Tanah Perkuburan

Assalamualaikum dan hi warga fiksyen shasha(fs). Aku Sya. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku ni. Kisah aku ni pertama kali aku rasa antara yang paling seram dalam hidup aku. Sebelum ni pernah rasa seram seram tapi tak seseram yang ini. Kisah ni berlaku tahun 2014 tak silap aku sebab aku ingat2 lupa.

Aku dan family pergi melawat makcik aku ni yang duduk di salah satu perlop di malaysia. Tak perlulah aku spesifik perlop mana dan di mana ya. Saja kami jalan jalan sana sebab masa tu raya. Kebetulan makcik aku ni baru kehilangan arwah pakcik aku sebelum ramadhan. Arwah adalah abang kepada mak aku.masa tu dalam pukul 5 petang.sebelum balik mak aku ajak ziarah kubur arwah pakcik aku. Kami semua lepas asar ready nak balik dan sebelum tu gerak ke kubur terlebih dahulu.

Sebelum aku cerita tentang pengalaman aku ni,aku nak describe sikit tentang kawasan perkuburan islam tu. Kawasan perkuburan ni letak di dalam ladang kelapa sawit. Kira kalau nak masuk jalan kaki lebih bagus tapi sebab abah aku malas menapak dia masuk sekali dengan kereta. Jalan kaki pun tak la jauh dari jalan utama. Memang jalan masuk kawasan perkuburan tu di pagari semak dan kelapa sawit. Tak tahu nak bagi bayangan macam mana tapi yang pasti kawasan masuk tu memang suram berdepan dengan pintu masjid. Jalan masuk kubur bukan tar ya tapi tanah kebun ada lopak ada landai ada bukit.

Sampai saja kami di kawasan kubur,selepas turun kereta mak aku kata ‘eh eh ada anjing la’.
Aku jadi pelik sebab aku tak nampak apa apa begitu juga adik aku. Yang nampak mak aku dan makcik aku sahaja. Aku ni memang seram sangat dengan anjing tapi sebab ramai aku beranila. Kami pun berjalan ke kubur arwah pakcik aku. Tepi kubur arwah masih ada pondok kecik untuk berlindung dari panas dan hujan. Jadi kami berlima terus bentangkan tikar dan duduk bawah pondok tu untuk baca yasin.

Depan kami duduk dalam 60m ada semak tinggi telinga orang dewasa. Permulaan bacaan yasin kami nampak berdepan kami yang ada semak semak tu tiba tiba bergoyang macam ada yang berlari dalam tu. Kami buat tak endah ja. Masa tu aku ingat aku sorang ja yang nampk rupanya mak, abah, adik aku pun nampak jugak. Makcik aku masih menunduk baca yasin dan aku nampk di macam sedih dan aku pasti dia tak nampak apa yang kami nampak. Kami risau juga babi hutan ka seldang ka yela dalam kebun kan. Tak ke naya kena sondol. Kalau manusia tak logik sebab masih boleh nampak kepala. Budak2 lagi la tak logik. Kami teruskan bacaan yasin tanpa endahkan apa yang ada dalam semak. Tapi mata tetap perhati untuk berjaga jaga.

Selang berapa minit sampai pertengahan bacaan yasin tiba tiba bunyi macam hujan batu kecil pulak atas zink bumbung pondok kami berlindung. Aku lihat cuaca memang baik sangat masa tu cerah dan tak ada titis titis air hujan pun. Takpala dalam hati aku kata hujan batu mungkin.tapi semak depan kami terus bergoyang dan kali ni makin kencang macam ada yang tak sabar nak keluar dari semak tu.

Masa ni abah aku dah mula pandang aku dan adik yang duduk kat belakang diorang.masa yang sama aku dengar bunyi tapak kaki belakang aku dan adik. Tiba tiba tapak tu berhenti di belakang kami. Aku pandang adik dan adik pandang aku tapi mulut kami berlima tak pernah berhenti dari membaca yasin. Abah aku pusing kali kedua pada kami, masa ni aku terasa ada yang duduk belakang kami sebab rasa macam orang bernafas. Lagi sekali aku pandang adik dan aku pandang sekeliling.masa ni aku berani sebab aku pasti abah dan adik aku rasa apa aku rasa jadi aku tak keseorangan.

Dekat akhir ayat yasin semak depan kami makin rancak macam ada pokok pokok yang patah seperti disondol sesuatu.masa tu mata aku memang tertumpu pada semak saja dan hujan batu tadi pula makin kuat sampailah abah aku habiskan bacaan yasin dan sebelum berdoa terus semua ‘gangguan’ yang terjadi tadi lenyap begitu sahaja.ya sekelip mata hilang lepas habis semua bacaan yasin.

Selepas semua selesai kami hantr makcik aku tu balik.dan kami bertolak pulang ke rumah.dalm kereta masing masing buka cerita dan kami berempat memang nampk jelas apa yang jadi sehingga kini menjadi tanda tanya. Tapi kami pasti makcik aku tak nampak dan dengar apa yang terjadi pada kami sebab sepanjang bacaan yasin dia tunduk saja dan dalam kereta pun tak buka cerita. Mungkin dia malas layan atau dia memang tak nampak wallhualam.mak aku kata ‘kalau abah lari mak lari hahahaha’ sebabkan kekuatan abah, kami boleh cool lagi. Tapi memang misteri sangat kejadian tu. Abah kata biasala mungkin ada yang nak imarahkan bacaan yasin kami sebab arwah baik sangat orangnya dan memang orang yang kuat agama. Abah kata abah relax sebab abah aku taw yang datang tu yang baik.dalam family hanya aku dan abah yang mudah rasa bnda2 macam tu. Tapi yang dalam semak tu abah aku kata tak tahula apa. Ganas semacam.

Lepas dari kejadian tu mak aku kata tak mau dah pergi kubur petang petang macam tu lagi. Dengan suasana kubur yang dalam ladang sunyi sepi cam tu jangan buat lagi perkara sama. Mak aku kata nasib bukan mak dengar dan nampak seorang.okayla cerita sampai sini.masa menulis ni feel seram tu adala sikit2. Tapi rindu pada arwah pakcik aku lagi mendalam…sebab arwah pakcik dan kawan paling baik pernah aku jumpa… Alfatihah untuk pakcikku

Love u alls,
xoxo sya

 

1 thought on “Tanah Perkuburan”

Leave a Comment