Teringat Ketika Ini

Terima kasih FS kerana sudi post cerita saya ini. nama saya ila dan cerita ni berkenaan sewaktu saya diasrama. saya berasrama agama di sebuah sekolah di malaysia ini. saya bersekolah hanya tingkatan 1&2. ketika saya bersekolah, saya sukar bergaul dengan rakan2. kadangkala saya belajar seorang diri. kisah ini saya tahu selepas dari saya keluar dari sekolah itu. moga terhibur. dan saya harap korang sudi membaca hingga ke hujungnya kerana cerita ni adalah tergantung pada permulaanya.

tingkatan 1

untuk asrama saya, saya tinggal ditingkat 3 dan biliknya no 09 dan ianya dihujung sekali. koridor paling hujung adalah tempat yang paling saya suka untuk duduk sambil belajar. ketika semua lampu telah tutup, saya akan duduk di koridor untuk dapatkan lampu. saya suka membaca sambil mulut terkumat kamit. pernah satu ketika dimana senior keluar untuk ke tandas, dan memanggil saya untuk bertanya kenapa saya masih diluar bersama rakan. walhal ketika itu saya hanya keseorangan. tapi saya tak tangkap ape yg dia perkatakan. cume dia pelik dan terus berlalu. selepas dari itu , setiap kali senior yang keluar tandas pasti takkan menegur saya dan terus berlari masuk semula kedalam bilik.

tingkatan 2

untuk setiap asrama, pasti akan bertukar bilik. untuk pelajar yang pada tahun lepas sudah duduk tingkat 3, pasti akan bertukar ke tingkat 2 ataupun tingkat 1. tetapi ketika itu saya dikekalkan di tingkat 3. dan ketika itu bilik no 12. ketika saya di bilik itu, saya susah sangat nak tidur sebab saya seringkali diganggu. bila saya nak lelapkan mata, pasti akan ade orang yang kejut saya. dan bilik itu lah pada waktu tingkatan 1 dulu ada seorang senior terkena rasuk akibat daripada kekotoran yang biasa dicipta di asrama. terutama asrama perempuan.

Hakikat Sebenar

saya minta maaf untuk setiap cerita diatas yang agak tergantung pasti membosankan korang. disini adalah kisah sebenar yang pihak senior dan rakan2 saya cerita dgn saya. sewaktu saya diasrama kawan2 saya terlalu banyak melihat saya bersama seseorang budak sebaya dengan saya. bila ditanya sewaktu sewaktu saya dah pindah, saya cakap saya memang keseorangan sahaja. terutama mereka lihat ketika saya belajar di koridor. budak itu selalu berdiri ataupun mencangkung didepan saya dan tersenyum malah bercakap dengan saya sewaktu saya sedang teliti melihat buku. walhal untuk diri saya, saya memang selalu membaca buku sambil terkumat kamit.

sewaktu tingkatan 1, ada seorang senior yang mengalami kerasukan dan dia duduk dibilik no 12. disebabkan oleh kelalaian orang lain dan membuatkan benda tu marah pada senior tersebut kerana sewaktu tu “anak benda” tu sedang berada disitu ketika senior kami masuk tandas itu. ketika senior tu naik, dia terus berkelakuan lain. keesukkan nya hari jumaat dan kitaorang balik sekolah awal. bila sampai dibilik, senior kami tu taknak bersembang dengan rakan2nya. tetibe salah sorang dari biliknya pasang ayat alquran. dan terus dia mengamuk. dan ketika itu lah episod kerasukan mula terjadi. tetapi makin teruk sehingga membuatkan salah sorang kawan saya dibilik 11,10,09. silih berganti dan ianya berakhir pada keesukannya.

sewaktu tingkatan 2 sebelum saya pindah, paling banyak saya yang kena. sewaktu saya pulang dan berubat. mereka berkata “budak” tu berminat nak berkawan dengan saya. sewaktu ditingkatan 2, saya tidur diatas double decker dan di sebelah saya kosong. saya selalu dengar orang gelak2 bercakap dan berbisik2 memanggil saya. saya agak ketakutan tetapi saya tidak bergaul dengan rakan2. dan akhirnya saya buat keputusan untuk keluar dari asrama tersebut. yang paling menakutkan apabila saya mandi dibawah sekali bersama 2 rakan saya. dan seorang rakan bernyanyi dan ketika kami sudah mandi, kami dengar semula suara seseorang yang nyanyi lagu yang sama dalam stor. bila kami buka tiada sesiapa pun.

sebelum seminggu saya keluar, hujan sentiasa turun dengan lebatnya. pada satu ketika waktu prep saya nak pegi ke kelas, selipar saya licin dan saya terjatuh dan kepala saya terhentak di bucu tangga. pada mula nya saya teruskan perjalanan ke kelas. tetapi selepas itu saya mula pening dan ketika saya buka tudung kulit saya dah terkoyak. jahitan 5 dalam dan 3 luar dikenakan.

selepas daripada saya keluar, saya pernah datang melawat kawan2 diasrama. ketika saya melintasi asrama itu, saya akan nampak seorang budak yang muka nya dalam nada kesedihan tapi saya takpernah nampak dia sewaktu saya dekat asrama dulu. bila saya tanye senior, diorg kata budak itu lah yang selalu ade dengan saya. dan sehingga tahun 2017 setelah keluar dari sekolah itu, saya lupe tentang rakan2 tentang kenangan sekolah itu langsung. sehingga bila saya terserempak dengan rakan2 yang saya lupe itu mereka bertanya kenalkah mereka tapi saya cakap takpernah kenal.

cume pada tahun ini, sedikit sebanyak saya mula teringat satu persatu. dan sebab tu saya teringin untuk siarkan kisah ini. sebenarnya saya rindukan kawan2 saya tapi saya tahu mereka takkan ingat dekat saya lagi. terima kasih sudi membaca dan maaf jika membosankan. semoga kehidupan anda baik2 sahaja dan tidak pernah lupa segala memori yang apabila teringat semula akan buat anda mengalir airmata.

Assalamualaikum, D.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

29 thoughts on “Teringat Ketika Ini”

  1. Skema betul cikpelik ni..ayt buku sekolah dik..tp jgn berhenti teruskan menulis.. banyakkan baca buku lg..tryla baca citer otai2

    Reply
  2. Minta maaf kalau tak faham. Cerita ni pun saya mula teringat pada tahun ni. Saya tak reti nak mengarang, saya ceritakan sahaja. Kalau takboleh nak terima minta maaf lah ye.

    Reply
  3. Baca leklok2. Kisah yg jadi dkt saya tingkatan 1&2 waktu saya tinggal diasrama. Bila saya pindah baru saya tahu ape yg jadi dkt saya. Hakikat sebenar tu yang orang cerita dkt saya

    Reply
  4. Tak apa.. jangan ambik hati.. aku tau ko cuma nak kongsi kisah ko jer.. setakat nk kongsi pngalaman tk payah jd penulis yg hebat..

    Reply

Leave a Comment