Tendangan Dan Cakaran

Hai readers!!! Ni first time nak share pengalaman kat sini. Benda ni adalah dalam 3 tahun dah. Cuma sampai sekarang bila ingat balik rasa macam baru semalam je jadi. Benda ni jadi masa aku belajar dulu. Biasa la kalau stay kat hostel kan. Hostel yang penuh dengan cerita2 seram.

Masa tu aku baru sampai hostel. Sunyi sebab public holiday. Tak ingat cuti apa. Aku balik cuma ada seorang sahaja roommate (Abby) yang tak balik sebab kampung dia kat Sarawak. Sembang punya sembang balik lagi sorang kawan aku bilik sebelah (Aniz) bersama tunang dia (sekarang suami). Tapi dia keluar balik. Org tgh bercinta kan, hahahahahaha. So aku dengan Abby pun pasang la laptop untuk tengok cerita. Biasa la duduk hostel mana ada tv segala. So laptop je lah tempat kami melepaskan bosan.

Maghrib menjelma. Aku nak tutup la pintu depan. Oh ya, hostel kami ni macam rumah panjang. Dalam 1 rumah ada 3 bilik. Bilik aku paling hujung. Depan bilik hall panjang, dan bilik berderet tiga sebelah-sebelah. Boleh bayangkan tak mcm mana? Dari bilik aku yang hujung nak jalan ke pintu depan agak jauh lah jugak. So masa aku nak jalan ke pintu kena lalui bilik kedua dan pertama. Masa aku lalu depan bilik pertama, aku terdengar org terajang/tendang dinding bilik. Bilik tu dari papan plywood je. So kau try tendang bilik yg diperbuat dari plywood macam mana kuat dia punya bunyi. Haaa macam tu la aku rasa. Gugur jantung hakak diknon!!!

Aku terpaku sebab dia terajang tu betul-betul kat dinding yang aku lalu tu. Sebelah aku je woi! Aku terpaku, tak boleh nak bergerak. Nak lari apatah lagi. Lepas tu dia tendang lagi skali. Makin kuat. Aku dah menggigil and still berdiri kat tepi dinding tu. Fyi, bilik tu tak ada org balik lagi. Semua orang mood holiday. Aku balik awal sebab nak teman Abby je. Ok back to story. Dia dah tendang tu aku masih di situ. Berdiri menggigil. Lutut pun goyang beb. Gila tak cuak.

Tak lama aku dengar dia cakar dinding tu. Krekkkkkkkk. Panjang woi bunyi diaaa. Kuku panjang yang mencakar dinding plywood dari atas ke bawah. Haaa masa tu aku cabut lari terus masuk bilik. Panggil Abby. Tukar baju seluar semua. Terus lari keluar rumah. Nak lepak kedai makan belakang. Aku masuk bilik dengan termengah2 muka pucat. Abby gelabah tanya aku kenapa. Aku suruh dia siap-siap je. Sampai katt kedai makan baru cerita.

Sampai kedai makan baru aku cerita. Fuhh meremang weiiii. Gila tak meremang. Lepas aku habis cerita baru la Abby bukak cerita yg dia pun kena kacau. Dia tgh tidur. Abby jenis tidur menghadap dinding. So dia terasa org main-main rambut dia. Padahal tak ada org dalam bilik. Then dia ubah posisi tidur. Tiba-tiba dia dengar orang ketawa. Gila tak takut. Abby ambil kitab Bible. Abby ni kristian. Lepas tu Abby bukak lampu. Dia baring semula. Tiba-tiba dia dengar orang menangis. Selang seli dengan suara baby menangis. Tu sebab kot Abby message aku pukul 4 pagi suruh balik awal untuk temankan dia, hahahahahahhahahaha.

So sampai sini je lah. Nanti ada masa aku cerita lagi pasal loceng kaki and histeria yang jadi dekat hostel aku tak lama lepas aku kena kacau tu. Tu pun kalau aku rajin nak sambung lagi lah.. heheheheheh.. Thanks sebab sudi baca cerita yang tak berapa seram nihhh!! Oh ya!! Malam tu lepas balik dari kedai makan aku solat semua. Nak tidur, dalam pukul 3 pagi aku terdengar flush kat toilet berbunyi. Bilik aku paling hujung and paling dekat dengan toilet and bilik mandi. Nak kata ada orang memang tak ada. So siapakah ituuuuuuuuu ??? Hahahahahahahha tq adminn..

2 thoughts on “Tendangan Dan Cakaran”

Leave a Comment