahat..

  6. Cerita ni sebijik mcm cerita aku, cuma aku tahu, lepas anak aku mati, sama juga sihir dr siam, tanda2 dia kena sbijik mcm aku, cuma aku dia bt bagi mati terus, alhmdllh umor panjang, tp still sakit smpai skrg

  7. Kata baru berubat 2018 dgn paktam..x kan terus pindah…
    Pelik..
    Lagi 1, kalau betol la cerita kau ni..
    Aku nak nasihatkan kau bersyukur banyak2.sebab nya Allah masih beri kau peluang utk bernafas..
    Jangan kau asyik kata kau terlalu sakit dan terlalu teruk kena..
    Banyak lagi hamba Allah yg lebih lagi di uji dari kau..
    Jadi belajar bersyukur..
    Mungkin ujian ni balasan dari dosa2 kau yg lepas2 dan mungkin Allah nak naikkan darjat engkau..

      1. Aku tak paham.. dari tadi bile ade Komen kecaman kau nak cilikan mulut org.. Cuba belajar terima nasihat Shira wehh.. kdg² kita rasa ape yg kita buat tu ok.. tp pada pandangan org lain jadi tak ok.. muhasabah diri.. betul hak kita nak memaafkan ke tak.. die dah mtk maaf.. cuba memaafkan wlupun payah.. hati kau akan tenang.. percayalah..

        1. aduh cuba lah faham, sesapa pun boleh pakai nama dia kenapa ingat ini orang yg sama juga yg balas, dh laa dia bagi anon number di atas , keja nak menghentam ja

  8. tah la. islam ke ape tulis Lil*** saja. tu maksud ko takde tuhan. ramai2 komen kat sini Bunga sorang je yang tegur. yang lain jahil jugak ke ape? kalau ko tulis cerita guna perkataan tu, kemungkinan besar dalam hidup kau biasa duk sebut macam tu. penulis, kalau ko islam, baik ko mengucap. kalau terasa maaf, tapi aku memang tak suka orang sebut pendek tak habis macam tu.

    1. mungkin awak yg kena cari dan faham balik maksud Lillah tu apa , sampai tuduh orang lain jahil .. terima kasih tegur dia tapi aku pun taksuka org jahil reply bebukan mcm ni

    2. Lillah tu maksud dia kerana Allah lahh.. Apa yang jahil nye.. Yg xbolee sebut tu La Ilahi, sebab maksud tiada tuhan.. Kena sebut penuh Lailahaillallah

  9. kepada penulis, aku minta maaf banyak2. dan aku jugak mintak maaf kepada penulis sekali lagi dan penkomen kerana menggelar jahil. sebenarnya aku yang jahil, tersilap bagi maksud perkataan lillah tu. sensungguhnya, my quick temper telah mengabuiku. aku kesal dan maafkan lah aku sekali lagi atas keterlanjuran aku menulis komen tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.