Tuhan menjadikan kita secara berpasang pasangan akan tetapi kita tak pernah puas dengan apa yang kita miliki serta sanggup meminta bantuan pada jin mahupun syaitan . Kisah kali ini adalah berkaitan Sihir Cinta, kisah benar yang di ubah dan di olah kembali
#East #SihirCinta
Malam itu Salwani tidak senang duduk entah kenapa di rasakan terlalu gelisah. Terlalu asyik memikirkan soal cinta, asmara . Jejaka yang tiba tiba bertakhta di hatinya, Fazli. Baru bertentang mata untuk 3 hari akan tetapi hatinya sudah terpaut . Atas faktor apa pun Salwani sendiri pun tak pasti , nak kata hensem tidak kaya pun tidak tapi dia telah benar benar jatuh cinta. Salwani sentiasa mengintai di balik jendela sejak akhir akhir ini kerana malu bertentang mata dengan Fazli. Fazli merupakan pemuda yang baru berpindah dari kota, barangkali ingin mengelakkan suasana dari bandar yang selalu sibuk dan kotor dengan pencemaran udara.
Fazli orangnya biasa saja dan bekerja sendiri Rindunya pada Fazli 1 hari itu umpama 1 tahun. Akan tetapi jika terlihat Lokman hatinya menjadi terlalu benci entah kenapa dia sendiri tidak mengerti padahal Lokman itu tunangnya, bakal menjadi suaminya. “Ah ketepikan saja Lokman itu barangkali cinta beralih arah”, bisik hati kecil Salwani. Di corong radio terdengar irama lagu Getaran Jiwa dendangan P. Ramlee. Aduh P. Ramlee saat kau menyanyikan lagu ini bergetar lagi hatiku menanti abang Fazli kesayangan ku kata hati Salwani. Terasa berbunga bunga hati Salwani .
“Salwani, kamu buat apa ? . Mari ke mari membantu ibumu”, kata Daud pada anaknya.
“Sebentar ya bapak. Salwani tengah bersiap”, kata ya .
Salwani bergegas bersiap untuk turun ke hadapan rumahnya yang mana ibunya membuka kedai makan .
“Kenapa kamu tersenyum sendiri Salwani?”, soal ibunya Zainab.
“Ibu, apa pandanganmu tentang Fazli ibu?. Orangnya segak ya ibu”, kata Salwani malu malu .
“Fazli? Kamu jangan main gila Salwani. Tunang kamu hendak di campak ke mana. Sedar kah kamu Lokman itu sudah lama menanti mu”, kata ibunya tegas .
Daud memerhati Salwani dengan penuh curiga. Minat Salwani pada Fazli, pemuda yang baru pindah itu menimbulkan kemusykilan di hatinya. Dahulu pandang pun tidak kenapa sekarang. Salwani yang dimarahi terus naik ke rumah kerana kecil hati dan kebetulan Lokman singgah di kedai bakal mak mertuanya . Salwani melalui di hadapannya tanpa memandangnya sekali pun.
“Allahuakbar gerangan siapa yang menggali kubur si mati”, kata Lokman mengeluh pada Daud dan Zainab.
“Kamu kenapa Lokman ?”, soal Daud bakal bapak mertuanya.
“Kubur Zabedah anak pak abu yang mati dibunuh, ada yang menggalinya. Saya syak ada orang kampung melakukan perkara terkutuk”, kata Lokman.
Satu kedai makan terdiam dan tidak menyangka perkara itu terjadi dalam kampung ini. Di satu sudut lain sepasang mata memerhati dengan puas . Ustaz Rahim mengiringi Inspektor Fahmi setelah siap dari menguburkan kembali jenazah Zabedah .
“Saya tidak nampak apa apa yang tidak kena dengan jasad arwah? Barangkali kerja budak nakal”, kata Inspektor Fahmi.
“Inspektor tidak nampak tapi saya nampak sesuatu, keadaan dagu jenazah yang kelihatan agak berminyak”, kata Ustaz Rahim.
“Apa maksud Ustaz? Dagu berminyak itu satu jenayah ?”, soal Inspektor Fahmi.
“Ada yang menuntut ilmu salah iaitu menyekutukan Allah SWT, meminta bantuan makhluk halus itu menjejaskan akidah kita sebagai orang islam”, kata Ustaz Rahim.
“Apa yang diambil dari Alahyarhamah adalah cecair dari dagunya yang mana saya percayai untuk merosakkan anak gadis di kampung”, sambung Ustaz Rahim.
“Minyak Dagu!”, kata Inspektor Fahmi.
“Saya akan uruskan dari sini. Jika saya memerlukan bantuan Tuan Inspektor , saya akan menghubungi tuan”, kata Ustaz Rahim.
Malam itu persatuan penduduk kampung melakukan mesyuarat tergempar. Ramai yang hadir kecuali Salwani, kerana badannya yang tidak sihat. Kadangkala muntah, jika tidur Fazli pasti datang menghampirinya dalam mimpi. Zainab merasa gelisah melihat anaknya yang tidak keruan, tergilakan Fazli. Zainab berjumpa dengan Ustaz Fahmi setelah habis saja mesyuarat .
“Ustaz Fahmi , anak saya Salwani kelihatan tidak sihat “, luah Zainab.
“Apa sakitnya ? Sudah kau bawakan dia ke rumah sakit?”, kata Ustaz Fahmi.
“Tidak, tidak Ustaz Fahmi. Tapi dia jadi seperti gila bayang. Kadang kadang tersenyum sendiri , ketawa sendiri”, kata Zainab.
Ustaz Fahmi dapat merasakan sesuatu bakal terjadi dan terus menuju ke arah rumah Zainab ditemani beberapa penduduk kampung . Salwani yang sedari dari tadi terbaring bangkit melompat atas katil akibat kepanasan. Di rasakan sesuatu mengawal tubuhnya. Dia melihat ke arah bumbung rumah yang tidak bertutup. Nah terlihat di satu sudut wanita berambut panjang, berkain putih berdarah duduk bertenggek di atas kayu rumah memerhatikannya. Fazli ketika itu tengah menanti Salwani. Dia tidak menyangka akhirnya dia dapat memiliki Salwani.
“Apa yang ku hajati pasti menjadi milikku”, bisik Fazli.
Salwani meronta ronta untuk keluar rumah. Di saat itu , Ustaz Rahim tengah menanti di muka pintu . Saat pintu di buka
“Assalammualaikum kamu mahu ke mana ?”, soal Ustaz Rahim pada Salwani sambil bertepik
Allahuakbar . Kelihatan Salwani terpelanting ke belakang meronta ronta ingin keluar dari rumah .
Penduduk kampung di pilih Ustaz Fahmi untuk mengelilingi Salwani sambil membaca surah Yassin .
Jelas terlihat, urat di leher menjadi tegang , wajah yang putih melepak menjadi merah menahan sakit yang amat .
“Siapa kamu berani mengganggu keturunan anak cicit Nabi Adam ?”, kata Ustaz Rahim
“Ibu , ayah siapa Ustaz ini ? Salwani sakit “, rintih Salwani
Daud dan Zainab cuba menuju je arah Salwani tapi di tegah Ustaz Rahim .
“Usah kau berpura lagi syaitan. Keluar kau dari tubuh itu sebelum aku mengusir mu dengan kekerasan”, tegas Ustaz Rahim
“Hahahaha kamu bijak cukup bijak”, kata Salwani dengan suara garau.
“Engkau berdegil ?”, soal Ustaz Rahim . Tanpa lebih soal , Ustaz Rahim membaca Surah Al Baqarah membuatkan Salwani menjerit dan menumbuk numbuk dada nya . Khuatir akan keadaan Salwani yang di rasuki syaitan itu cedera , Ustaz Rahim meminta 6 orang memegangnya . Tetapi Salwani tetap melawan.
“Kau manusia jijik. Kau Hina , dalam diam pun engkau pun punya hati terhadap ku !” Jerit Salwani
“Siapa yang lebih hina ? . Siapa tuan mu ? ” soal Ustaz Rahim dan serentak menepuk papan di rumah
“Tuan aku Fazli , dia mengirimkan aku supaya dia dapat memiliki gadis ini ” katanya
“Aku akan pastikan kau pergi dari tubuh ini sekarang ” kata Ustaz Rahim .
Surah Yunus dibaca lantang, tubuh yang dipegang dilepaskan kerana Salwani tidak mampu bergerak saat surah Yunus dibaca. Dia meronta ronta melepaskan diri . Terlihat di tubuhnya mengeluarkan peluh yang amat banyak . Nafas turun naik , umpama disembelih . Perlahan Ustaz Rahim datang dan meletakkan tangan di atas leher Salwani. Dan melakukan sembelihan, menggunakan tangan. Salwani terus pengsan tidak sedarkan diri .
Fazli yang menanti tidak menyedari kehadiran Ustaz Rahim. Ustaz Rahim perlahan hampir pada Fazli
“Apa yang kau lakukan pada Salwani ? ” soal Ustaz Rahim
“Tidak ada apa apa ” kata Fazli tersenyum
“Ah engkau menipu . Apa yang kau sudah lakukan pada tunang ku Salwani ?”, soal Lokman meluru melepaskan tumbukan pada Fazli.
Fazli mengelak tenang dan menyiku di bahagian belakang Lokman. Lokman rebah tidak sedarkan diri.
“Kamu hebat tapi hebat kamu sementara kerana Allah SWT maha hebat “, tegas Ustaz Rahim
“Aku lagi hebat . Saksikanlah “, jerit Fazli
Kelihatan segerombolan lembaga hitam menuju ke arah Ustaz Rahim. Tapi Ustaz Rahim berkata
“Kamu ada belaan yang menjagamu . Tapi ia masih belum setanding dengan kehebatan Tuhan ku”, kata Ustaz Rahim.
Ayatul kursi di baca berserta al baqarah , satu persatu lembaga hitam berubah arah ke arah Fazli .
“Aku arahkan kau menghapuskan dia, kenapa engkau berpatah balik”, kata Fazli.
Akan tetapi kata katanya tidak berguna kerana makhluk itu terus meluru masuk ke tubuh Fazli . Perlahan lahan Fazli jatuh ke tanah bermuntahkan darah. Tubuhnya perlahan menghilang di mamah bumi.
“Inilah ilmu makan tuan”, kata Ustaz Rahim sambil mengambil minyak yang terlepas dari genggaman Fazli dan menghancurkannya.
Setelah selesai , Ustaz Rahim berjalan menuju ke rumah Fazli untuk melihat keadaannya. Seperti di duga, rumah itu penuh dengan alat permujaan serta mantera mantera, sedarlah Ustaz Rahim Fazli tidak dapat di bantu lagi
Keadaan Salwani semakin pulih selepas Fazli meninggal dunia, Lokman adalah cinta hatinya. Lokman tidak menyangka Fazli sanggup memperlakukan Salwani begitu. Khabar angin mengenai Fazli bertiup, yang mengatakan Fazli sering berpindah randah kerana dia telah melakukan jenayah di setiap kampung yang dia duduki. Salwani terselamat dari Fazli yang mengamalkan ajaran bertentang ajaran islam. Ustaz mengatakan kepada Daud,
“Anakmu telah semakin sembuh kerana tiada lagi Sihir Cinta”, kata Ustaz Rahim.
“Amalan syirik , khurafat tidak mendatangkan bahagia untuk manusia, tetapi mendatangkan kemudaratan. Kerana Sihir Cinta, Fazli telah jauh terpesong”, jelas Usta Rahim.
“Kita tidak perlukan Sihir untuk peroleh Cinta”, kata Salwani tersenyum riang sambil melihat di sisinya iaitu Lokman .
-The End-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sazali..kau durhaka sazali!!!
Bapak yang bersalah dalam hal ini!!!
Begitulah nada yang aku baca ketika membaca cerita ini..Not bad..
saya pon baca centu jugak. haha
Best… Bahsa dulu²
iyaaaa. best ceritanyaaa 😀
Inspektor fahmi
Ustaz Rahim
k.t tgh2 citer tu rasanyer penulis tak perasan taip Ustaz Fahmi ^_^