Tempias!

Assalammualaikum, aku bobo penulis cerita Tabahlah Ibu, terima kasih admin kerana sudi publish kisah aku. Terima kasih juga pada yg sudi membantu. Maaf sekiranya ada yg salah faham dengan PAMAN tu. Paman tu cuma panggilan untuk pakcik. Bukan pawang atau bomoh. Dia pun berubat cara islam. Bukan dengan perasap menurun or sebagainya. Mohon jgn salah faham ye.

Kalini aku ingin ceritakan tentang abah yg terkena tempias. Perkembangan ibu aku sekarang, alhamdulillah, selepas berubat dengan abang wan tempoh hari. Ibu semakin sihat. Sakitnya semakin hilang. Alhamdulillah syukur. Sekarang ibu dah boleh bangun, dah kembali meniaga di bazaar ramadhan.

Kini berbalik pada cerita abah. Abah aku seorang kakitangan kerajaan. Abah aku ni jenis tak banyak cakap dan dia tak berapa nak duduk kedai lama lama. Dia bukan jenis duduk kedai kopi sembang. Dia kalau boleh 24jam nak bersukan. Badminton lah, bola lah. Abah aku memang seorang yang sangat aktif. Masa abah aku terkena ni dia ditempat kerja dia. Klinik. Dia kata penglihatan dia tiba-tiba kabur. Bila doktor check, terus kena pergi hospital. Bawak pergi hospital berdekatan, diorang cakap mata abah macam kena cucuk dengan pen. Berlubang.

Serta merta abah dibawa ke hospital selayang. Masa ni aku dekat sekolah lagi. Abah amik ibu, bawak pergi hospital. Aku datang dengan abang-abang aku. Masa ni semua belum kahwin lagi. Hampir dua bulan abah tidur duduk. Bila jumpa dengan sorang pakcik ni, dia cakap. Mata abah bukan sakit biasa. Orang tu nak buat ibu, tapi abah yang terkena. Dia cucuk mata ikan seluang. Sampai sekarang abah aku rabun sebelah hampir mencecah 500++ Cermin mata dia sebelah je tebal gila.

Tapi selepas kejadian tu, hijab abah aku terbuka. Dia boleh nampak benda yang orang lain tak nampak dengan mata kasar. Bukan abah aku sorang je yang dapat kelebihan tu. Abang aku yang no 3 pulak dia macam ada orang ikot dia. Dia boleh nampak. Abang aku yang no 3 ni dia selalu masuk hutan. Masa dia masuk hutan. Ibu call je mesti perempuan yang jawab call tu. Dia akan cakap “Ari (bukan nama sebenar) solat” bukan ibu je yang kena. Kakak ipar aku ( masa ni tunang) pun perempuan yang jawab. Bila tanya abang aku, dia cakap dalam hutan manade line. Dan fon dia pun sentiasa off.

Berbalik dekat abah, abah aku boleh nampak sekejap je. Lepas beberapa bulan macam tu, hijab dia kembali tertutup. Dan selepas kejadian tu jugak lah. Ibu aku sakit. Alhmdulillah kini ibu semakin beransur pulih. Manakala mata abah, alhmdulillah okay. Cuma Abah kena pakai cermin mata masa memandu je. Kalau tak memandu, dia tak pakai cermin mata. Aku sentiasa berdoa keluarga aku sentiasa dilindungi. InshaAllah ada rezeki, lain kali aku ceritakan tentang ibu yang kehilangan kandungannya. InshaAllah. Terima kasih sudi membaca kisah yg tk seberapa. Assalammualaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Bobo
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.