SINAMBUNGAN LIDIA

SINAMBUNGAN LIDIA
Apa khabar semua kipas susah m**i halaman seram FIKSYEN SHASHA (FS)? Tentu sekarang ramai tengah melayan kisah-kisah yang menyeramkan. Terima kasih kerana ramai memberi sokongan pada halaman ini, secara tidak langsung memberi peluang pada penulis- penulis baru berkarya di sini. Terima kasih juga pada siapa-siapa sudi membaca dan mengkritik karya aku. TELUR HABIS, makcik dewan makan, 3 DALAM 1. Dan ini karya aku yang ke 4 ditulis dari kisah benar. Sama macam karya aku yang lepas-lepas..Ditulis dari kisah pengalaman sebenar.

Sinambungan Lidia ini berlaku dua tahun selepas kisah cemas aku di 3 dalam 1. Selepas kejadian 3 dalam 1 itu berlaku pada aku, beberapa bulan selepas itu hubungan aku dengan Lidia semakin rapat. Dan aku pun sudah berpindah department. Dari pencuci ke department Advertising. Aku memegang jawatan Senior Artist Visual. Memang kerja aku tidak tentu masa. Balik lewat malam. Kadang-kadang ada promosi atau perayaan dan parti yang besar-besar, aku dan kawan aku perlu siapkan kerja-kerja pada masa yang ditetapkan oleh pihak resort mengikut kehendak pelanggan.

Sudah menjadi kebiasaan kalau aku kena siapkan kerja visual atau menyiapkan lukisan hiasan pentas dan hiasan dinding seorang diri, Lidia pasti menjadi peneman aku yang setia. Maklumlah bila hati sudah sayang. Bermacam-macam makanan akan dibawanya. Untuk pengetahuan semua…Studio tempat aku siapkan kerja aku ini terletak nun jauh di bawah tanah. Tingkat 3. Pintu keluar ke lobi di tingkat 6. Bayangkan keadaan kalau malam. Hanya ada bilik pengunjung dan beberapa lagi bilik mensyuarat. Tetapi keadaan itu sudah biasa bagi aku. Selepas peristiwa 3 dalam 1 itu berlaku ke atas diri aku…aku sentiasa berwaspada. Terutama sekali buah hati aku si Lidia, sentiasa aku ingatkan dia risau akan terjadi kepada dia. Hari-hari begitu cepat berlalu tanpa memberi sedikit pun masa percuma untuk kita simpan. Sedar-sedar sudah hampiri penghujung tahun 1998.

Masih segar lagi dalam ingatan aku kejadian seram ini. Memang aku tidak menduga pisang akan berbuah dua kali…dan tidak mustahil akan 4, 5, 6 kali akan berlaku. Ini bukan kerja kita untuk menidakkan habuan kita. Ingat lagi kata-kata opah aku…”hari ini kaki kita dah terpijak tahi ayam..jangan ingat esok ayam tak boleh berak atas kepala kita pula..” opah tersenyum. Masa itu aku terpinga-pinga. Tanda soal berpusing ligat atas kepala aku. Tidak tahu di mana hendak berhenti.

Persediaan untuk menyambut tahun baharu mula rancak . Bermacam-macam persediaan dibuat untuk department masing-masing. Lidia pun sibuk dan setia menemani aku. Kadang-kadang hingga larut malam. Ingat lagi waktu itu, tema sambutan tahun baharu yang dikehendaki oleh pihak resort ialah 60’an. Waktu itu aku dengan 2, 3 orang kawan aku sibuk mencari bahan untuk dijadikan lukisan perhiasan di pentas untuk malam tahun baharu nanti. Siang malam kami tidak membuang masa. Kerja mesti disiapkan dalam waktu yang ditetapkan pihak resort. Bertungkus lumus kami tidak kira masa. Bergilir-gilir kerja lebih masa. Kadang-kadang balik ke hostel dulu. Makan..mandi..kemudian datang semula ke studio sambung kerja. Rasa letih masing-masing sudah lupa.

Pada malam kejadian. Aku balik awal pada petang itu. Sampai di bilik terus mandi dan bersiap-siap untuk ke studio semula. Memang sudah berjanji dengan Lidia, dia akan menemani aku pada malam itu. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. Bila pintu dibuka nampak Lidia tersengeh..berbaris gigi putihnya. Bersinglet dan berseluar pendek. Aku menggaru-garu kepala..”Yaya cakap nak teman abang..” “Yaya turun lewat sikit ek? Nak basuh baju dulu. Abang ada baju kotor tak? Bagi Yaya tolong basuhkan..”

Lepas bagi baju dan jeans kotor pada Lidia, aku terus kekantin membeli nasi dan air. Kemudian terus turun untuk ke studio. Jam sudah pukul 8.30 malam. Lebih kurang 20 minit aku sudah sampai didepan lobi. 10 minit dari lobi…Sampai la di studio. Masuk ke studio terus ke meja lukis. Berselerak meja aku waktu itu. Gambar Saloma, P.Ramli, dan banyak lagi gambar artis-artis jalan Ampas. Semua gambar artis jalan Ampas itu adalah rujukan aku untuk menyiapkan beberapa lukisan potret di atas polystrine. Besar lukisan adalah sebesar pintu rumah. Tengah dalam sibuk untuk mula melukis, tiba-tiba pintu studio diketuk. Perlahan kaki aku melangkah ke pintu.

“Aku sangka tadi Lidia yang ketuk pintu..” Aku tersengeh tengok muka pakcik Man. Pakcik Man pengawal di resort itu. Waktu dia buat rondaan, selalu dia akan berhenti berborak “Berani kau Bob sorang-sorang. Mana Lidia? Selalu berkepit je..” Pakcik Man mengusik aku. Aku menutup pintu. Lalu sama-sama berjalan ke meja aku. Pakcik Man bersuara..”Bila nak siap ni? Aku tengok sakit kepala.” Aku cuma tersenyum. Pakcik Man bertanya lagi..”Lidia mana?” Pelik aku rasa Pakcik Man waktu itu. Asyik tanya Lidia dari tadi. “Sat lagi dia turun dengan Mira . Dia basuh baju dulu” jawap aku sambil bersiap-siap hendak mula melukis.

“Bob..Aku meronda dulu. Hati-hati sikit..” Aku tersenyum. “Terima kasih Pakcik..” aku sempat tengok Pakcik Man keluar dan menutup pintu. Sempat dia senyum pada aku. Dalam hati aku terdetik…”Lain macam pula senyum orang tua ni..” aku terus melukis. Tengok jam sudah pukul 9 malam. “Mana Lidia ni? Datang ke tak?” Sambil melukis satu perasaan tiba-tiba datang. “Ishhh!..apsal pulak tiba-tiba rasa macam ni??” Aku menggosok-gosok batang tengkuk aku waktu itu yang terasa meremang sangat-sangat. Aku terus melukis. Tiba-tiba pintu ditolak perlahan.

Nampak Lidia tersengeh. Kemudian perlahan dia menutup pintu. Dia berjalan melenggang ke arah aku. “Abang ingat Yaya tak jadi datang.” “Apa pulak tak jadi..Yaya kan dah janji dengan abang..” Lidia duduk di sebelah aku. Aku terus melukis. Tiba-tiba aku baharu tersedar..”Eh!! Mana Mira? Yaya cakap nak ajak Mira sekali.” “Mira tak jadi datang..migrane dia kata.” “Habis tu Yaya datang sorang la?” “Sorang la..tak pe Yaya tak takut..” “Berani Yaya malam ni?” Aku paling tengok Lidia. Lidia tersenyum. Tiba-tiba Lidia bersuara..”Abanggg..” “Kenapa?” “Lidia tanya abang jangan takut plak..” “Yaya nak tanya apa?” Waktu itu aku masih menunduk sambil melukis potret Saloma. “Betul abang tak takut??” “Tanya la..tak pe..” Tiba-tiba Lidia dekat kan mukanya dengan muka aku yang tengah melukis..aku mula rasa meremang.

Lidia ketawa kecil sambil bertanya rapat dimuka aku. “Abang dah takut ke???” Aku pejamkan mata aku rapat-rapat. Aku tahu ini bukan Lidia. “Abang tau tak kat mana kubur Yaya?” dia terus ketawa kecil tidak henti-henti. Mata aku terus terpejam. Tangan yang memegang pensel terketar-ketar. Dia bersuara lagi..”Buka lah mata abang tu..Tengok Yaya dok atas kipas..” Aku mula hilang punca. Semua ayat Al-Quran aku terlupa. Bayangkan Al-Fatihah pun boleh terlupa. Dia terus ketawa kecil sambil menepuk tangan dan bersuara.. “Abang takut..Abang takut. Mana kubur Yaya?” Kemudian dia menangis. Mata aku masih terpejam tapi suara itu aku dengar atas kipas. Tiba-tiba suara dia terdengar diatas almari buku. “Abang…Yaya atas almari. Mana kubur Yaya?.Dia terus ketawa kecil tapi amat menyeramkan. Aku dapat dengar pintu studio ditolak kuat. Dengar suara Pakcik Man..”Bobb..” Suara Lidia..”Abanggg..” Suara ketawa tadi hilang. Lidia berlari memeluk aku sambil minta maaf.dan menenangkan aku. Pakcik Man bersuara..”dah..dah..jom naik tingkat 6 dulu”

Lepas kunci pintu studio, kami terus ke lobi di tingkat 6. Di lobi Lidia terus memeluk aku dan bercerita. Sebenarnya dia dan Mira dah turun ke tingkat 3 untuk menemani aku. Bila mereka keluar lif..dari jauh mereka nampak perempuan baju putih jalan tertunduk menolak pintu studio dan masuk ke dalam. Lidia dan Mira ketakutan terus masuk lif semula untuk cari bantuan. Puas mereka mencari pengawal. Nasib baik jumpa Pakcik Man. Mereka cepat-cepat datang menolak pintu studio tadi.

Tiba-tiba datang budak pencuci menyapu sampah di lobi. Dia bersuara..”Bob..hang dah tau ka belum?” “Tau apa?” Aku bertanya. “Baru tadi Pakcik Man kena langgar dengan lori. Dia meninggal. Aku, Lidia dan Mira melopong. Kami bertiga berbisik..”Siapa yang tolong kita tadi?” Lidia makin erat memeluk aku. Takut…

#penatarihitam

TAMAT.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

15 thoughts on “SINAMBUNGAN LIDIA”

    • Dari penulisan macam fiksyen…
      Menurut penulis, ini adalah pengalaman sebenar beliau…
      Mungkin olahan bahasa dia nampak macam Fiksyen En./Cik dawsa.
      Takpe….asalkan dia bercerita

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.