Surau Perempuan

Salam warga FS. Saya Hafiz (bukan nama sebenar). Selama ni saya hanya jadi pembaca. Kali ni saya nak bercerita satu cerita yang bagi saya agak seram, tapi tak tahu lah dengan korang seram atau tak.

Cerita ni berlaku masa form5. Time tu saya duduk asrama walaupun rumah dekat dengan sekolah. Mak saya suruh masuk asrama supaya dapat ubah perangai nakal dan tidak bercampur dengan budak – budak lepak kampong.

Berbalik kepada cerita saya, masa tu lepas solat isyak. Saya dengan member yang lain plan nak tido di surau sekolah time tu sebab kebetulan esok hari sabtu lagipun di surau ada tv jadi boleh tengok tv malam tu. Kebiasaan nya malam sabtu macam tu jam10 tv3 ada cerita best. Lepas plan, dalam 8 orang jugak yang setuju nak tido di surau sekolah. Ada yang cakap surau sekolah terutama bahagian tempat solat perempuan agak keras sikit. Jadi kami pun buat tak tau tentang semua tu dan mahu buktikan kami ni berani dan tak takut dengan hantu.
Masa dalam perjalanan hendak ke surau (kalau hendak ke surau dari asrama lelaki akan melalui blok bilik darjah), kami ada terdengar macam sudu besi jatuh tapi tidak dapat agak di mana benda tu jatuh. Satu orang kawan aku nama di Abidin memang mulut lancing sikit.

Abidin : Haa mungkin pocong melompat lompat telanggar sudu bekal siapa tak bawa balik rumah.

Fazli : Bangang mulut celupar.

Lepas tu semua diam sampai ternampak cahaya dari lampu suluh pak guard. Pak guard tu Tanya nak ke mana jadi kami pun bagitau nak ke surau untuk qiamullai. Pak guard tu senyum dan bagitau supaya hati- hati jangan cakap besar masa dalam surau. Kalau ada terdengar apa-apa atau ternampak sesuatu jangan menjerit. Sebenarnya pak guard tu kira kamcing jugak dengan kami semua. Kadang-kadang dengan pak guard tu kami minta beli rokok. Haha.

Sambung cerita, time kami buka jak pagar surau tu rasa macam ada angin menerpa tak begitu kuat tak juga begitu lembut. Sebelum masuk surau kami bercadang nak isap rokok dulu tepi surau. Time semua berbaris nak tunggu turn isap rokok (time tu kami isap 1 batang 8 orang untuk berjimat) kami ada terdengar seperti orang berlari dalam surau. Tapi bila kami kira semuanya, tiada siapa pun yang tiada waktu tu. Jadi firasat kami mungkin kucing atau pak guard yang solat isyak lambat. Lepas kami semua masuk, ada seorang kawan ni cadang nak main hantu- hantu sebab rasa tak adventure katanya. Masa tu pukul 9 lebih dan kami bersetuju sebab movie best dalam pukul 10. Kebetulan kami semua masa tu bawa sarung masing-masing sebab takut sejuk.
Tengah syok main hantu-hantu untuk bagi suspend kawan yang penakut, saya pergi ke surau bahagian perempuan sebab nak bagi takut kawan. Masa tengah prepare nak lilit sarung di kepala saya ada dengar macam bunyi bergeser di luar surau. Saya pun pergi dekat tingkap nak tengok siapa di luar, tingkap surau kami tu tidak cukup cermin jadi kepala boleh muat untuk tengok keadaan di luar surau. Masa kepala berada di luar saya terlihat sesusuk entiti yang hodoh, perut berlubang berdiri 5 langkah dari tempat sata jenguk kepala tu. Saya mengucap time tu sambil tutup mata dan cepat-cepat masukkan kepala.

Malang tidak berbau. Kepala saya terkena penyangkut cermin menyebablan dahi saya luka.
Saya panggil kawan saya bernama weng (islam) untuk tolong tengok jika ada siapa-siapa di luar surau, tapi dia cakap tiada. Saya tanya pula kawan-kawan yang lain jika mereka ada pergi ke surau belakang tapi semua cakap mereka di depan dan tempat air wuduk. Sebab masa tu saya tengok sekilas pandang entiti hodoh tu, takut juga jika saya berimaginasi bukan-bukan. Masa saya cerita apa yang saya nampak dengan kawan-kawan yang lain, saya rasa seperti ada orang yang berjalan di belakang kami sebab terasa angin melintas kena dengan baju kami. Masa tu kami di tempat jalan di antara bahagian lelaki dengan bahagian perempuan dan bahagian perempuan pula ada tangga untuk turun. Lepas saja dapat rasa angin tu kena baju, saya pandang sebelah kawan saya dan dia cakap dia faham apa yang saya cuba nak sampaikan. Masa tu saya tengok kawan saya tu pucat sampai berpeluh, saya jangan cakap bulu roma semua berdiri tegak. Kawan di depan kami dapat rasa perubahan kami berdua. Jadi kami putuskan untuk pergi ke bahagian lelaki dan tengok tv. Masa hendak pilih tempat tido, semua tidak mahu untuk tidur di bahagian hujung sekali sebab takut kena kacau. Dalam kami ketakutan kami ada keberanian juga untuk bercerita pasal hantu di sekolah ni. Saya tak focus dengan cerita tu sebab mata asyik liar tengok keliling surau kalau-kalau ada yang memerhati kami.

Masa tengah syok bercerita, tiba-tiba kami terdengar pokok di luar surau bergoyang kuat dengan sendiri. Walhal masa tu angin tidak kuat dan kalaupun ada angin, pokok tu takkan bergoyang dengan kuat. Tanpa fikir panjang kami semua lari lintang pukang tanpa off kan lampu dengan tv, ada yang sampai balik asrama berkaki ayam sebab tak sempat nak sarung selipar. Keesokan paginya, kami semua kena marah dengan pak guard sebab tak tutup tv dengan lampu masa keluar dari surau.

*maaf jika penulisan saya tidak menarik ataupun jalan cerita saya tidak seram. Saya juga minta maaf jika ada yang tidak faham dengan bahasa yang saya gunakan kerana saya berasal dari Tawau, Sabah. Sekian.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

#akustatik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

8 thoughts on “Surau Perempuan”

  1. dah agak dari sabah. ayat dari mula tu memang dah dapat detect yg bro ni dari sabah. mungkin hantu tu sengaja kacau kot sbb niat tak betul nak p surau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.