Suara Yang Memanggil

Assalamualaikum dan terima kasih pada FS jika cerita ini dipublish. Aku first time menulis di FS, jadi jika ada kesalahan sepanjang penceritaan (macam tak best ke/tak seram ke/jalan cerita berterabur ke apa), saya mohon maaf. Cerita ini adalah kisah benar yang berlaku pada aku.

Aku diterima bekerja di sebuah tempat di utara tanah air. Tempat tu baru sahaja dibina dan banyak tapak belum disewa. Aku bekerja di salah sebuah lot kedai (kedai makan).

Sepanjang aku bekerja tak pernah lagi dengar cerita yang pelik-pelik. Kedai aku kerja ni ada dua syif; syif pagi dan syif malam. Kalau malam sampai jam 12 tengah malam. Aku selalu balik kerja jalan kaki. Sepanjang perjalanan balik tu memang sunyi, kereta pun jarang-jarang lalu, dan ada pokok-pokok besar. Kalau jalan sorang, memang seram. Jalan kaki ambil masa dalam 20-25 minit jugalah.

Berbalik kepada kerja aku tadi, dekat kedai makan tu ada 4 orang pekerja. 2 orang tukang masak, 2 orang pelayan. Aku kerja selalu memang syif pagi, tapi nak dijadikan cerita, hari tu aku teman kawan aku yang kerja syif malam. So, aku lepak dekat kaunter. Bahagian belakang aku tu bahagian dapur. Kawan aku tu, nama dia Izz, dia tengah masak dekat dapur. Aku ni macam biasa, tunggu customer datang sambil main phone. Lepas tu aku dengar suara orang jerit nama aku, ” Hans!” (bukan nama sebenar), aku pun menyahut la, “Ya!” Tapi aku tak toleh pun sebab tu suara Izz yang tengah masak kat dapur, aku fikir dia nak minta tolong apa-apa kot. Pastu Izz jerit lagi, “Hans! Hans!”. Aku pun apa lagi, “Haa ya..ya.. kejap aku datang ni!”, sambil berlari pergi dapur, aku tanya Izz dia nak apa. Korang tahu Izz cakap apa, dia tanya aku balik “Apa?”. Aku pun sengih-sengih cakap, “tadi kan kau panggil aku, kau nak apa?” Pastu Izz kerutkan muka sambil buat muka blur, dia cakap dia takde panggil aku pun. Aku pun apa lagi, aku ingat dia saje melawak, “kau jangan nak tipu tadi kau jerit-jerit panggil nama aku kan? Ko nak main-mainkan aku kan?” sambil aku tergelak. Tapi Izz sekeras-kerasnya menafikan, dia kata dia takde panggil aku pun. Tapi aku apa lagi, aku tak mengalah tetap bertegas cakap aku dengar suara dia jerit nama aku banyak kali. Izz cakap dia takde panggil pun, puas dia yakinkan aku. Tiba-tiba, kawan aku lagi sorang nama dia Az, dia cakap memang betul pun dia takde dengar pun yang si Izz ni panggil aku. Aku macam cuak la, aku tanya betul ke ni? Az cakap dia pelik bila dengar aku menyahut, dia kata aku tengah cakap sorang-sorang. Masa tu masing-masing dah seram tapi buat-buat cool je lah.

Aku nak sedapkan hati diorang, aku cakap maybe khayalan aku je kot. Tapi aku memang tak tipu, aku dengar jelas Izz jerit nama aku, bukan sayup-sayup ke apa tapi memang ada yang panggil, tak kan la aku gila nak menyahut kalau orang tak panggil. Aku ingat kejadian tu berhenti kat situ je. Rupanya tak, siang hari pun dia kacau. Waktu tu aku kerja syif pagi dengan kawan aku ni, Izz. Aku jaga kaunter, Izz pula macam biasa, tengah masak. Aku duduk dekat kaunter, aku dengar Izz panggil aku, “Hans!” tapi sekali je, aku pun pergi dapur tanya dia, “ha nak apa?”. Izz tanya aku, “apa dia?”, Aku jawablah, “tadi kan kau panggil, kau nak apa?”, Izz buat muka blur lagi. Dia cakap dia tak panggil aku pun. Izz cakap dengan aku, “Hans, kau dengar apa lagi ni? Jangan buat aku takut!” Aku dah tak tahu nak bagi reaksi apa, aku malas nak layan, aku cakap dekat Izz, “biarlah, biasalah tu aku ni dengar macam-macam.” Ya, kadang memang aku dengar macam-macam bunyi, bila aku tanya, orang akan cakap diorang tak dengar apa-apa. Aku cuma mampu diam je.

Last, aku kena kacau waktu tu rumah aku takde air. Ada pun sikit giler, aku tadah air dalam baldi, cukuplah sorang mandi. Masa tu kitorang baru habis kerja, balik kerja jalan kaki, kitorang balik je nak mandi tapi air pulak takde. Kawan bilik aku semua nak mandi kat rumah sebelah, aku malas nak pergi, masa tu ada Izz dalam bilik tengah kemas-kemas baju dia. Yang Zaid (bukan nama sebenar) awal-awal dah pergi rumah sebelah nak mandi. Rumah sebelah tu rumah member kitorang juga, korang jangan ingat kitorang ceroboh masuk rumah orang pulak. Masa aku nak masuk bilik air tu, aku tengok Izz tu khusyuk kemas barang, aku cakap kat Izz yang aku nak mandi kat sini je malas nak pergi rumah orang.

Ceritanya masa aku tengah mandi manda tu aku terdengar bunyi pintu terbuka dan ditutup, aku dalam hati fikir tu mesti Zaid dah balik rumah, aku pun teruskan mandi. Bila dah sudah tu, aku buka pintu bilik air, masa tu lah aku terdengar suara Si Izz ni tengah mengeluh+ketawa (aku tak reti nak terangkan macam mana bunyinya tapi aku kenal tu suara Izz, dia suka buat bunyi tu), Aku pun jenguklah kepala nak tengok dia buat apa, tadi kata nak mandi rumah sebelah, masa aku jenguk tu aku tak nampak pun dia sebab katil dia terhadang dinding. Aku pun gelak je lah dalam hati sambil mengomel benda la yang Si Izz ni dok keleluhkan sambil tu aku berjalan menuju katil aku. Aku duduk je atas katil aku, mata aku terus pandang depan tapi apa yang aku nampak, memang buat aku terpaku tak mampu nak kata apa-apa. Aku tak nampak apa-apa! (bukan aku buta ye), maksudnya aku tak nampak siapa-siapa dalam bilik tu, Izz takde pun atas katil dia, yang Zaid pun takde kat katil dia. Aku rasa macam kosong kejap fikiran aku, habis tadi tu suara siapa yang aku dengar? Tak lama tu pintu bilik dikuak, masuklah Izz dengan Zaid dalam bilik sambil ketawa berborak entah apa. Yang aku ni pandang diorang tak berkelip, aku tanya diorang ada masuk tak bilik tadi waktu aku tengah mandi? Diorang geleng kepala, yang Izz ni dah keluar sejurus lepas aku masuk toilet. Aku bila dengar diorang cakap macam tu, aku terdiam, aku ambil bantal aku tidur.

Aku tak cerita pun dekat orang rumah aku, sebab aku tak nak diorang takut, aku diamkan 2-3 hari. Rupanya lepas kejadian tu aku dengar cerita yang tapak kedai yang kitorang kerja tu dulunya hutan, lepas tu adalah benda tu, dah hutan mestilah rumah dia. Jadi bila aku dengar macam tu, aku pun cerita dekat orang rumah aku yang kejadian tempoh hari, diorang semua marah aku sebab aku cerita, diorang jadi takut. Aku cakap aku pun takut, benda tu dah banyak kali ganggu aku, nasib dia tak tunjukkan muka dia je. Ok, itu je cerita aku kali ni. Maaf kalau membosankan. Just nak share pengalaman aku je. Terima kasih sudi luangkan masa baca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

28 thoughts on “Suara Yang Memanggil”

  1. Cerita ni x membosankan.. ‘Benda’ tu cm nak bgtau kt S.M dan housemate lain yg dia pun tggl di situ..

    Terima kasih penulis.. Sbb sudi share cerita

    Reply
  2. Member² lain “izz” x kacau ke? Apsal dia suka kacau ko sorg je dik?? Hayokkkkk!! Jaga² ada yg berkenan tu… haha

    Reply
    • ha tu lah kak, pelik sebab so far memang saya sorang je yang kena macam tu. member lain pun tahu ada something kat tempat tu cuma tak berani nak buka mulut je takut benda tu munculkan diri..

      Reply

Leave a Comment