Tak Nak Tunjuk

Assalamualaikum dan selamat malam buat para admin dan pembaca setia Fiksyen Shasha. Nama samaran aku A. Aku nak kongsi cerita tentang kisah aku untuk diambil sebagai pengajaran kepada kita semua. Dalam beberapa tahun dulu, kawasan rumah aku banjir teruk dan kejadian tersebut merupakan banjir pertama yang pernah aku alami. Sebab sebelum ni tak pernah banjir lagi duduk di kawasan tu. Jadi, aku sekeluarga terpaksa berpindah beberapa kali semata-mata untuk mendapatkan tempat berteduh yang selamat.

Tinggi jugaklah air kat rumah aku, paras pinggang jugak. Selepas hampir seminggu, banjir dah reda. So, mak ayah aku and abang sulung aku pergi tengok rumah kita orang. Diorang pergilah bersihkan semampu yang boleh. Lepas tu, kitaorang pun balik lah rumah kitaorang semula. Macam-macam jadi kat rumah tu. Habis semua berselerak, bau busuk semua. Jadi kami pun mulakan lah operasi membersih. Setelah siap membersihkan semua tu, abang sulung aku dengan abang ngah mengundurkan diri mereka ke KL kerana berkerja.

Selepas beberapa minggu, mulalah berlaku kejadian pelik kat aku. Aku rasa lain macam. Setiap kali aku duduk atas katil aku, kaki aku rasa panas semacam. Selepas solat, kadang-kandang aku berzikir atas tilam. Aku rasa lain macam. Kaki aku dengan telinga aku rasa panas. Aku abaikan je semua tu. Lepas tu, aku pejamkanlah mata aku. Bila aku pejamkan mata, semua jadi gelap. Lepas tu aku ada nampak seorang perempuan bongkok sangat badannya yang bertongkat yang pandangannya ke arah aku tetapi berada jauh dari aku. Dia seolah-olah tidak mahu menunjukkan mukanya kepadaku. Mukanya ditutupi oleh rambutnya yang berwarna kelabu tetapi aku seolah-olah dapat membayangkan mukanya yang buruk. Sejurus itu, aku membuka mata aku. Terkejut. Aku berfikiran positif dengan mengatakan itu bayangan sahaja. Jadi, aku membiarkannya sahaja.

Selepas beberapa hari, aku pergi ke sekolah. Sekolah buka lambat disebabkan banjir. Aku perasan sesuatu tentang diriku ini. Aku berasa lain dari segi percakapan dan bahasa aku. Secara lazimnya, aku bukanlah orang yang cakap lembut sangat tapi bukanlah juga jenis yang suka cakap kasar sehingga mencarut bagai. Kali ini aku memang rasa lain sangat sampai aku tercarut dekat sahabat baik aku. Aku cuba memejam mata kau sekali lagi. Korang tahu dah kan. Aku nampak makcik tu sekali lagi. Tapi kali ni jarak dia antara aku dengan dia makin dekat. Aku buka mata semula. Aku mula berfikir. Kenapa macam ni. Adakah ini secara kebetulan atau apa?

Pastu, lepas beberapa hari kemudian. Aku selesai solat maghrib, aku berzikir dan macam biasa sambil duduk atas tilam aku. Dan kali ini, aku merasakan bahawa telinga dan kaki aku lebih panas. Sangat panas. Aku memejamkan mata aku untuk lebih fokus dalam zikirku. Benda sama berlaku. Dan kali ini, mak cik tu berjalan ke arah aku dengan tongkatnya. Dia seolah-olah ingin menerjah aku dan berada sangat dekat dengan aku. Mukanya sangat hampir dengan aku tetapi dia seolah-olah tidak mahu menunjukkan wajahnya kepada aku.

Aku sangat terkejut apabila dia menghampiri aku kerana pakaian dan rambutnya sangat buruk. Di sebalik rambut kelabunya yang kusut masai itu, aku nampak mulutnya sahaja yang seolah-olah ditoreh. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tak dapat aku kenalpasti. Aku merasakan seolah-olah dia sedang memarahi aku. Aku rasa lain dan aku hendak menangis dengan tiba-tiba. Aku bergegas pergi ke ibu bapa ku yang sudah siap bersolat dan menceritakan hal itu. Ibuku bergegas menelefon Ustaz untuk berubat.

Keesokan malamnya, Ustaz tu datang. Dia scan rumah kitaorang, untuk check sama ada ada pape ke kat rumah kitaorang. Dia masuk semua bilik dan merenjiskan semua penjuru rumah dengan air yang telah dijampi olehnya. Sampai satu masa, ustaz tu lama sangat berada di bilik tidur abangku yang terletak di ruangan dapur. Bilik tu kosong sebab abang-abang aku berkerja di KL. Lama sangat kat dapur tu. Lepas tu, ustaz tu naik ke atas. Dia kata ada makcik tua tengah tumpang bilik tu. Muka dia buruk sangat.

Ustaz tu kata, mak cik tua ni datang dari banjir tu. Mungkin disebabkan bilik tu paling kotor, mungkin dia menetap di situ. Alhamdulillah, ustaz tu kata dia dah buang ‘benda’ tu jauh-jauh. Jadi pengajaranlah untuk kita, kalau ada pape ke macam lepas banjir ke ape, make sure bilik tu dah bersih. Dan jangan biar terkunci je bilik tu kalau kosong. At least, tengoklah sekali-sekala.

Ada lagi sebenarnya, tapi tak tahulah berkaitan ke tak. Selepas beberapa bulan kes ni, ada seekor burung m**i dalam kelas aku. Dan burung tu m**i dalam laci meja aku. Dan kebetulan, masa tu aku tak datang sekolah sebab demam (ponteng kot). Aku terkejut lah jugak macam mana boleh m**i dalam meja aku. Nak kata kucing mustahil. Sebab nak masukkan tu susah sangat lah. Selepas tu, dalam bulan yang sama, dua ekor burung m**i dan betul-betul dekat kelas aku. Wallahualam lah berkait ke tak. Yang aku mampu buat hanya berserah pada Allah swt. Alhamdulillah setakat ni takdelah yang teruk berlaku kat aku. Adelah jugak beberapa gangguan tu. Kalau ada masa aku cerita lagi.

Sekian, Assalamualaikum. -A-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Tak Nak Tunjuk”

  1. Nape sebut makcik…???
    Bkn ke sllu yg membongkok2 ni sinonimnye dgn nenek…
    Nenek nenek si bongkok tiga…
    Siang mengantok malam berjaga…
    Hahahahaaa…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.