Rumah tok aku ni, kalau ikutkan di belah belah utara selatan sana, bukan rumah yang bersimen batu, cuma berkayu dan memang sangat lama sebab jenis tandas yang kat luar, macam cerita P.Ramlee dulu-dulu, Rumah tok ni jenis tinggi, tiangnya sangat tinggi; agak lebih kurang 15 anak tangga untuk sampai ke laman depan(pintu utama).
Arwah Toki dulu, sorang penghulu kampung, kebanyakan orang kampung kenal dengan toki aku dulu, rujuk apa-apa memang mengadap toki; ikutkan kisah ni aku masih dalam lingkungan belasan tahun, 12 atau 13 tahun, yang pasti cuti sekolah, dah jadi satu acara ataupun satu kebiasaan kalau cuti sekolah mak ayah hantar aku dengan abang aku ke kampung, arwah toki dulu garang, kami berdua selalu kena libas dengan kain pelikat gulung dia sebab taknak ke masjid, alasan aku selalu sakit perut walhal uzur belum kenal lagi.
Pada petang itu, Toki berkata kepada abang aku.
“Ikut aku ke masjid, sebab ada makan-makan, dah suruh tok kau masakan kuih sekaya, nanti kau bawak sekali, toki kena pegi awal, beduk tak bunyi katanya bilal balik kampung bini” kata-kata Toki ku lihat abang mengganguk kecil.
Arwah toki lalu di hadapan aku pabila aku tengah ralit menarik rambut gatal, dah jadi tabiat, agaknya kalau lelama boleh botak kepala aku, monolog aku sendiri.
Toki menyapa aku yang sedang leka bermain anak rambut.
“Kau nak bagi alasan apa kali ni taknak ke masjid?” Aku sengih menayangkan gigi putih bak salju. Auch, perasan.
Tok aku pun jawab.
“Biarlah toki nya, temankan kami sini sorang malam-malam seram jugak” tok memang baik, kalu aku dengan abang buat salah tok memang back-up, contohnya bila masa aku matikan anak ayam toki dengan sengaja, kami dua beradik meletakkan anak ayam dalam beg plastik dan kemudian melambung bagai di buai laju-laju. Aku cuma dengar arwah toki merengus; menindakkan pun tak, tapi yang pasti aku memang tak pergi, di kecualikan agaknya, maghrib hampir menjelma. Aku tengok abang dah menghidupkan enjin motor dan membawa bekas makanan yangg tok kirimkan, selempang arwah toki tersadai di ruang depan, tok dah membebel oleh kerana aku masih belum menutup tingkap rumah.
Ya ALLAH, malas gila nak menutup satu per satu, bebel aku dalam hati.
Seusai menutup kesemua pintu rumah, aku melangkah di ruangan depan pintu bilik tok, memang jarang aku jenguk boleh hitung dengan jari sebab arwah toki marah cucu-cucu mereka masuk dalam kamar beradu mereka.
Entah kemana hilangnya kelibat Tok, Naluri nakal aku memujuk aku supaya menjenguk ruang kamar mereka. Aku melangkah masuk ke dalam bilik, suasana bilik tak ubah seperti dalam cerita-cerita dahulu kala, katilnya bertiang empat, berkayu jati, berukir dan di selitkan dengan kain kelambu. Ukirannya di setiap penjuru tiang menarik perhatian aku, cantik!
Aku melangkah perlahan, gerobok lama mereka menarik perhatian aku, berempat segi, di sebelah pintu almari lama, terpasang satu cermin usang, yang sudah ku hitung mungkin berkurung lama kerana ada beberapa lumut hijau di tepi-tepi cermin, berdebu, bercapuk, dan boleh di katakan hanya beberapa peratus sahaja bayangan pantulan yang akan nampak pabila kau berdiri di hadapan almari bercermin usang tu.
Di sebelah ruangan pintu almari yang bercermin, kelihatan pula sususan bedak, alis mata yang berukir di hujung kepala bekasnya, tembaga kalau aku tak salah, sisir rambut yang berupa kayu jati di hujung pemegangnya berukir elok menarik perhatian aku. Segera aku menggapai sisir berkenaan.
Sedang elok aku berdiri di hadapan cermin usang, aku menyisir rambut panjang aku yang hampir mengcecah pinggang, bagai rupa bangsawan yang sering kali aku tengok di kaca televisyen.
Hmm, boleh tahan cantik juga aku ni, gedik kecil bersuara dalam hati. Lesung pipit kiri aku terpancar pantulan di cermin usang itu.
Lama aku menghabiskan masa di hadapan cermin itu, mungkin kedengaran agak pelik tapi seolah-olah makin lama aku berdiri di hadapanya, aku kelihatan semakin cantik, tanpa sedar tangan aku menyentuh sisi cermin itu, meniti di setiap cebisan-cebisan yang berlumut, sayangnya.. Kan kalau di jaga mesti elok.
Pandangan mata aku terasa pedih dan berkabur, aku cuba menggosok mata aku beberapa kali, hmm, agaknya debu almari Tok ni, gerutu aku dalam hati. Aku mendongak dan kembali melihat ke arah cermin usang itu, agak terkesima pabila aku melihat bayangan seperti ada seorang gadis yang lengkap berkebaya biru terang, berkain batik jawa, usianya kira baya-baya aku, wajannya kekuningan langsat, di hujung sangul rambutnya kelihatan bunga mawar berkuntum merah. Bagaikan berfantasi, aku di buai dek bayangan yang aku lihat.
Tanpa semena, tangan aku menyisir perlahan rambut aku yang berikal di hadapanya, perasaan aku bagaikan tenang di buai bayu, nyaman. Terasa bagaikan berada di awangan, bagaikan aku di puji ramai orang, terbayang anak-anak muda kampung sedang galak menggusik kecantikan aku. Leka dek buaian fantasi, Pintu bilik Tok di tutup kuat menyentak aku dari lamunan khayalan.
Eh apa jadi? Terkebil-kebik aku bagai baru tersedar dari lamunan mimpi.
Suasana kembali suram, bayangan gadis sudah tidak kelihatan, aku mimpi ke? Gelodak hati bagaikan di robek realiti, Langsir mula beralun laju. Mana angin? Hati aku mula gusar dan risau, Apa yang pelik ni? Mana datang angin? Bertubi-tubi persoalan menyapa realiti pandangan aku.
Aku kembali melihat cermin usang Tok, bagaikan di rentap hebat bayangan gadis tadi menjelma lagi, gadis tu sedikit menunduk dan menyisir rambutnya sama seperti aku, tetapi kedengaran seperti mulutnya bernyanyi perlahan, suaranya bergemersik menangkap hujung telinga aku, getaran ketakutan bagai menyapa diri aku.
Nyanyiannya bagai di tangkap hujung telinga aku, terngiang-ngiang minda aku menangkap lagu dan di kunci dalam memori akal. Lantas gadis itu mendongak dan memandang tepat ke arah aku, buntang biji mata aku pabila kini aku sedar di hadapan aku bukanlah manusia! Aku cuba memalingkan wajah, melangkah kaki tapi semuanya bagai di kunci, di pasak supaya memandangnya. Gadis itu mula sengih dan kedengaran ada tawa kecil, Suasana bilik Tok semakin gelap, bulu roma aku tegak berdiri, belakang kepala aku sudah terasa angin seram sejuk. Tapi pandangan mata aku masih kekal pada bayangan gadis di hadapan aku.
Makin lama makin kuat gadis itu ketawa, almari tok mula bergerak kecil, tak lama gelak tawanya bertukar hiba, suara tangisannya memenuhi ruang bilik gelap Tok.
Gadis itu mula menunduk, Mata aku masih lagi di kuncinya, aku memandang tepat ke arahnya, gadis itu mula mendongak kembali, namun demikian, wajahnya yang cantik tadi kini sudah bertukar tidak lagi kelihatan cantik tapi semakin hodoh, wajahnya berkedut tua, mulutnya berdarah, airmata mengalir tepi pipinya. Kaki aku sejuk, kaku otak bagai di kunci, tepu sudah tak mampu memikirkan apa-apa. Bungkam!
Gadis itu pula, semakin lama seolah semakin dekat dengan cermin, dekat dengan aku. Tangisannya masih lagi kedengaran tak lama telinga aku mula menangkap dia memanggil nama Tok aku, semakin lama semakin mendayu-dayu. Aku memejam mata aku serapat mungkin. Gadis itu tadi mula bersuara, agak perlahan tapi sangat merdu di dengar capang telinga aku.
“Engkau tidak tahu, sudah lama aku tidak bertuan. Tiada siapa mahukan aku, kesiankanlah aku. Kau terima lah aku. Kesiankan lah aku. Kesian. Kesiaaankanlaaah aku…. Kesiankanlaaah aku yang tak bertuan ini. Terima lah aku anakk… Aku ini keturunanmu. Terimalah akuuuuuuuu…” Suaranya bagaikan mendayu-dayu meminta pertolongan, kaki aku sejuk bagaikan di paku ke lantai kayu.
Ya ALLAH, dugaan apakah ini? Seram sejuk badan aku, mengigil bagaikan hingga ke tulang rangka, jantung aku tak berhenti berdengup kencang, peluh memercik hingga ke badan. Ya ALLAH. Aku pejam mata serapat mungkin, mencari mana akal semua ini hanya mimpi. Telinga aku mendengar rintihan dia, jeritan rayuannya kedengaran kuat. Aku bungkam! Semakin lama makin kuat.
“Setiap keturunan engkau akan aku tuntut jagaanku. Engkau tidak mungkin boleh lari. Aku ini adalah keturunanmu. Nenek moyangmu menyayangi aku. Terimalah aku. Aku akan memberikan segalanya pada engkau…” Rayunya sambil merintih. Hati aku terkumat-kamit membaca segala surah lazim Al-Quran yang aku ingat dalam kepala aku.
“Engkau tidak boleh lari. Ikut aku syakirah.. Ikut aku…” Katanya sambil memandang ke arah aku tepat, aku bagaikan di paku ke arahnya. Aku memandangnya tanpa kelip, bagaikan di pukau..
“Kata lah pada ku yang kau mahu cantik… Aku akan buat kau cantik… Aku akan cantik kan kau… Terimalah aku..” Katanya kepadaku, dan seolah-olah pipi aku di sapa lembut tangannya. Sejuk hingga ke tulang pipi. Entah bila, aku mula sedar aku berada di sebelah pangkuan Tokki dan Tok. Badan aku terasa penat, kebah dan seolah-olah aku baru lepas larian marathon sukan sekolah.
“Apa jadi Tok?” Soal ku dalam kebingungan.
“Sebab kau letih..” Balas Toki pendek.
“Letih? Irah pengsan ke Toki?” Tanya aku lagi. Toki Cuma mengganguk kecil menjawab pertanyaan aku.
Tak lama selepas itu, aku bingkas bangun dan mengambil segelas air. Aku melihat kelibat Ucu yang sedang mengelamun di ruang pintu dapur.
“Kau berangan apa? Ingat marka hang ka?” Tanya aku sambil menguis lengannya.
“Marka atuk hang” Balasnya pendek sambil mengetuk dahi jendul aku.
“Kau tahu tak apa jadi kat aku tadi? Aku tanya depa, depa tak nak habaq satu apa pun, bengkak pulak hati” bebel aku sambil meneguk gelas berisi air kosong.
Bayangan yang aku mimpi tadi seolah nyata bermain dalam fikiran aku.
“Hmmmm..” Balas Ucu pendek.
“Weh apa benda gila, cerita lah” Kata aku sambil menarik rambutnya.
“Sakit lah gila!” Jerit Ucu kecil sambil menggosok kepalanya.
Aku Cuma memandang Ucu menggeluh beberapa kali, apa yang susah sangat nak cerita, bebel aku dalam hati.
“Macam ni, tadi masa aku dengan toki balik, Aku tongkat motor dari bawah ni aku dengan toki dah dengar suara tok menjerit, kami berlari ke atas, sekali tengok kau duduk dalam bilik toki mengadap almari tu sambil menangis sedih. Toki apa lagi, bila dia sentuh bahu kau, kau dah menggelupur. Mata kau masa tu.. Uii seram gila, aku punya bulu roma semua berdiri sedia macam nak berkawad, hehe.. Okay, lepas tu kau bangun, kau pergi tarik rambut tok! Kesian aku tengok tok, kau cakap dengan suara ala pondan “OIIIIII MUNAH!!!!! KAU TAK BAGI AKU MAKAN!!!! KAU BIARKAN AKU TAK BERTUAN!!!!” Suara kau masa tu macam nak pecah rumah ni..” Ucu semangat bercerita sekali dengan bonus gaya tak di minta.
Hati aku bungkam, mananya aku tak mimpi? Kejung aku bila realiti menyentuh akal aku.
“Lepas tu?” Soal aku kembali. Ucu menarik nafas dan mengambil gelas berisi air dan meneguk. Berdehem beberapa kali. Dia menyambung ceritanya tak ubah gaya seorang pencerita bangsawan.
“Lepas tu suara kau jerit tu memang kuat gila, sampaikan aku punya telinga nak pecah, Toki dah azan, dan baca beberapa surah.. Aku terus lah tanpa tunggu, aku berlari gi rumah paklong.. Aku panggil Paklong, kesian tau Paklong masa tu baru nak makan nasi..” Cerita Ucu lagi.
“Dah sampai rumah, masa tu kau tengah menari macam yang kelab budayawan kat sekolah tu, dengan lagu apa entah kau nyanyi. Paklong bagi salam, alah kan paklong tu imam masjid. Kau pula masa tu dah menjeling kat paklong, entah apa paklong baca. Kau terus menggelupor..” Kata Alang lagi.
“SERI tak nak lagi… Tak nak, tolong sakit!!!!”, punya kuat kau jerit.. Aku tak tau lah siapa seri yang kau sebut tu, tapi kau ulang-ulang bahasakan kau SERI… Tak lama toki dengan paklong azankan kau, dah tu kau terus sedar nangis.. Lepas tu kau tidur…” Ucu berdehem penat.
“Siapa SERI Ucu?” Tanya aku kebingungan.
“Entah dik, eh dah lah mari lah masuk rumah.. Seram pulak aku tetiba ni, kembang habis bulu betis aku ni..” Balas Ucu pendek.
Aku merengus kecil sambil menyepak betisnya, tak senonoh betul. Aku mengekori Alang dari belakang.
Hmmm.. Siapa sebenarnya seri? Kenapa dia menjelmakan diri hadapan aku? Ini betul ke Alang yang kencing aku? Seri tu cantik. Gerun, gerun dah nak tengok cermin. Aku menggosok lengan aku beberapa kali, monolog hati bagaikan mengerti seram sejuk aku memikirkannya.
Aku menyisir rambut panjang aku yang hampir mengcecah pinggang, bagai rupa bangsawan yang sering kali aku tengok di kaca televisyen.
Hmm, boleh tahan cantik juga aku ni, gedik kecil bersuara dalam hati. Lesung pipit kiri aku terpancar pantulan di cermin usang itu.
Lama aku menghabiskan masa di hadapan cermin itu, mungkin kedengaran agak pelik tapi seolah-olah makin lama aku berdiri di hadapanya, aku kelihatan semakin cantik, tanpa sedar tangan aku menyentuh sisi cermin itu, meniti di setiap cebisan-cebisan yang berlumut, sayangnya.. Kan kalau di jaga mesti elok.
Pandangan mata aku terasa pedih dan berkabur, aku cuba menggosok mata aku beberapa kali, hmm, agaknya debu almari Tok ni, gerutu aku dalam hati.
Aku mendongak dan kembali melihat ke arah cermin usang itu, agak terkesima pabila aku melihat bayangan seperti ada seorang gadis yang lengkap berkebaya biru terang, berkain batik jawa, usianya kira baya-baya aku, wajannya kekuningan langsat, di hujung sangul rambutnya kelihatan bunga mawar berkuntum merah. Bagaikan berfantasi, aku di buai dek bayangan yang aku lihat.
Tanpa semena, tangan aku menyisir perlahan rambut aku yang berikal di hadapanya, perasaan aku bagaikan tenang di buai bayu, nyaman. Terasa bagaikan berada di awangan, bagaikan aku di puji ramai orang, terbayang anak-anak muda kampung sedang galak menggusik kecantikan aku. Leka dek buaian fantasi, Pintu bilik Tok di tutup kuat menyentak aku dari lamunan khayalan.
Eh apa jadi? Terkebil-kebik aku bagai baru tersedar dari lamunan mimpi.
Suasana kembali suram, bayangan gadis sudah tidak kelihatan, aku mimpi ke? Gelodak hati bagaikan di robek realiti, Langsir mula beralun laju. Mana angin? Hati aku mula gusar dan risau, Apa yang pelik ni? Mana datang angin? Bertubi-tubi persoalan menyapa realiti pandangan aku.
Aku kembali melihat cermin usang Tok, bagaikan di rentap hebat bayangan gadis tadi menjelma lagi, gadis tu sedikit menunduk dan menyisir rambutnya sama seperti aku, tetapi kedengaran seperti mulutnya bernyanyi perlahan, suaranya bergemersik menangkap hujung telinga aku, getaran ketakutan bagai menyapa diri aku.
Nyanyiannya bagai di tangkap hujung telinga aku, terngiang-ngiang minda aku menangkap lagu dan di kunci dalam memori akal. Lantas gadis itu mendongak dan memandang tepat ke arah aku, buntang biji mata aku pabila kini aku sedar di hadapan aku bukanlah manusia! Aku cuba memalingkan wajah, melangkah kaki tapi semuanya bagai di kunci, di pasak supaya memandangnya. Gadis itu mula sengih dan kedengaran ada tawa kecil, Suasana bilik Tok semakin gelap, bulu roma aku tegak berdiri, belakang kepala aku sudah terasa angin seram sejuk. Tapi pandangan mata aku masih kekal pada bayangan gadis di hadapan aku.
Makin lama makin kuat gadis itu ketawa, almari tok mula bergerak kecil, tak lama gelak tawanya bertukar hiba, suara tangisannya memenuhi ruang bilik gelap Tok.
Gadis itu mula menunduk,
Mata aku masih lagi di kuncinya, aku memandang tepat ke arahnya, gadis itu mula mendongak kembali, namun demikian, wajahnya yang cantik tadi kini sudah bertukar tidak lagi kelihatan cantik tapi semakin hodoh, wajahnya berkedut tua, mulutnya berdarah, airmata mengalir tepi pipinya. Kaki aku sejuk, kaku otak bagai di kunci, tepu sudah tak mampu memikirkan apa-apa. Bungkam!
Gadis itu pula, semakin lama seolah semakin dekat dengan cermin, dekat dengan aku. Tangisannya masih lagi kedengaran tak lama telinga aku mula menangkap dia memanggil nama Tok aku, semakin lama semakin mendayu-dayu. Aku memejam mata aku serapat mungkin.
Gadis itu tadi mula bersuara, agak perlahan tapi sangat merdu di dengar capang telinga aku.
“Engkau tidak tahu, sudah lama aku tidak bertuan.. Tiada siapa mahukan aku, kesiankanlah aku.. Kau terima lah aku.. Kesiankan lah aku… Kesian… Kesiaaankanlaaah aku… Kesiankanlaaah aku yang tak bertuan ini… Terima lah aku anakk… Aku ini keturunanmu.. Terimalah akuuuuuuuu…” Suaranya bagaikan mendayu-dayu meminta pertolongan, kaki aku sejuk bagaikan di paku ke lantai kayu.
Ya ALLAH, dugaan apakah ini? Seram sejuk badan aku, mengigil bagaikan hingga ke tulang rangka, jantung aku tak berhenti berdengup kencang, peluh memercik hingga ke badan. Ya ALLAH. Aku pejam mata serapat mungkin, mencari mana akal semua ini hanya mimpi. Telinga aku mendengar rintihan dia, jeritan rayuannya kedengaran kuat. Aku bungkam! Semakin lama makin kuat.
“Setiap keturunan engkau akan aku tuntut jagaanku… Engkau tidak mungkin boleh lari… Aku ini adalah keturunanmu.. Nenek moyangmu menyayangi aku… Terimalah aku… Aku akan memberikan segalanya pada engkau…” Rayunya sambil merintih. Hati aku terkumat-kamit membaca segala surah lazim Al-Quran yang aku ingat dalam kepala aku.
“Engkau tidak boleh lari… Ikut aku syakirah… Ikut aku…” Katanya sambil memandang ke arah aku tepat, aku bagaikan di paku ke arahnya. Aku memandangnya tanpa kelip, bagaikan di pukau..
“Kata lah pada ku yang kau mahu cantik… Aku akan buat kau cantik… Aku akan cantik kan kau… Terimalah aku..” Katanya kepadaku, dan seolah-olah pipi aku di sapa lembut tangannya. Sejuk hingga ke tulang pipi. Entah bila, aku mula sedar aku berada di sebelah pangkuan Tokki dan Tok. Badan aku terasa penat, kebah dan seolah-olah aku baru lepas larian marathon sukan sekolah.
“Apa jadi Tok?” Soal ku dalam kebingungan.
“Sebab kau letih..” Balas Toki pendek.
“Letih? Irah pengsan ke Toki?” Tanya aku lagi. Toki Cuma mengganguk kecil menjawab pertanyaan aku.
Tak lama selepas itu, aku bingkas bangun dan mengambil segelas air. Aku melihat kelibat Ucu yang sedang mengelamun di ruang pintu dapur.
“Kau berangan apa? Ingat marka hang ka?” Tanya aku sambil menguis lengannya.
“Marka atuk hang” Balasnya pendek sambil mengetuk dahi jendul aku.
“Kau tahu tak apa jadi kat aku tadi? Aku tanya depa, depa tak nak habaq satu apa pun, bengkak pulak hati” bebel aku sambil meneguk gelas berisi air kosong.
Bayangan yang aku mimpi tadi seolah nyata bermain dalam fikiran aku.
“Hmmmm..” Balas Ucu pendek.
“Weh apa benda gila, cerita lah” Kata aku sambil menarik rambutnya.
“Sakit lah gila!” Jerit Ucu kecil sambil menggosok kepalanya.
Aku Cuma memandang Ucu menggeluh beberapa kali, apa yang susah sangat nak cerita, bebel aku dalam hati.
“Macam ni, tadi masa aku dengan toki balik, Aku tongkat motor dari bawah ni aku dengan toki dah dengar suara tok menjerit, kami berlari ke atas, sekali tengok kau duduk dalam bilik toki mengadap almari tu sambil menangis sedih. Toki apa lagi, bila dia sentuh bahu kau, kau dah menggelupur. Mata kau masa tu.. Uii seram gila, aku punya bulu roma semua berdiri sedia macam nak berkawad, hehe..
Okay, lepas tu kau bangun, kau pergi tarik rambut tok! Kesian aku tengok tok, kau cakap dengan suara ala pondan “OIIIIII MUNAH!!!!! KAU TAK BAGI AKU MAKAN!!!! KAU BIARKAN AKU TAK BERTUAN!!!!” Suara kau masa tu macam nak pecah rumah ni..” Ucu semangat bercerita sekali dengan bonus gaya tak di minta.
Hati aku bungkam, mananya aku tak mimpi? Kejung aku bila realiti menyentuh akal aku.
“Lepas tu?” Soal aku kembali. Ucu menarik nafas dan mengambil gelas berisi air dan meneguk. Berdehem beberapa kali. Dia menyambung ceritanya tak ubah gaya seorang pencerita bangsawan.
“Lepas tu suara kau jerit tu memang kuat gila, sampaikan aku punya telinga nak pecah, Toki dah azan, dan baca beberapa surah. Aku terus lah tanpa tunggu, aku berlari gi rumah paklong. Aku panggil Paklong, kesian tau Paklong masa tu baru nak makan nasi..” Cerita Ucu lagi.
“Dah sampai rumah, masa tu kau tengah menari macam yang kelab budayawan kat sekolah tu, dengan lagu apa entah kau nyanyi. Paklong bagi salam, alah kan paklong tu imam masjid. Kau pula masa tu dah menjeling kat paklong, entah apa paklong baca. Kau terus menggelupor..” Kata Alang lagi.
“SERI tak nak lagi… Tak nak, tolong sakit!!!!”, punya kuat kau jerit.. Aku tak tau lah siapa seri yang kau sebut tu, tapi kau ulang-ulang bahasakan kau SERI. Tak lama toki dengan paklong azankan kau, dah tu kau terus sedar nangis. Lepas tu kau tidur..” Ucu berdehem penat.
“Siapa SERI Ucu?” Tanya aku kebingungan.
“Entah dik, eh dah lah mari lah masuk rumah.. Seram pulak aku tetiba ni, kembang habis bulu betis aku ni..” Balas Ucu pendek.
Aku merengus kecil sambil menyepak betisnya, tak senonoh betul. Aku mengekori Alang dari belakang.
Hmmm. Siapa sebenarnya seri? Kenapa dia menjelmakan diri hadapan aku? Ini betul ke Alang yang kencing aku? Seri tu cantik. Gerun, gerun dah nak tengok cermin. Aku menggosok lengan aku beberapa kali, monolog hati bagaikan mengerti seram sejuk aku memikirkannya.
* Andai cerita ni selayaknya di sambung. Nak mengetahui rahsia misteri pusaka nenek moyang aku. In sha Allah. Bab seterusnya akan di tampal lengkap *
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best..sambung la..xyah tanya..best x best orang baca smpai habis..smbung cepat skit..x sbar
Awat aku baca mcm ulang ja,
Kan…cam ulang dua kali….
In sha Allah.
Akan di perbetulkan. Maybe terdouble post untuk perenggan berkenaan.
x sabar! mohon post cepat ye
Sekejap ucu sekejap alang…xphm?
Xpyh nk iklan2 tnye nk tau ke x.. ko post je sbb ct3 ko best..
bodo.ulang2.mcm penulis.bodo
Cerita ni mcm penah baca la…sebiji mcm ni ke dekat laman web lain ek…