Surau Kilang Aku

Hai nama aku Konah. Seorang wanita berumur 30 an.Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin tak menakutkan langsung. Ala-Ala drama pukul 7 je kat tv sweet gitu tapi cukup untuk buat darah aku menderau ke kepala . Kisah ni lebih kurang hampir 6 tahun berlalu. Waktu tu aku bekerja di sebuah kilang yang agak famous di utara ni.

Kisahnya bermula begini.Kira-kira hampir 6 tahun lepas aku kerja di kilang elektronik tersebut.Aku kerja 12 jam dari 7 pagi sampai 7 malam.Penatnya Allah saja yang tahu.tapi untuk mencari rezeki aku gagahkan jugak.tapi yang best nya aku Cuma kerja shift pagi je.Sehinggalah satu hari tu department aku terpaksa ada 2 shift (malam dan pagi) dan selama sebulan tu jugak aku terpaksa kerja malam sebab untuk shift pagi dah ada orang tolong cover kan untuk aku.

Rutin aku untuk shift malam ni, bila output dah dapat, aku dan beberapa rakan akan kesurau untuk lelapkan mata sementara menunggu subuh. Selalunya dalam pkul 5 pagi macam tu,itu pun bila output dah dapat.

Tiba-tiba satu hari tu kawan-kawan yang selalu pergi ke surau dengan aku semua nya cuti (cuti perempuan) jadi terpaksa la aku pergi sorang-sorang kan.Mata semakin berat bengkak rasanya menahan satu bulan ni.Aku pun berjalan sendirian ke tangga nak ke surau tu. Waktu tu kan dalam pukul 5 pagi jadi lorong laluan tu memang lengang sunyi sepi .

Surau di kilang aku ni berada di tingkat atas dan memang tingkat atas tu dibuat pun untuk dijadikan surau sahaja. Aku pun naik tangga sorang-sorang.dan bila sampai di atas perlu belok kiri dan Nampak la tempat letak kasut termasuk la dengan bangku.bertentangan dengan bangku tu pula ada macam gerbang untuk masuk ke surau.

Boleh pilih sama ada kanan atau kiri dan kedua-duanya akan jumpa tempat ambil wuduk dulu dan dari tempat wuduk akan bertembung diruang solat.

Bila aku naik ke surau tu aku Nampak sepasang kasut ESD.jadi aku rasa mungkin ada someone yang dah ada dalam surau tu. Dengan happy nya aku pun buka kasut dan masuk ke dalam ruang solat dari pintu sebelah kanan (kenapa aku ambil pintu kanan sebab lampu di ruang wuduk dibuka) . Tapi bila aku masuk dalam ruang solat tak ada sesiapa.Aku pun malas nak fikir bukan-bukan dengan letih latih aku anggap mungkin ada sesiapa yang tumpang letak kasut tersebut.

Ditepi dinding aku pun baring mengiring ke kanan dan aku tutup muka aku dengan telekung.Baru je aku nak lelapkan mata aku terdengar “tuk,tuk,tuk” .seperti ada seseorang yang ketuk carpet berdekatan dengan tempat aku baring.betul betul jelas da dekat degan telinga aku.ok first aku dengar jadi aku anggap mungkin cicak or apa apa je selain “benda alah” tu.

Aku cuba pejamkan mata lagi.dan sekali lagi “tuk,tuk,tuk” bunyi ketukan seolah menggunakan kuku di atas carpet berdekatan dengan telinga aku..

Okay, cuba korang ketuk kuku ke atas meja dengan bunyi ikut rythm ni ==> “tuk tuk tuk”.. haa sebijik begitulah yang aku dengar.

Adehh mengantuk kot.Aku cuba untuk pejam kan mata lagi..da sekali lagi “tuk,tuk,tuk” di atas carpet seolah menggunakan kuku menggangu aku.Aku pun alihkan telekung dari muka aku…ermm tak ada sesiapa. Cicak,batu apa apa benda yang mungkin menghasilkan bunyi pun tak ada.

ok ..aku start rasa pelik.tapi aku cuba lagi untuk tidur. Aku tutup kembali muka aku dengan telekung.dan cuba lelapkan mata..”tuk, tuk,tuk” lagi..aku tarik sedikit kain telekung konon nak mengendap. Sumpah waktu tu kalau otak jahat aku tak fikir bukan bukan aku menipu.Aku terbayang yang bukan bukan jika ada wajah mengerikan main acah acah dengan aku.adehhh.

“Tuk.. tuk.. tuk” Kali ini bunyi sedikit lain. Seakan bunyi jari mengetuk di atas permukaan kain.

Ya, kali ni bunyi itu betul-betul berada dihadapanku. “Tuk tuk tuk”.Kain telekung yang aku gunakan untuk menekup mukaku, tertarik sedikit ke lantai ketika bunyi ketukan itu.

Kain tertarik ke bawah maksudnya dia mengetuk lantai di atas telekung yang aku pakai…

Debar jantungku bukan kepalang, ditambah dengan peluh-peluh seram sejuk sudah pun membasahi dahiku. Aku tahan diriku daripada menjerit ketakutan. Nanti tak pasal-pasal pula aku terkena histeria dalam surau tu.

Aku cuba menghendap keluar dari telekung. Melihat jika ada sesiapa. Tak ada siapa. Apa lagi, aku kemaskan beg ku dan terus bingkas bangun keluar dari surau tu.

Aku cuba berlagak tenang padahal dalam hati berkocak-kocang wehhh..Aku keluar terus aku duduk di bangku yang berhadapan gerbang masuk tu dan aku terbau bau wangi .Bau macam bunga melur..Aku masih berlagak cool .aku pakai kasut semula dan jalan dengan laju.Ikut hati nak je lari tapi disebabkan nak turun bawah aku kena turun guna tangga yang agak sempit.

Menuruni tangga yang sempit itu pun bau-bauan tadi masih lagi mengikut ku. Bau itu seakan angin yang mengekori dari belakangku. Yess aku tak mimpi memang bau wangi tu macam ada dibelakang aku.

Sampai je dibawah kedengaran suara-suara pekerja yang akan masuk shift pagi (naik bas sebab tu mereka sampai awal). Laju aku masuk department aku.kawan aku pelik.” Hai konah, bukan pergi surau ke,pucat semacam ja” aku yang penat sebab jalan laju terdiam sebentar.bila dah tenang sikit baru aku cerita..dan korang tahu apa kawan aku kata?

“Konah hang kira ok lagi, ada yang kena kacau “benda” tu main on off suis lampu, ada yang dihimpit, ada yang diangkat sedikit dan dihempas,tu kat surau tu konah,kalau hang pi surau yang satu lagi ,lagi la teruk, Nampak dia dok terbang .ha tu belum masuk cerita dalam toilet lagi” aku cuak dan panic aku belum habis.tolong jangan sambung.memang apa aku lalui tu sweet manja macam drama tv tu.Tapi serius aku tak sanggup.Walau tak seram tapi aku minta dijauhkan dari yang bukan-bukan.

Sekarang aku dah tak kerja kat kilang tu dah.yes! masa kejadian tersebut aku baru kerja hampir setahun.dan kawan-kawan aku ni akak-akak senior yang kerja dari zaman anak dara sampai masing-masing dah .Tak hairan kalau setiap cerita boleh tahu.ok lah nak taip panjang-panjang bos aku ada.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Konah
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. seram noks..wapun hantu tu x muncul tp aku dpt merasa keseraman ko tu..
    aku baca sambil ketuk meja 3x pakai kuku..nmpk x aku menjiwai setori ko ni konah??
    hahaha..best wpun ade sedikit typo..kipidap writer..

  2. Okay, cuba korang ketuk kuku ke atas meja dengan bunyi ikut rythm ni ==> “tuk tuk tuk”.. haa sebijik begitulah yang aku dengar.

    ak try wat mcm penulis suruh. #ehterbuattanpasengaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.