Sihir Tekan Papan Bahagian 3

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian kedua….

Aku berdiri tegak, memberi sembah hormat kepada pengantin, dan membuka tapak kuda-kuda yang besar, tangan dinaikkan dan di tari kiri ke kanan, dua tiga kali aku tepuk peha, sebagai ‘isyarat’ kerana tendangan tidak boleh dilepaskan dalam silat pengantin, itu dikira kurang sopan..

Aku sempat mengacah pengantin dengan menghulurkan salam, tapi kemudian aku tarik tangan dan kembali menyambung silat..

Aku tamatkan dengan sembahan akhir, dan mengundur ke belakang saat selesai.

Uda pulak masuk ke tengah gelanggang, menari tarian sunting, buah sunting yang ditolak dan tarik, Kemas!

Adakalanya aku bangga dengan Uda, dia tak goyang kepala lutut untuk memartabatkan seni silat dikhalayak umum, cuma dua tiga insiden sebelum ni, Uda lari.. mungkin disebabkan melibatkan entiti yang bukanlah manusia..

Uda juga turut mengacah pengantin, dengan salam yang kemudian dimainkan dengan sambungan silat. Tersenyum-senyum aku tengok telatah Uda..

Berbunyi HOP! HOP! HOP! Setiap kali Uda melenting dan bergilit tari.

Uda dah menamatkan tarian silatnya..

Bapak mula melangkah ke tengah gelanggang..

Tapi ada sorang pemuda lebih pantas ke tengah gelanggang. Aku nampak riak wajah Kamal berubah.

Bapak mula mengundur memberi laluan kepada pesilat lain untuk memainkan silat..

Pemuda tadi mula berdiri tegak, memberi sembahan kepada pengantin, dengan senyuman sinis..

Seketika kemudian dia mula buka silat, dengan kuda-kuda yang juga besar, buah-buah silat yang dilepaskan nya juga ganjil, bukanlah dalam struktur bunga sembahan, tapi lebih kepada jenis ‘buah pukul’, sesekali tendangan mengarah kearah pengantin juga dilepaskan, tanpa adat menepuk peha..

Bapak cuit aku dan Uda..

“Kamu nampak tu? Sama ada mereka berseteru, atau budak ni kurang adat, mari kita berdiri jauh sikit dari sini..” kata bapak yang kedengaran berbalam-balam dek kerana paluan kompang yang kuat..

Aneh!

Dalam keadaan begini, aura aku naik!

Seperti ada seseorang yang dah buka ‘aura untuk bertempur’ dalam majlis macam ni!

Meremang-remang rasa yang naik, mengigit di hujung kulit, sampai rasa kebas-kebas badan..

Aku berdiri jauh sedikit, tapi Uda masih berkeras berdiri dalam jarak lima kaki dari pemuda yang bersilat tadi..

Pemuda tadi, berhenti!

Bajunya dikoyakkan dengan sekali rentap dari bahu kiri! Mendedahkan badannya yang kekar dengan otot-otot yang keras..

Kakinya dalam kedudukan bersilang, seperti kungfu Cina, tangan kiri disisip dibahagian belakang pinggang, dan tangan kanan yang tadinya lurus sebagai penumbuk, ditarik perlahan-lahan, dan dia seolah-olah ‘menjemput’ pengantin lelaki turun dari kerusi untuk menyertainya bermain silat!

Tangannya ‘dilambai-lambai’ seperti mengajak pengantin untuk turun dan ‘bermain’ bersamanya..

“KURANG AJAR!!!” Suara Kamal membentak!

Kamal tiba-tiba berdiri!

Cermin mata hitamnya dibuka dan dilemparkan ketanah, Kamal diterpa beberapa saudara yang ada disisi..

“Sabar Kamal, sabar…” Suara pakcik-pakcik yang ada disekitar cuba menenangkan Kamal..

Aku perasan, ada pakcik yang berlari ke arah budak-budak paluan kompang, dan meminta mereka berhenti dari memalu kompang..

Suasana tiba-tiba senyap..

Hanya bunyi desas desus pakcik dan makcik yang bergotong royong memasak dibelakang, yang tak tahu apa dah terjadi dibahagian depan..

“NAMA AKU AZAM! KAU RAMPAS TUNANG AKU!! AKU CABAR KAU BERADU TENAGA DENGAN AKU! KALAU KAU BETUL-BETUL ANAK JANTAN! MARI TUNJUKKAN!!” Suara pemuda yang memperkenalkan diri sebagai Azam mula bertempik!

SUPPPPPPP!!

D***h naik menyirap ke kepala aku!

Aku perasan Uda dah mengelupur tengok kiri dan kanan… Cari aku ler tu!! Kambing gurun betul!

Tadi nak tengok sangat orang bermain silat!

Kamal nampak bercakap-cakap dengan pakcik yang menenangkan dia..

Nampaknya dia dah bertekad, dan takde siapa yang boleh menghalangnya!

Cakap-cakap sudah tidak lagi menenangkan jiwanya yang sedang marah! Malu kalau pengantin dicabar dalam majlis sendiri, tapi lari! Sudahlah dituduh merampas tunangan orang, kemudian bila dicabar, menarik diri pulak!

Kamal turun, keris dicabut dari disisip dipinggang, dan diletakkan dikerusi..

Penonton yang bimbangkan keselamatan diri, mula menjauhi tempat yang bakal jadi medan pertempuran antara Kamal dan Azam..

Aku tengok bapak, bapak dengan tenang hanya memandang kedepan. Seperti takde apa yang berlaku. Kami berundur hingga ke hujung tiang khemah, lebih kurang berjarak dalam lima belas kaki dari Azam.

Pak Seli juga tenang menanti, hanya terkumat kamit membaca sesuatu, entah apa yang dibaca, tak dapat aku pastikan..

Sama-sama muda, sama-sama panas, ‘kau sailang minah aku! Aku langgar kau sampai mampus!’ Mungkin itu yang difikirkan. Prinsip alam yang mudah, diguna pakai bani Adam dari zaman pertama manusia memerintah bumi..

“Kau rasa ke, Rip?” Uda cuit aku

“Rasa apa?” Aku tanya Uda

“Aura perang naik!” Balas Uda..

“Nampak kaki aku dah goyang-goyang tu?” balas aku pendek pada Uda sambil aku tunjukkan kaki kanan aku yang dah macam berjoget dari tadi..

Kalau tak betul-betul, mungkin kalau diiringi paluan kompang, mau jadi insiden berdarah hari ni…

“HAHAHAHAHA! Akulah yang hantar sihir supaya kau gagal menikah semalam! Tapi ada laknat mana yang dah tolong kau! Kau rampas tunang aku kan? Hari ni, aku nak kau mampus! Phuih!” Kata Azam sambil meludah, dalam masa yang sama dia bergerak mengiring membentuk bulatan, Kamal juga mengiring membentuk bulatan, berdiri dalam kedudukan mengadap Azam..

“Terkutuk kau!! Dia dah milik aku! Sampai m**i, dia tetap milik aku!” Balas Kamal, lengan baju songket pengantin tenunan Kedah disinsing, dan tangannya mengepal-ngepal penumbuk

“Hahahaha… Hari ni kau m**i! Jangan risau! Dia akan kembali pada aku lepas kau m**i!” Balas Azam sambil ketawa..

“Taknak tolong ke, bah?” Aku tanya pada bapak aku..

“Haaaa… Kau nak tolong, pergilah tolong.. Aku malas nak masuk campur kalau melibatkan ‘perempuan’ ni! Lainlah kalau dah sampai nak berbunuh, gaduh pun belum, lebam pun tak lagi…” Balas bapak aku, selambaa je..

Mungkin bapak lebih arif untuk situasi begini, setiap tindakan, pasti ada akibatnya! Betul atau salah itu perkara kedua, perkara pertama, bila bukan HAK, maka janganlah kita ambil, tapi bila sudah menjadi HAK, haruslah kita pertahankan!

Kamal dah mula hilang sabar..

Kamal mula menerkam ke arah Azam, dengan sekali tendangan padu tomoi dari arah depan, aku nampak Kamal dah berguling sambil memegang perutnya..

Mak Kamal dah mula meraung di tepi khemah, hinggar binggar suasana. Nina yang sedari tadi menanti Kamal naik ke pelamin bersemayam atas singgahsana raja sehari, sudah berlari ke arah mak Kamal, dibawah..

Ada yang meminta mereka berhenti, tak kurang juga yang menyorakkan mereka bertempur..

“Bangun Kamal, bangun.. Takkan begitu mudah kau dah kalah?” Suara Azam masih lagi mengolok-olokkan Kamal

Kamal mula bangun dan berdiri..

Mengatur langkah untuk menyerang balas, malu jika dikalahkan dimajlis sendiri.

Kamal menyerang..

HAAAAAAAAA!!

Suaranya dijeritkan mengacah penumbuk kanan pada Azam, Azam masih tenang dan tersenyum..

Kamal serang lagi untuk kali kedua, kali ni bukan serangan muslihat, tapi serangan yang sebenar, Azam nampak tenang menolak serangan kesisi, dan satu tumbukan ceduk tangan kanan dihadiahkan dari bawah dagu Kamal

Aku nampak Kamal terbungkam kebelakang, dan d***h bersemburan keudara. Nina dah berlari mendapatkan Kamal pulak..

Nampak jelas dipandangan mata, Kamal bukanlah tandingan Azam..

Pak Seli membisikkan sesuatu pada bapak..

Bapak mengamit aku dan Uda..

“Pak Seli kata, bomoh yang menyihir ada disini, dikebun kelapa sawit semalam, menanti budak ni balik.. Pak Seli kau nak jumpa dia dan selesaikan.. Kau berdua nak ikut ke nak tinggal disini?” Tanya bapak pada aku dan Uda, sambil jarinya ditunjukkan pada Azam..

Aduhhh… tengah datang seru bergasak ni laaaa nak ajak jumpa ‘individu’ yang tak penting..

“Macam mana, Rip?” Uda tanya aku..

Aku tau, disebabkan bapak dah cakap, dia memang malas nak terlibat kalau melibatkan urusan perempuan ni. Pak Seli tu pulak, ada urusan lain yang pada pendapat aku, lebih penting dari sayembara bersandiwara depan mata kami ni sekarang..

Aku pulak dengan Uda, kalau boleh nak masuk sekali bertempur dengan dua ekor mangkuk yang tengah bergaduh depan mata ni..

Serabut kepala berfikir dalam masa yang suntuk..

“Takpe, beginilah.. Kau pun nak tolong kan? Kalau dah sampai bertikam, kau dengan Uda tolong lah leraikan, biar abah je dengan Pak Seli kebelakang..” Balas bapak aku

Ya! Kami setuju!

Mengigil-gigil tahan gembira!

Aku dengan Uda mengangguk kepala..

Bapak cuit Pak Seli dan mereka berjalan pantas meninggalkan kami dibawah khemah.. Khemah kosong yang memisahkan khemah ‘makan berdamai’ pengantin dan khemah-khemah tetamu jemputan..

Aku nampak ada pakcik tua yang masuk cuba menenangkan Azam, dan dengan sekali sauk, pakcik tu dah terlentang atas tanah, songkok yang dipakai tercampak ke tepi khemah.

Boleh dengar pakcik tu dah berdengkur.. Pitam barangkali..

“SIAPA-SIAPA MASUK, MAMPUS AKU KERJAKAN!!” Azam menjerit..

Boleh tahan juga pencak si Azam ni..

“Nak masuk tak, Rip?” Kata Uda pada aku

“Masuk, masuk.. tapi sabar dulu… tunggu sampai keadaan darurat baru kita masuk!” Aku balas pertanyaan Uda

“Pengapit, aku punya?” Kata Uda

“Ayu kan nama dia?” Kata Uda lagi, nampak dia tersengih sendirian..

Rambang sungguh ayat dia! Dalam keadaan macam ni!

Eh!! Dia ni!!

Macam mana kau tahu setann??

Nyaris aku tergelak!

Sorang lagi pakcik masuk cuba menenangkan Azam..

Azam melepaskan penampar kearah pipi kiri pakcik tersebut, tapi berjaya dielakkan..

Disambung dengan tendangan berputar dari belakang dengan kaki kiri yang padu, dan kali ni gagal dielakkan..

Pertempuran dalam jangka masa yang panjang, memerlukan aturan nafas yang betul, sebagai contoh lagenda boxing dunia ‘Muhammad Ali’ boleh melepaskan 200 tumbukan seberat 30 ke 60 kilogram hanya ‘dalam satu nafas’. Begitulah pentingnya aturan nafas yang betul untuk bertarung dalam jangka masa panjang..

Maaflah gais, babak yang paling aku suka.. ‘bersambung’, suruh beli buku ‘Pusaka’, baca tak payah sambung-sambung, korang taknak… hahahaha..

so hari ni komen ‘A’ pulak, jangan komen ‘k’ atau ‘f’, dah boring dah aku tengok f, f, f… bhahahaha..

#Pusaka

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

7 thoughts on “Sihir Tekan Papan Bahagian 3”

  1. Terbaik la bang…. πŸ‘ πŸ‘ πŸ‘. Walau skrg ni xde dah org komen… Aku nk komen gak sbb crita ni best.

    Reply
  2. Fffffffffff πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
    Da msyuk part yg kemuncak abih pulak da…. stress bebenor ni.

    Aku pun nak beli Puaka jugak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.